Saturday, July 19, 2008

Harapan bakal mahasiswa selalu terkubur? - ::satu perkongsian::

Minggu siswa tanpa haluan?

Pelajar Prihatin | Jul 17, 08 4:43pm

Saya kecewa apabila seminggu berada di sebuah kampus sekitar Lembah Klang baru-baru ini. Bergelar mahasiswa yang baru sahaja melangkah kaki ke alam kampus, saya mengimpikan satu suasana yang mampu membentuk individu yang berkualiti. 


Malangnya, sepanjang mengikuti Minggu Haluan Siswa, bukan itu yang saya perolehi tetapi sebaliknya. 

Saya berasa letih sepanjang minggu tersebut. Pengisian program dalam mingguitu teralu teruk sehigga melanggar fitrah dan naluri manusia itu sendiri. 

Setiap hari kami mahasiswa baru disuruh berlatih sorak, dari pagi sehinggalah lewat malam. Alasannya, untuk membina semangat berkumpulan dan kesatuan. 

Pembantu mahasiswa juga sangat mengecewakan. Kami mahasiswa baru sentiasa dibuli. Bayangkan kami di bangunkan sekitar awal jam 4 pagi bertujuan untuk berlatih sorak. 

Sekiranya ada di kalangan kami yang ingkar, dia akan dikenakan hukuman seperti tekan tubi, dan ketuk ketampi. 

Untuk makluman, di sebalik kecelaruan itu, ada juga usaha tawan-menawan sepanjang minggu tersebut. 

Risalah Kristian yang berunsur indoktrinasi tentang agama dan membuka peluang untuk menyertai kumpulan tersebut diedarkan di kolej kediaman saya. 

Sasaranya tidak mengenal siapa, sama ada yang beragama Islam ataupun tidak, matlamat mereka seolah-olah untuk menarik seramai mungkin pelajar baru untuk menyertai persatuan mereka.

Bagaimanapun, saya akui terdapat juga kebaikan di sepanjang minggu tersebut. Cuma kebaikannya sedikit berbanding kecelaruan dan masalah yang berlaku. 

Kecelaruan ini pada saya adalah yang terburuk pernah saya lalui. 

Alam kampus yang saya bayangkan menjanjikan suasana intelek rupa-rupanya indah khabar dari rupa.

Sehubungan itu, diharapkan kecelaruan ini perlulah diambil berat oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan pentadbiran universiti sendiri. 

Pembentukan modal insan yang berkualiti perlulah diutamakan daripada budaya hedonisme yang melalaikan. 

Mudah-mudahan pisang tidak berbuah sekali lagi.

Sumber : Malaysiakini.com

No comments: