Saturday, July 12, 2008

::MOTIVASI HATIKU YANG BARAN:: 1 analogi... (^,^) huhu....

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w
" Wasiatkan kepadaku. "
Sabda Baginda, " Jangan marah. "
Kemudian beliau berulang kali bertanya.
Sabda Baginda, " Jangan Marah "
KISAH MOTIVASI DIRI INI

Tiap-tiap hari, sebelum masuk tidur, saya selalu berasa menyesal dengan hari-hari yang telah berlalu (Ni kira macam muhasabah le gak)...
Saya akui memang setiap manusia mengandungi ego yang kebiasaannya dizahirkan oleh emosi. Marah. Nabi kita juga pernah berasa marah, tapi marah baginda terkawal, dikawal oleh minda dan ruh Al-Quran. Namun apatah lagi diri ini yang penuh dosa noda, tak terbanding dengan pejuang yang lain. Perbezaan yang drastik dan bombastik. Diarus oleh metafora alam. Dunia tak pernah menipu, cuma manusia seperti aku yang mudah tertipu. Kenapa ye??? Saya blur bila nak bercerita berkenaan sifat marah. Tak tau le kenapa. Tapi saya cuba kongsi mana yang mampu.. Kepada sahabat-sahabat yang pernah mengenali diri ini, saya minta maaf kalau pernah sakiti hati antum semua. Mari lah kita sama-sama menjadi yang terbaik. Semakin hari, semakin baik (^,^).. Teringat kata-kata Kak Fidah, "TERBAIK!!!" ........(Ya Allah...Kurniakan lah aku Ar-ruhul Jadid....)


ANALOGI MARAH MANUSIA

Terkenang kisah sahabat saya bernama Mohd Haris b. Hairun Paezi. Cerita motivasi beliau terkesan dihati ini setiap kali saya rasa marah. Ceritanya ringkas sahaja;

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.


Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.

Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepadabapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata

"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, walau berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada."


Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahanya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan ( ingatlah ), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.
( Al-Imran ayat 134 )




P/s: Di sini saya sertakan cadangan bahan bacaan untuk sahabat-sahabat yang pemarah (sekadar cadangan) :

Menangani Sifat Marah
Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah
Harga Pasaran:
Kaset : RM 11.50
CD : RM 16.50
Secara ringkasnya, buku ini menyajikan:
1- Senario mudah marah dalam masyarakat
2- Punca menjadi marah
3- Jenis-jenis marah dalam diri manusia
4- Kesan-kesan marah terhadap manusia
5- Reaksi terhadap perasaan marah
6- Doa-doa untuk mengawal perasaan marah



P/s: Bagi sahabat-sahabat yang 'terpaksa' berhadapan dengan orang yang pemarah dan pelik2 ni leh la cuba baca:


Menangani Orang Yang Bermasalah
Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah
Harga Pasaran:
Kaset : RM 11.50
CD : RM 16.50
Buku ini berkisarkan teknik-taknik bagaimana menangani orang yang pemarah? Pak turut?Pendendam? Dan beberapa karektor lain? Setiap orang mempunyai kelebihan dan ada yang 'soft spot' nya. Dapatkan petua menangani masalah anda dan sikap yang perlu ada pada anda sebagai seorang kaunselor mereka.

No comments: