Showing posts with label Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Ilmu. Show all posts

Sunday, March 6, 2011

Bagaimana hendak memulakan projek animasi 3D anda.

Cara terbaik untuk memulakan projek animasi 3d anda adalah dengan mendapatkan sebuah program perisian yang khusus dibuat untuk membuat animasi 3d. Terdapat banyak perisian yang telah dibina untuk membuat animasi 3d. Program ini antaranya: Poser, 3d Studio Max, Daz 3d, Bryce, Carrara, Animation Master, Maya, LightWave, Anim8or, 3D Canvas, dan Blender. Karena ada banyak software animasi 3d yang tersedia, penting untuk mencari perisian yang terbaik untuk keperluan anda mengikut keadaan.
1. Tuliskan butiran projek animasi 3d yang anda ingin hasilkan dan sebab mengapa anda ingin membuatnya. Misalnya, projek anda untuk berseronok atau untuk memulakan langkah ke arah profesion dalam animasi3d.

2. Tuliskan jumlah masa anda ingin menyelesaikan projek ini. Hal ini untuk melihat apakah anda ingin cepat membuat animasi 3d tersebut atau apakah itu adalah sesuatu yang anda tidak keberatan menghabiskan masa yang lama.

3. Petakan masa anda ingin memahirkan diri untuk menggunakan perisian animasi 3d. Hal ini untuk melihat apakah anda ingin menggunakan perisian yang mudah dipelajari atau menggunakan software yang agak sukar dan memakan masa untuk dipelajari.

4. Cuba kaji program yang disebutkan dalam bahagian pendahuluan di atas dan lihat perisian terbaik untuk keperluan anda dalam menentukan tujuan, masa, dan wang.

5. Tentukan dan dapatkan perisian program animasi 3d yang anda akan gunakan. Setelah memutuskan perisian mana yang akan digunakan bersesuaian dengan perancangan anda, anda kini sudah boleh mula mengikuti tutorial bagaimana membuat 3d animasi.




Friday, February 25, 2011

Ada apa pada al-Kahfi di Jumaat?

al-Imam Muhammad ibn Idris al-Shafi'ie dalam al-Umm mengatakan bahawa adalah sunat membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat dan siang hari Jumaat.

al-Imam Yahya ibn Syaraf al-Nawawi dalam al-Adhkar dan al-Tibyan menukilkan, adalah al-Imam al-Hasan ibn Ali membacanya setiap malam.

Disunatkan juga membacanya berulang-ulang.

Antara fadhilat membaca surah al-Kahfi:

1.Menurut Anas ibn Malik pembacanya diberi cahaya antara langit dan bumi, terpelihara dari azab kubur, nyalaan api, kesempitan himpitan kubur, pukulan malaikat yang ganas kasar, cacing-cacing, ulat, himpitannya.
Hadith ini ditakhrij oleh al-Imam al-Darimi dalam Musnadnya, Kitab Fadhail al-Quran, hadith 3273.

al-Hafiz Abu Bakr ibn Mardawayh meriwayatkan dari Ibn Umar r.a:

من قرأ سورة الكهف في يوم الجمعة سطع له نور من تحت قدمه إلى عنان السماء يضيء له يوم القيامة وغفر له ما ين الجمعتين. روى الدارمي بسنده عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ فِيمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيقِ *

“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, bersinar cahaya dari kakinya hingga ke kaki langit, bersinar cahaya itu hingga Hari Qiyamat dan diampunkan dosanya antara 2 Jumaat.” (yakni dosa semingga yang lalu).

2.Antara kelebihan surah al-Kahfi ialah Allah memberikan cahaya pada hati pembacanya, membersihkannya dan dipenuhi dengan hidayah dan kebenaran.

Al-Hafiz Sa’id ibn Mansur meriwayatkan dalam al-Sunan dari Abu Sa’id al-Khudri:

من قرأ سورة الكهف في يوم الجمعة أضاء له من النور ما بينه وبين البيت العتيق

“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi baginya cahaya dari tubuhnya hingga ke al-Bayt al-Atiq (Kaabah).”

Begitu juga yang diriwayatkan oleh al-Imam Abu Bakr al-Bayhaqi, al-Hakim dan Ahmad ibn Musa ibn Mardawayh.

3.Terpelihara dari penipuan dan penyesatan Dajjal. Dajjal dan kuncu-kuncunya mempromosikan syurganya yang membawa ke Neraka Jahannam.

Al-Hafiz al-Diya’ al-Maqdisi, meriwayatkan dari dari Ali ibn al-Husayn dari ayahnya dari Ali:

من قرأ سورة الكهف فهو معصوم إلى ثمانية أيام من كل فتنة وإن خرج الدجال عصم منه

“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi maka ia terpelihara 8 hari dari segala fitnah sekiranya Dajjal datang nescaya ia terpelihara darinya.”

Sabit dalam Sahih Muslim Kitab Solat al-Musafirin, Bab Fadl Surah al-Kahf hadith dari Abu Darda’ bersabda Nabi saw:

مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَات من أول سورة الكهف عصم من الدجال, وفي رواية : مِنْ آخِرِ..

“Sesiapa yang menghafaz 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir akan terpelihara dari fitnah Dajjal.
Sesiapa yang berjumpa dengan Dajjal bacalah awal surah al-Kahfi. Sesiapa yang hafaz 10 ayat terpelihara dari dajjal sesiapa yang menghafaz seluruhnya akan masuk syurga.”

Dalam riwayat Abu ‘Isa al-Tirmidhi:

“Sesiapa yang menghafaz 3 ayat terawal surah al-Kahfi..” dan beliau berkata hadith hasan sahih.

4.Rumahnya terpelihara tidak dimasuki syaitan, mjd tenang dan damai.

Dalam riwayat al-Mardawayh dari Abdullah ibn Mughaffal:

“Rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Kahfi, tidak dimasuki syaitan pada malam itu.”

5.Mendapat cahaya di kegelapan kubur dan kegelapan Qiyamat, serta cahaya di titian Shirat.

Dalam riwayat al-Imam al-Baihaqi:

من قرأ سورة الكهف كما أنزلت كانت له نورا يوم القيامة

“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi sebagaimana ia diturunkan maka surah ini menjadi cahaya baginya pada hari Qiyamat.”

6.Diampunkan banyak dari dosa-dosanya.

Al-Tha’labi dan al-Mahdawi meriwayatkan:

“Apabila surah al-Kahfi dibaca datang 70,000 malaikat mendengarnya, sesiapa yang membacanya pada hari Jumaat diampunkan dosanya dan terpelihara dari fitnah dajjal.”

Malaikat akan meminta keampunan untuknya dan dia diberi ketenangan oleh Allah.

Ia menjadi masyhur di kalangan penghuni langit.

7.Tidak akan takut kepada Dajjal dan pengikut-pengikutnya.

Dalam Sahih Muslim, “Sesiapa yang menemui Dajjal, maka bacalah ke atasnya permulaan surah al-Kahfi”.

Dalam Sunan al-Darimi:

حَدَّثَنَا أَبُو الْمُغِيرَةِ حَدَّثَتْنَا عَبْدَةُ عَنْ خَالِدِ بْنِ مَعْدَانَ قَالَ: مَنْ قَرَأَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنَ الْكَهْفِ لَمْ يَخَفِ الدَّجَّالَ.

Khalid ibn Ma`dan berkata, “Sesiapa yang membaca dan menghafaz 10 ayat dari surah al-Kahfi, dia tidak akan takut kepada Dajjal”.

(Kitab Fada’il al-Qur’an, Hadith 3271).

8.Bacaannya dihadiri malaikat. Al-Imam Ahmad ibn Hanbal meriwayatakan dalam al-Musnad, dari Abu Ishaq berkata, Aku mendengar al-Barra’ berkata, “Seorang lelaki membaca surah al-Kahfi. Di luar ada seekor kuda ditambat berbuat seolah-olah hendak lari. Pembaca al-Quran itu lantas keluar tiba-tiba dia melihat awan berkepul-kepul di atasnya. Keesokannya, dia memberitahu akan hal itu kepada Nabi saw, lantas Nabi saw bersabda, “Bacalah al-Quran, itulah sakinah yang turun kerana bacaanmu.”
Hadith ini ditakhrij juga dalam Sahihayn dari Shu’bah. Lelaki yang membaca al-Quran itu ialah Usayd ibn Hudayr ra.

Dalam riwayat lain, “Itu adalah malaikat yang turun mendengar bacaanmu, Sekiranya engkau terus membacanya, nescaya ramai orang Islam akan melihat malaikat itu dengan jelas.”

~ Sahabat² yg dikasihi sekalian. Tidak dapat dinafikan bahawa kita sekarang sedang berada dalam zaman materialistic atau dgn kata lain zaman Dajjal, zaman "one eyed civilization." Ambillah peluang malam atau siang hari jumaat dgn membaca Surah Kahfi, mudah²an kita terpelihara. إن شاء الله

Ehsan: Perinduketelusan II



Thursday, February 24, 2011

JOM BUAT SENDIRI! :: CARA MENGAKTIFKAN TULISAN ARAB / JAWI PADA KOMPUTER ANDA.

Di sini ditunjukkan cara bagaimana untuk menyediakan tulisan arab atau jawi pada komputer anda. Teknik ini memakan belanja RM20 jika anda meminta bantuan dari mana-mana kedai komputer. Mengapa berbelanja lebih jika anda mampu berjimat?


Mula² download JAWIKB.ZIP kat sini http://community.ejawi.net/showtime.php?role=Downloads&action=getit&lid=7

Kalau keluar Malware warning macam foto kat bawah ni, ignore je...jgn risau..

Klik kat Procced anyway...Pastu unzipkan fail yg telah didownload.

Klik untuk SETUP.

Pastu gi kat Control Panel untuk enable arabic...

Pilih Region and Languages tuh...

Ambik Keyboards and Languages...

Klik kat Change keyboadrs tuw...

Klik Add..

Pilih Arabic (Saudi Arabia) ...Kalau minat arabic lain demo punya pasal la...kikik

Klik Arabic (101) dan Arabic (102) (Jawi Melayu)

Pastu klik OK dan OK. Siap!

Hmm...apa lagi nak buat? Carik la sticker arabic kat kedai komputer...Tak mahai RM5 jer...kalau korang terer RM3 pun boleh dapat.

Kalau malas jugak...gunalah arabic keyboard online kat sini http://www.ejawi.net/community/keyboard.php

Untuk enablekan masa menaip...

Pilih AR. AR 101 untuk font arabic, AR 102 untuk font jawi.

Shortcut, tekan shift+alt.

* Kat sini boleh download arabic fonts http://freearabicfonts.com/Free_Arabic_Fonts

Siap. Selamat menginstall dan mengenable.


Sumber dari: Perinduketelusan II





Saturday, February 5, 2011

Doa Pengasih




Dalam hadis riwayat Muslim, Abu Hurairah r.a telah memohon Nabi s.a.w agar berdoa kepada Allah supaya diberikan hidayah kepada ibunya agar memeluk Islam. Berkat doa Nabi yang juga menunjukkan mukjizat Baginda, ibu kepada Abu Hurairah telah memeluk islam akhirnya. Beliau kemudiannya meminta Nabi s.a.w berdoa kepada Allah agar dia dan ibunya dicintai oleh sekalian orang-orang beriman. Nabi telah mendoakan untuk mereka dengan doa di atas dengan sedikit penambahan - "wa ummahu" (dan ibu Abu Hurairah), selepas kalimah "abdaka hadza". Hasil doa Nabi, setiap orang beriman yang lahir akan merasa cinta apabila mendengar tentang Abu Hurairah.

Untuk Pendo'a Lelaki:


أَللَّهُمَّ حَبِّبْ عَبْدَكَ هَذَا اِلَى عِبَادِكَ الْمُؤمِنِينَ وَحَبِّبْ اِلَى الْمُؤمِنِين


Allahumma habbib 'abdaka haza ila 'ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin.

"Ya Allah, jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman, dan jadikanlah ia menyintai orang yang beriman"

Untuk Pendo'a Wanita:

أَللَّهُمَّ حَبِّبْ أَمَتَكَ هَذِهِ اِلَى عِبَادِكَ الْمُؤمِنِينَ وَحَبِّبْ اِلَى الْمُؤمِنِين

Allahumma habbib amataka hadzihi ila 'ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin.

"Ya Allah, jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman, dan jadikanlah ia menyintai orang yang beriman".


Selain doa di atas, elok sangat jika diamalkan juga doa ini ketika menilik di cermin:


أَللَّهُمَّ كَمَا حَسَّنْتَ خَلْقِى فَحَسِّنْ خُلُقِى وَاجْعَلْنِى مَحْبُوبًا فِى قَلْبِ........../ قُلُوبِ النَّاسِ بِبَرَكَةِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّه

Allahummakama hassanTa khalqi fahassin khuluqi waj'alni mahbuban fi qalbi.........../ qulubinnaasi bibarakati Laa ilaaha illaLlaahu Muhammadur RasuuluLLaah.

Ya Allah, sebagaimana Tuan Hamba cantikkan rupa hamba maka cantikkanlah juga akhlak hamba, serta jadikanlah hamba ini dikasihi pada hati............... / hati² manusia, dengan berkat kalimah La ilaha illa Llah Muhammad ur RasuluLlah.

* Tempat yang berdot³ tu boh la nama si dia dehh! kik³~

....Dan yang penting, betulkan niat serta ikhlaskan berdoa....dan, jangan boh nama ambo kat dot³ tu dehh! senyumm~


Sumber ehsan dari: Perinduketelusan II