Sajak ini menceritakan kolaborasi dakwah dalam study kita. Sesuai untuk para pejuang kampus, khasnya di bumi 'Taman Ilmu Dan Budi' ini... Saya tak tau apa tajuk sebenar sajak ini. So sementara ni, saya guna tajuk yang saya reka jer.. (^,^)
NASIHAT PADA KELUHAN HATI
Lia, jomlah pergi usrah
Lia, jomlah berdakwah
Lia, ummah semakin koyak
Lia, jomlah kita bangkit mengubah segalanya
Lia, jomlah berdakwah
Lia, ummah semakin koyak
Lia, jomlah kita bangkit mengubah segalanya
Aku tidak mahu
Aku kena study
Markah semester lepas dah cukup teruk
Gara-gara dakwah, tarbiah dan program
Aku menyesal megikuti semua itu
Bosan!!
Aku kena study
Markah semester lepas dah cukup teruk
Gara-gara dakwah, tarbiah dan program
Aku menyesal megikuti semua itu
Bosan!!
Kalau nak berjaya, kena study
Waktu study, studylah
Esok kalau dah berjaya
Aku buatlah kerja dakwah tu
Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal dalam pelajaranku
Kan nanti aku menutup mata orang lain terhadap Islam
Waktu study, studylah
Esok kalau dah berjaya
Aku buatlah kerja dakwah tu
Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal dalam pelajaranku
Kan nanti aku menutup mata orang lain terhadap Islam
Lia, dakwah dan pelajaran bukan macam jongkang jongkit
Jongkang jongkit?
Apa kau merepek ni?
Apa kau merepek ni?
Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam jongkang jongkit
Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah
Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah
Tu bukan dakwah namanya
Dan tu bukan belajar namanya
Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah
Tu bukan dakwah namanya
Dan tu bukan belajar namanya
Habis tu?
Hmm, dakwah dan pelajaran kena berkadar terus
Tak boleh inversely proportional
Tak boleh inversely proportional
Apa maksud kau?
Orang yang melakukan kerja dakwah dengan ikhlas akan menemukan Allah dalam pelajarannya
Aku tidak faham
Tak pe, aku terangkan
Macam gini, bila dah berdakwah tu
Rasa senang je nak study
Bila belajar tentang jantung misalnya
Boleh bayangkan betapa hebatnya Allah ciptakan jantung
Bila belajar tentang algebra, terasa kerdilnya diri
Bila belajar tentang Hukum Boyle, terasa akrab dengan Pencipta

Kenapa?
Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum tersebut adalah hukum Allah
Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah
Rasa senang hati nak terima ilmu
Kalau orang lain study 1 jam
Dia hanya perlu study 10 minit sahaja
Sebab apa?
Sebab ada keberkatan masa dalam studynya itu
Aku tak pernah rasa semua itu
Lain tu, selama ni kau nak cakap yang aku ikut program tarbiah dan dakwah tu tak ikhlas?
Tak, itu bukan maksud aku
Cuma kena checklah sikit hati tu
Waktu buat kerja dakwah tu, ada tak berlaku tarik tali dengan Allah
Waktu buat kerja dakwah tu, ada tak berlaku tarik tali dengan Allah
Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?
Ok, aku berikan contoh
Misalnya waktu buat kerja dakwah tu,
Terdetik tak kat hati , banyak lagi yang tidak habis belajar
Terdetik tak kat hati, assignment banyak lagi
Itulah maksudnya tarik tali dengan Allah
Ada keraguan dalam hati
Seolah-olah tidak yakin dengan janji Allah
Siapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongnya
Kita melakukan jual beli dengan Allah, tapi kita tidak bayar lagi
Kita berdoa, tapi tak de kesungguhan dalam doa kita
Kita berdakwah, tapi hati kita tiada dengan Allah

Lia dah faham
Lia kena banyak muhasabah
Lia dah study dari tadi, tapi tak masuk-masuk
Lia tahu itu maksudnya peringatan dari Allah
Lia yang tahu hukum berdakwah tidak mengerjakan kerja tersebut
Lia, sahabatku,Lia kena banyak muhasabah
Lia dah study dari tadi, tapi tak masuk-masuk
Lia tahu itu maksudnya peringatan dari Allah
Lia yang tahu hukum berdakwah tidak mengerjakan kerja tersebut
Seorang ibu pernah mengatakan
Aku ingin dakwah terlihat dalam setiap perbuatanku
Setiap kali aku bergaul dengan jiranku, aku ingin mereka merasakan kemanisan iman dan Islam
Setiap kali jiranku melihat kebahagian rumahtanggaku, aku ingin mereka merasakan keindahan Islam
Lia, itulah yang inginku kubentuk dalam diriku
Aku ingin setiap perbuatanku menjadi manifestasi dakwah itu sendiri
Pelajaranku, hubunganku dengan keluarga dan sahabat, segalanya adalah dakwah
Moga kita bersama dalam usaha merealisasikannya
Lia, aku ingin berkongsi dua kisah,
Pertama, mengenai kisah Assyahid Imam Hassan AlBanna
Dan kedua kisah sahabatku di Indonesia
Moga kedua-dua kisah ini dapat kita renungkan bersama
Menjadi motivasi buat kita untuk terus berada dalam mandala ini.

Lia, kau pastinya arif mengenai Assyahid Imam Hassan AlBanna. Dakwahnya menyinari hati umat manusia di saat itu. Dia berdakwah sehingga ke kawasan perkampungan di gunung-gunung yang tinggi. Semua manusia mengenalinya. Tanyakan sahaja di jalanan di saat itu, kenalkah kamu dengan Assyahid Imam Hassan AlBanna.....
(bersambung)Ana tak tau sajak ni habis sampai mana. Ana akan cuba cari sambungannya... kalau kak Nur Aisyah Zainordin terbaca entri blog saya ni, mintak komen yer. Kalau akak tak kisah, boleh tolong email sajak penuh kat saya di akhi.khaza@yahoo.com untuk dikongsi bersama sahabat2 lain..
Berkhidmat demi agama.
5 comments:
salam akhi,
sebenarnya itu bukan sajak saya, sajak orang saje.huhuh.. dan tak tau ada tak sambungannya.. moga terus bermanfaat utk di sana, dan moga terus menerus maju dalam dakwah insyaallah ya!
owh.. anyway, syukran jazilan.. Sajak tu memang kene dengan batang hidung pelajar kampus hari ini.Banyak alasan yang direka bagi mengelakkan diri dari dakwah kampus.Kalau ikutkan, sejak dulu lagi, golongan mahasiswa ni terbahagi kpd 2 golongan, 'judging' dan 'perceiving' type. Jenis 'judging' ni la yang terlalu banyak gunakan logik dan menilai sesuatu dati aspek negatif semata2...(p/s: topik ni baru je blaja dalam kelas 'intro to marketing' baru2 ni..hehe..) (^,^)
Ukhti menetap di Gombak lagi ker sekarang?
assalaamu'alaikum..
buku tu macam best je.. terbitan aqwam publication ke??
assalamualaikum
my bro zaim,
just to hv a visit here.
"varsity education is more than just getting a degree"
www.mycompletemastery.blogspot.com
assalamualaikum
my dear bro zaim, congratulations 4 having this nice blog.
keep it up, young man!
www.mycompletemastery.blogspot.com
Post a Comment