Wednesday, May 27, 2009

Tutorialz.

Photoshop: Shadows and Highlights

Editor kami tidak boleh tidur malam, jadi dia mengambil keputusan untuk menulis tutorial Photoshop yang amat ringkas. Di dalam tutorial ini, kami akan ajarkan anda bagaimana untukmengedit gambar yang gelap. Kerapkali kita ambil gambar dan kerap kali juga kita tidak dapat lihat gambar objek yang kita ambil. Sebagai contoh, lihat gambar di bawah.

original

Berikut merupakan antara cara termudah untuk anda repair gambar anda yang gelap.

Di dalam program Photoshop, pilih Image > Adjustments > Shadow/Highlight…

step1

Menu Shadows/Highlights akan keluar seperti gambar di bawah.

step1

Ubahkan Amount untuk kedua - dua peratusan Shadows dan Highlights. Untuk tutorial kali ini, kami gunakan 31% untuk Shadows dan 54% untuk Highlights.

Peringatan: Ini merupakan antara cara termudah dan pantas untuk mengedit gambar. Namun begitu, kadang kala kualiti gambar akan terjejas. Walau bagaimanapun, cuba dahulu. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Jumpa lagi!

No comments: