Showing posts with label Kisah. Show all posts
Showing posts with label Kisah. Show all posts

Sunday, March 6, 2011

Pandang hitam tak semestinya hitam, boleh jadi disebaliknya ada putih yang dilitupi hitam.

Meon dan isterinya baru berpindah ke sebuah rumah baru. Esok pagi ketika sedang breakfast, isteri Meon melihat jiran barunya sedang menjemur pakaian di halaman.

“Eh, jiran sebelah tu basuh baju pun masih kotor lagi…” katanya “mesti jiran kita tu tak tahu cara membasuh baju yang betul, sepatutnya dia hantar dobi jer atau kalau perlu ganti sabun basuh yang lain..” sambungnya.

Meon mendengar ngomelan isterinya, tapi dia diam saja. Setiap kali jirannya mencuci dan menjemur pakaiannya, isteri Meon memberi komen yang sama.

Sebulan kemudian, tiba-tiba isteri Meon teruja kerana melihat baju yang disidai jiran sebelahnya sangat sangat bersih sekali. Dia memanggil Meon “Tengok bang!, dia dah pandai basuh baju dengan betul! Siapa lah yang dah mengajarnya?”

Meon menjawab “kebetulan hari ini abang bangun pagi dan membersihkan kaca tingkap rumah kita la sayang…”

Nilai: Bersihkan sudut pandang kita untuk mengelakkan dosa besar seperti bersangka buruk, menfitnah dan mengumpat. Sudut pandang yang bersih datang dari hati yang bersih. Semua itu memerlukan ilmu.


Wednesday, March 2, 2011

Sedarkah anda pasangan kita banyak berkorban dan berbohong demi kebahagiaan rumahtangga.

Kisah kemanisan hubungan dalam kemasinan kopi.

Seorang pemuda bertemu dengan seorang gadis di sebuah keraian, gadis itu tampil dengan cantik yang luar biasa.Ramai lelaki yang mencuba mengurat gadis tersebut. Pemuda itu yang sebenarnya penampilannya biasa sahaja dan tidak ada gadis yang memerhatikan dia.

Tetapi semasa keraian tersebut habis,dia memberanikan diri mengajak gadis cantik itu untuk keluar minum. Gadis cantik tersebut agak terkejut dengan pelawaan itu, tapi kerana kesopanan pemuda itu, gadis itu sanggup menerima pelawaan pemuda tersebut.

Akhirnya mereka duduk di sebuah restoran, tapi pemuda tadi sangat gugup untuk berkata apa-apa dan gadis cantik tersebut mula merasa tidak selesa dan bosan dan berkata, “Jom, kita balik..”

Tiba-tiba pemuda tadi meminta sesuatu pada pelayan,

“Boleh minta garam buat kopi saya?”

Semua orang yang mendengar memandang dengan penuh tanda tanya kepada pemuda tersebut.Muka pemuda tadi berubah menjadi merah, tapi tetap saja dia memasukkan garam tersebut ke dalam kopinya dan meminumnya.

Gadis cantik tersebut lalu bertanya, “Kenapa awak mempunyai hobi seperti ini?”

Pemuda itu menjawab, “Ketika saya kecil, saya tinggal di daerah pantai dekat dengan laut, saya suka bermain di laut, saya dapat merasakan rasa air laut, masin dan sedikit menggigit, sama seperti kopi masin ini.

Dan setiap saya minum kopi masin, saya selalu ingat masa kecil saya, ingat kampung halaman, saya sangat rindu kampung halaman saya, saya rindu kepada orang tua saya yang masih tinggal di sana.”

Begitu berkata kalimat terakhir, mata pemuda tersebut mula berkaca-kaca, dan gadis cantik sangat tersentuh akan perasaan tulus dari ucapan pemuda di hadapannya itu.

Gadis tersebut berfikir apbila seorang pemuda dapat bercerita bahawa ia rindu kampung halamannya, pasti pemuda itu mencintai rumahnya, ambil berat akan rumahnya dan mempunyai tanggung jawab terhadap rumahnya.

Kemudian gadis tersebut mula bercerita juga tentang kampung halamannya yang jauh, masa kecilnya, dan keluarganya.

Suasana yang kaku tadi terus berubah menjadi sebuah perbincangan yang hangat yang akhirnya menjadi sebuah awal perkenalan yang indah dalam cerita mereka berdua.

Mereka akhirnya bercinta. Gadis cantik itu akhirnya merasakan bahawa pemuda itu walaupun tidak mempunyai perawakan yang tampan tetapi adalah seorang lelaki yang dapat memenuhi segala permintaannya, dia sangat mengambil berat, berhati baik, hangat… betul-betul seseorang yang sangat baik tapi gadis tersebut hampir saja kehilangan seorang lelaki seperti itu!

Nasib baik ada kopi masin!

Kemudian cerita berlanjutan seperti cerita cinta yang romantik. Puteri menikah dengan pemuda tersebut dan mereka hidup bahagia selamanya, dan setiap malam gadis cantik yang telah menjadi isteri pemuda itu membuat kopi untuk suaminya, ia meletakkan garam di dalamnya, kerana dia tahu bahawa itulah yang disukai oleh suaminya.

Setelah 40 tahun, lelaki tersebut meninggal dunia, dia meninggalkan sebuah surat yang tertulis,

“Sayangku yang tercinta, mohon maafkan saya, maafkan kalau seumur hidupku adalah bohong belaka. Hanya sebuah kebohongan yang aku katakan padamu … tentang kopi masin.

Ingat sewaktu kita pertama kali jalan bersama? Saya sangat gugup waktu itu, sebenarnya saya ingin minta gula tapi terminta garam. Sukar sekali bagi saya untuk menerangkan kepada kamu kerana kamu pasti akan merasa tertipu dan meninggalkan saya, jadi saya terus berbohong.

Saya tak pernah terfikir bahawa perkara itu ternyata menjadi awal komunikasi kita! Saya mencuba untuk berkata jujur selama ini, tapi saya terlalu takut melakukannya, kerana saya telah berjanji untuk tidak membohongimu untuk satu perkara pun.

Sekarang saya sudah lemah, saya tidak takut apa-apa lagi jadi saya katakan padamu yang sejujurnya, saya tidak suka kopi masin, betul-betul aneh dan rasanya tidak sedap.

Tapi saya selalu mendapat kopi masin seumur hidupku sejak bertemu denganmu, dan saya tidak pernah sekalipun menyesal untuk segala sesuatu yang saya lakukan untukmu.

Memilikimu adalah kebahagiaan terbesar dalam seluruh hidupku. Jika saya dapat hidup untuk kedua kali, saya tetap ingin bertemu kamu lagi dan memilikimu seumur hidupku, meskipun saya harus meminum kopi masin itu lagi.”

Air mata wanita tersebut jatuh berderai sehingga membuat surat itu menjadi basah.
Kemudian apabila ada seseorang yang bertanya padanya, apa rasanya minum kopi guna garam?

Wanita itu pasti menjawab, “Rasanya manis.”

Kadangkala anda merasa anda mengenal seseorang lebih baik dari orang lain, tapi tidak sedar bahawa pendapat anda tentang seseorang itu bukan seperti yang anda gambarkan. Sama seperti kejadian kopi masin tadi.

::Sumber dari link.





Saturday, February 26, 2011

Di Dada Anak Itu Ada Tangan Dan Kaki?

Photobucket

Deepak Kumar Paswaan,8 tahun dari Indian akhirnya hidup seperti kanak-kanak normal yang lain setelah ‘kembar parasit’nya dipisahkan dari badannya.

Kanak-kanak ini yang mendapat gelaran ‘budak sotong’ dilahirkan bersama kaki dan tangan yang lengkap seperti kembar siam yang membesar di dadanya.

Satu pembedahan selama 4 jam dilakukan kepadanya untuk memisahkan kembarnya itu di Hospital Fortis, Bangalore dan berjaya.

“Saya penat menjadi budak yang lain dari kanak-kanak lain, saya mahu hidup normal” Ujar Deepak selepas pembedahan.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket


::Sumber link


Monday, April 12, 2010

Kasih Tanpa Batas Seorang Ibu:: Kisah benar yang diceritakan semula.

12 Mei 2009 Wen Chuan, salah satu daerah yang paling parah terkena gempa. Sukarelawan yang bertugas saat itu menemukan pemandangan yang memilukan.

"Lihat itu, ada seorang wanita di sana"

Dari balik runtuhan tampak jenazah seorang wanita, dan ada sesuatu di bawahnya, seorang bayi. Ibu itu tampak berlutut dengan sikap sempurnanya kepada Tuhan memohon dengan sisa-sisa tenaganya yang terakhir untuk diberi kekuatan melindungi bayinya..

Tubuhnya tampak seperti berdoa dengan sangat khusuk. Sang anak tidak terluka sama sekali Di bawah selimut bayi itu, para sukarelawan menemukan talifon bimbit dengan tertaip di'skrin'nya : "Anakku tersayang, bila kau hidup, ingatlah ini, Mama akan selalu mencintaimu"

Sang bayi kehilangan ibunya. Tapi dengan seluruh hidupnya, dia akan ingat bagaimana cinta seorang ibu adalah cinta terhebat di dunia.

Semoga kisah ini menginspirasi kita: "Bagaimana seharusnya kita kepada Ibu kita."

Berikut ini cerita dalam bentuk sketsa kartun yang diterbitkan di surat khabar di China serta foto bayi yang selamat berkat "Kasih Tanpa Batas Seorang Ibu".
Untuk melihat foto lebih jelas, sila klik gambar.





Saturday, April 10, 2010

SARAPAN PAGI SEORANG MENTERI BESAR.

----- Original Message -----

"Sewaktu kami sekeluarga berkunjung ke Kota Bharu Kelantan pada cuti sekolah bulan lepas, kami sekeluarga sarapan pagi di gerai berhampiran hotel penginapan. Kami sekeluarga terkejut dan rasa terharu bila kami dapati MB Kelantan tengah sarapan pagi di gerai tersebut berseorangan tanpa pengawal peribadi dan pegawai kerajaan Kelantan.

Malah beliau terlebih dahulu menegur dan memberi salam kepada kami sekeluarga serta mengajak kami sekeluarga makan bersama-sama dimeja beliau sambil berborak bertanyakan dari mana, bagaimana perasaan kami bila berada di Kelantan dan banyak lagi.

Ketika berborak, beliau tiada sedikit pun menyentuh soal politik atau cerita perkembangan terkini di Negeri kami (Negeri 9). Malah beliau berterima kasih kepada kami kerana sudi datang dan lihat sendiri keadaan di Kelantan daripada membaca di akhbar atau melihat di TV.

Malah kami sekeluarga rasa lebih terharu bila beliau bayar kami sekeluarga makan pada pagi itu."

*MB Negeri saya sendiri pun susah nak jumpa kecuali ada majlis rasmi yang ada publisiti sahaja.

Entry di atas saya panjangkan dari email yang di terima, satu penghormatan daripada insan yang bertuah kerana dapat bertemu dengan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat secara tidak sengaja semasa lawatan beliau sekeluarga ke Negeri Kelantan. Dan mungkinkah kita akan bertemu dengan Menteri Besar negeri2 yang lain dalam keadaan begini...?






Tuesday, March 30, 2010

Tidak ada manusia yang bodoh. Cuma kepandaiannya berbeza-beza.

Satu hari seorang professor ingin menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang dikayuh oleh seorang pengayuh sampan. Di tengah-tengah sungai, professor bertanya: “Kau pandai menulis dan membaca?”

“Tidak. Saya buta huruf.” Jawab si pengayuh sampan.

“Kalau begitu, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup.”

Tidak lama selepas itu, professor bertanya lagi: “Kamu ada membuat simpanan wang di bank?”

“Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan saja. Macammana nak simpan duit.”

“Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tiada wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti.”

Sampan terus bergerak. Sampai di tengah sungai. Tiba-tiba sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir mahu tenggelam.

Si pengayuh sampan bertanya kepada professor: “Tuan, apakah tuan pandai berenang?”

“Err…errr, saya tidak tahu laaa.” Jawab professor dalam keadaan panik.

“Kalau begitu, tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!”


:: Apa pengajaran dari cerita ini ?: Tuhan tidak mencipta manusia itu bodoh. Sebaliknya, Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan yang berbeza. Setiap kita mesti mengenal di mana kebijaksaan itu dan meningkatkannya ke tahap maksimum. Jangan rasa hina diri sebaliknya binalah keyakinan diri. Allah ciptakan setiap manusia untuk berjaya.


Sumber Artikel : Majalah Solusi


http://khazazin.blogspot.com/