Dia kata, ” kenapa bulan Ramadhan je nak buat amal?Bulan lain tak blh ke?Kenapa taksub sgt dengan Ramadhan?..”
Saya senyap seribu bahasa. Takkan dia tak sedar akan kemuliaan Ramadhan? Maka dengan tenang saya berkongsi ilmu yg ada bersama beliau. Bukan berniat untuk mengajar, tapi sekadar berkongsi ilmu. Hampir2 jugak gaduh sebab dia tetap rasa dia betul dan tak nak terima pendapat saya. Tapi saya tahu, dia mesti sedar yg dia tersalah ckp, tapi biasalah, ego manusia tu terlalu tebal...
Teringat sabda Nabi yg mafhumnya..
“Seandainya sahabat2 ku tahu apa (pahala) yg terkandung
dalam bulan Ramadhan ni, nescaya mereka akan mengharapkan sepanjang tahun
menjadi Ramadhan...”
Dikatakan bahawa dalam bulan Ramadhan ni, 1 amalan sunat sahaja digandakan pahala sebanyak 70 kali. Wah, macam mana pulak dengan pahala amalan fardhu kita kan?
Renungkan......
Dalam Ramadhan dikatakan terkandung 1000 macam perkara dan event2 besar Islam. Nuzul Quran, Lailatul Qadr, Perang Badar, Fathul Makkah dan sebagainya. Dan Ramadhan sangat dimuliakan dalam sirah Islam. Ada 1 kata2 berkaitan Ramadhan, ‘Sepanjang tahun adalah racun, dan Ramadhan adalah penawarnya...’.
Dalam bulan Ramadhan ni, segala amalan menjadi ringan. Diri terasa nak beramal sepanjang masa. Yang tak pernah bersedekah tiba2 jadi ringan je tangan menghulur sedekah dalam Ramadhan ni. Anak yatim masa bulan Ramadhan ni selalu ‘busy’ dengan undangan2 berbuka puasa dan sebagainya...
Nah.. Kalu bukan bulan Ramadhan ni, bila lagi kita nak berubah???
Ramadhan adalah medium dan agen mekanisma perubahan umat. Ia ibarat prisma. Cahaya yg bengkok melalui satu prisma dan keluar sebagai satu cahaya yg lurus. Ramadan lah tempatnya...
Persoalan yg ditimbulkan disini sebenarnya bukan isu baru.
Banyak ahli masyarakat Islam kita yang tersilap mentafsir erti ‘perubahan’ atau hijrah.
“Saya bukan taknak pakai tudung, tapi saya tak nak jadi hipokrit la. Ni la diri saya yg sebenar (merujuk pd dirinya yg tak bertudung), biar lah saya jadi diri saya yg sebenar. Takkan ko nak suruh saya berlakon jadi bdk baik..ish..Tak nak lah jadi hipokrit..”
Mereka takut jadi hipokrit dengan harapan mereka tidak menguris Islam, tapi dalam masa yg sama mereka tak tsayat pada balasan dan amaran Allah..Mereka cakap mereka tak menolak Islam, tapi menjarakkan Islam dari aplikasi hidup seharian meraka? Mungkin mereka tak sedar...
Merujuk kepada sirah, cuba bayangkan kalau Umar Al Khattab tu mempunyai pemikiran anti-perubahan macam ni?
Tengok perubahan yg berlaku dalam diri beliau sebelum beliau masuk Islam dan sesudah masuk Islam? Kalau orang yg baru masuk Islam masa tu ada pemikiran dan dogma ‘tak nak berubah sebab tak nak hipokrit’ ni, apa beza mereka dengan org yg tak peluk Islam lagi masa tu?
Namun sebaliknya, mereka terus bertindak atas apa sahaja arahan dan perintah Allah dan Rasulullah terhadap mereka.
Lihat sahaja pada kesan pengharaman arak ketika itu? Mekkah bagaikan banjir dengan arak akibat dari arak yang dilempar dan di buang oleh para sahabat. Mereka pegang pada sunnah Nabi dengan ‘gigi geraham mereka’..
Saya tertarik dengan kisah bagaimana orang Quraish keliru dengan penampilan Abu Bakar dan Nabi ketika mereka brjalan beriringan. Tak ada apa yg dilakukan oleh Nabi tak dilakukan oleh Abu Bakar. Zaman sahabat dipersayai sebagai zaman terbaik selepas zaman Nabawiyah.
Jelas kejayaan bagi mereka yg mengamalkan sunnah nabi. Sahabat2 berjaya dunia akhirat dan dijanjikan syurga dengan mengamalkan sunnah nabi yang hari ini dianggap ketinggalan dan konvensional oleh segelintir kita?
Bak kata Abg Ridhwan A.Bakar, para sahabat bijaksana (bijak di sana) dan bukan hanya bijaksini (bijak disini)...
No comments:
Post a Comment