Thursday, September 18, 2008

KECAMAN PADA BLOGGERS! CONTOH KELOMPANGAN KEBEBASAN HAK BERSUARA...


“Seorang lagi blogger ditahan”

Itulah tajuk yang dipilih oleh Malaysiakini. Sejak kebelakangan ini, memang ada beberapa blogger yang telah ditahan seperti Pak Bakaq, Raja Petra dan yang terbaru Kickdafella.

Bagi sesetengah orang, minat dengan sukan extreme atau lasak adalah kerja yang merbahaya. Tetapi jangan pula kita terlupa, minat menulis juga adalah kerja yang merbahaya kerana sejarah banyak merakamkan kisah penulis yang ditahan, dipenjara mahupun dijatuhkan hukuman mati.

Di negara ini sahaja, ramai penulis yang telah menjadi penghuni penjara kerana minat mereka itu. Kassim Ahmad, A Samad Ismail dan yang terbaru Hoon Cheng adalah beberapa nama sahaja yang pernah ditahan kerana apa yang ditulis oleh mereka. Itu belum termasuk lagi nama tokoh-tokoh besar dunia yang telah dihukum kerana minatnya itu.

Memang benarlah apa yang dikatakan oleh Saidina Umar Al-Khatab bahawa mata pena itu lebih tajam dari mata pedang.

Dan kini, zaman sudah berubah. Ramai pula yang suka menekan bebutang keyboard bagi menggantikan mata pedang untuk menyerang dan mempertahankan prinsip dan pendiriannya.

Meminjam lirik lagu M Nasir yang berbunyi “Peraturan cipta kekalutan, kekalutan cipta peraturan” memang sesuai untuk menggambarkan situasi semasa negara ini.

Bila apa yang ditulis itu dianggap boleh mendatangkan kalut bagi negara, maka peraturan digunakan untuk menyekat kekalutan itu. Dan, bila peraturan digunakan untuk menahan si penulis itu, ada pula yang kalut dengan penahanan itu.

Berapa banyak pun peraturan yang wujud di muka bumi ini, kita tidak mungkin berhenti menulis kerana peraturan itu juga perlu ada yang menulisnya. Apapun, jangan sesekali kita lupa, di kiri dan kanan kita sentiasa menulis tentang kita. Tulisan mereka itu sahajalah yang mampu mempertahankan kita.

Tangkapan terbaru

Untuk tahun ini sahaja sudah beberapa orang blogger yang ditahan polis dengan alasan memberikan ancaman kepada Negara.

Bermula dengan blogger Cucu Mat Kilau, Bang Bakar 'Penarik Beca', RPK dan latest bro. Syed Azidi Syed Abdul Aziz (kickdefella).Menurut isterinya Bariah Ishak, suaminya ditahan di bawah Akta Hasutan.Syed Azidi, menurut polis, akan dibawa ke Kuala Lumpur kerana laporan terhadapnya dibuat di sana.

Pada 23 Ogos lalu, Syed Azidi (di bawah tajuk Siasat Kickdefella Dibawah Akta Hasutan) telah menulis bahawa laman web pro-Umno telah mendesak supaya beliau disiasat di bawah Akta Hasutan.

Blogger tersebut mencetuskan kontroversi baru-baru ini selepas melancarkan kempen di talian supaya bendera Malaysia dikibarkan terbalik dan isu mendatangkan kemarahan Pak Lah.

Yang pasti blogger sudah menjadi satu ancaman kepada beberapa pihak dan mereka akan menggunakan pelbagai cara untuk menakutkan para-para blogger agar tidak mengkritik kerajaan.
Bagi saya, kalau dah benda tak betul kenalah kritik..kalau tegurpun bukannya nak dengar..lagipun kehadiran blogger-blogger inipun sekadar meluahkan pandangan peribadi..takkan baru pandangan peribadi dah takut ???









Bloggers Semakin Di Ancam - Malaysiakini

No comments: