Tuesday, November 11, 2008

Aku Dalam Rancangan Sehati Berdansa

Dayus kah suami2 mereka?
Agak tertarik dengan rancangan amal Sehati Berdansa Musim ke-2, aku ambil tempat depan astro.Aduyai! Lagho giler rancangan amal ni.Semua yg terlibat adalah bangsa harapanku, Melayu Islam.

Aku tak faham kenapa guna istilah 'rancangan AMAL'? adakah hanya kerana sedikit keuntungan di sumbangkan kpd rumah2 kebajikan?Sedangkan perlaksanaannya melanggar syariat?Tak dinafikan realiti TV sangat menguntungkan, tapi aku rasa rancangan ni serampang 2 mata pihak penganjur.hmm..banyak kelemahan dalam rancangan ni.

Kalau mengikutkan perspektif Islam, aku yakin ia akan diharamkan.Antara yg aku geli tengok adalah cara pemakaian mereka yg tight dan ada juga yg menayangkan peha2 gebu isteri ataupun perut boroi suami...

Roomate aku ckp,
"Bagi aku, suami2 mereka ni dah dayus sebab menanyangkan isteri mereka.."
Tapi memang rancangan ni terlalu bebas, isteri 'datang bulan' pun nak bagitau seluruh negara.

emm..pernah tak korang terfikir, apa kesannya kpd remaja dan belia kita diluar sana?rosak, rosak....

Aku bukan membantah membuat rancangan amal melalui realiti TV, tapi aku sekadar berkongsi pandangan peribadi.Aku rasa bukan aku sorang yg berfikiran spt ni. So, take it positively k..