Tuesday, May 26, 2009

Dont you put the blame on me...- Akon

Bahaya jika anda menyalahkan apa saja. Jika Anda menyalahkan seseorang, sesuatu benda, sesuatu perkara, sesuatu situasi, maka Anda akan ditemukan dengan lebih banyak situasi yang makin membuat Anda kurang bersemangat.


Kesannya, Anda akan hilang motivasi. Anda tak akan ada motivasi kerja, motivasi belajar dan motivasi berniaga. Bagi yang dah berkeluarga, Anda cepat naik hangin tak tentu pasal, kurang bertenaga membuat kerja-kerja rumah.


Sebelum ni saya pernah ‘blame’ orang sekeliling, laptop saya, basikal saya, handphone, motosikal yang saya tunggang dan masa belajar saya. Setelah melalui semua itu, saya heran, motivasi menurun dan saya kurang bersemangat.


Selepas mengkaji secara mendalam dan membuat koreksi diri, saya mendapati jika kita menyalahkan sesuatu cuma sekali,  kita akan ditimpa kesusahan dua kali, mungkin juga berkali-kali.

Ia hanya akan berhenti apabila kita ubah perangai, ubah sikap. Buang perangai suka mengomplen, suka menyalakan orang, situasi, keadaan, benda dan perkara. Sebaliknya, maafkan semua itu, lupakan dan GO ON! Maju ke depan. 


Jika Anda kerap menyalahkan apa saja, sesiap saja, apa jua, Anda bagaikan tertahan-tahan. Apa jua yang Anda lakukan kerap bermasalah, apa jua yang Anda usahakan kerap  diuji dengan pelbagai permasalahan yang tak berkesudahan. Saya percaya semua itu berpunca dari fikiran kita.

Jadi, kita kita bijak mengawal fikiran, mengawal semua yang bermain di fikiran, maka kita boleh mengawal realiti hidup kita. Benar, kita tidak tahu apa yang akan terjadi, tapi sekurang-kurangnya kita boleh memilih apa yang terjadi tu untuk terbentuk menjadi sesuatu yang positif, sesuatu yang berpihak pada kita.


Dalam hidup, kita akan sentiasa ada dua pilihan.

Ambil keputusan untuk memilih yang positif saja.

No comments: