Showing posts with label Siasah. Show all posts
Showing posts with label Siasah. Show all posts

Monday, April 6, 2009

Mahasiswa perlu cakna politik negara! Kami harapan masa depan negara!

BUKIT GANTANG

(Perak Parliament seat) 
55,562 voters
Malay – 63.5%, Chinese 27.1%, 
Indians 9.1%, Others 0.2%

Mohd Nizar Jamaluddin (PAS)
Ismail Saffian (Umno)
Kamarul Ramizu Idris (Independent)

2008 Elections
Roslan Shaharum (PAS) – 20,015 
Azim Zabidi (Umno) – 18,449
M Morgan (Independent) - 872


BUKIT SELAMBAU
(Kedah state seat)
35,140 voters
Malay – 50.2%, Chinese 19.3%
Indian 29.5%, Others 1%

S Manikumar (PKR)
S Ganesan (MIC)

Independents
- R Loganathan
- Tan Hock Huat 
- Mohd Radhi Mat Lazim
- Mohd Fadzli Wahab 
- Abdul Rahim Abu 
- L Sarala 
- A Jayagopal 
- S Moganakumar 
- Khamis Awang 
- Husaini Yaacob 
- Venason Michael 
- Mejar (B) Anuar Abdul Hamid
- T Chandrarajan 

2008 Elections
V Amurugan (Ind*) - 13,225
S Krishnan (MIC) - 10,863

* joined PKR after the elections


BATANG AI
(Sarawak state seat)
8,006 Voters
Iban 95%, Malay 1.25%, Chinese 3.75%

Malcolm Mussen Lamoh (PRS)
Jawah Gerang (PKR)

2006 State election
Dublin Unting (PRS) -3 ,295
Nicholas Bawin (Snap) - 2,489

Monday, February 23, 2009

Forum: "Budak Universiti ni golongan intelektual ke? Mcm budak sekolah menengah je aku tgk." Pak Jali mengadu pada aku dgn nada kecewa..

Rabu, 18 Februari, Gombak : Selepas mendapat kelulusan dari Hal Ehwal Pelajar UIAM, Ma'ruf Club UIAM dgn kerjasama SRC IIUM akan menganjurkan satu forum intelektual mengenai senario semasa politik Malaysia pada saat ini. Antara panelis yang dibabitkan adalah tiga tokoh politik dari parti pemerintah dan pembangkang di negeri Selangor serta seorang pakar undang-undang dari UIAM. Saudara Faridzul Nasarudin, Presiden Ma'ruf Club UIAM menyatakan bahawa menjadi hasrat awal di peringkat Ma'ruf Club untuk mempertemukan YB Nizar Jamaludin dan YB Dr Zambry yang kini menjadi icon utama pergolakan politik di Perak, namun hampir pasti usaha kami ke arah itu agak mustahil berikutan ketegangan yang belum mereda antara kedua-dua belah parti pemerintah dan pembangkang tersebut. Berikut adalah maklumat lanjut program. Kesemua mahasiswa,aktivis kampus, dan masyarakat luar dijemput hadir :

Nama Program : Intellectual Dialogue Towards Upholding Ummatic Aspiration : Implication of Current Phenomenon Towards The Future of Malaysia

Tarikh : 24 Februari 2009 (Selasa)

Masa : 8.30 malam

Tempat : Main Auditorium, UIAM

Isu-isu yang akan dibincangkan:

  • 1. Isu Perak dari kacamata perundangan dan perlembagaan
  • 2. Isu moral dan integriti ahli politik di Selangor
  • 3. Kestabilan sosial yang diketepikan
  • 4. Keparahan ekonomi negara pada saat ini
  • 5. Peranan mahasiswa Islam dalam memperjuang nasib ummah pada saat ini

*Semua Dijemput hadir terutama golongan mahasiswa kerana isu ini berkait rapat tentang masa depan mahasiswa sendiri yang mana kita adalah generasi yang akan menentukan masa depan negara.AYUH!!bersama kita memeriahkan forum ni.tolong sebarkan kepada sahabat-sahabat terdekat.

~ Let's Discover the Beauty of Islam ~


Entri ini ehsan daripada serikandi Ayat Al-Akhras

Saturday, January 17, 2009

Aku jerit pada Gunung yg kelihatan hebat, tapi Gunung tak getar akhirnya aku yg sakit tekak...

Pilihanraya kampus panas
Abemat Jan 16, 09 3:25pm


Pilihanraya kampus kali ini amat hangat sekali dan sama taraf dengan pilihanraya umum ataupun pilihanraya kecil dalam negara. Barang kali kerana edah pilihanraya kampus kali ini sama dengan by pilihanraya kecil di Kuala Terengganu, maka aksinya adalah sama.

Seperti biasa wujudnya surat layang, fitnah, laporan polis dan terkini meletak kepala babi dalam surau di UM. Di UKM, mahasiswa buat laporan polis kerana ugutan dalam SMS dan panggilan telefon. Di UIAM dan UPM pula suara bising berhubung tarikh pilihanraya dan beberapa syarat tertentu, turut berkumandang. Semua ini kebanyakannya berkisar dalam kelompok mahasiswa Islam.

Penulis melihat perkara ini adalah terjemahan daripada sikap pemimpin yang gagal. Gagal bertindak sebagai khalifah dan gagal menjalankan amanah. Kenapa?
  1. Pertama soal label. Sebenarnya tidak perlulah diletak label sama ada pro-mahasiswa atau pro-aspirasi kerana semua orang sama ada di dalam atau di luar kampus, termasuk di kampung, sudah tahu bahawa yang mengaku pro-aspirasi itu adalah yang menyebelahi Barisan Nasional, manakala pro-mahasiswa pula ialah pembawa bendera PAS, DAP dan PKR.
  2. Kedua, penulis sangat khuatir dengan tindakan segelintir pihak yang suka menangguk di air keruh. Di saat umat Islam ditekan kiri dan kanan, dalam dan luar negara, maka sangatlah perlu semua mahasiswa mengambil sikap 'ihtiat' (berhati-hati) agar apa-apa yang dilakukan itu, tidak mencederakan akidah walaupun untuk mendapatkan kuasa. Islam tidak mengiktiraf matlamat menghalalkan cara. Walaupun niatnya baik untuk mewujudkan saf kepimpinan yang Islamik tetapi kalau strategi kempen disaluti dengan najis propaganda hitam, kaedah Machiavelle, petikan nas agama di luar konteks, kemenangan tersebut adalah tidak bermakna, berdosa dan haram.
  3. Ketiga, politik kampus sepatutnya menjadi contoh kepada masyarakat luar agar berpolitik secara sihat sebagaimana kehendak Islam atau ilmu siyasah yang mana matlamatnya untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat. Amat malang sekali bila mana kini masyarakat tertanya-tanya di mana lagi contoh yang boleh diambil kerana mahasiswa juga turut terpengaruh dengan budaya songsang politik Barat yang menjadi idola tokoh masing-masing.
Penulis menyeru semua mahaguru di universiti agar bangkit untuk membanteras penyakit yang sedang melanda umat Islam di Malaysia ini. Di samping doa, munajat serta solat hajat yang dilakukan saban hari, sumbangan berbentuk tulisan, syarahan, khutbah serta wawancara perlu di pergiatkan lagi oleh kaum cendikiawan agar umat Islam bangkit dari candu politik yang kini kian memakan diri.

Ayuh bebaskanlah umat Islam dari rasa syok sendiri, hipokrit dan mimpi yang asyik.


Ehsan MalaysiaKini

Thursday, September 18, 2008

'Muhasabah' dari Menteri Dalam Negeri

PUTRAJAYA 18 Sept. - Semua pihak diminta menghentikan perbincangan mengenai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berperilaku seolah-olah negara ini ditadbir oleh beliau.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, perbincangan setiap hari sehinggakan masing-masing ingin berdebat secara tidak langsung menunjukkan pergerakan negara turut `dikawal' oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
"Kita tidak perlu setiap hari bincang mengenai ketua pembangkang, banyak lagi benda yang boleh kita buat.Kita ada tugas yang perlu dilaksanakan sebagaimana yang diberikan mandat oleh kerajaan,'' katanya. - Utusan

Muhasabahnya?:
Sempena Ramadhan ni, apa yang kita dah buat? Sejauh mana amalan kita setakat 18 Ramadhan ni?? Paling penting, sedar ke kita berapa banyak tugas kita sbg Muslim yang masih terbengkalai dan diabaikan???

KECAMAN PADA BLOGGERS! CONTOH KELOMPANGAN KEBEBASAN HAK BERSUARA...


“Seorang lagi blogger ditahan”

Itulah tajuk yang dipilih oleh Malaysiakini. Sejak kebelakangan ini, memang ada beberapa blogger yang telah ditahan seperti Pak Bakaq, Raja Petra dan yang terbaru Kickdafella.

Bagi sesetengah orang, minat dengan sukan extreme atau lasak adalah kerja yang merbahaya. Tetapi jangan pula kita terlupa, minat menulis juga adalah kerja yang merbahaya kerana sejarah banyak merakamkan kisah penulis yang ditahan, dipenjara mahupun dijatuhkan hukuman mati.

Di negara ini sahaja, ramai penulis yang telah menjadi penghuni penjara kerana minat mereka itu. Kassim Ahmad, A Samad Ismail dan yang terbaru Hoon Cheng adalah beberapa nama sahaja yang pernah ditahan kerana apa yang ditulis oleh mereka. Itu belum termasuk lagi nama tokoh-tokoh besar dunia yang telah dihukum kerana minatnya itu.

Memang benarlah apa yang dikatakan oleh Saidina Umar Al-Khatab bahawa mata pena itu lebih tajam dari mata pedang.

Dan kini, zaman sudah berubah. Ramai pula yang suka menekan bebutang keyboard bagi menggantikan mata pedang untuk menyerang dan mempertahankan prinsip dan pendiriannya.

Meminjam lirik lagu M Nasir yang berbunyi “Peraturan cipta kekalutan, kekalutan cipta peraturan” memang sesuai untuk menggambarkan situasi semasa negara ini.

Bila apa yang ditulis itu dianggap boleh mendatangkan kalut bagi negara, maka peraturan digunakan untuk menyekat kekalutan itu. Dan, bila peraturan digunakan untuk menahan si penulis itu, ada pula yang kalut dengan penahanan itu.

Berapa banyak pun peraturan yang wujud di muka bumi ini, kita tidak mungkin berhenti menulis kerana peraturan itu juga perlu ada yang menulisnya. Apapun, jangan sesekali kita lupa, di kiri dan kanan kita sentiasa menulis tentang kita. Tulisan mereka itu sahajalah yang mampu mempertahankan kita.

Tangkapan terbaru

Untuk tahun ini sahaja sudah beberapa orang blogger yang ditahan polis dengan alasan memberikan ancaman kepada Negara.

Bermula dengan blogger Cucu Mat Kilau, Bang Bakar 'Penarik Beca', RPK dan latest bro. Syed Azidi Syed Abdul Aziz (kickdefella).Menurut isterinya Bariah Ishak, suaminya ditahan di bawah Akta Hasutan.Syed Azidi, menurut polis, akan dibawa ke Kuala Lumpur kerana laporan terhadapnya dibuat di sana.

Pada 23 Ogos lalu, Syed Azidi (di bawah tajuk Siasat Kickdefella Dibawah Akta Hasutan) telah menulis bahawa laman web pro-Umno telah mendesak supaya beliau disiasat di bawah Akta Hasutan.

Blogger tersebut mencetuskan kontroversi baru-baru ini selepas melancarkan kempen di talian supaya bendera Malaysia dikibarkan terbalik dan isu mendatangkan kemarahan Pak Lah.

Yang pasti blogger sudah menjadi satu ancaman kepada beberapa pihak dan mereka akan menggunakan pelbagai cara untuk menakutkan para-para blogger agar tidak mengkritik kerajaan.
Bagi saya, kalau dah benda tak betul kenalah kritik..kalau tegurpun bukannya nak dengar..lagipun kehadiran blogger-blogger inipun sekadar meluahkan pandangan peribadi..takkan baru pandangan peribadi dah takut ???









Bloggers Semakin Di Ancam - Malaysiakini

Tuesday, September 16, 2008

16 September..

Setiap tahun kita hampir lupa dengan tarikh ini. Tarikh yang tidak kurang penting dalam sejarah Malaysia. Pada tarikh tersebutlah, pada tahun 1963, Malaysia ditubuhkan.

Tapi pada tahun ini tarikh ini diingat semula, Anwar Ibrahim memilih tarikh ini untuk cuma mengambil alih pemerintahan Malaysia.

Pada tahun ini sekitar tarikh tersebut, Malaysia sedang menghadapi satu krisis kepimpinan yang nyata. Di sebelah pihak amat yakin sudah mempunyai cukup ahli untuk memerintah Malaysia. Di sebelah lagi pula, dengan yakin mempertahankan yang Malaysia akan terus diperintah oleh puak ini.

Di sebelah pihak dengan lantang mendedahkan kepincangan, sebelah pihak lagi dengan angkuh menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri.Rakyat malaysia kebanyakannya ingin melihat scenario ini berakhir secepat mungkin.

Berakhir dengan kesan positif pada kehidupan seharian mereka. Tidak kira siapa yang menang, tapi yang penting kehidupan mereka menjadi lebih baik.

Namun hakikatnya, Tidak ada yang lebih baik daripada penerapan Islam secara total, bukan sekadar diterapkan pada hari hari tertentu (had-hari) atau pada maslahat tertentu. Sebagai muslim, terutama pemimpin yang mengaku dirinya muslim, sepatutnya terus berusaha untuk membetulkan landasan ini agar tidak diazab di hari pembalasan kelak.

Monday, September 15, 2008

Tiba-tiba 16 Sept jadi tarikh keramat..

1. jangan letak harapan pada satu tarikh. Manusia memang tak akan tahu apa akan jadi esok
2. Sebaliknya, letak harapan pada satu dasar, perjuangan kerana agama Islam pasti akan menang, itu pasti. bila? itu kita tak tahu
3. jangan kecewa dan tidak ambil kesah lagi. Sikap kecewa dan tak ambil kesah ni la yang jadi punca Malaysia sekarang adalah malaysia sekarang. Kalau dari dulu orang ambil kesah maka
Malaysia tidak perlu jadi malaysia baru seperti yang diharapkan.

p.s - secara peribadi, aku kurang gemar dengan anwar. seperti aku kurang gemar dengan mahathir. tapi aku cukup kagumi kedua-duanya. perlu ada subtle distinction di situ.

Monday, June 23, 2008

::Leiden Is Lijden:: Pemikir a.k.a Pemimpin? Ape tu?

