Saturday, September 13, 2008

"Tiba-tiba...Saya kembali..." :: Masaku Masamu jua? ::

"Tiba-tiba saya kembali..."... Peminat video klip hanief.blogspot.com pasti familiar dengan ayat Dr M ni.Ayat ni digunapakai olh CheDet bilamana isu kritikan pedasnya kpd Pemimpin Negara selepas lama menyepi dari massa perdana..
Assalamualaikum dan salam sejahtera kpd semua makhluk diluar sana. Salam Ramadhan Kareem...

Setelah hampir 3 bulan saya menyepi,akhirnya berpeluang jugak nak mencuri masa meng'update' atmosfera blog ni.. Bukan dah lama tak online,cuma tak dak masa nak menaip,sempat jenguk2 kejap je slalu.. Terlalu banyak aktiviti universiti yang menarik dalam masa 3 bulan ni.Tambah lagi dengan assignment yang bersepah,group project yg brtimbun,exam,quizes,presentation dan mcm-mcm lagi aktiviti kuliyah yang perlu diberi perhatian.Trutamanya kami sdang berada dalam peak semester. Namun demikian kerja dakwah tetap menjadi rutin sbg seorang Muslim. Saya cuba dapatkan gambar2 aktiviti2 dlm 3bulan ni,tapi tak dapat kumpul semua. Saya akan masukkan entri brkenaan sebahagian aktiviti lepas secara beransur2. Banyak yang nak dikongsi,tapi stuck,tak tau nak mula dai mana...

Sebelum pergi lebih jauh,saya nak minta maaf kpd semua sahabat yang berulang-alik berkeliaran masuk ke blog ini untuk membaca entri-entri terbaru sepanjang 3bulan ni..
InsyaAllah, blog ni akan sentiasa diberi nafas selepas ini untuk terus berfungsi berkongsi suara dengan sahabat2 kat luar tu...

Persoalan yang saya nak timbulkan disini, "Aku ni sibuk, atau penyibuk??!"

Saya tak sibuk sebenarnya dan jika boleh, saya tidak mahu menggunakan perkataan sibuk. Apa yang sedang saya lakukan sekarang adalah, saya mahu memberi fokus pada pelajaran umumnya dan dakwah secara khususnya.Dan ditambah lagi dgn beberapa perancangan saya yang lain untuk lebih ke hadapan...
Ya, ia satu bentuk anjakan paradigma. Saya sangat teruja bilamana Perdana Menteri kita yang dihormati (moral: yg tua dihormati,yg muda disayangi..) sering mencanang kepentingan modal insan dalam diri masyarakat hari ini umumnya.Hari ni kita dapat tengok sedikit titisan seruan tersebut.Ramai remaja dan pelajar kita yang terkehadapan dan versatil, namun tak kurang juga yang makin parah.Saya yakin dan percaya, masalah sosial yg selalu kita debatkan ni tak mungkin akan selesai selagi mana pengaplikasian AlQuran dan Sunnah dipandang enteng..


Senior saya Ahmad Fadzli Yusof ada membukukan persoalan 'sibuk' ni dalam buku beliau bertajuk “Sibuk atau Penyibuk?”, keluaran PTS (p/s:Sila dapatkan segera di pasaran!)

Sibuk,menyibuk,penyibuk??Bila difikirkan balik, apabila kita mengatakan kita sibuk, benarkah kita sibuk? Atau kita yang buat-buat sibuk?

Tak ada masa nak jalan-jalan dengan kawan, tak ada masa nak bersosial, tak ada masa dengan keluarga (kononnya sibuk dengan study!), tak ada masa nak beristirehat, tak ada masa nak riadah… Sebaliknya, study study study…..

Bagi saya sendiri,saya tak dapat nak nafikan, soal masa memang payah utk diurus. Sebelum masuk semester baru,saya sering membuat pelbagai perancangan pengurusan, tapi saya sedar, saat kita merancang, Allah juga merancang dan rancangan Nya adalah lebih baik dan berhikmah...

Dulu masa sekolah,waktu study ikut suka hati jer.Bila ada semangat,study,lepas 5 minit study, berubah plak jadi tido atau tgk movie.Bila rasa nak buat kerja, saya buat, bila rasa bosan, saya tak buat. Sebabnya, saya tak ada perancangan masa yang efektif.

Sehinggalah ke hari ini, saya masih sentiasa cuba utk meng’optimize’kan penggunaan masa saya agar ada masa untuk semua perkara yang diperlukan sebagai seorang manusia. Ada masa untuk ibadat khusus, ada masa untuk beriadah, ada masa nak rehat, ada masa untuk kawan-kawan, ada masa untuk buat research dan yang penting sbg pelajar, study dan yang lebih penting dari itu ialah mencari Redha Allah dalam setiap aktiviti.. (n,n)

Jadi, nasihat saya pd sahabat semua, PASTIKAN anda ada perancangan.Sekurang-kurangnya ada rangka pengurusan masa.
  • Senaraikan apakah perkara-perkara yang perlu dan yang utama untuk dilakukan.
  • Elakkan menjadi kaki penyibuk iaitu semua benda nak buat.
  • Elakkan juga menjadi seorang yang ada penyakit nak buat semua perkara dalam satu masa.
  • Rancang apa yang nak dibuat di hari esok sebelum tidur agar anda dapat tidur dengan tenang.
Jangan jadi macam saya yang bermula tanpa perancangan yang rapi… Mulalah dengan langkah kanan dan persiapan yang mencukupi. Kita adalah Muslim, bukan hanya manusia. Seorang Muslim perlu ada perancangan dan strategi yang baik walaupun ’simple’, tetapi ia tetap ampuh. Belajar dari kesilapan. Ia adalah satu proses.

"Jadilah diri sendiri dan utamakan yang utama..."

Saya bukan nak mengajar,kita kenal diri kita,tapi ini peringatan buat diri saya juga khususnya...
Buat adik-adik abang kat luar tu,jika adik-adik menjadi pelajar tanpa ada perancangan yang baik, adik pasti akan kelam-kabut, keliru, kerja tak tersusun, tak tahu mana satu yang perlu diutamakan, fokus akan kurang, kerja tak berkualiti, sering terkejar-kejar, dan akhirnya….. Anda akan jadi PENYIBUK.

Perancangan tak advance pun tak apa, janji clear, ada rangka dan flow.

Jika ada sahabat2 tanya saya, bagaimana caranya menguruskan masa untuk anda? Jawapannya adalah setiap orang perlu melihat,menilai dan mengukur diri sendiri kerana lain padang, lain belalang,lain orang, lain yang perlu dilakukan dan lain jalan hidupnya.

Saya adalah diri saya, anda adalah anda. Saya ada jalan hidup saya, anda ada jalan hidup anda. Be yourself.
Wallahu 'alam..Wassalam. (^,^)




Some content of this article was edited from Bro Zul on SmartZul entri. TQ bro.

No comments: