Wha... hari terakhir Ramadhan. Seperti yg dirancang, saya kembali semula dari rumah ke kampus untuk menyelesaikan perkara yg tertanguh dan bawa balik baju untuk pakai di rumah (semalam balik berlenggang jer..).
Hari ni memang terikat dgn time constraint. Family saya merancang untuk pulang ke Johor at the midday’s today. It means that i need to rush back to Seremban (My hometown) before Zohor prayer. Wah, sempat ke ni? Tak pa, mengikut calculation saya, paling lewat saya akan sampai lepas Zohor. Namun kita merancang dan Allah juga ada rancangannya dan rancangan Allah adalah yg terbaik. Bukan semua kerja yg saya rancang untuk selesaikan hari ni terlaksana.
Hm.. Masih tak sempat nak buat meeting company. Harap2 saya sempat buat meeting company dgn mainboard lain dalam baki cuti yg ada nnt. Saya dapat rasakan pendritaan dan tugasan2 yg sedang menanti dan bakal saya hadapi bila naik kampus lepas cuti raya ni nanti. Presentation, report project, project assignment, exam dan banyak lagi tugasan studi lain.
Kehidupan seorang pelajar Islam perlu berpengisian setiap masa. Saya tertarik dgn pendapat Ust Redha berkenaan beribadat sepanjang hari. Dengar mcm beribadat dan mengabaikan perkara lain, tapi sebenarnya Ust Redha berkongsi bagaimana kita nak jadikan segala aktiviti kita seharian sbg ibadat dan gain pahala dalam masa yg sama.
Dalam tulisannya, Ust Redha menekankan 2 perkara penting untuk kita jadikan amalan iaini niat yg ikhlas dan kerja yg berlandaskan syariat. Kalau niat ikhlas tapi cara salah pun tak guna. Bak kata orang, ‘matlamat tidak menghalalkan cara’...
On the way balik ikut Lebuhraya Utara-Selatan, jem lepas susur keluar Nilai. Rupanya telah berlaku 2 kemalangan, kemalangan pertama melibatkan moto dan nahas ke-2 melibatkan kereta warna merah.Remuk habis kereta tu. Dalam kalut kemalangan tersebut, saya sempat jugak kuar hp dan amik gambar (Tapi tak sempat nak transfer ke comp lg).
Sampai rumah, saya sempat singgah di bazaar Ramadhan berdekatan Giant Senawang. Sempat la jgk shooping 2 helai seluar dan kopiah. Nak buat mcm mana, nak keluar shooping sebelum ni tak sempat.
Lepas Asar kami gerak ke Johor melalui Lebuhraya Utara-Selatan. Agak banyak jgk kenderaan waktu mcm ni. Sempat kami singgah di hentian R&R Pagoh untuk berbuka dan solat jama’ taqdim. Murah betul buah disini. Dokong 2kg baru RM3. Hehe.Ada sale mcm tu tak kan nak lepaskan je kan, so ‘terbeli’ la jgk 2kg.huhu..
Sampai di Johor, kami tak ke Kempas seperti biasa, tapi kami terus ke Taman Daya, rumah adik Ummi (we all call makcik tu Umi Eti dan Uncle Sepul..).. Yang menariknya, macam dah jadi tradisi tahunan, ‘kesesatan’ melanda bagaikan ribut yg tak diundang. Chewah.. Walaupun dah sampai Taman Daya, hampir ½ jam jgk la kami berlegar2 sekitar taman perumahan tersebut sebelum akhirnya 'kesesatan perjalanan' tersebut berakhir dan selamat tiba ke destination.huhu
Selesa sebenarnya duduk disini, sebab Umi Eti dan keluarga layan kami dengan baik sekali. Kami rasa macam duduk rumah sendiri je (sebenarnya pandai2 buat mcm rumah sendiri..huhu)... (^,^)
Sepanjang hari ni saya terima banyak ucapan selamat hari raya dari sahabat2, tapi tak sempat nak membalasnya (sebenarnya tak da credit..hehe..). Tapi tak pa, saya cadang nak taip ayat2 dan ucapan tersebut ke dalam entri yg lain akan datang.
No comments:
Post a Comment