Tuesday, September 30, 2008

30 Ramadhan... :: Kepulangan ::

Wha... hari terakhir Ramadhan. Seperti yg dirancang, saya kembali semula dari rumah ke kampus untuk menyelesaikan perkara yg tertanguh dan bawa balik baju untuk pakai di rumah (semalam balik berlenggang jer..).

Hari ni memang terikat dgn time constraint. Family saya merancang untuk pulang ke Johor at the midday’s today. It means that i need to rush back to Seremban (My hometown) before Zohor prayer. Wah, sempat ke ni? Tak pa, mengikut calculation saya, paling lewat saya akan sampai lepas Zohor. Namun kita merancang dan Allah juga ada rancangannya dan rancangan Allah adalah yg terbaik. Bukan semua kerja yg saya rancang untuk selesaikan hari ni terlaksana.

Hm.. Masih tak sempat nak buat meeting company. Harap2 saya sempat buat meeting company dgn mainboard lain dalam baki cuti yg ada nnt. Saya dapat rasakan pendritaan dan tugasan2 yg sedang menanti dan bakal saya hadapi bila naik kampus lepas cuti raya ni nanti. Presentation, report project, project assignment, exam dan banyak lagi tugasan studi lain.

Kehidupan seorang pelajar Islam perlu berpengisian setiap masa. Saya tertarik dgn pendapat Ust Redha berkenaan beribadat sepanjang hari. Dengar mcm beribadat dan mengabaikan perkara lain, tapi sebenarnya Ust Redha berkongsi bagaimana kita nak jadikan segala aktiviti kita seharian sbg ibadat dan gain pahala dalam masa yg sama.

Dalam tulisannya, Ust Redha menekankan 2 perkara penting untuk kita jadikan amalan iaini niat yg ikhlas dan kerja yg berlandaskan syariat. Kalau niat ikhlas tapi cara salah pun tak guna. Bak kata orang, ‘matlamat tidak menghalalkan cara’...

On the way balik ikut Lebuhraya Utara-Selatan, jem lepas susur keluar Nilai. Rupanya telah berlaku 2 kemalangan, kemalangan pertama melibatkan moto dan nahas ke-2 melibatkan kereta warna merah.Remuk habis kereta tu. Dalam kalut kemalangan tersebut, saya sempat jugak kuar hp dan amik gambar (Tapi tak sempat nak transfer ke comp lg).

Sampai rumah, saya sempat singgah di bazaar Ramadhan berdekatan Giant Senawang. Sempat la jgk shooping 2 helai seluar dan kopiah. Nak buat mcm mana, nak keluar shooping sebelum ni tak sempat.

Lepas Asar kami gerak ke Johor melalui Lebuhraya Utara-Selatan. Agak banyak jgk kenderaan waktu mcm ni. Sempat kami singgah di hentian R&R Pagoh untuk berbuka dan solat jama’ taqdim. Murah betul buah disini. Dokong 2kg baru RM3. Hehe.Ada sale mcm tu tak kan nak lepaskan je kan, so ‘terbeli’ la jgk 2kg.huhu..

Sampai di Johor, kami tak ke Kempas seperti biasa, tapi kami terus ke Taman Daya, rumah adik Ummi (we all call makcik tu Umi Eti dan Uncle Sepul..).. Yang menariknya, macam dah jadi tradisi tahunan, ‘kesesatan’ melanda bagaikan ribut yg tak diundang. Chewah.. Walaupun dah sampai Taman Daya, hampir ½ jam jgk la kami berlegar2 sekitar taman perumahan tersebut sebelum akhirnya 'kesesatan perjalanan' tersebut berakhir dan selamat tiba ke destination.huhu

Selesa sebenarnya duduk disini, sebab Umi Eti dan keluarga layan kami dengan baik sekali. Kami rasa macam duduk rumah sendiri je (sebenarnya pandai2 buat mcm rumah sendiri..huhu)... (^,^)

Sepanjang hari ni saya terima banyak ucapan selamat hari raya dari sahabat2, tapi tak sempat nak membalasnya (sebenarnya tak da credit..hehe..). Tapi tak pa, saya cadang nak taip ayat2 dan ucapan tersebut ke dalam entri yg lain akan datang.

Monday, September 29, 2008

29 Ramadhan... :: Hati ibu ::

Bagi pelajar lain, ni tarikh mereka untuk membeli belah bersama keluarga dan membantu ibu ayah di rumah sebagai persiapan terakhir menyambut lebaran yg bakal kunjung.Tak kurang juga mereka yang dalam perjalanan menuju ke kampong...

Namun sedih dengan diri sendiri, saya masih tercongok depan computer untuk menghabiskan tugasan yg belum selesai. Malam semalam saya kena migraine sebab tension sangat tgk kerja berlambak2. Ni tak masuk dengan tugasan2 yg perlu dihantar lepas habis cuti raya ni...

Saya pasrah untuk selesaikan mana yg patut dan terus balik hari ni. Namun tepat 6.30pm saya masih tak dapat selesaikan kesemuanya. Tapi at least tinggal sikit je lagi..

Sementara saya rehat sebentar, saya gapai hp dan dail no hp Ummi. Saya bgtau Ummi saya mungkin tak sempat nak balik hari ni sebab hari makin larut, dan tugasan belum selesai. Selalu memang saya sanggup balik tngah2 malam sekalipun, tapi kali ni moto saya tak da lampu belakang, so tak sanggup pulak bayangkan kene bayar saman nanti...

Masa tengah bercakap dengan Ummi, Ummi cakap dah masak rendang untuk saya sebab dia ingat saya akan balik hari ni. Saya mintak maaf dengan Ummi sebab tak dapat balik...

Lepas letak phone, saya rasa bersalah dan saya buat keputusan untuk balik sekejap untuk merasa masakan seorang ibu.Tak sampai 5 minit, saya dah siap pakai helmet dan jaket untuk balik. Memang berlenggang je sebab saya rancang untuk kembali semula ke kampus keesokan harinya. Kalau nak berkemas masa tu jugak memang tak sempat sebab banyak benda nak kene kemas.

Hari makin maghrib, saya harap sempat sampai ke rumah sebelum hari gelap. Takut dong disaman pak polisi sebab tak da lampu belakang. Dalam perjalanan pulang, saya sempat beli sebatang lemang dgn harapan dapat dimakan bersama rendang Ummi (Rendang yang disaji bersama lemang memang memukau selera saya sejak dulu lagi..).

Alhamdulillah, saya sempat jugak sampai ke rumah dengan selamat. Dapat lah jugak merasa berbuka dan bersahur di rumah kali ni...(2 b continue..)..

Friday, September 26, 2008

Seminggu ni saya 'didera' dengan mcm2 kuiz,assignment,group project, group assignment, presentation dan mcm2 lagi hal study yang membebankan. Memang tanggungjawab kita sebagai student untuk studi, tapi itu bukan satu-satunya tanggungjwb kita idup kat dunia ni.



Seminggu ni macam hilang kejap zouq (spirit) Ramadhan. Rugi nya rasa. Ptg tadi masa tgh buat assignment kat General Lab fakulti, tiba2 terasa sebak dan sayu bila mengenangkan Ramadhan dah nak sampai ke penghujung ni. Apa yg aku dah lakukan untuk meraikan Ramadhan yg slama ni aku tunggu...??? (Sebenarnya kepala masa ni dah berasap ) Tiba2 hati aku meruntun untuk menghidupkan malam 27 ni dan 'lupakan' sementara hal2 study... Petang tu habis je discuss assignment, aku nekad nak gandakan amalan dipenghujung Ramadhan ni.



Nie ade sikit huraian @ dorongan untuk same2 kite ambil iktibar..“Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu?Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!” (Al-Qadr:1-5)


Lailatul Qadar itu ialah satu malam pada Ramadan yang penuh berkat, iaitu malam yang mengandungi banyak kebaikan, kerana pada malam itu malaikat turun membawa rahmat dan kesejahteraan seperti diterangkan dalam al-Quran.


Agung dan mulianya Lailatul Qadar sehingga Rasulullah s.a.w menganjurkan umatnya melakukan persediaan menyambut dan menghayati malam yang berkat itu. Persediaan yang dimaksudkan itu bukan dengan pesta yang tidak ketentuan, tetapi dengan amal ibadat yang membawa rahmat.

Allah.. Terima lah amalan kami, hamba-Mu yang hina..


Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad s.a.w bersabdanya, bermaksud: “…sesiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan solat (dan pelbagai ibadat lain), sedang dia beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya dia diampunkan dosanya yang lalu.” (Hadis sahih riwayat Bukhari)


Ibadat yang dimaksudkan termasuk membaca al-Quran, berzikir, beristighfar, bertaubat dan berdoa pada malam yang berkat itu manakala beriman disebut dalam hadis berkenaan merujuk kepada kepercayaan dan keyakinan benarnya keistimewaan Lailatul Qadar yang mulia itu.


Walaupun Lailatul Qadar mempunyai keberkatan dan kebaikan berlimpah ruah, sehingga dikatakan tiada tandingan berbanding malam lain, ia tidak dinyatakan dengan jelas pada hari tertentu.

Subhanallah..


Tetapi Rasulullah s.a.w ada membayangkan malam berkenaan, malah menasihati supaya melakukan persediaan untuk menghadapinya, seperti dinyatakan dalam hadis bermaksud:
Daripada Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui Lailatul Qadar pada malam ganjil 10 malam akhir Ramadan.” (Hadis sahih riwayat Bukhari)


Malam yang ganjil sudah pasti malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan. Ada hadis yang menyatakan Lailatul Qadar pernah ditemui pada zaman Rasulullah s.a.w pada malam 21 Ramadan dan malam 23 Ramadan.
Baginda juga pernah meminta seorang sahabat yang bertanya mengenai Lailatul Qadar supaya dia bersedia menghayatinya pada malam 27 Ramadan.
Keterangan di atas menunjukkan Lailatul Qadar tidak tetap, sebaliknya boleh bertukar dalam 10 malam terakhir Ramadan pada setiap tahun.


Hikmah malam penuh berkat itu dirahsiakan supaya setiap orang Islam bersungguh-sungguh menghayati 10 malam terakhir Ramadan dengan amal ibadat dan memberi pengharapan yang tinggi kepada Ilahi supaya dapat bertemu malam berkenaan.


Imam Nawawi, berkata: “Lailatul Qadar dapat disaksikan orang yang dikehendaki Allah pada tiap-tiap tahun ketika Ramadan, sebagaimana yang diterangkan dengan jelas dalam hadis Rasulullah s.a.w dan diberitakan juga oleh orang yang soleh…”


Kemudian beliau menyebutkan penjelasan Imam Al-Mawardi, dalam kitabnya, Al-Hawi: Bahawa orang yang dapat menyaksikan Lailatul Qadar, elok dia menyembunyikan perkara yang disaksikan (supaya dia terselamat daripada perasaannya) dan hendaklah dia berdoa (pada saat yang berkat itu) dengan ikhlas serta sepenuh-penuhnya yakin dengan permohonan yang disukainya mengenainya agama dan dunianya, biarlah kebanyakan doanya itu untuk (kebaikan dan keselamatan) agama serta hari akhirat.”


Ada orang berkata, mereka yang menemui Lailatul Qadar akan melihat cahaya terang di segenap tempat manakala sesetengah pihak mendakwa mendengar ucapan salam dan kata-kata lain daripada malaikat, melihat semua benda termasuk pokok rebah (sujud) dan doanya makbul.
Bagaimanapun, Imam at-Tabari memilih pendapat yang menegaskan, semuanya itu tidak lazim (tidak semestinya dia dapat melihatnya), kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui Lailatulqadar.


Cuma yang penting ialah taat beribadat kerana Allah semata-mata dan ganjaran orang beribadat adalah terjamin, sama ada dapat dirasai di dunia atau di akhirat. Justeru, umat Islam digesa rajin beribadat pada Ramadan, lebih-lebih lagi pada 10 malam terakhir Ramadan.
Rasulullah s.a.w contoh terbaik menghayati Ramadan, terutama 10 malam yang akhir dengan beriktikaf di masjid dan melakukan amal ibadat sebagai persediaan untuk menyambut kedatangan Lailatul Qadar.


Daripada Aisyah r.a katanya: “Rasulullah s.a.w memperbanyakkan amalan apabila sampai hari yang ke-10 terakhir Ramadan, baginda juga membangunkan isterinya agar beribadat (solat sunat, membaca al-Quran, berzikir dan lainnya). Baginda juga menjauhkan diri daripada bergaul serta bermesra dengan isterinya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Menurut ulama, Lailatul Qadar kemuncak Ramadan kerana kemuliaannya yang diterangkan di dalam al-Quran dan hadis Nabi s.a.w, malah malam berkenaan dirakamkan khusus dalam satu surah di dalam al-Quran, menunjukkan keistimewaannya.


Orang yang tekun beribadat pada 10 malam yang berkenaan akan mendapat rahmat yang dijanjikan kerana sudah sabit dalam hadis yang sahih Lailatul Qadar wujud pada satu daripada 10 malam itu.


Justeru, orang yang tekun beribadat pada 10 malam terbabit akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu, sama ada dia menemuinya atau tidak dan tidak melihat apa-apa. Cuma yang dapat menemuinya dianjurkan berdoa kebaikan, kesejahteraan dan keampunan.
Nabi s.a.w ada mengajar berdoa seperti berikut: “Ya Allah, ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau sentiasa memaafkan (salah silap hamba-Mu), lagi suka memaafkan, oleh itu maafkanlah salah silapku.”


Yang penting ialah menghayati malam terbabit dengan amal ibadat, beriman dengan yakin Lailatul Qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadat semata-mata ikhlas dengan mengharapkan rahmat dan reda-Nya.

Ngaji Jawa

Bahasa Jiwa Bangsa?
Jom mengaji bahasa jawa.
Balik kampung ni leh la borak ngan Nyut (Moyang) bahasa Jawa deh.

Aku sibuklah
Saya sibuk

Aku arep endang
Saya nak cepat

Aku ora sedih
Saya tidak sedih

Aku ngantuklah
Saya mengantuk

Aku ijik enum
Saya masih muda

Aku yakin
Saya pasti

Aku iso nulong koe
Saya boleh bantu awak

Aku ora eleng
Saya tidak ingat

Aku ndu'e duit
Saya ada duit

Aku mesti lungo saiki
Saya harus pergi sekarang

De'ea kok koyok nesu
Dia seperti merajuk

De'ea Ora ngombe teh
Dia tidak minum teh

De'ea ora sidoh lungo
Dia tidak jadi pergi

De'ea kenal karo bapak ku
Dia kenal dengan bapa saya

De'ea kenteng nek kerjo
Dia rajin bekerja

De'ea bekas cikgu ku
Dia bekas guru saya

De'ea agek adus
Dia sedang mandi

De'ea sukak ndelok wayang
Dia suka menonton wayang

De'ea ora ndu'e lesen
Dia tidak ada lesen

Dino iki koyok arep udan
Hari ini seperti nak hujan

Dino iki terang
Hari ini cuaca baik

Dino iki aku arep lungo mancing
Hari ini saya nak pergi memancing

Dino iki dino seloso
Hari ini hari selasa

Koe wes rong puloh taun
Awak dah berumur duapuluh tahun

Koe udhu konco ku
Awak bukan kawan saya

Koe ora salah
Awak tidak bersalah

Koe njagong nang kursi ku
Awak duduk di kerusi saya

Koe kedekut
Awak kedekut

Koe dak keno ndemik bendo kui
Awak tak boleh sentuh barang itu

Koe ora teko mau bengi
Awak tidak datang malam tadi

Koe benci adik ku
Awak benci adik saya

Koe mesti merono
Awak mesti kesana

Koe ngomong opo
Awak cakap apa

Endanglah
Cepatlah

Hyolah
Baiklah

Koyok jaman mbien
Seperti zaman dahulu

Ono opo-opo neh
Ada apa-apa lagi

Seng ati-ati
Berhati-hati

Seng alon-alon
Perlahan-lahan sedikit

Terus mengarep
Terus kehadapan

Udhulah
Bukanlah

Ketemu neh
Jumpa lagi

Sediluk hyo
Sebentar ye

Njalok ngapuro
Minta maaf

Wes mangan?
Dah makan?

Yuk merono
Jom ke sana

:: Body Language Meet Java Language ::

Moto -Mata
Itheb -Bulu Mata
Irong -Hidung
Cangkem -Mulut
Lambe -Bibir
Untu -Gigi
Berengos -Misai
Janggut -Janggut
Kuping -Telinga
Rambut -Rambut
Gulu -Leher
Pundak -Bahu
Tangan -Tangan
Dodo -Dada
Weteng -Perut
Peha -Pupu
Dengkol -Lutut
Sikil -Kaki
Sikut -Siku

Thursday, September 25, 2008

Numerical Javanese wak!

1
Siji
2
Loro
3
Telu
4
Papat
5
Limo
6
Enem
7
Pitu
8
Wolu
9
Songo
10
Sepuluh
11
Sebelas
12
Dobelas
13
Telulas
14
Patbelas
15
Limolas
16
Enembelas
17
Pitulas
18
Wolulas
19
Songolas
20
Rong Puluh

Wednesday, September 24, 2008

Antara Restoran INDIA VS. Restoran INDIA MUSLIM (Mamak) di Malaysia

Penerangan dari Pengarah Perhubungan Awam dan Komunikasi Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Seperti yang anda sedia maklum, lewat ini, wujud begitu banyak restoran- restoran INDIA yang menggunakan nama-nama berunsur Islam dan Melayu (Sri Pelita dan lain-lain) untuk mengaburi mata pengguna Islam.

Memang tepat dakwaan yang mengatakan bahawa Restoran Lotus dimiliki oleh orang yang beragama Hindu walaupun makanan yang disajikan saling tak tumpah seperti makanan orang-orang INDIA MUSLIM.

Menurut pengamatan PPIM, restoran-restoran yang dimiliki oleh orang beragama Hindu akan dimulakan setiap pagi dengan upacara memecahkan kelapa dan premisnya akan direnjis-renjiskan dengan air dan sejenis serbuk.

PPIM telah dimaklumkan oleh pengguna-pengguna Islam bahawa air tersebut merupakan air kencing lembu dan serbuk itu pula merupakan najis lembu yang telah dikeringkan. Kadangkala, makanan yang telah siap dihidangkan turut juga direnjiskan dengan air dan serbuk ini. Mungkin untuk membawa keberkatan.

Sebagai pengguna-pengguna Islam yang peka, sudah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk membantu perniagaan saudara-saudara seagama kita. Bukanlah niat PPIM untuk mewujudkan perasaan benci sesama masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, namun saya berpendapat bahawa motto "Muslim business comes first" haruslah menjadi amalan kita.




:: di celah-celah kehidupan

Khaza ni mix?

"Aku mix portugis dan malay..", kata seorang shabat saya yang belajar dalam fakulti yg sama.

Saya pun tak nak kalah turut mengaku.. "Aku pun mix gak...".

Kwn saya kagum dan confius. Melihat kekalutan beliau, saya teruskan
kata-kata, "Ayah aku Jawa, mak aku Bugis...".


Terus gamit keadaan dengan gelak tawa sahabat-sahabat...

Sambung seorang lagi sahabat, "Haha.. ko ni kira foreigner la yer...?"



JOM KITA BRIEF SIKIT TENTANG SEJARAH JAWA MALAYSIA NI!


Suatu Waktu dahulu ...
orang jawa di Malaysia malu untuk mengaku diri mereka berketurunan jawa.

Suatu waktu dahulu...
orang jawa dikenali sebagai golongan petani dan pengambil upah menggali parit, telaga,membina titi , menebas, menebang kayu dan sesetengahnya meneroka belukar dan hutan kecil.

Suatu Waktu Dahulu...
orang jawa hanya tertumpu di sekitar negeri Johor,Selangor dan kawasan Hilir Perak.

Kini...
Orang jawa telah berubah selaras dengan perubahan zaman.
Kalau dulu ayah dan datuk mereka adalah petani, ada di antara anak-anak mereka kini meneruskan tugas di bidang pertanian.
Kalau ayah dan datuk mereka sekadar petani, anak-anak kini menjadi Pegawai Pertanian, Pengurus Bank Pertanian, Pegawai di agensi-agensi Kementerian Pertanian dan sebagainya. Malah kini ada anak jawa turut serta menggerak jentera pentadbiran dan pembangunan ekonomi negara seperti menjadi jurutera,Juruterbang,Akauntan,Peguam,Doktor,Pensyarah, Guru,Polis,Tentera,Ahli Politik,Usahawan Berjaya dan Ketua di Jabatan-jabatan kerajaan.

Kini...
Anak jawa tidak lagi malu untuk mengaku diri mereka jawa.

Kadangkala ada juga yang bukan jawa turut mengaku jawa kerana bangsa jawa semakin unggul di Malaysia.

Saya berpendapat orang bukan jawa yang berkahwin dengan orang jawa boleh dianggap menjadi orang jawa dan anak mereka dipanggil JAWA PERANAKAN

Aku men'jawa'?

Wak Jaeman :Kabare?
Apa Khabar?
Mak Temah :Waras
Baik/Sihat
Wak Jaeman :Wes Mangan
Dah Makan
Mak Temah :Wes
Sudah
Wak Jaeman :Arek Lungo Enthi?
Hendak pergi ke mana?
Mak Temah :Lungo Gedde
Pergi Ke Kedai
Wak Jaeman :Arek tuku opo?
Nak Beli Apa?
Mak Temah :Tuku Iwak Karo Sayor
Beli ikan dan sayur
Mak Temah :Ora opolah, aku lungo disek yo! Engko gedene tutup.
Tak apalah saya pergi dulu ya! Nanti kedainya tutup
Wak Jaeman :Yo lah
Ya lah.

Tuesday, September 23, 2008

23 Ramadhan... :: Hm..pengisian apa ek?.. ::

Petang tadi tiba2 sorang sahabat mesej mintak tolong bagi tazkirah lepas terawikh. Rasanya malam ni la mlm terakhir saya akn bagi tazkirah dalam bulan Ramadhan ni.

Lps berbuka dan solat Maghrib saya duduk sekejap depan computer untuk cari ilham pengisian tazkirah malam ni. Hm...dah dekat habis Ramadhan ni modal tazkirah semua dah habis digunakan, kalut jugak nak fikir pengisian apa yg dapat memberi kesan dan impak rohani dalam diri pendengar...

Azan Isyak tiba2 bergema. Saya terus capai kopiah menuju ke kamar mandi untuk berwudhu’ dan terus ke Musolla Asma’. Bertemankan Hafiz,Aiman,Raden dan sorang lagi sahabat, kami lead majlis malam tersebut dengan solat Isyak, terawikh, witir dan akhir sekali sampai giliran saya bertazkirah. Semoga Allah memudahkan lisan saya dan memberi pemahaman kpd mereka yg mendengar..

Alhamdulillah, saya dapat menarik minat crowd dengan pengisian mengenai Lailatul Qadr,Syawal dan beberapa pesanan penaja yg lain. Tapi mesej utama saya mlm tu berkenaan tentang Sunnah Nabi. Temanya, “disebalik sunnnah ada kejayaan”... Semoga mendapat manafaat untuk diri saya khususnya dan mereka yg mendengar.

Tak sempat saya nak huraikan satu persatu pengisian mlm tu buat masa ni, cukuplah kita sedar, Ramadhan sedang merangkak meniggalkan kita. Adakah kita bersedia kehilangan Ramadhan ini?..

Tepuk dada, tanya iman...

Anger :: Suatu Tazkirah Ramadhan ::

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Siapa yang tidak mempunyai tiga sifat, tidak dapat merasa manisnya iman iaitu:
Kesabaran untuk menolak kebodohan orang yang bodoh
Warak yang dapat mencegah dari yang haram
Akhlak untuk bergaul dengan manusia (dan akhlak untuk masyarakat)

Ada seorang yang mempunyai kuda yang sangat dibanggakan, tiba-tiba pada suatu hari ia melihat kudanya patah satu kakinya sehingga tinggal tiga kaki, lalu ia bertanya kepada budaknya:"Siapa yang berbuat itu?"

Jawab budaknya: "Saya."

Ditanya lagi: "Mengapa?" jawab budaknya: "Supaya engkau risau."

Berkata orang itu: "Saya akan membalas menjengkelkan siapa yang menyuruh engkau berbuat itu (yakni syaitan laknatullah)."

Maka ia berkata kepada budaknya: "Pergilah engkau, saya merdekakan dan itu kuda untukmu."


Sifat pemarah itu berasal drpd sifat sombong(ego).Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dgn kedudukan sesorang,Kalau tinggi kedudukan seseorang,besar pangkatnya,banyak hartanya,banyak pengikutnya, maka akan tinggilah ego sesorang dan akan menjadi jadilah pemarahnya.

Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan kurang jugalah pemarahnya. Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki.

Kenapa kita mesti marah?


Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :
  1. Mula mula kita perlu malu dgn Allah s.w.t akan segala tindak tanduk kiita.Allah memerhati segala perlakuan dan sikap biadap kita.
  2. Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
  3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

Oh guruku.. :: Tekanan guru tidak seperti didakwa KPPK ::

Kajian mendapati tugasan guru tidaklah berisiko tinggi, atau berhadapan dengan tekanan kerja - bertentangan dengan kebimbangan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsan (KPPK) berhubung kerjaya itu.

Kesatuan itu baru-baru ini mengeluarkan kenyataan kontroversi, dengan mendakwa setiap hari guru disaman oleh pihak luar dan ini telah menyumbang kepada ketakutan dalam kalangan guru dan seterusnya memberi tekanan kepada mereka.

Kajian bersama oleh pensyarah dari dua buah universiti awam tempatan itu mendapati, kerja yang berkaitan profesion perguruan seperti pengajaran dan pembelajaran adalah kerja rutin dan tidak mencabar.

Penyelidikan dilakukan oleh pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Segamat, Noordin Yahaya dan Sharifudin Ismail, dan pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Madya Dr. Azizi Yahaya.

Kajian bersama itu bertajuk Tingkah Laku Kepimpinan Pengetua dan Hubungannya dengan Tekanan Kerja dan Keberkesanan Organisasi, Di Beberapa Buah Sekolah Terpilih Di Negeri Sembilan.

Kajian bertujuan melihat hubungan antara tingkah laku kepimpinan pengetua, tekanan yang dialami oleh guru dan keberkesanan organisasi di beberapa buah sekolah luar bandar di kawasan pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Seremban-Port Dickson dan kawasan pentadbiran PPD Rembau-Tampin.

Kertas kerja itu dibentangkan semasa Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-12 di Genting Highlands, Pahang, baru-baru ini.
Menurut penyelidik berkenaan, beban kerja guru tiada kaitan dengan keberkesanan organisasi sekolah.

Ini kerana tambahan beban itu tiada kaitan dengan peningkatan produktiviti guru.
Walau bagaimanapun, kajian mendapati kecekapan pengetua ada kesannya kepada organisasi sekolah yang ditadbirnya.

Pengetua yang baik dari segi kepimpinan boleh memotivasikan guru dan menambah keberkesanan organisasi sekolah, menurut kajian itu.
Kertas kerja itu turut mencadangkan beberapa langkah untuk meningkatkan prestasi kepimpinan guru iaitu:
  1. Bengkel dan latihan patut dianjurkan untuk meningkatkan mutu kepimpinan dalam bidang hubungan manusia, kemahiran interpersonal dan kemahiran teknikal.
  2. Latihan kepekaan yang memberi fokus kepada hubungan manusia dan kemahiran interpersonal boleh memberi peluang pengetua untuk mengenali diri mereka dan kesan tingkah laku terhadap orang lain. Kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh oleh pengetua boleh digunakan untuk memotivasikan staf di bawah kepimpinannya.
  3. Pengetua hendaklah diberi peluang untuk meningkatkan pengetahuan teknikal seperti kepimpinan pembelajaran, pembinaan kurikulum dan kaedah pembelajaran.
  4. Pendedahan terhadap pengurusan sumber manusia hendaklah dijalankan yang memberikan penekanan amalan peningkatan produktiviti dan teknik memotivasikan kakitangan dibawahnya. Pengetahuan dan kemahiran ini juga dapat menyokong pengetua merancang program perkembangan staf.
  5. Sebelum dilantik ke jawatan pengetua, bakal pengetua hendaklah mengikuti beberapa kursus yang melibatkan pentadbiran sekolah. Ini boleh mengelakkan pengetua memulakan pengendalian sekolah melalui proses trial and error.

"Aku nak istikharah jap..Tak tau la nak buat kerja yg mana dulu..."

ISTIKHARAH ialah :

Solat untuk mengetahui penentuan dan kepastian tentang kebaikan dan keburukan sesuatu pekerjaan yang akan dilakukan oleh seseorang yang ia sendiri tidak dapat memastikan.

  • Dilakukan sebanyak dua rakaat.
  • Boleh dikerjakan pada waktu solat sunat rawatib dan tahiyatul masjid.
  • Boleh dikerjakan pada waktu malam mahupun siang.
  • Bacaan surah adalah al-fatihah dan diikuti dengan surah/ayat pilihan.
  • Tidak terhad kepada ayat tertentu, pilihlah surah/ayat yang sesuai mengikut niat anda. Kalau tak tahu ayat/surah mana yang sesuai, perbanyakkan tengok tafsir.


PERINGATAN : SOLAT ISTIKHARAH BUKANLAH SOLAT MEMILIH JODOH.
Solat sunat istikharah dibuat untuk memohon pedoman/petunjuk tentang baik/buruk sesuatu pilihan.

  • Saranan saya, istikharah boleh dibuat dalam hal jodoh apabila dipinang oleh pihak lelaki/perempuan.
  • Elakkan membuat istikharah dalam hal jodoh SAHAJA
  • Elakkan kekeliruan antara dilamar menjadi awek dan dilamar menjadi isteri.

Monday, September 22, 2008

Kematian PC/Laptop... ::Satu Guideline::

Cara dan langkah terbaik untuk Shut Down PC/Laptop anda...

  • Sebaiknya jangan terus cabut plug (unplug) atau off suis power supply komputer. Ia akan mengakibatkan kerosakan pada hard disk/hard drive anda dan berkemungkinan besar akan merosakkan komponen lain.
  • Teknik shut down komputer yang sebenar memang agak lambat. Ini adalah kerana pada ketika ini, komputer kesayangan anda tu tengah menyimpan setting yang berguna untuk booting dan konfigurasi komputer kelak. Ia juga bertujuan untuk memastikan seluruh software dan hardware dipadam terlebih dahulu agar tidak timbul masalah ketika anda on komputer lain kali.

Kita selaku pelajar yg busy ni selalu mengadu komputer lambat booting, slow dan mcm2 lagi. Haa.. Tu la padahnya kalau tak shut down dgn proper. Data penting untuk booting akan hilang dan lebih dahsyat lagi kalau ia menyebabkan bad sector ataupun hard disk corrupt (bahasa kasarnya,hard disk akan mampus keras) dan tak dapat detect.

Tapi jgn risau,jika data yang diperlukan untuk booting hilang, ia masih boleh dibaiki dengan restore pada DOS atau install semula windows (Repair Operating System) atau install je OS lain tanpa perlu memformat hard disk.

Cara dan langkah yang tepat dan selamat untuk shut down komputer anda.
Teknik ni mungkin sudah diketahui oleh hampir 99.99% sahabat2, namun tidak ada salahnya berkongsi ilmu, tambahan lagi bagi new users of computer.
  1. Klik "Start" di bahagian kiri bawah skrin. Atau boleh jugak tekan hot key windows pada keyboard anda (Key yg ada gambar windows).
  2. Pilih "Turn Off Computer".
  3. Klik "Shut Down" .
  4. Dan pilih "OK" .


Nota :
  • Fungsi Restart adalah untuk reboot komputer anda tanpa shut down terlebih dahulu. Ia akan terus mematikan komputer anda sebelum menghidupkannya semula tanpa anda menekan butang Start
  • Fungsi Hibernate adalah untuk menidurkan seketika komputer anda. Masa ni, setting program atau software tidak berubah dan kekal sehingga anda 'mengejutkan' komputer anda. Jadi, program yang masih running sebelum hibernate akan tetap kembali di posisi masing-masing ketika dinyalakan semula.
  • Fungsi Restart to DOS adalah untuk run command prompt DOS secara independent tanpa campur tangan windows.
  • Fungsi Stand By adalah untuk 'menenangkan' sementara komputer tanpa mematikan komputer. Lebih kurang mcm hibernate je.

Pertemuan antara sahabat dan Izrail...

Petikan dari laman seorang ayahanda.. :: anak bapa ::


......Ramai teman bertanya bagaimana aku boleh begitu “cool” menghadapi saat-saat kematian puteri sulong tercinta. Jawapannya mudah, kerana kekuatan yang Allah beri kepada ku. Kakak pergi dalam keadaan yang paling baik yang boleh kita minta.

Ia anak yang sentiasa patuh kepada ibubapa, berakhlak mulia, sentiasa menjaga kehormatan diri dan ibadat. Malah ketika berbaring, lidahnya tidak lekang membaca Al-Qur’an dan berwirid.

Kakak adalah insan yang mudah bertolak ansur dalam bab keduniaan. Jawapannya sentiasa,”Ikut suka hati ayah …..”. Walaubagaimanapun, Kakak begitu tegas dalam bab agama. Berapa kali bapa saudaranya ditegur kerana masih merokok. Kakak diberi pendidikan agama sejak kecil sehingga di Universiti, samada di sekolah atau di rumah. Kakak seorang yang rajin di dalm kerja-kerja jamaah dan memang memiliki jiwa pemimpin. Kehadiran ramai temannya dari UIA membuktikan hakikat ini.

Di samping itu Kakak sangat cemerlang di dalam pelajarannya. Beberapa hari selepas meninggal dunia, kami menerima sepucuk surat daripada UIA memaklumkan Kakak tersenarai di dalam Senarai Dekan kerana kecemerlangan akademiknya.

Saya menyaksikan sendiri banyak tanda-tanda kurniaan Allah kepada Kakak. Bilik tempat Kakak meninggal dunia harum semerbak bau bunga-bungaan (sehingga ke hari ini) walaupun kita tak pernah bawa masuk sekuntum bunga pun ke dalam rumah. Waktu dimandi jenazahnya oleh maknya tak ada sedikit najis apa pun keluar darinya. Wajahnya puteh berseri-seri, lembut ayu dan tersenyum seolah-olah seperti sedang tidur. Kombinasi semua ini dan banyak lagi memberikan seribu alasan untuk kami lebih gembira daripada bersedih di atas pemergiannya.

Namun sebagai ayah, kehilangan Kakak tetap dirasai dan dirindui. Kakak telah membawa bersama secebis hati ayah yang tak mungkin dapat ayah perolehi kembali di dunia ini. Ayah sayang kepada Kakak dunia hingga ke akhirat ……..



Ulasan Khaza:

Menitis setitis demi setitis air mata saya ketika sedang membaca entri ini.Bertambah deras melurah embun mata tatkala mengenangkan bagaimana keadaan saya nnt.Bagaimana agaknya keadaan nyawaku ini di jemput Izrail...?

Hati menagis hiba tatkala menelusuri luahan hati seorang bapa. Jelas terpancar kasih dan ketabahan hati seorang ayahanda tatkala menerima dgn pasrah pemergian anak perempuannya yg tersayang...

http://anakbapa.blogspot.com/2008/09/puteriku-siti-hajar-permata-hati-ayah.html

Al-Fatihah buat Almarhumah Siti Hajar.....

Sunday, September 21, 2008

21 Ramadhan :: Berubah dibulan Ramadhan bukti hipokrit? ::

Hari ni saya rasa kecewa sangat.. Bukan dikecewakan perempuan, tapi saya kecewa dengan kata2 seorang kawan. Tak sangka ketika Ramadhan sedang sampai ke ‘pelabuhan’ terakhir, masih ada orang yang memandang rendah pada bulan Ramadhan ni.

Dia kata, ” kenapa bulan Ramadhan je nak buat amal?Bulan lain tak blh ke?Kenapa taksub sgt dengan Ramadhan?..”

Saya senyap seribu bahasa. Takkan dia tak sedar akan kemuliaan Ramadhan? Maka dengan tenang saya berkongsi ilmu yg ada bersama beliau. Bukan berniat untuk mengajar, tapi sekadar berkongsi ilmu. Hampir2 jugak gaduh sebab dia tetap rasa dia betul dan tak nak terima pendapat saya. Tapi saya tahu, dia mesti sedar yg dia tersalah ckp, tapi biasalah, ego manusia tu terlalu tebal...

Teringat sabda Nabi yg mafhumnya..
“Seandainya sahabat2 ku tahu apa (pahala) yg terkandung
dalam bulan Ramadhan ni, nescaya mereka akan mengharapkan sepanjang tahun
menjadi Ramadhan...”


Dikatakan bahawa dalam bulan Ramadhan ni, 1 amalan sunat sahaja digandakan pahala sebanyak 70 kali. Wah, macam mana pulak dengan pahala amalan fardhu kita kan?

Renungkan......

Dalam Ramadhan dikatakan terkandung 1000 macam perkara dan event2 besar Islam. Nuzul Quran, Lailatul Qadr, Perang Badar, Fathul Makkah dan sebagainya. Dan Ramadhan sangat dimuliakan dalam sirah Islam. Ada 1 kata2 berkaitan Ramadhan, ‘Sepanjang tahun adalah racun, dan Ramadhan adalah penawarnya...’.

Dalam bulan Ramadhan ni, segala amalan menjadi ringan. Diri terasa nak beramal sepanjang masa. Yang tak pernah bersedekah tiba2 jadi ringan je tangan menghulur sedekah dalam Ramadhan ni. Anak yatim masa bulan Ramadhan ni selalu ‘busy’ dengan undangan2 berbuka puasa dan sebagainya...

Nah.. Kalu bukan bulan Ramadhan ni, bila lagi kita nak berubah???

Ramadhan adalah medium dan agen mekanisma perubahan umat. Ia ibarat prisma. Cahaya yg bengkok melalui satu prisma dan keluar sebagai satu cahaya yg lurus. Ramadan lah tempatnya...

Persoalan yg ditimbulkan disini sebenarnya bukan isu baru.

Banyak ahli masyarakat Islam kita yang tersilap mentafsir erti ‘perubahan’ atau hijrah.
“Saya bukan taknak pakai tudung, tapi saya tak nak jadi hipokrit la. Ni la diri saya yg sebenar (merujuk pd dirinya yg tak bertudung), biar lah saya jadi diri saya yg sebenar. Takkan ko nak suruh saya berlakon jadi bdk baik..ish..Tak nak lah jadi hipokrit..”

Mereka takut jadi hipokrit dengan harapan mereka tidak menguris Islam, tapi dalam masa yg sama mereka tak tsayat pada balasan dan amaran Allah..Mereka cakap mereka tak menolak Islam, tapi menjarakkan Islam dari aplikasi hidup seharian meraka? Mungkin mereka tak sedar...

Merujuk kepada sirah, cuba bayangkan kalau Umar Al Khattab tu mempunyai pemikiran anti-perubahan macam ni?

Tengok perubahan yg berlaku dalam diri beliau sebelum beliau masuk Islam dan sesudah masuk Islam? Kalau orang yg baru masuk Islam masa tu ada pemikiran dan dogma ‘tak nak berubah sebab tak nak hipokrit’ ni, apa beza mereka dengan org yg tak peluk Islam lagi masa tu?
Namun sebaliknya, mereka terus bertindak atas apa sahaja arahan dan perintah Allah dan Rasulullah terhadap mereka.

Lihat sahaja pada kesan pengharaman arak ketika itu? Mekkah bagaikan banjir dengan arak akibat dari arak yang dilempar dan di buang oleh para sahabat. Mereka pegang pada sunnah Nabi dengan ‘gigi geraham mereka’..

Saya tertarik dengan kisah bagaimana orang Quraish keliru dengan penampilan Abu Bakar dan Nabi ketika mereka brjalan beriringan. Tak ada apa yg dilakukan oleh Nabi tak dilakukan oleh Abu Bakar. Zaman sahabat dipersayai sebagai zaman terbaik selepas zaman Nabawiyah.

Jelas kejayaan bagi mereka yg mengamalkan sunnah nabi. Sahabat2 berjaya dunia akhirat dan dijanjikan syurga dengan mengamalkan sunnah nabi yang hari ini dianggap ketinggalan dan konvensional oleh segelintir kita?

Bak kata Abg Ridhwan A.Bakar, para sahabat bijaksana (bijak di sana) dan bukan hanya bijaksini (bijak disini)...

Mercun On Campus :: Suatu Nasihat.

KaBoom...Kaboom...Booooomm....

Tersentak-sentak saya tengah minum air masa berbuka.. Geram betul dengan budak2 yg main mercun ni. Kalau takat main mercun pop tu tak pa lagi, ini main mercun bola waktu2 Mahgrib ni..Main kat kawasan hostel pulak tu. Lepas meletup mercun tu, kedengaran ‘letupan’ penghuni2 hostel yang nyata mengalami sentakan yang sama seperti saya tadi. Jeritan ‘woi!’ dan sumpah seranah kedengaran terutama dari students foreigner.
Biasalah, kalau dah nama pun raya, mercun sangat sinonim. Kat hostel saya ni, malam pertama Ramadhan dah boleh dengar dentuman2 mercun. Tapi pelajar Universiti tak kan la bengap sangat tak tau hormat privasi pelajar lain. Terganggu ibadat kami bila kul 2,3 pagi lagi bertambah meriah bunyi dentuman tu..

Esoknya, bila saya balik dari surau lepas solat subuh, saya tengok ada notis tulisan tangan di information board hostel. Dari gaya tulis dan bahasa yg digunakan saya dapat agak tu tulisan foreigner.. Dalam notis berbahasa Inggeris tu antaranya berbunyi (lepas di ‘translated’ le)... “...ada antara kami yang tak dapat terima bunyi letupan bunga api dan menjadi tak tenang tiap kali dengar bunyi letupan...” . Dalam notis tu juga ada menyebut mereka tak akan teragak2 untuk complaint direct ke Rector University sekiranya masalah ni berlanjutan. Wah..tension sangat tu dengarnya...

Kesian jugak dengan sahabat2 dari negara2 luar yang tak boleh duduk diam bila dengar bunyi dentuman. Mereka masih fobia dengan keadaan peperangan di Negara mereka. Perasaan takut menyelubungi mereka tatkala pelajar lain enjoy bermain mercun.

Tapi pelajar2 kita tak sedar akan sensitivity masyarakat lain ni. Pelajar tempatan datang University nak main dan enjoy dengan kwn2. Apa tujuan hidup mereka ni sebenarnya? Tak ke mereka ni rasa sia2 dengan hidup mereka yang sekadar makan, tidur, enjoy, merokok, kuar malam, shooping, join group samseng, gaduh, dating dan perkara2 lagho lain?
Hmm.. Sedihnya tengok anak bangsa kita jadi macam ni. Negara kita ada prasarana Dunia Kelas Pertama tapi modal insan Dunia Kelas Ke-Tiga. Terbayang masa depan Negara yang gersangkan pemimpin2 berkaliber dan berkarisma...

::Need is the mother of invention::

Semasa belajar subjek sejarah masa zaman sekolah dulu, ini lah subjek yang paling senang nak skor dan mudah nak dapat A bagi saya. Tapi terasa rugi sekali sebab kita terlalu mengagung2kan barat sehinggakan akibatnya 'memakan' anak bangsa generasi baru sendiri.

Buka mata, buka minda, kenali diri! Fikir-fikirkan dan selamat beramal!


Penemu Mesin wap Adalah James Watt. Berasal dari Negara Inggeris
Penemu Mesin 4 tak Adalah Nicolaus Otto. Berasal dari Negara Jerman
Penemu Mesin diesel Adalah Rudolf Diesel. Berasal dari Negara Jerman
Penemu Mesin cetak Adalah Johannes Guttenberg. Berasal dari Negara Jerman
Penemu Mesin taip Adalah Christopher Sholes. Berasal dari Negara Amerika
Penemu Radio Adalah C. Marconi Berasal dari Negara Itali
Penemu Televisyen Adalah J.L. Baird & C.F. Jenkins Berasal dari Negara Amerika
Penemu Telegraf Adalah Samuel F.B. Morse Berasal dari Negara Amerika
Penemu Telefon (Versi Lama) Adalah Alexander Graham Bell Berasal dari Negara Amerika Syarikat
Penemu Telefon (Versi Baru) Adalah Antonio Meucci Berasal dari Negara Itali
Penemu Dinamo Adalah Michael Faraday Berasal dari Negara Inggeris
Penemu Elektromagnet Adalah Williarn Sturgeon Berasal dari Negara Inggeris
Penemu lampu Adalah Thomas Alva Edison Berasal dari Negara Amerika
Penemu Projektor film Adalah Thomas Alva Edison Berasal dari Negara Amerika
Penemu Piring hitam Adalah Alexander Graham Bell Berasal dari Negara Amerika
Penemu Batu bateri Adalah Volta Berasal dari Negara Itali
Penemu Termometer Adalah Galileo Galilei Berasal dari Negara Itali
Penemu Korek api Adalah Robert Boyle, John Walker Berasal dari Negara
Penemu Kapal api Adalah Robert Fulton Berasal dari Negara Amerika
Penemu Kapal selam Adalah Cornelius van Drebbel Berasal dari Negara Belanda
Penemu Sinar Rontgen Adalah Wilhelm Conrad Rontgen Berasal dari Negara Jerman
Penemu Stetoskop Adalah Rene Laennec Berasal dari Negara
Penemu Lensa Adalah Anthony Van Leuwenhook Berasal dari Negara Belanda
Penemu Mikroskop Adalah Zacharias Janssen Berasal dari Negara
Penemu Teleskop Adalah H. Lippershey Berasal dari Negara
Penemu Kamera Adalah Louis Jacques Monde da Guerre & Edwin Land Berasal dari Negara Amerika
Penemu Pesawat terbang Adalah Wilbur dan 0. Wright Berasal dari Negara Amerika
Penemu Kereta api Adalah Murdocks Berasal dari Negara Inggeris
Penemu Balon terbang Adalah Sir F. Whittle Berasal dari Negara
Penemu Barometer Adalah Evangelista, Torricelli Berasal dari Negara Itali
Penemu Dinamit Adalah Alfred Nobel Berasal dari Negara Sweden
Penemu Lensa kaca mata Adalah Benyamin Franklin Berasal dari Negara
Penemu Calculator Adalah Blaise Pascal Berasal dari Negara Perancis
Penemu kereta Adalah Gottlich Daimler Berasal dari Negara
Penemu Motor Adalah Nikola Tesla Berasal dari Negara
Penemu Tank Adalah Sir Ernest Swinton Berasal dari Negara Inggeris
Penemu Traktor Adalah Benyamin Holt Berasal dari Negara
Penemu Tangga jalan Adalah Elis G. Otis Berasal dari Negara
Penemu Kawat pijar Adalah Irving Langmuir Berasal dari Negara


Semua ilmu ini sebenarnya kebanyakannya ada yg diasaskan oleh saintis Islam, bahkan hampir semuanya ada di pandu dalam Al-Quran, tapi barat pandai bermain politik hina dengan me'war-war'kan invention tersebut berasal dari mereka... Cuba rujuk sejarah penaklukan Baghdad yg mengakibatkan kesemua ilmu yg dibukukan terkubur tak terkesan...

Allah menarik nikmat ilmu dari manusia dengan mematikan para Ulama' dan Umara'.. Jangan lah kita takbur di bumi tuhan ini..

Kita hanyalah perantau yg dhaif dan tak punya apa2...

Saturday, September 20, 2008

Merkantilisme Serta Aspek Politik Mercantilism ::Pengertian pada sejarah dunia::

Merkantilisme adalah suatu sistem politik ekonomi yang sangat mementingkan perdagangan internasional dengan tujuan untuk memperbanyak aset dan modal yang dimiliki sesebuah negara.
Merkantilisme diamalkan dalan peraturan negara yang berbentuk protectionisme dan politik kolonial demi perdagangan yang menguntungkan. Pemerintah negara mengamalkan eksport dengan insentif dan menghalang import dengan tarif.

Kekayaan dan kemakmuran suatu negara diukur dari perbandingan eksport importnya yang digambarkan dengan jumlah kapital dari logam, mineral berharga dan lain2 komoditi. Seolah-olah eksport dan import berada dalam suatu keadaan di mana jika eksport berlebih maka perdangangan dianggap untung. Dengan adanya keuntungan maka terjadi peningkatan pendapatan negara yang harus dibayar & diimbangi secara tunai dengan emas.

Contoh raja pengikut/ penganut sistem merkantilisme :
  • Raja Karel V dari negara Spanyol
  • Ratu Elizabeth dari Inggris
  • Prinsmaurits berasal dari Belanda
  • Louis XIV dari Prancis

Aspek-Aspek Politik Merkantilisme :
  1. Ekonomi : Berupaya mendapatkan emas sebanyak-banyaknya.
  2. Tariff : pembatasan import dengan tarif yg tinggi untuk barang dari negara lain.
  3. Industri : Menggalakkan industri barangan untuk meningkatkan eksport.
  4. Perkapalan : Act of Navigation sangat membantu perkapalan Inggeris.
  5. Penduduk : Meningkatkan jumlah penduduk atas tujuan utk meningkatkan jumlah output produk Industri.
  6. Kolonial : Negara daerah jajahan dipergunakan sebagai penjual hasil dan laveransi bahan dasar.

Friday, September 19, 2008

:: Satu rasa ::

aku rasa
hidup manusia jadi sangat tak best
bila kena jadi seseorang dalam komuniti

kau perlu jadi bangku ukuran
benchmark contoh
satu qudwah
perlu berdiri pada satu exemplary level

kau perlu doktrinkan manusia sekeliling
dengan segala ilmu yang kau miliki
dan menginstitusikan mereka dengan ideologi dan idealisme kau
supaya mereka tak jadi macam apa yang kau tahu tak patut jadi
dan saat sama juga kau tahu yang kau dah jadi macam apa yang kau tahu tak patut jadi

saat kau kena jadi seseorang itu yang kau perlu buat
aku tak tahu kau macam mana
tapi aku memang tak suka begitu

tapi aku dan kau memang tahu
yang bila ia patut jadi begitu
maka ia akan jadi begitu

dan kau dan aku tahu
kalau aku dan kau perlu jadi begitu
maknanya aku dan kau memang dicipta untuk jadi begitu
tapi aku memang tak suka begitu

BLOG DILEMMA?

Ramai generasi muda berminat nak buat blog. Bila blog telah dibina, ianya jarang dikemaskini dan dibiarkan bersawang. Bila ditanya, mengapa...jawapan lazimnya "Tiada masa".

Ramai generasi muda dah ada blog. Bila blog dah ada, tak tau nak tulis apa pulak. Bila ditanya, mengapa...jawabnya xde idea la bang.

Ramai generasi muda yang dah ada blog, banyak idea tapi tak yakin untuk menulis atau tidak...takut. Bila ditanya mengapa...jawabnya "Ada ke orang nak baca bang?". Nak promote blog pun satu dlema kan?

Ramai generasi muda yang ada blog, tapi tak ada pembaca. Isinya bagus tapi tak popular. "What a waste of time" katanya.

Ramai generasi muda yang ada blog yang popular tapi isinya....merepek...Bila ditanya mengapa? jawabnya "Just for fun and to entertain my friends"

Ramai generasi muda yang ada blog, tapi takut nak tulis pendapat mereka.

Ramai generasi muda yang TIADA blog, tapi suka nak baca blog orang jer. Tak suka nak menulis, tapi banyak idea.

Thursday, September 18, 2008

'Muhasabah' dari Menteri Dalam Negeri

PUTRAJAYA 18 Sept. - Semua pihak diminta menghentikan perbincangan mengenai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berperilaku seolah-olah negara ini ditadbir oleh beliau.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, perbincangan setiap hari sehinggakan masing-masing ingin berdebat secara tidak langsung menunjukkan pergerakan negara turut `dikawal' oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
"Kita tidak perlu setiap hari bincang mengenai ketua pembangkang, banyak lagi benda yang boleh kita buat.Kita ada tugas yang perlu dilaksanakan sebagaimana yang diberikan mandat oleh kerajaan,'' katanya. - Utusan

Muhasabahnya?:
Sempena Ramadhan ni, apa yang kita dah buat? Sejauh mana amalan kita setakat 18 Ramadhan ni?? Paling penting, sedar ke kita berapa banyak tugas kita sbg Muslim yang masih terbengkalai dan diabaikan???

KECAMAN PADA BLOGGERS! CONTOH KELOMPANGAN KEBEBASAN HAK BERSUARA...


“Seorang lagi blogger ditahan”

Itulah tajuk yang dipilih oleh Malaysiakini. Sejak kebelakangan ini, memang ada beberapa blogger yang telah ditahan seperti Pak Bakaq, Raja Petra dan yang terbaru Kickdafella.

Bagi sesetengah orang, minat dengan sukan extreme atau lasak adalah kerja yang merbahaya. Tetapi jangan pula kita terlupa, minat menulis juga adalah kerja yang merbahaya kerana sejarah banyak merakamkan kisah penulis yang ditahan, dipenjara mahupun dijatuhkan hukuman mati.

Di negara ini sahaja, ramai penulis yang telah menjadi penghuni penjara kerana minat mereka itu. Kassim Ahmad, A Samad Ismail dan yang terbaru Hoon Cheng adalah beberapa nama sahaja yang pernah ditahan kerana apa yang ditulis oleh mereka. Itu belum termasuk lagi nama tokoh-tokoh besar dunia yang telah dihukum kerana minatnya itu.

Memang benarlah apa yang dikatakan oleh Saidina Umar Al-Khatab bahawa mata pena itu lebih tajam dari mata pedang.

Dan kini, zaman sudah berubah. Ramai pula yang suka menekan bebutang keyboard bagi menggantikan mata pedang untuk menyerang dan mempertahankan prinsip dan pendiriannya.

Meminjam lirik lagu M Nasir yang berbunyi “Peraturan cipta kekalutan, kekalutan cipta peraturan” memang sesuai untuk menggambarkan situasi semasa negara ini.

Bila apa yang ditulis itu dianggap boleh mendatangkan kalut bagi negara, maka peraturan digunakan untuk menyekat kekalutan itu. Dan, bila peraturan digunakan untuk menahan si penulis itu, ada pula yang kalut dengan penahanan itu.

Berapa banyak pun peraturan yang wujud di muka bumi ini, kita tidak mungkin berhenti menulis kerana peraturan itu juga perlu ada yang menulisnya. Apapun, jangan sesekali kita lupa, di kiri dan kanan kita sentiasa menulis tentang kita. Tulisan mereka itu sahajalah yang mampu mempertahankan kita.

Tangkapan terbaru

Untuk tahun ini sahaja sudah beberapa orang blogger yang ditahan polis dengan alasan memberikan ancaman kepada Negara.

Bermula dengan blogger Cucu Mat Kilau, Bang Bakar 'Penarik Beca', RPK dan latest bro. Syed Azidi Syed Abdul Aziz (kickdefella).Menurut isterinya Bariah Ishak, suaminya ditahan di bawah Akta Hasutan.Syed Azidi, menurut polis, akan dibawa ke Kuala Lumpur kerana laporan terhadapnya dibuat di sana.

Pada 23 Ogos lalu, Syed Azidi (di bawah tajuk Siasat Kickdefella Dibawah Akta Hasutan) telah menulis bahawa laman web pro-Umno telah mendesak supaya beliau disiasat di bawah Akta Hasutan.

Blogger tersebut mencetuskan kontroversi baru-baru ini selepas melancarkan kempen di talian supaya bendera Malaysia dikibarkan terbalik dan isu mendatangkan kemarahan Pak Lah.

Yang pasti blogger sudah menjadi satu ancaman kepada beberapa pihak dan mereka akan menggunakan pelbagai cara untuk menakutkan para-para blogger agar tidak mengkritik kerajaan.
Bagi saya, kalau dah benda tak betul kenalah kritik..kalau tegurpun bukannya nak dengar..lagipun kehadiran blogger-blogger inipun sekadar meluahkan pandangan peribadi..takkan baru pandangan peribadi dah takut ???









Bloggers Semakin Di Ancam - Malaysiakini

Tuesday, September 16, 2008

16 September..

Setiap tahun kita hampir lupa dengan tarikh ini. Tarikh yang tidak kurang penting dalam sejarah Malaysia. Pada tarikh tersebutlah, pada tahun 1963, Malaysia ditubuhkan.

Tapi pada tahun ini tarikh ini diingat semula, Anwar Ibrahim memilih tarikh ini untuk cuma mengambil alih pemerintahan Malaysia.

Pada tahun ini sekitar tarikh tersebut, Malaysia sedang menghadapi satu krisis kepimpinan yang nyata. Di sebelah pihak amat yakin sudah mempunyai cukup ahli untuk memerintah Malaysia. Di sebelah lagi pula, dengan yakin mempertahankan yang Malaysia akan terus diperintah oleh puak ini.

Di sebelah pihak dengan lantang mendedahkan kepincangan, sebelah pihak lagi dengan angkuh menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri.Rakyat malaysia kebanyakannya ingin melihat scenario ini berakhir secepat mungkin.

Berakhir dengan kesan positif pada kehidupan seharian mereka. Tidak kira siapa yang menang, tapi yang penting kehidupan mereka menjadi lebih baik.

Namun hakikatnya, Tidak ada yang lebih baik daripada penerapan Islam secara total, bukan sekadar diterapkan pada hari hari tertentu (had-hari) atau pada maslahat tertentu. Sebagai muslim, terutama pemimpin yang mengaku dirinya muslim, sepatutnya terus berusaha untuk membetulkan landasan ini agar tidak diazab di hari pembalasan kelak.

KEPEMIMPINAN ISLAM YANG DISELEWENG BARAT

Sebagai seorang pelajar Universiti, ditambah lagi selaku warganegara Malaysia yang sangat mementingkan pembangunan modal insan, kita sering ditegukkan dengan skil-skil kepimpinan yang pelbagai. Teori2 barat sering digunapakai untuk menerangkan konsep kepimpinan.

Saya teringat kata2 lecturer saya dua hari lepas, "leadership adalah subjek yg sangat mendalam untuk dikaji dan student sepatutnya hadam dengan teori2 ni (merujuk pd teori2 barat yg diguna pakai) krn lecturer sendiri sehingga ke hari ini masih terus mengkaji berkenaan topik ni"...

wah.teori2 barat ni dah la banyak,merapu2 pulak tu.Ada teori yang bercanggahan dengan hukum alam dan dah lapuk pun terpaksa dipelajari? Saya bukan menolak 100% leadership skill yg di'practise' barat.Saya akui ada teori2 yg sangat berguna dan relevan,tapi adakah semuanya terbaik sampaikan ada pelajar kita yg obses dengan barat (sekular)?

Persoalannya, dimana konsep kepimpinan Islam yang telah terbukti oleh sirah(sejarah)? Kenapa nak belajar teori barat SEMATA-MATA sedang kita ada evidance dalam sejarah Islam sendiri? Nak harapkan Ustaz2 je ke mengkaji sirah? Ke mana umat Islam yg mengaku moden dan profesional ni?
Saya bukan nak menyalahkan mana2 pihak, ini sekadar lontaran pandangan dari insan dhaif yg masih memerlukan tunjuk ajar... bak kata Professor Izzi, "Renung2kan dan selamat beramal!"




Prinsip Mahmoud Ahmadinejad;
"Saat anda melihat di cermin setiap pagi, apa yang anda katakan pada diri anda?"
Jawabnya: "Saya melihat orang di cermin itu dan mengatakan padanya:"Ingat, kau tak lebih dari seorang pelayan, hari di depanmu penuh dengan tanggung jawab yang berat, yaitu melayani bangsa Iran ."

Fakta menarik berkenaan Presiden Iran ni:

1. Tatkala menduduki Pejabat Presiden Iran Ia menyumbangkan seluruh permaidani Istana Iran yang sangat tinggi nilainya itu kepada masjid2 di Teheran dan menggantikannya dengan permaidani biasa yang mudah dibersihkan.
2. Bertemu dgn VIP dalam keadaan yang serba lengkap namun tanpa hamparan permaidani merah.
3. Tiada istilah kasta jawatan sepertimana yang dipopularkan oleh golongan feudalism. Islam juga anti Feudalism yang zalim.
4. Di bawah kepemimpinannya, mengajak jemaah menteri untuk akur terhadap kehidupan tawadhu'.
5. Pemimpin pertama yang mengisytiharkan harta secara umum. Antara harta tersebut terdiri dari Peugeot 504 tahun 1977, sebuah rumah sederhana warisan ayahnya 40 tahun yang lalu di sebuah daerah kumuh di Teheran. .
6. Gajinya di sebuah universiti hanya senilai US$ 250.7.Kini Presiden masih tinggal di rumahnya. Bahkan ia tidak mengambil gajinya, alasannya adalah bahwa semua kesejahteraan adalah milik negara dan ia bertugas untuk menjaganya. Aku kenal perawakannya sebagaimana aku mengenali Menteri Besar Kelantan
9.Menggunakan perkhidmatan kapal terbang kelas ekonomi. Pernah aku mendengar amalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang menggunakan kelas ekonomi.
10. Tidak autokratik apatahlagi memaksa rakyat. Hidup tanpa protokol yang ketat berbanding Presiden US.
11. Saat harus menginap di hotel, ia meminta diberikan bilik tanpa tempat tidur yg tidak terlalu besar karena ia tidak suka tidur di atas tilam, tetapi lebih suka tidur di lantai beralaskan permaidani dan selimut. Presiden Iran tidur di ruang tamu rumahnya selepas pengawal2nya pergi. Menurut koran Wifaq, foto2 yg diambil oleh adiknya tersebut, kemudian diedarkan oleh media masa di seluruh dunia, termasuk US. 12. Sepanjang sholat, anda dapat melihat bahwa beliau duduk bersama kalangan org kebanyakan. 13. Amalan menyegerakan solat dimana-mana sahaja 14. Ia juga tidak mau bersalaman dengan wanita yang bukan muhrimnya, cukup menundukan kepala sebagai rasa hormat

Ulasan:
Acapkali "ta" mampu membuatkan manusia terjerumus ke lembah kezaliman. Jarang-jarang "ta" melonjakkan insan ke tahap yang paling mulia.
  • takhta VS tauhid
  • wanita VS taqwa
  • harta VS tawadhu'



Sebahagian entri diambil dari
http://eizuddin.blogspot.com/

Monday, September 15, 2008

Tiba-tiba 16 Sept jadi tarikh keramat..

1. jangan letak harapan pada satu tarikh. Manusia memang tak akan tahu apa akan jadi esok
2. Sebaliknya, letak harapan pada satu dasar, perjuangan kerana agama Islam pasti akan menang, itu pasti. bila? itu kita tak tahu
3. jangan kecewa dan tidak ambil kesah lagi. Sikap kecewa dan tak ambil kesah ni la yang jadi punca Malaysia sekarang adalah malaysia sekarang. Kalau dari dulu orang ambil kesah maka
Malaysia tidak perlu jadi malaysia baru seperti yang diharapkan.

p.s - secara peribadi, aku kurang gemar dengan anwar. seperti aku kurang gemar dengan mahathir. tapi aku cukup kagumi kedua-duanya. perlu ada subtle distinction di situ.

Saturday, September 13, 2008

TAZKIRAH RAMADHAN

Entri ni ana copy dari web Ust Ridhauddin. Ada kena mengena dengan entri ana sebelum ni berkaitan kesibukan sbg pelajar. Semoga bermanafaat untuk kita renungkan..
Teringat buku tulisan senior saya semasa di UIA dulu, Ahmad Fadzli Yusof bertajuk “Sibuk atau Penyibuk”.

Ia berkenaan sikap manusia yang suka memberi alasan.Ramai manusia apabila tidak dapat menyiapkan sesuatu tugasan memberikan alasan yang hampir sama.


” Aku sibuk la bro, tak sempat nak siapkan” jawab Is pada Iwan setelah Iwan bertanyakan topik yang telah ditugaskan kepadanya untuk disiapkan.


” Eh, ustaz nak jumpa ana minggu depan? Maaf la ustaz, ana sibuk minggu depan” jawab Fadhilah ketika ditanya oleh ketua Biro kerohanian Badan Da’wah tentang waktu kelapangannya untuk diatur waktu mesyuarat biro pada minggu hadapan.


” Ustaz sibuk la pada tarikh tu, maaf ye” itu adalah jawapan saya. Biasanya jawapan skema saya itu ditujukan kepada orang yang ingin menjemput ceramah pada besok hari atau hujung minggu ini atau pada hari bekerja.

Mengenali Kesibukan.
Betul ke kita sebenarnya sibuk atau penyibuk. Cuba hitung kembali.
Setiap hari semua manusia tidak kira pangkat dan darjatnya, miskin atau kaya hanya punyai 24 jam. Tetapi kenapa orang lain punyai masa tetapi kita tidak punyai masa. Cuba hitung masa kita dalam sehari
Tidur : 8 jam (biasanya seorang pelajar)
Makan : 30 min x 4 = 2 jam ( pada yang kurang berborak waktu makan)
Solat : 15 min x 5 = 1 Jam 15 min (pada orang yang betul-betul solat la, kita solat 15min ke?)
Kelas @ belajar : 8-12,1-6 = 9 jam (itu pun kalau boleh fokus 100%, tanpa ada bual-bual kosong)
Main : 1 jam
Masih berbaki 3 jam lagi. Ke mana perginya?

Adakah kita betul-betul maksimakan penggunaan setiap jam di atas? Ataupun kita mencampur adukkan dengan berborak, berangan,berkhayal ataupun membuat perkara-perkara sampingan yang tidak penting.

Adakah sekiranya kita benar-benar sibuk kita akan memperuntukan masa tidur kita sampai 8 jam. Cuba bayangkan ketika kita sedang menghadapi peperiksaan akhir semester, adakah kita akan tidur selama 8 jam. Tentu sekali tidak. Dari itu, orang yang benar-benar sibuk hanya akan tidur kurang dari 6 jam.

It is all about how to manage yourself.

Sibuk Dengan Allah
Itu semua hitungan hubungan antara sesama manusia dan pekerjaan. Bagaimana pula kita nak memperuntukan 24 jam itu dengan penuh ibadah, sepanjang saat dan masa kita mendapat ganjaran pahala.

Bermulalah dengan niat kerana Allah ketika bangun dari tidur dengan bacaan doa yang diambil dari hadis nabi. Masuk tandas dengan kaki kiri dengan bacaan doa. Dan seterusnya sehinggalah kita tidur.

Petua yang paling penting untuk menjadikan 24 sebagai ibadah ialah :
Niat : PASTIKAN NIAT DALAM SETIAP PEKERJAAN KITA KERANA ALLAH
al-ittiba’ : Mengikut syariah. Tidak guna niat sahaja ikhlas tetapi tidak menepati syariah.
Tidak susah untuk sibuk dengan Allah.

Ridha (ridharster@gmail.com)

Pre-Reg Semester 2 08/09

WEB-BASED PRE-REGISTRATION EXERCISE FOR CURRENTLY ENROLLED STUDENTS SEMESTER 2, 2008/2009 SESSION

Admissions and Records Division
International Islamic University Malaysia
Hotline : 03 6196 4000 ext 3259
website: www.iiu.edu.my/anr

Date : 16/09/2008 - 21/09/2008
Time : 05:00 pm - 04:59 pm
Venue : Refer to separate notice from the respective Kulliyyah
Contact : Sr. Aishah Bibi Ali
URL : http://www.iiu.edu.my/anr/news_files/preregsem2.pdf

Organized by Admissions & Records Division

IIUM Discipline Awareness Campaign 2008

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh

Kindly be informed that Kor SUKSIS IIUM will be organizing IIUM Discipline Awareness Campaign which will be held from 15th to 27th September, 2008.

The campaign will give students and all IIUM community aware about the importance of wearing helmet for motorcyclist and the importance of seat belt for motocar user.

In this campaign IIUM SUKSIS with supervision from Police Officials will set up a road block to enforce the Traffic Rules and Regulations. Kindly click the URL below for further details:

Date: 15/09/2008 - 27/09/2008
Time: 08:00 am - 12:00 am
Venue: Gombak Campus, IIUM
Contact: Sr. Rusnani @ 5474
URL: http://www.iiu.edu.my/cac/?p=207

Organized by Student Development Division

"Tiba-tiba...Saya kembali..." :: Masaku Masamu jua? ::

"Tiba-tiba saya kembali..."... Peminat video klip hanief.blogspot.com pasti familiar dengan ayat Dr M ni.Ayat ni digunapakai olh CheDet bilamana isu kritikan pedasnya kpd Pemimpin Negara selepas lama menyepi dari massa perdana..
Assalamualaikum dan salam sejahtera kpd semua makhluk diluar sana. Salam Ramadhan Kareem...

Setelah hampir 3 bulan saya menyepi,akhirnya berpeluang jugak nak mencuri masa meng'update' atmosfera blog ni.. Bukan dah lama tak online,cuma tak dak masa nak menaip,sempat jenguk2 kejap je slalu.. Terlalu banyak aktiviti universiti yang menarik dalam masa 3 bulan ni.Tambah lagi dengan assignment yang bersepah,group project yg brtimbun,exam,quizes,presentation dan mcm-mcm lagi aktiviti kuliyah yang perlu diberi perhatian.Trutamanya kami sdang berada dalam peak semester. Namun demikian kerja dakwah tetap menjadi rutin sbg seorang Muslim. Saya cuba dapatkan gambar2 aktiviti2 dlm 3bulan ni,tapi tak dapat kumpul semua. Saya akan masukkan entri brkenaan sebahagian aktiviti lepas secara beransur2. Banyak yang nak dikongsi,tapi stuck,tak tau nak mula dai mana...

Sebelum pergi lebih jauh,saya nak minta maaf kpd semua sahabat yang berulang-alik berkeliaran masuk ke blog ini untuk membaca entri-entri terbaru sepanjang 3bulan ni..
InsyaAllah, blog ni akan sentiasa diberi nafas selepas ini untuk terus berfungsi berkongsi suara dengan sahabat2 kat luar tu...

Persoalan yang saya nak timbulkan disini, "Aku ni sibuk, atau penyibuk??!"

Saya tak sibuk sebenarnya dan jika boleh, saya tidak mahu menggunakan perkataan sibuk. Apa yang sedang saya lakukan sekarang adalah, saya mahu memberi fokus pada pelajaran umumnya dan dakwah secara khususnya.Dan ditambah lagi dgn beberapa perancangan saya yang lain untuk lebih ke hadapan...
Ya, ia satu bentuk anjakan paradigma. Saya sangat teruja bilamana Perdana Menteri kita yang dihormati (moral: yg tua dihormati,yg muda disayangi..) sering mencanang kepentingan modal insan dalam diri masyarakat hari ini umumnya.Hari ni kita dapat tengok sedikit titisan seruan tersebut.Ramai remaja dan pelajar kita yang terkehadapan dan versatil, namun tak kurang juga yang makin parah.Saya yakin dan percaya, masalah sosial yg selalu kita debatkan ni tak mungkin akan selesai selagi mana pengaplikasian AlQuran dan Sunnah dipandang enteng..


Senior saya Ahmad Fadzli Yusof ada membukukan persoalan 'sibuk' ni dalam buku beliau bertajuk “Sibuk atau Penyibuk?”, keluaran PTS (p/s:Sila dapatkan segera di pasaran!)

Sibuk,menyibuk,penyibuk??Bila difikirkan balik, apabila kita mengatakan kita sibuk, benarkah kita sibuk? Atau kita yang buat-buat sibuk?

Tak ada masa nak jalan-jalan dengan kawan, tak ada masa nak bersosial, tak ada masa dengan keluarga (kononnya sibuk dengan study!), tak ada masa nak beristirehat, tak ada masa nak riadah… Sebaliknya, study study study…..

Bagi saya sendiri,saya tak dapat nak nafikan, soal masa memang payah utk diurus. Sebelum masuk semester baru,saya sering membuat pelbagai perancangan pengurusan, tapi saya sedar, saat kita merancang, Allah juga merancang dan rancangan Nya adalah lebih baik dan berhikmah...

Dulu masa sekolah,waktu study ikut suka hati jer.Bila ada semangat,study,lepas 5 minit study, berubah plak jadi tido atau tgk movie.Bila rasa nak buat kerja, saya buat, bila rasa bosan, saya tak buat. Sebabnya, saya tak ada perancangan masa yang efektif.

Sehinggalah ke hari ini, saya masih sentiasa cuba utk meng’optimize’kan penggunaan masa saya agar ada masa untuk semua perkara yang diperlukan sebagai seorang manusia. Ada masa untuk ibadat khusus, ada masa untuk beriadah, ada masa nak rehat, ada masa untuk kawan-kawan, ada masa untuk buat research dan yang penting sbg pelajar, study dan yang lebih penting dari itu ialah mencari Redha Allah dalam setiap aktiviti.. (n,n)

Jadi, nasihat saya pd sahabat semua, PASTIKAN anda ada perancangan.Sekurang-kurangnya ada rangka pengurusan masa.
  • Senaraikan apakah perkara-perkara yang perlu dan yang utama untuk dilakukan.
  • Elakkan menjadi kaki penyibuk iaitu semua benda nak buat.
  • Elakkan juga menjadi seorang yang ada penyakit nak buat semua perkara dalam satu masa.
  • Rancang apa yang nak dibuat di hari esok sebelum tidur agar anda dapat tidur dengan tenang.
Jangan jadi macam saya yang bermula tanpa perancangan yang rapi… Mulalah dengan langkah kanan dan persiapan yang mencukupi. Kita adalah Muslim, bukan hanya manusia. Seorang Muslim perlu ada perancangan dan strategi yang baik walaupun ’simple’, tetapi ia tetap ampuh. Belajar dari kesilapan. Ia adalah satu proses.

"Jadilah diri sendiri dan utamakan yang utama..."

Saya bukan nak mengajar,kita kenal diri kita,tapi ini peringatan buat diri saya juga khususnya...
Buat adik-adik abang kat luar tu,jika adik-adik menjadi pelajar tanpa ada perancangan yang baik, adik pasti akan kelam-kabut, keliru, kerja tak tersusun, tak tahu mana satu yang perlu diutamakan, fokus akan kurang, kerja tak berkualiti, sering terkejar-kejar, dan akhirnya….. Anda akan jadi PENYIBUK.

Perancangan tak advance pun tak apa, janji clear, ada rangka dan flow.

Jika ada sahabat2 tanya saya, bagaimana caranya menguruskan masa untuk anda? Jawapannya adalah setiap orang perlu melihat,menilai dan mengukur diri sendiri kerana lain padang, lain belalang,lain orang, lain yang perlu dilakukan dan lain jalan hidupnya.

Saya adalah diri saya, anda adalah anda. Saya ada jalan hidup saya, anda ada jalan hidup anda. Be yourself.
Wallahu 'alam..Wassalam. (^,^)




Some content of this article was edited from Bro Zul on SmartZul entri. TQ bro.