Monday, September 22, 2008

Kematian PC/Laptop... ::Satu Guideline::

Cara dan langkah terbaik untuk Shut Down PC/Laptop anda...

  • Sebaiknya jangan terus cabut plug (unplug) atau off suis power supply komputer. Ia akan mengakibatkan kerosakan pada hard disk/hard drive anda dan berkemungkinan besar akan merosakkan komponen lain.
  • Teknik shut down komputer yang sebenar memang agak lambat. Ini adalah kerana pada ketika ini, komputer kesayangan anda tu tengah menyimpan setting yang berguna untuk booting dan konfigurasi komputer kelak. Ia juga bertujuan untuk memastikan seluruh software dan hardware dipadam terlebih dahulu agar tidak timbul masalah ketika anda on komputer lain kali.

Kita selaku pelajar yg busy ni selalu mengadu komputer lambat booting, slow dan mcm2 lagi. Haa.. Tu la padahnya kalau tak shut down dgn proper. Data penting untuk booting akan hilang dan lebih dahsyat lagi kalau ia menyebabkan bad sector ataupun hard disk corrupt (bahasa kasarnya,hard disk akan mampus keras) dan tak dapat detect.

Tapi jgn risau,jika data yang diperlukan untuk booting hilang, ia masih boleh dibaiki dengan restore pada DOS atau install semula windows (Repair Operating System) atau install je OS lain tanpa perlu memformat hard disk.

Cara dan langkah yang tepat dan selamat untuk shut down komputer anda.
Teknik ni mungkin sudah diketahui oleh hampir 99.99% sahabat2, namun tidak ada salahnya berkongsi ilmu, tambahan lagi bagi new users of computer.
  1. Klik "Start" di bahagian kiri bawah skrin. Atau boleh jugak tekan hot key windows pada keyboard anda (Key yg ada gambar windows).
  2. Pilih "Turn Off Computer".
  3. Klik "Shut Down" .
  4. Dan pilih "OK" .


Nota :
  • Fungsi Restart adalah untuk reboot komputer anda tanpa shut down terlebih dahulu. Ia akan terus mematikan komputer anda sebelum menghidupkannya semula tanpa anda menekan butang Start
  • Fungsi Hibernate adalah untuk menidurkan seketika komputer anda. Masa ni, setting program atau software tidak berubah dan kekal sehingga anda 'mengejutkan' komputer anda. Jadi, program yang masih running sebelum hibernate akan tetap kembali di posisi masing-masing ketika dinyalakan semula.
  • Fungsi Restart to DOS adalah untuk run command prompt DOS secara independent tanpa campur tangan windows.
  • Fungsi Stand By adalah untuk 'menenangkan' sementara komputer tanpa mematikan komputer. Lebih kurang mcm hibernate je.

No comments: