PUTRAJAYA 18 Sept. - Semua pihak diminta menghentikan perbincangan mengenai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berperilaku seolah-olah negara ini ditadbir oleh beliau.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, perbincangan setiap hari sehinggakan masing-masing ingin berdebat secara tidak langsung menunjukkan pergerakan negara turut `dikawal' oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
"Kita tidak perlu setiap hari bincang mengenai ketua pembangkang, banyak lagi benda yang boleh kita buat.Kita ada tugas yang perlu dilaksanakan sebagaimana yang diberikan mandat oleh kerajaan,'' katanya. - Utusan
Muhasabahnya?:
Sempena Ramadhan ni, apa yang kita dah buat? Sejauh mana amalan kita setakat 18 Ramadhan ni?? Paling penting, sedar ke kita berapa banyak tugas kita sbg Muslim yang masih terbengkalai dan diabaikan???
No comments:
Post a Comment