Friday, June 27, 2008

Trip ke Felda Soeharto! Secebis Persinggahan Di Rumah Wawan!

...Letihnya....
Pagi tadi masa kwn Khaza ajak g teman dia balik kampung kat Kuala Selangor. Dia nak hantar nenek dia amik duit kat sana.
Masa kecik2 dulu, Khaza ingat Kuala Selangor ni gabungan Kuala Lumpur dan Selangor. Khaza bayangkan, mesti gempak dan maju tempatnya. Tapi meleset sekali rupanya, dah la jauh, rural dan natural je tempatnya. Nyaman dengan bukit bukau yang menghijau.

Pagi tadi gerak kul 10.00am. Kelang kabut jugak le Khaza pagi tadi sebab dalam Jadual sepatutnya Khaza ada aktiviti lain. Si kwn Khaza ni pun bagitau last minute. tapi kawan punya pasal,kita pegi ler. Perjalanan mengambil masa hampir 1.5 jam la gak. Seronok pegi sana, ye la kawasan kampung la katakan. Teringat kampung Khaza kat Johor tu. Sentimental la jugak tadi. Cuaca agak panas menyebabkan Khaza 'pening2 lalat' sikit tadi. Ngantuk tu toksah cakap le..

Nenek kawan Khaza ni da lebih 70 thn. Tapi gagah dan gigih orangnya. Bersemangat sentiasa. Khaza guna panggilan 'nenek' mula-mula, tapi bila dengar kawan panggil dia 'wawan', Khaza pun tuka ganti nama tu. huhu...
Kesimpulannya, perjalanan ke felda tu seronot sangat! hehe. Malas nak taip le, letih berjalan tadi..

Khaza ada 'korek' rahsia kesihatan Wawan. Macam mana nak kekal aktif walaupun berusia lebih 70 tahun? Korang jangan bagitau orang lain tau..
Apa dia?Nak tau?? Hehe.. Nantikan entri Khaza berkaitan kesihatan tak lama lagi...

Dah azan asar ni. Khaza nak g Masjid jap dan terus balik bilik. Nak basuh baju... (^,^)

Wassalam...

Monday, June 23, 2008

Apa?! Nak pilih Ketua Kampung Gondolan?

Bila Khaza sebut tentang "Leiden Is Lijden", ramai yang tertanya2 maksud pepatah tersebut. 22Jun (semalam), Khaza ada dedikasikan pepatah tersebut pada sorang kawan Khaza, sebab ayah dia tercalon untuk perlantikan ketua kampong kat Ipoh, Perak (nama kg dirahsiakan utk keselamatan..huhu).
Kesian jugak dengar luahan dia tentang mehnah dan ujian yang terpaksa dihadapi mereka sekeluarga, padahal mereka ikhlas untuk berkhidmat demi masyarakat kampong. Di fitnah (serang saraf) tu tak usah cakap le.
Khaza suka perjuangan membela nasib rakyat. Kawan Khaza tu cakap, menang atau kalah, dia tetap nak berjumpa dengan IR Nizar, MB Perak untuk menyuarakan permasalahan yg berlaku di kampong mereka, antaranya masalah banjir yang melanda kampong mereka. Masalah tu dah lama berlaku, tapi pemimpin sebelum ni umpama buka mata buka telinga tapi mulut terkunci tangan terikat. Apa rasional mereka jadi wakil rakyat kalau tak dapat berkhidmat utk rakyat? @#$%^&*…(Khaza tension dan kesian tengok pemimpin rakus..)
Semalam hari pemilihan tu berlangsung, ayah kawan Khaza tu kalah dengan wakil UMNO. Khaza tak kisah siapa yang menang selagi mana hak rakyat dipelihara. Kalau betul pemilihan tersebut bersih, maka Khaza anggap perlantikan tu ada hikmahnya. (Takziah kpd keluarga kwn Khaza, terus berhidmat untuk umat/rakyat). Masa hari pemilihan tu, Khaza dengar ada wakil UMNO yang halang dan tahan pengundi dari datang mengundi. Desperate kan?
Khaza harap sangat ketua kampong tu yang baru tu ikhlas berkhidmat. Ni bukan harapan Khaza sorang, tapi Khaza rasa penduduk kampong pun mengharapkan macam tu. Bila dah lepas pilihan raya ni, cuba la buang sikap taksub pada parti tu ketika berkhidmat. Bekerja untuk kepentingan rakyat, bukan untuk kepentingan parti dol! Kalau terpaksa memilih antara kebaikan parti dan rakyat, rakyat adalah lebih aula’ dan diutamakan….. ‘Partimisme’ ni cuma menyeksa rakyat. Parti bukan fahaman baru untuk di‘obses’kan. Islam pegangan dan cara hidup kita, kenapa nak nafikan hak agama?! Islam is our way of life, dude! (^,^)
Cuba tengok artikel Khaza tentang "Leiden is Lijden". Khaza ada sentuh secara ringkas tentang sejarah perjuangan pemimpin berjiwa hamba versus pemimpin kontemporari hadhari.…

::Leiden Is Lijden:: Pemikir a.k.a Pemimpin? Ape tu?

Menyelak lembaran2 sejarah, Khaza tertarik membaca sejarah Muslim’s scholars dan Muslim’s heritage..
Ibnu Qayyim Al Jauzi pernah disiksa oleh penguasa dizaman hidupnya dengan cara yang unik. Ia di penjara sendiri tanpa teman bertahun tahun dan terus digerogoti sepi. Tak ada seksaan yang lebih dahsyat bagi seorang pemikir selain situasi yang membuatnya tak boleh berfikir atau tak mungkin menyampaikan pemikirannya. Tapi toh Ibnu Qayyim Al Jauzi tak pernah berhenti berfikir. Akhirnya beliau syahid dalam penjara yang sepi.
Demikian jugak yang berlaku pada Sayyid Qutb. 12 jam dalam sehari, beliau dipaksa mendengar ceramah Gamal Abdul Nasser dan doktrin-doktrin para pejabat tinggi Mesir lainnya. Ia dikurung dalam sel yang sempit dengan 40 orang criminal sebagai temannya. Secara logikanya, beliau tak mungkin mampu ‘menelurkan’ buah pemikiran yang cemerlang dalam kondisi tersebut. Namun, dalam kondisi seperti itu, Fi Dzilal al Quran (master piece beliau) lahir bahkan menjadi fenomena. Sebelum akhirnya, tali gantung menjadi takdir jalan beliau menuju syahid.
Khaza teringat 1 cerita. Suatu ketika, Abdullah bin Hambal (anak Imam Hambali) bercerita. Sebelum penjara dan seksaan mendera ayahnya, setiap hari dia tengok Imam Feqah itu mendirikan solat sehingga 300 rakaat. Tapi setelah seksaan melemahkan sendi-sendinya, ‘HANYA’ 150 rakaat solat yang dia mampu lakukan setiap hari. Itu baru satu dari kegiatan beliau. Antara kegiatan beliau yanh lain seperti, meneliti ribuan hadis, menelusuri satu persatu sanadnya, dan kemudian merumuskan fatwa-fatwa permasalahan yang dihadapi umat kala itu. Disaat ‘pemergian’ beliau, ratusan ribu manusia membanjiri Baghdad. Bukan Muslim semata-mata, namun juga Yahudi dan Nasrani turut berkumpul. Mereka merasa kehilangan seorang pemikir.
Hebatkan mereka? Tapi Khaza kurang faham la. Orang kata semakin dewasa makin matang jadinya. Kian tua zaman, sepatutnya kian arif la penghuninya. Tapi apa boleh buat, tak selamanya pepatah benar. Hari ni, kian tua zaman, semakin kurang orang yang pandai berfikir, apalagi memberi fatwa. Ramai dikalangan kita lebih prefer berfikir ‘segera’ (instant thinking) daripada berfikir dalam2. Tiada lagi istilah ‘fikir masak-masak’. Khaza perasan, segala apa yang bersifat instant tu begitu diminati (cth mee segera,kopi segera,biskut segera, etc). Sebaliknya, ‘keseriusan’ adalah melelahkan.
Perebutan tampuk kepimpinan jugak umpama sebuah petanda. Petanda bahawa jangan lagi mengharapkan ‘keseriusan’dan kedalaman. It almost totally abolished. Sebab apa? Sebab pemimpin yang maju ini tak mengerti (jahil..) tentang filosofi kepemimpinan yang sebenar. (kalau ada yang tak tau, frasa kepemimpinan bermaksud memimpin dan dipimpin…)
Leiden is Lijden, begitu kata H. Agus Salim. Memimpin adalah menderita. Menderita sebab apa? Sebab dipundak pemimpin terdapat amanah pada ribuan dan jutaan rakyat. Nyawa pemimpin adalah hidup rakyat. Tapi hari ini yang ada cuma memimpin dan berbahagia. Jawatan dirasa umpama anugerah dan rezeki meluaskan pengaruh dan aset.
Lijden, derita. Frasa yang sangat asing dan jauh dari seorang pemimpin hari ni. Jangankan menderita, cara melayan dan hormat pun mereka dah lupa. Jika hari ini kita mendapati ramai calon pemimpin yang menampilkan diri, tapi belum tentu mereka bersedia untuk menderita. Bagi kebanyakan mereka, rakyat hanya bererti expolitasi.
Kita terus mengurut dada. Bila agaknya kita akan segera keluar dari tribulasi ini. Kita mengharapkan supaya dipimpin Imam yang memimpin dengan Iman. Adakah ia akan terus hanya menjadi mimpi….?

Saturday, June 21, 2008

Ulasan ringkas Majlis Sambutan 100 Hari Pentadbiran Kerajaan Baru – Selangor

"Pemerintah adil pemerintah di julang, pemerintah zalim rakyat dikecam".

*Sila baca dari sudut pandangan rakyat ye, bukan dari sudut pandangan mana2 parti. (Khaza tulis ni ikut apa yang teringat nak tulis je tau..).


Malam tadi, nombor 100 umpama nombor keramat bagi 4 buah negeri di Malaysia. Tempoh 100 hari memang tidak memadai untuk menilai prestasi dan effectiveness sesebuah pemerintahan baru seperti 4 kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Namun, inilah sebahagian dari sifat pemerintahan untuk rakyat. Perjumpaan pemimpin bersama rakyat semalam berlangsung dalam keadaan sederhana dan meriah. Ia bertujuan memaklumkan rakyat bahawa usaha kerajaan Pakatan Rakyat selama 100 hari ini berada di ‘landasan rakyat’. Beberapa tuntutan jangka pendek yang terkandung dalam manifesto telah dipenuhi. Bersyukurlah rakyat yang berada dibawah pimpinan pemimpin adil dan bersih.
Khaza sempat meluangkan masa bersama seorang sahabat untuk ke Stadium Shah Alam malam tadi untuk hadir dalam
Majlis Sambutan 100 Hari Pentadbiran Kerajaan Baru Selangor.
Bertemankan ‘buraq’ belaan Khaza, Honda Wave 125, kami pecut dari Gombak ke Shah Alam tepat pukul 6 petang dan perjalanan memakan masa 1jam tepat. Sesampai je kat sana, Khaza dengan bangga mengumumkan, ketibaan Khaza di bumi Stadium Shah Alam buat julung kalinya (1st time le..). Kehadiran malam tu memang sangat menggalakkan. Cina, India dan Melayu dari Selangor memenuhi hampir keseluruhan stadium.
Bagi Khaza. tempoh 100 hari bagai menjadi saksi bagaimana Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor berjaya mengharungi 100 hari pemerintahan yang penuh asakan dan dugaan dari pihak yang ‘bencikan kebajikan rakyat’. Setiap mereka mempunyai pendekatan tersendiri untuk menghadapinya secara bijaksana,dalam ruang lingkup bidang kuasa dan kewangan yang terbatas.
Bercakap mengenai pemimpin berjiwa rakyat, Khaza tertarik dengan ucapan MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat a.k.a bakal Perdana Menteri Malaysia ke-6, Pak Cik Anwar Ibrahim dalam majlis malam tadi. Dalam kaca mata Khaza, Kerajaan Pakatan Rakyat dilihat benar2 telus dan tulus dalam membasmi rasuah dalam negeri masing2. Mereka mengenepikan kepentingan diri untuk mengutamakan kepentingan rakyat. Antara usaha mereka dalam membunuh aktiviti yang menjurus kearah rasuah di Malaysia ialah:
1. Pimpinan tidak dibenarkan terlibat dalam perniagaan.
2. Mereka juga tidak menukar kereta rasmi kerajaan yang baru.
3. Mengadakan sambutan kerajaan secara sederhana.
4. Dan sebagainya (ni je yang Khaza ingat, tapi banyak lagi..).

Apa yang menarik sepanjang pemerintahan Pakatan Rakyat, sikap keterbukaan kerajaan Pakatan Rakyat ini sangat asing bagi kerajaan sebelum ini. Suara dan keluhan rakyat didengar terus oleh pimpinan tertinggi dan pemimpin tidak ‘jobo’ dengan pangkat. Khaza berharap sangat agar rakyat memberi masa dan ruang kepada negeri Pakatan Rakyat kerana tempoh 100 hari adalah terlalu awal. Mungkin ada banyak halangan yang menyukarkan mereka untuk melaksanakan apa yang dituntut rakyat kerana ada halangan dari segi undang2. Maklumlah, ramai je golongan2 yang ‘dengki dgn rakyat’.
Bagi kepimpinan di bahagian BN (ingat! mereka ni cuma 1 parti, bukan kerajaan mutlak), dato’- dato’ semua kene sedar, Dato’ dapat pangkat bukan 1 anugerah, tapi itu 1 amanat yg membebankan sebenarnya. Seluruh hidup perlu diserah untuk kepentingan rakyat. Kalau benar parti yang ada tu dah tak relevan, Khaza nasihatkan beralih lah ke parti yang relevan supaya hak rakyat tak ditindas. Sedarlah pakcik makcik di dalam semua parti politik. Perjuangkan lah hak rakyat. Khaza ramai kawan2 dari kalangan pendokong2 BN. Mereka sendiri hari ini meragui kewujudan BN. Kalau dulu, minum air pun nak dari botol yang ada lambang parti, tapi hari ni nak pakai pakaian dan topi berlambangkan BN pun malu.
Khaza bukan taking or siding one particular party, tapi Khaza pun rakyat. Khaza bercakap dari sisi pandangan rakyat yang terbuka. Khaza tak tau la kalau ada pihak yang menafikan kerakyatan Khaza di Malaysia ni. Kalau kerajaan Pakatan Rakyat buat salah, kita tegur ikut saluran yang betul. Begitu jgk dalam kerajaan BN. Tapi bila dah tegur tu, kene berani la amik risiko sebab ada kerajaan yang bencikan ‘suara rakyat’. Walau pun kita menegur cara baik, kalau tak da kepentingan parti, kemungkinan kita balik yang akan dipersalahkan nanti.(^,^) fuhh~.. Bahaya betul keadaan macam ni. Rakyat hidup dalam keadaan takut…
Khaza hormat semua pemimpin, selagi mana mereka benar2 bersikap sbg seorang pemimpin.
Tertarik dengan kata2 roomate Khaza, “kita perlu berminda pemerintah”. Maksudnya, kita perlu mempunyai pemikiran seorang pemimpin atau pemikiran kita perlu seperti pemikiran pemimpin.
Ucapan YB Dato Dr Hasan Ali pada malam tadi pun begitu bersemangat dan menyentuh jiwa rakyat. Maklumlah, ucapan dari seorang motivator. Beliau menyebut bahawa kerajaan Pakatan Rakyat akan dan sedang berusaha membangunkan bukan sahaja physical development, bahkan juga intellectual dan spiritual nya terus dipacu kearah kecemerlangan.
Dalam pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat ni, mereka tidak memilih bulu (parti). Mereka cuba menggunakan sebaik mungkin ‘asset’ yang dimiliki Selangor. Tugasan2 yang dirasa mampu dan layak dipikul oleh asset (person in charge), akan diserahkan kepada mereka tanpa mengira warna parti asset. Yang penting, mereka benar2 berkhidmat untuk rakyat. Jelas disini budaya elimination of kronimisme yang ada dalam kerajaan sebelum ini.
Banyak lagi yang Khaza nak sentuh tentang perjalanan majlis malam tadi untuk dikongsi bersama sebenarnya ,antaranya, penghuraian dan penerangan mengenai usaha dalam agenda merakyatkan ekonomi dan pembangunan N. Selangor. Khaza lihat agenda tersebut sangat menguntungkan rakyat dalam setiap peringkat umur. Bayi,pelajar,belia,orang kebanyakkan,dewasa, dan warga emas semua mempunyai bahagian dalam agenda tersebut. Itu baru FASA 1 dalam pentadbiran baru ini. apa lagi kemudahan yang dapat rakyat terima? Sama2 lah kita nantikan... untuk keterangan lanjut boleh la layari terus www.selangor.gov.my...
Ok lah. Khaza ada kerja lain sekarang. Yang baik kita amik, yang buruk kita murnikan atau tinggalkan terus.
Pernah dengar tak pepatah Leiden Is Lijden? Ha..kalau nak tau apa maksudnya, baca ler entri seterusnya yang berkaitan wajah sebenar kepemimpinan.

Tuesday, June 17, 2008

Antara Manusia, Malaikat dan Syaitan : Suatu Penilaian. Mana Satu Kita?

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha
Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha
Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya
sekali....rugila. .. (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai
Allah, berpalinglah dari jalan itu ...
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia ? Uuhhh?letihnya arini...tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di
dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan
kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu...

Monday, June 16, 2008

:: B.O.L.A :: Suatu Pengenalan

Bismillahirrohmanirrohim.......
Segala puji bagi Tuhan, Tuan Empunya Alam, yang Maha Kuasa lagi Bijaksana.

Akhirnya dapat jugak Khaza post mesej pelancaran blog Khaza ni. (^,^)
Tak tau lah kenapa, tapi Khaza selalu tak da kesempatan untuk meluahkan isi hati dan berkongsi pengalaman Khaza dgn semua sahabat-sahabat Khaza dlm dunia maya ni. Dan hari ni, menjelang minggu peperiksaan, baru la Khaza dapat kesempatan menge'post' msg mukaddimah ni..

Korang jgn salah faham k,bukan Khaza malas,cuma kehidupan kampus memaksa Khaza untuk survive pelajaran dan dalam masa yang sama bekerja untuk menyara kehidupan yang kian 'mahal' ni. (^,^)

Kesempatan yang ada ni akan Khaza gunakan sebaik mungkin untuk berkongsi data kehidupan Khaza. Insya-Allah Khaza akan menulis secara frequent lepas ni dalam blog. Khaza tak nak ketinggalan la sebab technology emerging rapidly. Orang putih kata, "necessity is the mother of invention". Umat hari ni memerlukan satu medium moden untuk melontarkan sorakan emosi dan intelektual secara BEBAS, maka, blogsphere telah diwujudkan oleh teknologi. Hebatkan teknologi ni? (^,^)

Ok lah,Khaza nak surfing jap untuk cari information sebab jap lagi dah nak solat Isyak, malam ni nak study sikit mana yang patut sebab final exam Khaza lagi 2 hari jer. Doa kan Khaza yer..

Sebenarnya Khaza rushing ni sebab lapar, (^,^) masuk hari ni dah genap 2 minggu Khaza tak makan nasi, tak tau ler knapa selera Khaza berubah tiba-tiba. korang tau tak knape? hehe

Owh.Korang tau tak kenapa nama blog Khaza ni ::B.O.L.A::????Hehe. Lu P K la sendiri!
Gurau je.Huhu. Lain kali Khaza cerita ye..

Kalau kawan-kawan kat luar tu nak contact Khaza, leh la msg Khaza kat email ni :: mailto:akhi.khaza@yahoo.com Jumpa lagi yer kawan-kawan. Ilalliqa' wa ma'assalamah! (^,^) Wassalam.

Thursday, June 12, 2008

:: Matlamat Hidup Manusia ::

Manusia kalau ditanya apa matlamat hidup kita
Pasti macam-macam jawapannya
Rata-rata jawapannya nak hidup senang didunia
Ada yang ingin nak jadi kaya
Mungkin kaya harta benda
Kerana kefahaman manusia rata-rata
Sudah kaya dengan harta dunia
Baru fikirkan akhirat matlamat yang kedua

Begitulah rosaknya manusia didunia
Watak-wataknya sama sahaja
Apa agaknya matlamat hidup manusia
Mungkin sukar manusia menjawabnya

Cuba kita fikirkan apa sebenarnya
Jika hidup manusia hanya untuk kaya harta benda
Bermakna manusia masih mengejar dunia

Persoalannya sampai bila
Adakah sampai ke tua
Kalau inilah matlamat manusia
Alamatnya nerakalah yang menunggu kita
Kalau begitu apa sebenarnya matlamat kami

Tuhan
Tunjukkanlah kami jalan
Supaya kami dapat pedoman
Kalau apa yang kami fikirkan tidak bertepatan

Tolonglah khabarkan ya Tuhan
Kalaulah akhirat manusia jadikan panduan
Pastilah matlamat hidup manusia untuk cari redho Tuhan
Dan yang paling utama untuk dapatkan keampunan Tuhan

Nukilan: Dato’ Md Dakhiyar Hj Amir DSSA DMM BCK PPA192323 Nov 07

Wednesday, June 11, 2008

:: 'MAYAT' HIDUP :: Kehidupan Remaja Tanpa Matlamat

Pada 6 Jun hingga 8 Jun 08, saya telah dijemput oleh seorang rakan untuk menjadi fasilitator untuk Smart Camp 1 yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia. Kem selama 3 hari ini telah diadakan di Kem Rebutia. Pelaburan serendah RM10 untuk para peserta (disertakan sijil dan baju percuma) umpama pelaburan bijak ibubapa untuk anak-anak..


Saya terkesan dengan kata-kata Ustaz Manaf (Program Manager Smart Camp 1) yang menyatakan kerajaan negeri melihat pembentukan modal insan dan identiti diri pemuda dan remaja sebagai 1 asset penting dalam pembentukan sebuah negara Islam yang membangun. "...Nak bangunkan negara dengan membangunkan rakyatnya dulu.." ujar beliau lagi... Wow. Ini lah pemikiran minda pemimpin Islam. Islam itu syumul (menyeluruh). Melalui Islam, Yang Maha Esa dah buat garis panduan untuk setiap aktiviti kehidupan dunia ni. Masihkah kita tidak sedar akan kekuasaannya?


Saya tak nak ulas lanjut tentang perjalanan dan pengisian program. Kalau sahabat-sahabat nak tau tentang butiran program ni, boleh lawati blog sahabat saya di hafizbad.blogspot.com dalam entri smart-camp-1-satu-permulaan-6-8-jun-08...


Apa yang menarik saya nak kongsikan di sini ialah, secebis harapan masyarakat pada remaja2 harapan ini.


Semasa hari program,saya ada bertanya kepada beberapa anak buah berkaitan matlamat hidup dan visi hidup mereka. Jawapan yang saya terima sangat menyedihkan. They have no vision and mission on their future life. I realize this as the problem of ‘kehilangan identity diri’ on teenagers generation nowadays. Bagaimana mereka hendak memimpin kalau diri sendiri tidak terpimpin?? Beginikah belia yang menjadi harapan negara? Insafnya diri ini...


Setiap manusia perlu mempunyai matlamat hidup. Matlamat hidup kebiasaannya tertumpu kpd keinginan terhadap sesuatu perkara atau keadaan yang lebih baik,aman,tenteram,damai,harmoni,dan selesa pada masa hadapan.


Saya tertarik untuk berkongsi pendapat sahabat saya di Studions,Nazri Salleh. Beliau selalu memikirkan apakah matlamat hidupnya setiap hari. Bagi beliau, setiap hari adalah peluang dan ruang untuk kita berjaya dalam hidup pada masa depan.


Saya juga bertanya pada diri sendiri, bilakah waktu puncak kehidupan saya akan datang yang dianggap kehidupan masa depan? adakah bila saya berumur 40 tahun? 50 tahun? 70 tahun? bila? Setelah difikir dan ditimbang-timbangkan bahawasanya masa depan adalah matlamat waktu disaat kita inginkan sesuatu atau memerlukan sesuatu.


Apa yang kita perlukan bila berumur 40 tahun? rumah? keluarga? kereta? atau apa sahaja. Bila sesuatu tindakan untuk mencapai matlamat tersebut bermula dari sekarang itu baru dinamakan kehidupan masa depan. Kita selalu dengar kata-kata ‘Menabunglah dari sekarang untuk masa depan’. Bila kita jelas dengan matlamat hidup kita barulah perjalanan hidup kita lebih bermakna dan kita akan sentiasa fokus pada kerja yang kita lakukan setiap hari.


Teringat kata2 Cikgu saya, Tengku Asmadi (Motivasi Alihan Pelajar). Dengan suara yang lantang bertempatkan dewan yang crowded with students, beliau pernah menyebut, "...senaraikan matlamat anda pada kertas atau dimana sahaja supaya anda mudah melihat dan sebagai pembakar semangat pada diri untuk maju dan terus maju....". Dengan menulis matlamat anda, ia akan menjadi sesuatu yang boleh dipegang dan boleh di lihat. Anda juga tahu, dengan menulis matlamat, ia akan masuk ke dalam minda (separuh sedar) anda dan ianya akan diproses untuk mencari peluang-peluang mencapai matlamat tersebut.
Tetapi… menulisya sekali sahaja tidak mencukupi. Anda perlu menulis lagi… lagi… dan lagi. Salin kembali matlamat anda.
Menulis matlamat anda sekali sahaja memang akan memberi pulangan kepada anda. Cuba fikirkan sekiranya anda menulis matlamat yang sama berkali-kali. Ini akan menggandakan peluang anda untuk mencapai matlamat tersebut. Selain menulis, beliau menggalakkan kami mengimaginasikan matlamat2 kami...


Jelaskan lagi matlamat anda dalam hidup sekiranya anda kurang jelas. Jangan tipu diri sendiri. Bertindak jujur pada diri anda. Tanya kata hati anda. Mampukah matlamat tersebut dicapai? Jika tidak,bagaimana caranya. Cari Jalan penyelesaian. Jangan sesekali bersifat mustahil untuk mencapai matlamat tersebut (yang diimpikan) cari cara dan langkah-langkah untuk mencapai. Tiada yang mustahil didunia ini. Kesungguhan, fokus dan yakin pada diri sendiri adalah kuncinya.


Matlamat adalah penting untuk mencapai cita-cita kita. Matlamatlah yang berikan kita kejayaan, sebagai contohnya rakan saya kerja sebagai Programmer, macam2 programming dia buat. tp dia tak tahu apa matlamatnya . Pegi keja balik kerja. Nak pendekkan cerita masa dia balik kerja, dia terjumpa sekeping kertas atas jln. Pada mulanya dia ingat sampah, so macam biasa ler dia ambik kertas tu nak buang dalam tong sampai, entah macam mana dia boleh baca apa yang tertulis dalam kertas tersebut. Nak tahu apa ditulis dalam kertas tersebut? Kertas tersebut tersenarai 3 matlamat hidup seorang hamba Allah yang diulang sebanyak 10x…Dari situlah dia cuba memperbaiki hidup dia dan tetapkan matlamat apa yang dia perlu buat..dia juga selalu menulis lagi dan lagi matlamat tersebut.Insyallah matlamat kita akan tercapai kerana kita tahu kemana arah yang perlu kita tuju.


Dengan menetapkan matlamat hidup kita mampu mendidik diri untuk menjadi insan yang berguna dan bertaqwa kepada Allah S.W.T. Positifkan pemikiran dan minda kita. Jika perlu desak diri anda untuk bertindak untuk mencapai matlamat anda kerana diri yang selalu dimanjakan akan menjadi malas dan harap untuk ‘disuapkan’ sahaja. Jadilah seseorang yang berusaha dan gigih dalam kehidupan.


Jadi.. apa lagi mulakan hari ni…dengan matlamat anda.

Thursday, June 5, 2008

Pelancaran album terbaru Ustaz Akhil Hayy.


Tadi Khaza diajak oleh seorang sahabat,Husni, untuk teman dia esok (5 Jun) bagi membantu Inteam Record Sdn Bhd dalam penyediaan dan persiapan untuk majlis perlancaran dan press conference album terbaru Ustaz Akhil Hayy, Nasyid Lagenda 2. Tempat pelancaran ialah di Saloma Bistro, KL.

Pagi tu Khaza baru balik dari Seremban sebenarnya,tapi untuk memenuhi kepentingan sahabat yang dikasihi, Khaza pecut kereta atas Highway selaju boleh supaya sempat teman dia (rasanye mesti da kene tangkap speed trap.huhu..).


Kami bertolak dari Gombak lewat sikit dari waktu yang dirancang dan sampai di KL dalam pukul 11 lebih.Husni yang drive sebab kereta dia. Pertama kali dalam sejarah hidup Khaza jejak kan kaki di Saloma Bistro. Smart jgk la tempat ni.


Sampai sana, kami tengok Abg Shah Inteam , Abg Khairi, dan Managing Director Inteam Record tengah duduk berborak di meja pendaftaran. Kekok je rasanya bergaul dengan usahawan-usahawan muda berjaya tu. Terasa diri ini kerdil.


Press conference akan bermula pukul 2.30ptg,so kami pun dok sibuk la membantu apa yang patut. Lepas makan tengah hari beramai-ramai, kami bersama-sama menunaikan kewajipan sbg Hamba Allah secara kongrigasi. Boleh tahan jugak cantiknya kawasan2 sekitar Saloma Bistro ni.


2.30,Khaza dah tungu siap2 kat depan untuk sambut Ustaz. Wartawan pun dah penuh dalam hall. Sempat jugak lah Khaza tengok gelagat2 wartawan2 tu. Berbeza betul ‘planet’ kewartawanan mereka. Tapi tak tau kenapa, wartawan2 ni sangat berminat dengan aktiviti Ustaz Akhil. Kalau tengok kehadiran mereka hari tu pun blh tahan ramainya, sampaikan Khaza n Husni pun terpaksa berdiri je waktu pelancaran.


Gelagat2 sahabat2 artis yang hadir pun pelbagai. Tapi kami sakit mata tengok penampilan kumpulan NICE. Husni yang perasan dan komplen kat Khaza. Kita faham la diorang tu remaja dan muda belia, tapi diorang kene sedar la jgk yang diorang tu ikon masyarakat dan pendakwah nasyid (..kononnya). Penampilan beberapa (bukan semua ye..) ahli NICE agak secular dan tak sesuai langsung dengan majlis. Kalau nak dibandingkan dengan pakaian wartawan yang datang memang la diorang rasa ok,tapi kenapa tak belajar dari abang2 dalam Inteam? Persoalan mula timbul. Apa sebenarnya niat mereka dalam arena nasyid? Lu P K la sendiri! huhu..

Ustaz datang lewat sikit hari tu. Mungkin sebab jalan jem, jalan KL ni paham2 je la kan. Majlis dah pun dimulakan oleh Abg Pian Saujana sebab ada wartawan yang dah merungut2. Tah apa yang Abg Pian ‘goreng’ dalam hall tu Khaza pun tak tau.
Sebenarnya Khaza dan Husni bajet Ustaz Akhil akan datang dgn orang ‘istimewa’ hari tu, tapi sangkaan kami meleset. Dgn penampilan serba putih, Ustaz sampai dan majlis diteruskan. Ustaz Akhil memang best.


Makanan yang disediakan hari tu pun sedap giler. Sempat jugak la kami bergambar kenang-kenangan dengan Ustaz lepas majlis habis. Tapi apa yang kami sedih, kami tak dapat cenderahati dan CD percuma sebab semua habis didistributekan. Hua~..Tapi tak kisah la, yang penting pengalaman tu.

Balik je dari majlis tu, kami sempat singgah di kedai Cendol Hj Wahab. Tempat ni antara tempat kegemaran Khaza n Husni. Cendol Hj Wahab ni sedap dan agak terkenal jugak kat sini.



Yang baik kita ambik, yang buruk kita murnikan atau buang jauh2. Jumpa lagi dan Salam ukhuwwah.