Monday, July 14, 2008

::SAMPAINYA HATI INI MEMARAHI MAKHLUK CIPTAANNYA:: Satu peringatan diri.....


Dah lebih 20 tahun saya hidup didunia ini. Pengalaman merupakan aset penting bagi manusia. Semalam, bila saya cuba merungkai pengalaman diri, memori mula mengusik kepada sahabat2 lama dan sahabat2 baik yang banyak membina diri saya. Sejarah keseronokan, kegembiraan, pengalaman manis dan banyak lagi yang dilalui bersama sahabat2, adalah harta yang tak mampu dibeli. Namun, sudah sunnah alam, seringkali dalam persahabatan, akan ada perselisihan faham, ketidaksamaan pendapat dan idea yang berlainan.
Kesannya, akan timbul ketidaksefahaman, dingin hati atau rasa cuba menjauhkan diri perlahan-lahan. Masalah begini ada jalan penyelesaiannya.Kuncinya ialah sikap pemaaf. Senang cakap, mengalah la.

Andai kedua-duanya panas baran, ego dan sentiasa mahu menang, persahabatan yang terbina akan bertukar menjadi permusuhan tegar lalu membawa kepada perang dingin berpanjangan. Tidak semua orang boleh mendidik hati mereka supaya jadi pemaaf dan terbuka. Ramai manusia egois yang mahukan orang lain yang minta maaf dulu dengan mereka.

Dah menjadi sikap manusia, mereka mahu di hargai, mahu dihormati. Bila perselisihan timbul, mereka payah nak meminta maaf dan memaafi.

Bagaimana dengan anda? Adakah anda juga susah untuk memaafkan kesalahan orang lain? Jika begitu, anda tergolong dalam kalangan orang yang kurang bermotivasi, anda akan rasa susah nak jadi bersemangat sebab di hati anda penuh dengan noda hitam dari fikiran-fikiran negatif.

Benci, meluat dan dendam tu adalah fikiran negatif sebenarnya. Qudwatul hasanah kita, Rasulullah s.a.w. merupakan ikon terbaik untuk dicontohi. Baginda merupakan seorang yang pemaaf, walaupun baginda pernah luka di lempar batu dan najis oleh penduduk2 Thaif sehingga mengalir darah dari tubuh suci baginda, namun sifat dan akhlaq Al-Quran sentiasa diperaktikkan.

Saya sedar kita bukan setabah Rasulullah s.a.w, namun kita boleh membina sikap pemaaf, penyabar dengan mencontohi sikap Baginda. Tiada mustahilnya! Latih diri anda menjadi pemaaf, kerana ia dapat membuang fikiran-fikiran negatif yang bersarang di hati. Kesannya, anda akan mudah di dekati oleh sesiapa saja. Ini lah antara magnet diri yang tak mustahil untuk dilatih. Sesiapa saja akan melihat anda unik lalu tertarik untuk mengenali anda dengan lebih lanjut lagi. Dalam perhubungan, ia akan membuat rakan anda menyenangi anda dan bersemangat bila bersama anda.

Nasihat saya, hargailah kawan, kerana tanpa sokongan darinya, anda keseorangan dan kesannya hanya akan menghanyutkan diri anda jauh dari kejayaan. Lets be a good friend. Bersama kita membina kehidupan yang terbaik!





"dan jika kamu di goda oleh syaitan, maka berlindunglah dengan ALLAH, sesungguhnya ALLAH Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"

No comments: