Showing posts with label Penglipur Lara. Show all posts
Showing posts with label Penglipur Lara. Show all posts

Sunday, April 5, 2009

Lagu ini sedang menari-nari dibibir ku..huhu

Semalam
Album : 
Munsyid : Mirwana
http://liriknasyid.com 


Semalam...

Terukir peristiwa silam
kenangan tak bisa terpadam
ku terkenang
oh semalam

Sedetik...

Ku singkapi tirai memori
saat duga tiba menguji
oh semalam
telah pergi

Tuhan
ampunkan segala dosa-dosa

Moga
hari esok ku lebih sempurna

Semalam...

Ku meniti jalanan suram
hampir ku hanyut dan tenggelam
ku tinggalkan
oh semalam

Ku tinggalkan semalam

Tuhan

Ampunkan segala dosa-dosa

Mo... ga... e.. sok ku kan lebih sempurna

Semalam

Ku meniti jalanan suram
hampir ku hanyut dan tenggelam
ku tinggalkan
oh semalam

Ku tinggalkan semalam
kian menjauh
dan semalam
terus menjauh

Takkan ku berpaling lagi
kerna semalam
pergi... 

Pengirim : mirwanarian

Sunday, March 8, 2009

Kekasih Yang Dirindui...

Ya Rasul Ya Habib Salamun 'Alaik
Aku duduk sendirian merindu
Pemergian seorang kekasih
Walau lama penantianku ini
Aku yakin pasti bertemu
Aku tahu padanya tiada mungkir
Kerna itu bukanlah sifatnya
Di akhirat kan bersua lagi
Dengan mereka yang merinduinya
Kerna dia telah pun berjanji
Akan memberi syafaatnya nanti
Saat itu pasti kan terjadi
Pada umatnya yang bertakwa
Telah beribu tahun sudah berlalu
Keagungannya pernah berlaku
Sejarahnya akan berulang lagi
Sebelum tibanya kehancuran
Namun yang percaya hanyalah mereka
Yang rindukan kekasih
Namun yang merindu hanyalah mereka
Yang selalu berselawat
Ya Nabi Ya Rasul Salamun 'Alaik
Ya Habib Salamun 'Alaik

Monday, February 2, 2009

"Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah!" - kata Dato' Siti dlm ERA.fm

Adat Dijunjung?!

Keadaan masyarakat sekarang telah menelurkan semula budaya 'kahwin muda' yg selama ini dipandang negatif bagi sesetengah masyarakat urban. Namun, bagi mengelakkan dan memelihara diri dari terpengaruh dengan fisiologi kehidupan masyarakat yg sangat 'menakut'kan ini, remaja yg sedar pasti mengambil jalan mendirikan rumahtangga secara halal dengan pasangan walau masih dalam usia belia (<23).

Namun isu yg saya nak sampaikan disini bukan berkenaan nikah (insyaAllah saya akan post satu entri berkenaan 'nikah usia muda'), tetapi adat kemelayuan yg kita terlepas pandang walau kita sibuk melaungkan 'hidup melayu'. Antaranya adat dan budaya kuno masyarakat melayu dalam hal2 pertunangan dan sebelum ke jinjang pelamin. Check it out!

Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan, bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu. Apa yg ditetapkan harus diikuti utk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjadi kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yg difikirkan sesuai dan tidak melanggar syariat masih boleh diikuti dan diamalkan.

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
2. Jangan tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.
3. Jangan bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik.
4. Jangan makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.
5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petaidan jering.
7. Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.
8. Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.
10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.
11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)
13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.
14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.
15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.
16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.
17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.
18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.
19. Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.
20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari.
21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.
22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.
23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.
24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.
25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.
26. Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.
27. Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).
28. Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.
29. Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.
30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.
31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan.
32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.
33. Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.
34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.
36. Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.
38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.
39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.
40. Kedua pengantin dilarng bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.
41. Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.
42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.
43. Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.
44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

Kebanyakan pantang larang ini tidak diamalkan lagi dan artikel ini hanya untuk pengetahuan dan rujukan sahaja. Memang benar ada antara adat kita yg berunsur khurafat, namun banyak juga adat yg berpaksikan syariat. Kebanyakannya diperhalusi dan dilapik dengan fahaman dan budaya seni org kita. Hanya ilmu yg dapat membuatkan kita mampu membezakan antara yg haq dan yg batil.

Thursday, October 9, 2008

9 Syawal.. ::English,Manglish,Singlish?::

Hari ini seorang sahabat cuba menguji minda saya lagi ketika kami sedang makan bersama...

How should GHOTIO be pronounced?


Saya jawab 'gho ti o' la..
"Salah..!" dikilasnya..

Puas gak fikir trick bahasa ni, tapi give up gak akhirnya..

Nak tau macam mana nak pronounce perkataan tadi? hehe.. Refer comment nanti yer.. Cuba la try test dulu..

Wednesday, October 8, 2008

8 Syawal... ::Aiseh men..Minda ku dipermainkan lagi..::


Which of these is correct?
1. Six and six
IS eleven?
2. Six and six
ARE eleven?




(^,^) Please refer to comment to know the answer. But you all need to try to answer it first la k...

Monday, October 6, 2008

6 Syawal...::MMB-mainan minda bosan..::

Tengah belek-belek sebuah buku, saya tertarik dengan satu soalan kuiz yg diutarakan. Menarik sebab ia berjaya membuat saya berfikir selama 10 minit. Anda pula bagaimana?..hehe. Soalan dia mcm ni..
Can you name four days which start with the letter ‘T’?

Tuesday, July 1, 2008

Jujur cara Pak Pandir?

Ayah Pak Pandir telah meninggal dunia. Pak Pandir baru saja mendapatkan harta warisan (wasiat) peniggalan ayahnya. Tetapi ia bingung di manakah ia perlu simpan wang tersebut. Hendak simpan di bank takut kalau-kalau banknya bangkrup. Diletak dibawah bantal, nanti diambil pencuri.

Setelah berfikir cukup lama, akhirnya ia mendapat ide, ia menanam wang itu dibelakang rumahnya, lalu memasang papan peringatan dengan tulisan yang sangat besar "TIDAK ADA WANG DISINI!". Ternyata temannya Pak Pandir yang bernama Si Luncai melihat apa yang dilakukan Pandir.

Setelah lewat tengah malam, Luncai pun menggali tanah itu untuk mengambil wang tesebut. Setelah ia mendapatkan wang itu dan supaya tidak dicurigai, maka Luncai mengganti tulisan yang ditulis Pandir dengan ayat "BUKAN LUNCAI YANG AMBIL!".