Menyelak lembaran2 sejarah, Khaza tertarik membaca sejarah Muslim’s scholars dan Muslim’s heritage..
Ibnu Qayyim Al Jauzi pernah disiksa oleh penguasa dizaman hidupnya dengan cara yang unik. Ia di penjara sendiri tanpa teman bertahun tahun dan terus digerogoti sepi. Tak ada seksaan yang lebih dahsyat bagi seorang pemikir selain situasi yang membuatnya tak boleh berfikir atau tak mungkin menyampaikan pemikirannya. Tapi toh Ibnu Qayyim Al Jauzi tak pernah berhenti berfikir. Akhirnya beliau syahid dalam penjara yang sepi.
Demikian jugak yang berlaku pada Sayyid Qutb. 12 jam dalam sehari, beliau dipaksa mendengar ceramah Gamal Abdul Nasser dan doktrin-doktrin para pejabat tinggi Mesir lainnya. Ia dikurung dalam sel yang sempit dengan 40 orang criminal sebagai temannya. Secara logikanya, beliau tak mungkin mampu ‘menelurkan’ buah pemikiran yang cemerlang dalam kondisi tersebut. Namun, dalam kondisi seperti itu, Fi Dzilal al Quran (master piece beliau) lahir bahkan menjadi fenomena. Sebelum akhirnya, tali gantung menjadi takdir jalan beliau menuju syahid.
Khaza teringat 1 cerita. Suatu ketika, Abdullah bin Hambal (anak Imam Hambali) bercerita. Sebelum penjara dan seksaan mendera ayahnya, setiap hari dia tengok Imam Feqah itu mendirikan solat sehingga 300 rakaat. Tapi setelah seksaan melemahkan sendi-sendinya, ‘HANYA’ 150 rakaat solat yang dia mampu lakukan setiap hari. Itu baru satu dari kegiatan beliau. Antara kegiatan beliau yanh lain seperti, meneliti ribuan hadis, menelusuri satu persatu sanadnya, dan kemudian merumuskan fatwa-fatwa permasalahan yang dihadapi umat kala itu. Disaat ‘pemergian’ beliau, ratusan ribu manusia membanjiri Baghdad. Bukan Muslim semata-mata, namun juga Yahudi dan Nasrani turut berkumpul. Mereka merasa kehilangan seorang pemikir.
Hebatkan mereka? Tapi Khaza kurang faham la. Orang kata semakin dewasa makin matang jadinya. Kian tua zaman, sepatutnya kian arif la penghuninya. Tapi apa boleh buat, tak selamanya pepatah benar. Hari ni, kian tua zaman, semakin kurang orang yang pandai berfikir, apalagi memberi fatwa. Ramai dikalangan kita lebih prefer berfikir ‘segera’ (instant thinking) daripada berfikir dalam2. Tiada lagi istilah ‘fikir masak-masak’. Khaza perasan, segala apa yang bersifat instant tu begitu diminati (cth mee segera,kopi segera,biskut segera, etc). Sebaliknya, ‘keseriusan’ adalah melelahkan.
Perebutan tampuk kepimpinan jugak umpama sebuah petanda. Petanda bahawa jangan lagi mengharapkan ‘keseriusan’dan kedalaman. It almost totally abolished. Sebab apa? Sebab pemimpin yang maju ini tak mengerti (jahil..) tentang filosofi kepemimpinan yang sebenar. (kalau ada yang tak tau, frasa kepemimpinan bermaksud memimpin dan dipimpin…)
Leiden is Lijden, begitu kata H. Agus Salim. Memimpin adalah menderita. Menderita sebab apa? Sebab dipundak pemimpin terdapat amanah pada ribuan dan jutaan rakyat. Nyawa pemimpin adalah hidup rakyat. Tapi hari ini yang ada cuma memimpin dan berbahagia. Jawatan dirasa umpama anugerah dan rezeki meluaskan pengaruh dan aset.
Lijden, derita. Frasa yang sangat asing dan jauh dari seorang pemimpin hari ni. Jangankan menderita, cara melayan dan hormat pun mereka dah lupa. Jika hari ini kita mendapati ramai calon pemimpin yang menampilkan diri, tapi belum tentu mereka bersedia untuk menderita. Bagi kebanyakan mereka, rakyat hanya bererti expolitasi.
Kita terus mengurut dada. Bila agaknya kita akan segera keluar dari tribulasi ini. Kita mengharapkan supaya dipimpin Imam yang memimpin dengan Iman. Adakah ia akan terus hanya menjadi mimpi….?

Saturday, June 21, 2008

Ulasan ringkas Majlis Sambutan 100 Hari Pentadbiran Kerajaan Baru – Selangor

"Pemerintah adil pemerintah di julang, pemerintah zalim rakyat dikecam".

*Sila baca dari sudut pandangan rakyat ye, bukan dari sudut pandangan mana2 parti. (Khaza tulis ni ikut apa yang teringat nak tulis je tau..).


Malam tadi, nombor 100 umpama nombor keramat bagi 4 buah negeri di Malaysia. Tempoh 100 hari memang tidak memadai untuk menilai prestasi dan effectiveness sesebuah pemerintahan baru seperti 4 kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Namun, inilah sebahagian dari sifat pemerintahan untuk rakyat. Perjumpaan pemimpin bersama rakyat semalam berlangsung dalam keadaan sederhana dan meriah. Ia bertujuan memaklumkan rakyat bahawa usaha kerajaan Pakatan Rakyat selama 100 hari ini berada di ‘landasan rakyat’. Beberapa tuntutan jangka pendek yang terkandung dalam manifesto telah dipenuhi. Bersyukurlah rakyat yang berada dibawah pimpinan pemimpin adil dan bersih.
Khaza sempat meluangkan masa bersama seorang sahabat untuk ke Stadium Shah Alam malam tadi untuk hadir dalam
Majlis Sambutan 100 Hari Pentadbiran Kerajaan Baru Selangor.
Bertemankan ‘buraq’ belaan Khaza, Honda Wave 125, kami pecut dari Gombak ke Shah Alam tepat pukul 6 petang dan perjalanan memakan masa 1jam tepat. Sesampai je kat sana, Khaza dengan bangga mengumumkan, ketibaan Khaza di bumi Stadium Shah Alam buat julung kalinya (1st time le..). Kehadiran malam tu memang sangat menggalakkan. Cina, India dan Melayu dari Selangor memenuhi hampir keseluruhan stadium.
Bagi Khaza. tempoh 100 hari bagai menjadi saksi bagaimana Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor berjaya mengharungi 100 hari pemerintahan yang penuh asakan dan dugaan dari pihak yang ‘bencikan kebajikan rakyat’. Setiap mereka mempunyai pendekatan tersendiri untuk menghadapinya secara bijaksana,dalam ruang lingkup bidang kuasa dan kewangan yang terbatas.
Bercakap mengenai pemimpin berjiwa rakyat, Khaza tertarik dengan ucapan MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat a.k.a bakal Perdana Menteri Malaysia ke-6, Pak Cik Anwar Ibrahim dalam majlis malam tadi. Dalam kaca mata Khaza, Kerajaan Pakatan Rakyat dilihat benar2 telus dan tulus dalam membasmi rasuah dalam negeri masing2. Mereka mengenepikan kepentingan diri untuk mengutamakan kepentingan rakyat. Antara usaha mereka dalam membunuh aktiviti yang menjurus kearah rasuah di Malaysia ialah:
1. Pimpinan tidak dibenarkan terlibat dalam perniagaan.
2. Mereka juga tidak menukar kereta rasmi kerajaan yang baru.
3. Mengadakan sambutan kerajaan secara sederhana.
4. Dan sebagainya (ni je yang Khaza ingat, tapi banyak lagi..).

Apa yang menarik sepanjang pemerintahan Pakatan Rakyat, sikap keterbukaan kerajaan Pakatan Rakyat ini sangat asing bagi kerajaan sebelum ini. Suara dan keluhan rakyat didengar terus oleh pimpinan tertinggi dan pemimpin tidak ‘jobo’ dengan pangkat. Khaza berharap sangat agar rakyat memberi masa dan ruang kepada negeri Pakatan Rakyat kerana tempoh 100 hari adalah terlalu awal. Mungkin ada banyak halangan yang menyukarkan mereka untuk melaksanakan apa yang dituntut rakyat kerana ada halangan dari segi undang2. Maklumlah, ramai je golongan2 yang ‘dengki dgn rakyat’.
Bagi kepimpinan di bahagian BN (ingat! mereka ni cuma 1 parti, bukan kerajaan mutlak), dato’- dato’ semua kene sedar, Dato’ dapat pangkat bukan 1 anugerah, tapi itu 1 amanat yg membebankan sebenarnya. Seluruh hidup perlu diserah untuk kepentingan rakyat. Kalau benar parti yang ada tu dah tak relevan, Khaza nasihatkan beralih lah ke parti yang relevan supaya hak rakyat tak ditindas. Sedarlah pakcik makcik di dalam semua parti politik. Perjuangkan lah hak rakyat. Khaza ramai kawan2 dari kalangan pendokong2 BN. Mereka sendiri hari ini meragui kewujudan BN. Kalau dulu, minum air pun nak dari botol yang ada lambang parti, tapi hari ni nak pakai pakaian dan topi berlambangkan BN pun malu.
Khaza bukan taking or siding one particular party, tapi Khaza pun rakyat. Khaza bercakap dari sisi pandangan rakyat yang terbuka. Khaza tak tau la kalau ada pihak yang menafikan kerakyatan Khaza di Malaysia ni. Kalau kerajaan Pakatan Rakyat buat salah, kita tegur ikut saluran yang betul. Begitu jgk dalam kerajaan BN. Tapi bila dah tegur tu, kene berani la amik risiko sebab ada kerajaan yang bencikan ‘suara rakyat’. Walau pun kita menegur cara baik, kalau tak da kepentingan parti, kemungkinan kita balik yang akan dipersalahkan nanti.(^,^) fuhh~.. Bahaya betul keadaan macam ni. Rakyat hidup dalam keadaan takut…
Khaza hormat semua pemimpin, selagi mana mereka benar2 bersikap sbg seorang pemimpin.
Tertarik dengan kata2 roomate Khaza, “kita perlu berminda pemerintah”. Maksudnya, kita perlu mempunyai pemikiran seorang pemimpin atau pemikiran kita perlu seperti pemikiran pemimpin.
Ucapan YB Dato Dr Hasan Ali pada malam tadi pun begitu bersemangat dan menyentuh jiwa rakyat. Maklumlah, ucapan dari seorang motivator. Beliau menyebut bahawa kerajaan Pakatan Rakyat akan dan sedang berusaha membangunkan bukan sahaja physical development, bahkan juga intellectual dan spiritual nya terus dipacu kearah kecemerlangan.
Dalam pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat ni, mereka tidak memilih bulu (parti). Mereka cuba menggunakan sebaik mungkin ‘asset’ yang dimiliki Selangor. Tugasan2 yang dirasa mampu dan layak dipikul oleh asset (person in charge), akan diserahkan kepada mereka tanpa mengira warna parti asset. Yang penting, mereka benar2 berkhidmat untuk rakyat. Jelas disini budaya elimination of kronimisme yang ada dalam kerajaan sebelum ini.
Banyak lagi yang Khaza nak sentuh tentang perjalanan majlis malam tadi untuk dikongsi bersama sebenarnya ,antaranya, penghuraian dan penerangan mengenai usaha dalam agenda merakyatkan ekonomi dan pembangunan N. Selangor. Khaza lihat agenda tersebut sangat menguntungkan rakyat dalam setiap peringkat umur. Bayi,pelajar,belia,orang kebanyakkan,dewasa, dan warga emas semua mempunyai bahagian dalam agenda tersebut. Itu baru FASA 1 dalam pentadbiran baru ini. apa lagi kemudahan yang dapat rakyat terima? Sama2 lah kita nantikan... untuk keterangan lanjut boleh la layari terus www.selangor.gov.my...
Ok lah. Khaza ada kerja lain sekarang. Yang baik kita amik, yang buruk kita murnikan atau tinggalkan terus.
Pernah dengar tak pepatah Leiden Is Lijden? Ha..kalau nak tau apa maksudnya, baca ler entri seterusnya yang berkaitan wajah sebenar kepemimpinan.