Tuesday, September 23, 2008

"Aku nak istikharah jap..Tak tau la nak buat kerja yg mana dulu..."

ISTIKHARAH ialah :

Solat untuk mengetahui penentuan dan kepastian tentang kebaikan dan keburukan sesuatu pekerjaan yang akan dilakukan oleh seseorang yang ia sendiri tidak dapat memastikan.

  • Dilakukan sebanyak dua rakaat.
  • Boleh dikerjakan pada waktu solat sunat rawatib dan tahiyatul masjid.
  • Boleh dikerjakan pada waktu malam mahupun siang.
  • Bacaan surah adalah al-fatihah dan diikuti dengan surah/ayat pilihan.
  • Tidak terhad kepada ayat tertentu, pilihlah surah/ayat yang sesuai mengikut niat anda. Kalau tak tahu ayat/surah mana yang sesuai, perbanyakkan tengok tafsir.


PERINGATAN : SOLAT ISTIKHARAH BUKANLAH SOLAT MEMILIH JODOH.
Solat sunat istikharah dibuat untuk memohon pedoman/petunjuk tentang baik/buruk sesuatu pilihan.

  • Saranan saya, istikharah boleh dibuat dalam hal jodoh apabila dipinang oleh pihak lelaki/perempuan.
  • Elakkan membuat istikharah dalam hal jodoh SAHAJA
  • Elakkan kekeliruan antara dilamar menjadi awek dan dilamar menjadi isteri.

3 comments:

Adreena Garden said...
This comment has been removed by the author.
Zaim Zin said...

Seri Subuh AgroFarm ada pengalaman ker? Leh kongsi ngan saya.. Amalan dalam Islam spt Solat sunat ni sering dipandang enteng olh anak muda.. Mungkin kerana mereka tak perasan kewujudan hikmah dalam amalan2 tu...

Adreena Garden said...
This comment has been removed by the author.