Wednesday, September 24, 2008

Khaza ni mix?

"Aku mix portugis dan malay..", kata seorang shabat saya yang belajar dalam fakulti yg sama.

Saya pun tak nak kalah turut mengaku.. "Aku pun mix gak...".

Kwn saya kagum dan confius. Melihat kekalutan beliau, saya teruskan
kata-kata, "Ayah aku Jawa, mak aku Bugis...".


Terus gamit keadaan dengan gelak tawa sahabat-sahabat...

Sambung seorang lagi sahabat, "Haha.. ko ni kira foreigner la yer...?"



JOM KITA BRIEF SIKIT TENTANG SEJARAH JAWA MALAYSIA NI!


Suatu Waktu dahulu ...
orang jawa di Malaysia malu untuk mengaku diri mereka berketurunan jawa.

Suatu waktu dahulu...
orang jawa dikenali sebagai golongan petani dan pengambil upah menggali parit, telaga,membina titi , menebas, menebang kayu dan sesetengahnya meneroka belukar dan hutan kecil.

Suatu Waktu Dahulu...
orang jawa hanya tertumpu di sekitar negeri Johor,Selangor dan kawasan Hilir Perak.

Kini...
Orang jawa telah berubah selaras dengan perubahan zaman.
Kalau dulu ayah dan datuk mereka adalah petani, ada di antara anak-anak mereka kini meneruskan tugas di bidang pertanian.
Kalau ayah dan datuk mereka sekadar petani, anak-anak kini menjadi Pegawai Pertanian, Pengurus Bank Pertanian, Pegawai di agensi-agensi Kementerian Pertanian dan sebagainya. Malah kini ada anak jawa turut serta menggerak jentera pentadbiran dan pembangunan ekonomi negara seperti menjadi jurutera,Juruterbang,Akauntan,Peguam,Doktor,Pensyarah, Guru,Polis,Tentera,Ahli Politik,Usahawan Berjaya dan Ketua di Jabatan-jabatan kerajaan.

Kini...
Anak jawa tidak lagi malu untuk mengaku diri mereka jawa.

Kadangkala ada juga yang bukan jawa turut mengaku jawa kerana bangsa jawa semakin unggul di Malaysia.

Saya berpendapat orang bukan jawa yang berkahwin dengan orang jawa boleh dianggap menjadi orang jawa dan anak mereka dipanggil JAWA PERANAKAN

No comments: