Sunday, September 21, 2008

Mercun On Campus :: Suatu Nasihat.

KaBoom...Kaboom...Booooomm....

Tersentak-sentak saya tengah minum air masa berbuka.. Geram betul dengan budak2 yg main mercun ni. Kalau takat main mercun pop tu tak pa lagi, ini main mercun bola waktu2 Mahgrib ni..Main kat kawasan hostel pulak tu. Lepas meletup mercun tu, kedengaran ‘letupan’ penghuni2 hostel yang nyata mengalami sentakan yang sama seperti saya tadi. Jeritan ‘woi!’ dan sumpah seranah kedengaran terutama dari students foreigner.
Biasalah, kalau dah nama pun raya, mercun sangat sinonim. Kat hostel saya ni, malam pertama Ramadhan dah boleh dengar dentuman2 mercun. Tapi pelajar Universiti tak kan la bengap sangat tak tau hormat privasi pelajar lain. Terganggu ibadat kami bila kul 2,3 pagi lagi bertambah meriah bunyi dentuman tu..

Esoknya, bila saya balik dari surau lepas solat subuh, saya tengok ada notis tulisan tangan di information board hostel. Dari gaya tulis dan bahasa yg digunakan saya dapat agak tu tulisan foreigner.. Dalam notis berbahasa Inggeris tu antaranya berbunyi (lepas di ‘translated’ le)... “...ada antara kami yang tak dapat terima bunyi letupan bunga api dan menjadi tak tenang tiap kali dengar bunyi letupan...” . Dalam notis tu juga ada menyebut mereka tak akan teragak2 untuk complaint direct ke Rector University sekiranya masalah ni berlanjutan. Wah..tension sangat tu dengarnya...

Kesian jugak dengan sahabat2 dari negara2 luar yang tak boleh duduk diam bila dengar bunyi dentuman. Mereka masih fobia dengan keadaan peperangan di Negara mereka. Perasaan takut menyelubungi mereka tatkala pelajar lain enjoy bermain mercun.

Tapi pelajar2 kita tak sedar akan sensitivity masyarakat lain ni. Pelajar tempatan datang University nak main dan enjoy dengan kwn2. Apa tujuan hidup mereka ni sebenarnya? Tak ke mereka ni rasa sia2 dengan hidup mereka yang sekadar makan, tidur, enjoy, merokok, kuar malam, shooping, join group samseng, gaduh, dating dan perkara2 lagho lain?
Hmm.. Sedihnya tengok anak bangsa kita jadi macam ni. Negara kita ada prasarana Dunia Kelas Pertama tapi modal insan Dunia Kelas Ke-Tiga. Terbayang masa depan Negara yang gersangkan pemimpin2 berkaliber dan berkarisma...

No comments: