Wednesday, July 23, 2008

Hilang Halatuju, Tenggelam Dalam Isu :: Fikrah Mufti Perlis ::

Dalam seminggu, negara kita yang tidak sebesar mana ini timbul berbagai-bagai
isu seakan dunia hampir runtuh. Rakyat makin pening dan mual. Paling
mendukacitakan, isu-isu yang tertonjol kebelakangan ini adalah isu-isu peribadi
tokoh-tokoh politik. Seakan masalah mereka dipaksa untuk rakyat menanggungnya
sehingga melupai kenaikan harga barang, tarif elektrik dan tekanan kehidupan
seharian rakyat bawahan. Entah berapa ribu jam masa rakyat dihabiskan untuk
bertekak dan berbalah mengenai hal dalam kain orang politik.

Ada yang tidak setuju dengan mubahalah, katanya itu bukan cara penyelesaian Islam dalam kes-kes berkenaan. Sehingga ada tokoh agama yang kata dia tidak pernah dengar perkataan mubahalah. Itu lagi satu masalah kekontangan pengetahuan. Mubahalah telah saya jelaskan minggu lepas dalam ruangan ini. Ia ada dalam al-Quran dan diamalkan oleh Nabi s.a.w dan para ulama bagi menghadapi sikap keras kepala pihak-pihak yang enggan menerima hujah secara baik.

Ia bukan proses mahkamah. Tidak perlu hakim, tidak perlu wang dan tidak perlu junjung al-Quran. Saya cadangkan ketika keadaan begitu kelam kabut, ada yang kata mahkamah tidak boleh dipercayai, ada kata konspirasi, ada kata benar, ada kata rancangan jahat dan berbagai-bagai. Rakyat bertelingkah, keadaan seakan gawat, masa depan dipertaruhkan dalam isu yang sedemikian rupa. Sama saja, samada kes liwat atau Atantuya.

Umat Islam yang nampaknya akan bertelingkah dan berpecah belah sesama sendiri. Tuduh-menuduh berlaku, tohmah mentohmah terjadi dan serang menyerang peribadi kedengaran di sana sini. Bagi meredakah keadaan tersebut, saya mencadangkan mubahalah. Tujuannya, agar maruah tokoh-tokoh itu dapat dipertahankan.

Tiba-tiba ada pula yang marah. Hairan saya. Tidakkah itu dapat mengembalikan keyakinan awam dan menghapuskan fitnah yang merebak. Modalnya hanya dengan ungkapan: “Ya Allah jika saya lakukan hal tersebut (sebut kes) maka laknatilah saya”. Kemudian, kita yakin Allah tidak akan memungkiri balasan bagi kaedah yang telah dinyatakan olehNya dalam al-Quran.
Jika ada yang tidak mahu, tidak mengapalah. Itu hanya cadangan. Tiada paksaan dalam cadangan tersebut. Nabi s.a.w pun tidak memaksa Kristian Najran apabila mereka enggan bermubahalah dengan baginda. Hanya Allah yang mengetahui hakikat sesuatu perkara. Kepada Allah jua diserahkan segala urusan. Jika sudah ingin akur kepada mahkamah, maka marilah bertenang sehingga keputusan mahkamah keluar. Rakyat tidak perlulah diajak berbalah dalam hal ini.

Ada yang tuduh saya UMNO kerana mencadangkan hal ini. Demi Allah, saya tidak pernah isi borang parti berkenaan. Namun, saya tidak mampu saman penuduh berkenaan di mahkamah. Mereka yang mengenali saya tahu, saya seorang yang tidak banyak wang. Tetapi jika penuduh itu hendak bermubahalah, saya berani, kerana saya tidak pernah mengisi borang parti tersebut.
Ada pula yang meminta supaya bersumpah dengan nama Allah. Ada pula kata tidak perlu bersumpah. Perbahasan tentang menafikan keperluan bersumpah atau kewajaran bersumpah itu telah menelan masa rakyat yang berjam-jam. Padahal bersumpah itu tidak sampai pun setengah minit. Saya kata adanya perbezaan antara bersumpah untuk meyakinkan orang yang dilakukan di luar mahkamah dengan sumpah dalam mahkamah.

Jika sumpah itu merujuk kepada dalam mahkamah, orang yang dituduh tidak perlu bersumpah sehingga didatangkan bukti. Sebaliknya, orang yang menuduhlah yang perlu mendatangkan saksi atau bukti. Namun, sumpah di luar mahkamah berbeza. Ia soal meyakinkan pihak lain, bahawa cerita atau dakwaan tertentu itu tidak benar, atau kenyataan seseorang itu benar.
Ini seperti apabila isteri menuduh suami ada pasangan luar. Suami pula menafikan. Isteri pula berkata: “abang bersumpahlah dengan nama Allah”. Jika suami tidak lakukan perbuatan itu, maka tidak salah untuk dia bersumpah. Tiada nas yang kata suami salah kerana bersumpah sekalipun dia di pihak yang benar.

Justeru itu, Saidina ‘Uthman bin ‘Affan bersumpah dengan nama Allah ketika dia di kepung oleh pemberontak yang ingin membunuhnya. Kata Saidina ‘Uthman: “Demi Allah, aku tidak pernah berzina sama sekali semasa jahiliah, ataupun Islam. Tidak pernah aku ingin menukar agamaku sejak Allah memberi petunjuk kepadaku. Tidak pernah aku membunuh satu nyawa pun tanpa sebab yang benar. Mengapa mereka ingin membunuhku?” (Riwayat Abu Daud, al-Nasai, al-Tirmizi dan Ahmad).

Adakah ‘Uthman berdosa kerana bersumpah tidak pernah berzina sedangkan pihak yang ingin membunuhnya belum mendatangkan empat orang saksi. Tidak! Sumpah ‘Uthman bukan di mahkamah, tetapi sumpah mempertahankan diri. Namun, tiada paksaan dalam hal ini. Sesiapa yang ingin bersumpah dia boleh bersumpah. Sesiapa yang tidak ingin, dia tidak dipaksa bersumpah. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui sebab seseorang ingin bersumpah atau sebaliknya. KepadaNya kita kembalikan segala urusan. Dia Maha Adil, Dia mengetahui apa yang tidak kita ketahui.

Ada yang menyebut tidak boleh kita menuduh orang lain berliwat atau berzina melainkan adanya empat orang saksi. Saya kata, semua orang wajib setuju dalam perkara tersebut. Haram menuduh orang lain berzina atau berliwat tanpa empat orang saksi. Malangnya, politik kita dalam negara ini, sekali pun sebahagian besarnya muslim, tuduh-menuduh dalam perkara zina sudah menjadi biasa.

Pentas-pentas politik tidak pernah cermat menuduh orang itu dan ini dengan tuduhan skandal seks yang berbagai. Laman-laman internet seakan mempunyai logo halal yang cukup besar untuk menuduh sesiapa sahaja. Apakah hari ini baru kita sedar bahawa perkara ini haram? Atau ia haram untuk orang lain, tidak haram untuk kita?

Allah menyebut: (maksudnya): “Ketika kamu menerima berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan kamu pula menyangka ianya perkara kecil, pada hal di sisi Allah adalah perkara yang besar dosanya”. (Surah al-Nur ayat 15).

Kita semua patut bersihkan iklim politik kita sebagai masyarakat muslim daripada keceluparan yang seperti ini. Jika kita masih ingat, sehingga dalam negara kita seseorang boleh menuduh orang lain murtad atau ratusan ribu murtad sekalipun atas khabar angin dan tanpa bukti yang kukuh.

Cuma saya ingin membuat sedikit pembetulan, ada pula tokoh agama yang kata seseorang yang mendakwa dia menjadi mangsa rogol atau liwat wajib mendatangkan empat orang saksi, jika tidak dia disebat 80 rotan. Saya tidak ingin merujuk kepada kes yang sedang berlaku. Tetapi saya ingin mengkritik kefahaman terhadap masalah qazaf. Ada perbezaan antara menuduh orang lain dan seseorang yang mendakwa menjadi rogol.

Apakah jika seseorang wanita membuat aduan kepada mahkamah syariah bahawa dia dirogol maka mahkamah syariat akan menyatakan: awak mesti mendatangkan empat orang saksi, jika tidak awak disebat 80 rotan? Adakah di dunia ini empat orang saksi yang soleh sanggup membiarkan seorang wanita dirogol di hadapan mereka?

Beza menuduh orang lain berzina dengan mendakwa diri menjadi mangsa adalah soal maruah. Menuduh orang lain berzina mempunyai unsur menjatuhkan maruah orang lain. Sementara mendakwa diri menjadi mangsa adalah mempertaruhkan maruah diri sendiri. Bagaimana seseorang mampu mendiamkan diri apabila dia dimangsakan?

Maka, dalam kes kedua qarinah (bukti kaitan) boleh dipakai seperti yang disebut dalam Surah Yusuf: “Dan mereka berdua pun berkejaran ke pintu, serta perempuan itu mengoyakkan baju Yusuf dari belakang; lalu terserempaklah keduanya dengan suami perempuan itu di muka pintu. Tiba-tiba perempuan itu berkata (kepada suaminya): Tiada balasan bagi orang yang mahu membuat jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan dia atau dikenakan azab yang menyiksanya”.

Yusuf pula berkata: “Dialah yang menggoda diriku”. (Suaminya tercengang mendengarnya) dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi pendapatnya dengan berkata:”Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang yang berdusta. Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah daripada orang-orang yang benar. Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, dia berkata: “Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan; sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya” (Surah Yusuf: ayat 25-28). Lihat, Al-Quran menceritakan bagaimana qarinah digunakan dalam peristiwa ini.

Apapun, saya bersetuju dengan perjuangan membela rakyat bawahan yang terpinggir. Saya menentang penyalahgunaan kuasa, rasuah, pembaziran harta rakyat dan yang sewaktu dengannya. Lebih yang patut ditentang sebagai seorang muslim, jika negara diuruskan tanpa panduan wahyu ilahi. Islam bukan retorik atau slogan, tetapi isi dan perlaksanaan. Kita tidak patut berjuang untuk individu, tetapi untuk prinsip. Individu boleh datang dan pergi, tetapi prinsip tidak boleh ditukar ganti. Perjuangan kita bukan menukar nama pemerintah, tetapi prinsip dan akhlak pemerintah.

Matlamat tidak menghalalkan cara. Anda boleh memprotes harga minyak yang naik, tetapi tidak perlu melondeh seluar depan khalayak ramai untuk menunjukkan protes anda. Matlamat yang baik, mesti melalui cara yang diredhai Allah. Kuasa untuk menegak prinsip. Bukan korban prinsip kerana kuasa.

Nabi s.a.w menolak tawaran kuasa oleh pembesar Mekah, apabila terpaksa menggadaikan prinsip perjuangan. Biarlah perjuangan panjang dan lewat, asal ia bermatlamat. Sebab itu saya selalu mengulangi kata-kata tokoh umat yang besar, al-Syeikh Abu al-Hasan ‘Ali al-Nadwi yang pernah ditujukan kepada al-Ikhwan al-Muslimin.: “Wahai Ikhwan Muslimin yang mulia! Sasaran dakwah al-din dan tajdid Islami (pembaharuan Islam) itu bukanlah mudah. Bukanlah tujuan dan tumpuannya untuk menukar kerajaan semata.

Tidak jua untuk mengubah satu suasana politik kepada suasana politik yang lain. Tidak untuk menyebarkan pengetahuan dan ilmu, atau menghadapi buta huruf dan kejahilan, atau memerangi pengangguran, atau mengubati kecacatan masyarakat dan akhlak atau seumpamanya seperti yang diperjuangkan oleh para pejuang perubahan di Barat dan Timur.
Sebaliknya, ia adalah seruan Islam yang merangkumi akidah dan akhlak, amalan dan siasah, ibadah juga keperibadian diri dan masyarakat. Ia meliputi akal dan jiwa, ruh dan jasad. Ia bergantung kepada perubahan mendalam dalam hati dan jiwa, akidah dan akal…istimewanya dakwah dan kesungguhan para nabi ialah ketulusan mereka dari memikiran kepentingan kebendaan, hasil yang segera.

Mereka tidak mencari dengan dakwah dan jihad mereka melainkan keredhaan Allah. Melaksanakan perintahNya dan menunaikan risalahNya. Akal dan pemikiran mereka tulus dari amalan untuk dunia, mendapat kedudukan, menghasilkan kekuatan untuk keluarga dan pengikut, memperolehi kerajaan. Bahkan itu semua tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka. Adapun kerajaan yang tertegak untuk mereka pada waktu mereka dan kekuatan yang diperolehi pada masa itu hanyalah hadiah daripada Allah. Ia sebagai jalan untuk sampai kepada matlamat agama, melaksanakan hukum-hakamnya, mengubah masyarakat dan mengarahkan kehidupan…

Wahai tuan-tuan! Besarnya perbezaan antara matlamat yang dituju, dan natijah yang muncul. Perbezaan ini akan zahir dalam jiwa yang bekerja untuk itu. Maka, yang bertujuan mendapatkan kerajaan, akan hilang kesungguhan dan diam apabila tidak memperolehinya, atau hilang harapan mendapatkannya. Dia akan berhenti dari dakwah. Dia juga akan melampau jika berjaya..

Wajib kepada kita membersihkan akal dan jiwa kita, semata-mata untuk dakwah. Hanya dakwah, khidmat, pengorbanan, mengutamakan saudara muslim, mengeluarkan manusia –dengan izin Allah- dari segala kegelapan kepada cahaya (Islam), dari jahiliyah kepada Islam, dari kesempitan dunia kepada keluasannya. Dari kekejaman agama-agama yang sesat, sistem-sistem yang zalim, mazhab-mazhab yang tidak menentu, kepada keadilan Islam dan lembayungnya.
Faktor yang membawa kita kepada amal dan jihad hanyalah untuk menunaikan perintah Allah dan kemenangan pada Hari Akhirat. Juga kerana apa yang Allah sediakan untuk hamba-hambaNya dari ganjaran dan pahala. Kemudian, faktor lain ialah simpati kepada makhluk, kasihan kepada insan yang tersiksa, dan keinginan terhadap keselamatan manusia. Jika pada satu peringkat dakwah, atau pada satu masa –setelah prinsip-prinsip dakwah dan akidah kukuh dalam jiwa pendakwah- tujuan dakwah tidak dapat dicapai melainkan dengan mendapatkan kerajaan, kita akan berusaha untuk mendapatkannya.

Demi kemaslahatan dakwah. Dengan jiwa yang luhur dan bersih, benar dan amanat, kusyuk dan tulus, seperti kita bersungguh dalam tanggungjawab dan rukun agama, juga ibadah-ibadah yang lain. Tiada beza bagi seorang mukmin antara kerajaan dan ibadah yang lain, jika telah ikhlas dan betul niatnya. Kesemua itu dalam redha Allah, kesemuanya pada jalan Allah. Kesemuanya ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah. (al-Qaradawi, Al-Syeikh Abu al-Hasan al-Nadwi kama ‘araftu, m.s. 122-125, Damsyik: Dar al-Qalam).

Saya rasa, prinsip-prinsip perjuangan Islam ini perlu kembali diingati oleh sahabat-sabahat yang pernah bertekad untuk mendaulatkan syiar Allah dan RasulNya. Janganlah kerana terlalu banyak isu, lalu kita hilang halu tuju, sehingga kita lupa menyebut nama kita, matlamat perjuangan kita dan lebih utama keredhaan siapa yang kita cari?.

Saturday, July 19, 2008

Harapan bakal mahasiswa selalu terkubur? - ::satu perkongsian::

Minggu siswa tanpa haluan?

Pelajar Prihatin | Jul 17, 08 4:43pm

Saya kecewa apabila seminggu berada di sebuah kampus sekitar Lembah Klang baru-baru ini. Bergelar mahasiswa yang baru sahaja melangkah kaki ke alam kampus, saya mengimpikan satu suasana yang mampu membentuk individu yang berkualiti. 


Malangnya, sepanjang mengikuti Minggu Haluan Siswa, bukan itu yang saya perolehi tetapi sebaliknya. 

Saya berasa letih sepanjang minggu tersebut. Pengisian program dalam mingguitu teralu teruk sehigga melanggar fitrah dan naluri manusia itu sendiri. 

Setiap hari kami mahasiswa baru disuruh berlatih sorak, dari pagi sehinggalah lewat malam. Alasannya, untuk membina semangat berkumpulan dan kesatuan. 

Pembantu mahasiswa juga sangat mengecewakan. Kami mahasiswa baru sentiasa dibuli. Bayangkan kami di bangunkan sekitar awal jam 4 pagi bertujuan untuk berlatih sorak. 

Sekiranya ada di kalangan kami yang ingkar, dia akan dikenakan hukuman seperti tekan tubi, dan ketuk ketampi. 

Untuk makluman, di sebalik kecelaruan itu, ada juga usaha tawan-menawan sepanjang minggu tersebut. 

Risalah Kristian yang berunsur indoktrinasi tentang agama dan membuka peluang untuk menyertai kumpulan tersebut diedarkan di kolej kediaman saya. 

Sasaranya tidak mengenal siapa, sama ada yang beragama Islam ataupun tidak, matlamat mereka seolah-olah untuk menarik seramai mungkin pelajar baru untuk menyertai persatuan mereka.

Bagaimanapun, saya akui terdapat juga kebaikan di sepanjang minggu tersebut. Cuma kebaikannya sedikit berbanding kecelaruan dan masalah yang berlaku. 

Kecelaruan ini pada saya adalah yang terburuk pernah saya lalui. 

Alam kampus yang saya bayangkan menjanjikan suasana intelek rupa-rupanya indah khabar dari rupa.

Sehubungan itu, diharapkan kecelaruan ini perlulah diambil berat oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan pentadbiran universiti sendiri. 

Pembentukan modal insan yang berkualiti perlulah diutamakan daripada budaya hedonisme yang melalaikan. 

Mudah-mudahan pisang tidak berbuah sekali lagi.

Sumber : Malaysiakini.com

Wednesday, July 16, 2008

::DEKADENSI ZOUQ JIHAD KAMPUS:: Sajak Motivasi.

Menelusuri entri blog kak Nur Aisyah Zainordin, anak mata saya tertangkap pada bait-bait untaian kata dalam sajak yang dikongsi beliau. Suka saya kongsi di sini apa yang menyentuh jiwa saya. Semoga dapat kita bersama rasakannya..
Sajak ini menceritakan kolaborasi dakwah dalam study kita. Sesuai untuk para pejuang kampus, khasnya di bumi 'Taman Ilmu Dan Budi' ini... Saya tak tau apa tajuk sebenar sajak ini. So sementara ni, saya guna tajuk yang saya reka jer.. (^,^)


NASIHAT PADA KELUHAN HATI

Lia, jomlah pergi usrah
Lia, jomlah berdakwah
Lia, ummah semakin koyak
Lia, jomlah kita bangkit mengubah segalanya
Aku tidak mahu
Aku kena study
Markah semester lepas dah cukup teruk
Gara-gara dakwah, tarbiah dan program
Aku menyesal megikuti semua itu
Bosan!!

Dakwah bukan je plainly cerita rububiyah ketuhanan,tapi banyak lagi skopnya
Bukan ke islam tu syumul
Kalau nak berjaya, kena study
Waktu study, studylah
Esok kalau dah berjaya
Aku buatlah kerja dakwah tu
Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal dalam pelajaranku
Kan nanti aku menutup mata orang lain terhadap Islam
Lia, dakwah dan pelajaran bukan macam jongkang jongkit
Jongkang jongkit?
Apa kau merepek ni?

Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam jongkang jongkit
Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah
Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah
Tu bukan dakwah namanya
Dan tu bukan belajar namanya

Habis tu?
Hmm, dakwah dan pelajaran kena berkadar terus
Tak boleh inversely proportional
Apa maksud kau?

Orang yang melakukan kerja dakwah dengan ikhlas akan menemukan Allah dalam pelajarannya
Aku tidak faham
Tak pe, aku terangkan
Macam gini, bila dah berdakwah tu
Rasa senang je nak study
Bila belajar tentang jantung misalnya
Boleh bayangkan betapa hebatnya Allah ciptakan jantung
Bila belajar tentang algebra, terasa kerdilnya diri
Bila belajar tentang Hukum Boyle, terasa akrab dengan Pencipta

Kenapa?

Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum tersebut adalah hukum Allah
Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah
Rasa senang hati nak terima ilmu
Kalau orang lain study 1 jam
Dia hanya perlu study 10 minit sahaja

Sebab apa?

Sebab ada keberkatan masa dalam studynya itu
Aku tak pernah rasa semua itu

Lain tu, selama ni kau nak cakap yang aku ikut program tarbiah dan dakwah tu tak ikhlas?
Tak, itu bukan maksud aku
Cuma kena checklah sikit hati tu
Waktu buat kerja dakwah tu, ada tak berlaku tarik tali dengan Allah
Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?
Ok, aku berikan contoh
Misalnya waktu buat kerja dakwah tu,
Terdetik tak kat hati , banyak lagi yang tidak habis belajar
Terdetik tak kat hati, assignment banyak lagi
Itulah maksudnya tarik tali dengan Allah
Ada keraguan dalam hati
Seolah-olah tidak yakin dengan janji Allah
Siapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongnya
Kita melakukan jual beli dengan Allah, tapi kita tidak bayar lagi
Kita berdoa, tapi tak de kesungguhan dalam doa kita
Kita berdakwah, tapi hati kita tiada dengan Allah

Lia dah faham
Lia kena banyak muhasabah
Lia dah study dari tadi, tapi tak masuk-masuk
Lia tahu itu maksudnya peringatan dari Allah
Lia yang tahu hukum berdakwah tidak mengerjakan kerja tersebut
Lia, sahabatku,
Seorang ibu pernah mengatakan
Aku ingin dakwah terlihat dalam setiap perbuatanku
Setiap kali aku bergaul dengan jiranku, aku ingin mereka merasakan kemanisan iman dan Islam
Setiap kali jiranku melihat kebahagian rumahtanggaku, aku ingin mereka merasakan keindahan Islam

Lia, itulah yang inginku kubentuk dalam diriku
Aku ingin setiap perbuatanku menjadi manifestasi dakwah itu sendiri
Pelajaranku, hubunganku dengan keluarga dan sahabat, segalanya adalah dakwah
Moga kita bersama dalam usaha merealisasikannya
Lia, aku ingin berkongsi dua kisah,
Pertama, mengenai kisah Assyahid Imam Hassan AlBanna
Dan kedua kisah sahabatku di Indonesia
Moga kedua-dua kisah ini dapat kita renungkan bersama
Menjadi motivasi buat kita untuk terus berada dalam mandala ini.
Lia, kau pastinya arif mengenai Assyahid Imam Hassan AlBanna. Dakwahnya menyinari hati umat manusia di saat itu. Dia berdakwah sehingga ke kawasan perkampungan di gunung-gunung yang tinggi. Semua manusia mengenalinya. Tanyakan sahaja di jalanan di saat itu, kenalkah kamu dengan Assyahid Imam Hassan AlBanna.....
(bersambung)




Ana tak tau sajak ni habis sampai mana. Ana akan cuba cari sambungannya... kalau kak Nur Aisyah Zainordin terbaca entri blog saya ni, mintak komen yer. Kalau akak tak kisah, boleh tolong email sajak penuh kat saya di akhi.khaza@yahoo.com untuk dikongsi bersama sahabat2 lain..
Berkhidmat demi agama.

::DAKWAH ISLAMIYYAH:: Satu Kefahaman... .:Chapter 1:.

Kalau kita perhatikan lebih jauh, dakwah Islam hari ini memiliki beberapa permasalahan yang tidak dapat kita ingkari. Yang sangat nyata adalah masalah perselisihan di antara kelompok-kelompok dakwah. Seandainya permasalahan ini dibiarkan berlarut-larut maka akan merugilah ummat Islam.

Bila kita telusuri lebih jauh, bebarapa pertanyaan mungkin akan muncul: adakah jalan yang jelas ke arah mencapai tujuan? Apakah dakwah Islamiyah ini akan mampu bertahan dan menghadapi berbagai tantangan dan penyelewengan yang telah dan akan terjadi?

APA TITIK TOLAK DAKWAH?

Kita memulai dengan menanyakan satu pertanyaan yang amat mendasar: Apakah titik tolak dakwah itu? Seringkali kelalaian kita di dalam meresapkan arti titik tolak dakwah ke dalam hati membawa kebinasaan terhadap dakwah.
Banyak kejadian dimana kefahaman terhadap titik awal dakwah telah pupus menyebabkan pupusnya pula makna dakwah. Dan ini sering memberikan kesan negatif kepada du'at maupun
dakwah itu sendiri.

Dakwah seharusnya bermula pada jalan DAKWAH para NABI a.s. Mereka menyeru manusia kepada subul-as-Salam (jalan kebahagiaan), menunjukkan manusia kepada jalan yang lurus (sirat-al-Mustaqim), sehingga manusia menerima seruan Allah dan
Rasul-Nya. Dakwah Islamiyah berawal dari hati yang sadar bahwa inilah jalan kita, yaitu untuk menyeru manusia kepada Allah sehingga mereka mengikuti jejak langkah Rasulullah SAW. Yang menjadi pemisah antara dakwah Islamiyah dengan jalan lain adalah petunjuk Allah yang disampaikan melalui wahyu dan jalan (contoh) yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.
Musuh kita yang sebenarnya adalah syaithan dan konco-konconya yang menjelma melalui al-hawa' (hawa nafsu) yang ada di dalam diri kita serta yang lebih nyata lagi adalah dalam bentuk jahiliyah yang zahir. Jahiliyah yang sekecil-kecilnya dari dosa-dosa yang berupa keingkaran hingga kepada al-kabair (dosa-dosa besar), bid'ah-bid'ah yang menyesatkan, nifaq (kemunafikan), serta kekufuran kepada Allah. Jahiliyah inilah yang seterusnya lahir dan menjelma di dalam bentuk keingkaran kepada Allah baik di dalam
bentuk undang-undang, negara, masyarakat, dan segala bentuk sistem yang bukan
berasaskan Islam.
Dakwah bukanlah semata-mata penentangan terhadap satu golongan, atau parti,
ataupun individu,
dsb. Namun merupakan pertarungan yang telah lama ada, yaitu
semenjak penciptaan Adam a.s. dan keengganan Iblis untuk mematuhi perintah Allah agar sujud kepada Adam.
Pertarungan di dalam dakwah adalah ertarungan antara yang haq dengan yang bathil. Inilah pertarungan para Anbiya a.s. semenjak nabi Adam hingga Rasulullah saw.
Inilah dia hakikat dawah yang perlu kita dukung.

Monday, July 14, 2008

:: Becoming Your Best Friend ::

Seorang sahabat adalah jiwa yang sama dalam dua badan yang berbeza.
Maka peribadi yang menjadi sahabat bagi dirinya sendiri adalah sahabat yang terbaik

*seorang sahabat tidak memiliki kepentingan lain dari kita kecuali membantu kita menjadi peribadi yang bahagia dengan pilihan-pilihan baik kita*

::ISLAMI YA QUDS::

Ada sahabat yang mintak ana post lirik lagu jihad ni.. Selamat bermuhasabah yer..

Islami Ya Quds
Artist : Shoutul Harokah


Islami ya qudsu inna lil fida'
Zi yadii in maaddatid-dunya yada
Abadan kan taskiini abada
Innai arju ma'a yaumi ghada
Islami ya qudsu inna lil fida'
Zi yadii in maaddatid-dunya yada
Abadan kan taskiini abada
Innai arju ma'a yaumi ghada
Huwa ma'ie qalbi wa azmi lil-jihad

La amiilu la amallu la aliin
Huwa ma'ie qalbi wa azmi lil-jihad
La amiilu la amallu la aliin
Laki ya...qudsu salaama wa salaaman ya bilaadiiIn rama...baghyus-sihaama
Attaqiiha bi fuaadii
Waslami fii kulli hiin (x2)
Muslimun ana banaani man bana
Masjidal aqsal-lazi ayantana
Waqfatus-sokhrati fiima bainana
Bi wuquufid-dahri waqfati ana
Muslimun ana banaani man bana
Masjidal aqsal-lazi ayantana
Waqfatus-sokhrati fiima bainana
Bi wuquufid-dahri waqfati ana
Lilkifaahi wal jihadi lil bilad
La amiilu la amallu la alin
Lilkifaahi wal jihadi lil bilad
La amiilu la amallu la alin
Laki ya...qudsu salaama wa salaaman ya bilaadiiIn rama...baghyus-sihaama
Attaqiiha bi fuaadiiWaslami fii kulli hiin (x2)
Islami ya qudsu inna lil fida'
Zi yadii in maaddatid-dunya yada
Abadan kan taskiini abada
Innai arju ma'a yaumi ghada
Huwa ma'ie qalbi wa azmi lil-jihad
La amiilu la amallu la aliin
Huwa ma'ie qalbi wa azmi lil-jihad
La amiilu la amallu la aliin
Lil ulaa abna'al-qudsi lil ulaa
Wa bi qudsi syarri fil-mustaqbala
Wa fidalli qudsi lid-dunya falaa
Ado'ul islami lillah awwala
Lil ulaa abna'al-qudsi lil ulaa
Wa bi qudsi syarri fil-mustaqbala
Wa fidalli qudsi lid-dunya falaa
Ado'ul islami lillah awwala
Jaanibal aisaaru qalbuhul fu'aad
Wa bilaadi hiya bi janbil-yamin
Jaanibal aisaaru qalbuhul fu'aad
Wa bilaadi hiya bi janbil-yamin
Laki ya...qudsu salaama wa salaaman ya bilaadiiIn rama...baghyus-sihaama
Attaqiiha bi fuaadiiWaslami fii kulli hiin (x2)

::SAMPAINYA HATI INI MEMARAHI MAKHLUK CIPTAANNYA:: Satu peringatan diri.....


Dah lebih 20 tahun saya hidup didunia ini. Pengalaman merupakan aset penting bagi manusia. Semalam, bila saya cuba merungkai pengalaman diri, memori mula mengusik kepada sahabat2 lama dan sahabat2 baik yang banyak membina diri saya. Sejarah keseronokan, kegembiraan, pengalaman manis dan banyak lagi yang dilalui bersama sahabat2, adalah harta yang tak mampu dibeli. Namun, sudah sunnah alam, seringkali dalam persahabatan, akan ada perselisihan faham, ketidaksamaan pendapat dan idea yang berlainan.
Kesannya, akan timbul ketidaksefahaman, dingin hati atau rasa cuba menjauhkan diri perlahan-lahan. Masalah begini ada jalan penyelesaiannya.Kuncinya ialah sikap pemaaf. Senang cakap, mengalah la.

Andai kedua-duanya panas baran, ego dan sentiasa mahu menang, persahabatan yang terbina akan bertukar menjadi permusuhan tegar lalu membawa kepada perang dingin berpanjangan. Tidak semua orang boleh mendidik hati mereka supaya jadi pemaaf dan terbuka. Ramai manusia egois yang mahukan orang lain yang minta maaf dulu dengan mereka.

Dah menjadi sikap manusia, mereka mahu di hargai, mahu dihormati. Bila perselisihan timbul, mereka payah nak meminta maaf dan memaafi.

Bagaimana dengan anda? Adakah anda juga susah untuk memaafkan kesalahan orang lain? Jika begitu, anda tergolong dalam kalangan orang yang kurang bermotivasi, anda akan rasa susah nak jadi bersemangat sebab di hati anda penuh dengan noda hitam dari fikiran-fikiran negatif.

Benci, meluat dan dendam tu adalah fikiran negatif sebenarnya. Qudwatul hasanah kita, Rasulullah s.a.w. merupakan ikon terbaik untuk dicontohi. Baginda merupakan seorang yang pemaaf, walaupun baginda pernah luka di lempar batu dan najis oleh penduduk2 Thaif sehingga mengalir darah dari tubuh suci baginda, namun sifat dan akhlaq Al-Quran sentiasa diperaktikkan.

Saya sedar kita bukan setabah Rasulullah s.a.w, namun kita boleh membina sikap pemaaf, penyabar dengan mencontohi sikap Baginda. Tiada mustahilnya! Latih diri anda menjadi pemaaf, kerana ia dapat membuang fikiran-fikiran negatif yang bersarang di hati. Kesannya, anda akan mudah di dekati oleh sesiapa saja. Ini lah antara magnet diri yang tak mustahil untuk dilatih. Sesiapa saja akan melihat anda unik lalu tertarik untuk mengenali anda dengan lebih lanjut lagi. Dalam perhubungan, ia akan membuat rakan anda menyenangi anda dan bersemangat bila bersama anda.

Nasihat saya, hargailah kawan, kerana tanpa sokongan darinya, anda keseorangan dan kesannya hanya akan menghanyutkan diri anda jauh dari kejayaan. Lets be a good friend. Bersama kita membina kehidupan yang terbaik!





"dan jika kamu di goda oleh syaitan, maka berlindunglah dengan ALLAH, sesungguhnya ALLAH Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"

Saturday, July 12, 2008

::MOTIVASI HATIKU YANG BARAN:: 1 analogi... (^,^) huhu....

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w
" Wasiatkan kepadaku. "
Sabda Baginda, " Jangan marah. "
Kemudian beliau berulang kali bertanya.
Sabda Baginda, " Jangan Marah "
KISAH MOTIVASI DIRI INI

Tiap-tiap hari, sebelum masuk tidur, saya selalu berasa menyesal dengan hari-hari yang telah berlalu (Ni kira macam muhasabah le gak)...
Saya akui memang setiap manusia mengandungi ego yang kebiasaannya dizahirkan oleh emosi. Marah. Nabi kita juga pernah berasa marah, tapi marah baginda terkawal, dikawal oleh minda dan ruh Al-Quran. Namun apatah lagi diri ini yang penuh dosa noda, tak terbanding dengan pejuang yang lain. Perbezaan yang drastik dan bombastik. Diarus oleh metafora alam. Dunia tak pernah menipu, cuma manusia seperti aku yang mudah tertipu. Kenapa ye??? Saya blur bila nak bercerita berkenaan sifat marah. Tak tau le kenapa. Tapi saya cuba kongsi mana yang mampu.. Kepada sahabat-sahabat yang pernah mengenali diri ini, saya minta maaf kalau pernah sakiti hati antum semua. Mari lah kita sama-sama menjadi yang terbaik. Semakin hari, semakin baik (^,^).. Teringat kata-kata Kak Fidah, "TERBAIK!!!" ........(Ya Allah...Kurniakan lah aku Ar-ruhul Jadid....)


ANALOGI MARAH MANUSIA

Terkenang kisah sahabat saya bernama Mohd Haris b. Hairun Paezi. Cerita motivasi beliau terkesan dihati ini setiap kali saya rasa marah. Ceritanya ringkas sahaja;

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.


Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.

Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepadabapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata

"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, walau berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada."


Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahanya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan ( ingatlah ), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.
( Al-Imran ayat 134 )




P/s: Di sini saya sertakan cadangan bahan bacaan untuk sahabat-sahabat yang pemarah (sekadar cadangan) :

Menangani Sifat Marah
Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah
Harga Pasaran:
Kaset : RM 11.50
CD : RM 16.50
Secara ringkasnya, buku ini menyajikan:
1- Senario mudah marah dalam masyarakat
2- Punca menjadi marah
3- Jenis-jenis marah dalam diri manusia
4- Kesan-kesan marah terhadap manusia
5- Reaksi terhadap perasaan marah
6- Doa-doa untuk mengawal perasaan marah



P/s: Bagi sahabat-sahabat yang 'terpaksa' berhadapan dengan orang yang pemarah dan pelik2 ni leh la cuba baca:


Menangani Orang Yang Bermasalah
Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah
Harga Pasaran:
Kaset : RM 11.50
CD : RM 16.50
Buku ini berkisarkan teknik-taknik bagaimana menangani orang yang pemarah? Pak turut?Pendendam? Dan beberapa karektor lain? Setiap orang mempunyai kelebihan dan ada yang 'soft spot' nya. Dapatkan petua menangani masalah anda dan sikap yang perlu ada pada anda sebagai seorang kaunselor mereka.

:: KEMONDOKAN MAHASISWA….? # ILMU ::

Sambungan dari entri KEMONDOKAN MAHASISWA…Season 1..





ILMU VS MATLAMAT HIDUP PULAK?

……… Saya mula sedar akan hakikat bahawa, dalam usaha untuk mencapai matlamat hidup,ilmu adalah penting. Tanpa ilmu, maka usaha yang dilakukan mungkin tidak akan dapat dicapai spt yang dirancang (atau sia2 shj…).

Tapi saya pelik, ada sahabat2 saya yang menyatakan bahawa ada kemungkinan untuk berjaya mencapai matlamat hidup tanpa ilmu. Ada juga sahabat2 saya yang yakin bahawa jangkamasa untuk mencapai matlamat akan dapat diminimakan dengan kewujudan ilmu. Kedua2 pendapat ini ada pro n con serta bukti dalam sejarah kehidupan umat.
Namun kita kena sedar, bidang ilmu adalah terlalu luas. Cara menuntut ilmu juga adalah berbeza antara 1 sama lain. Ada yang memerlukan kemahiran menghafal. Dan ada yang memerlukan latihan berterusan dan sebagainya.

NAK ILMU MESTI KENA BELAJAR KE EK?

Of course! Ilmu idak akan dapat diperolehi dengan mudah tanpa belajar (idak termasuk ilmu ‘ladunni’). We need to struggle to gain knowledge. Memang tidak dinafikan kewujudan fakta ‘study smart’, namun we stil need to ‘study hard’. Kita perlu menjaga adab2 menuntut ilmu. Sejarah pemimpin2 dan Imam2 terdahulu banyak mengajar kita. Belajar sambil lewa akan menyebabkan kurang kesempurnaan pada ilmu yang diperoleh.

RENUNGAN KEWUJUDAN DIRI ...YANG MANA 1 KITA…?

Khalil Bin Ahmad menyatakan bahawa, darjat dan kualiti manusia terbahagi kepada 4 bahagian:

PERTAMA: Manusia yang tahu dan dia tahu bahawa dia tahu. (Yang demikian ialah manusia yang berilmu, yang boleh dijadikan pemimpin..)
KEDUA: Manusia yang tahu tapi dia tidak tahu bahawa dia tahu. (manusia spt ini sedang tertidur dan perlu dibangunkan..)
KETIGA: Manusia yang tidak tahu dan dia tahu bahawa dia tidak tahu. (Manusia spt ini perlu dibimbing supaya jadi cergas..)
KEEMPAT: Manusia yang tidak tahu dan dia tidak tahu bahawa dia tidak tahu. (Manusia yang demikian harus dijauhi)


Belajar lah. Jangan jadikan diri anda bagai 'si keldai'. Buka minda kenali diri. Jangan jadi gajah yang besar, masuk dalam kotak yang sempit...

:: KEMONDOKAN MAHASISWA…..? # CAKNA ::

Semasa berada dalam tingkatan 5, saya menganggap semua pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti akan mempunyai pengetahuan yang hebat dan mampu menjawab apa shj persoalan yang ditimbulkan masyarakat.

Naïf kan pemikiran spt itu? Kenapa naïf? Kerana bila diri ini berada dalam situasi sebenar (hakikat), baru saya sedar, (pada pendapat saya..) Universiti hari ini tak lebih dari mesin cetak, pembunuh dan kandang ternakan kepada remaja. Kenapa saya cakap spt itu?? Ya betul! Anda sendiri lebih tahu berkenaan ini.

Universiti sbg mesin cetak kerana ramai graduan yang dihasilkan oleh banyak university, namun kuantiti yang dihasilkan tidak melambangkan kualiti.

Hasilnya cuma penganggur2 dan ‘si keldai’. Bakat dan fungsi pelajar2 di’bunuh’ terang-terangan. Kemudian pihak bertanggungjawab memomokkan masyarakat dengan kepupusan modal insan dan golongan minda kelas pertama.Masalah social yang rutin. Remaja dikatakan keliru dengan pencarian identiti. Tidak dinafikan juga subjek di Universiti terlalu dikongkong oleh criteria dan kehendak kerjaya semasa...


Ramai peajar keliru, apa yang dimaksudkan dgn ilmu pengetahuan dan bagaimana untuk mendapatkannya???

Orang yang tahu adalah berbeza sangat2 dari orang yang tak tahu…

Friday, July 11, 2008

:: Jiwaku Memanggilku :: Sahabat!

Jiwaku berkata padaku dan menasehatiku
agar mencintai semua orang yangmembenciku,
dan berteman dengan mereka yang memfitnahku.

Jiwaku berkata padaku dan mengungkapkan kepadaku
bahwa cinta itu tidak hanya menghargai orang yang mencintai,
tetapi juga orang yang dicintai.

Sejak itu bagiku cinta ibarat sarang labah-labah diantara dua bunga,
dekat satu sama lain;
menjadi lingkaran cahaya tanpa awal dan tanpa akhir,
melingkari apa yang telah lahir
dan memupuk selamanya untuk merengkuh yang akan hadir.

Jiwaku menasihatiku dan mengajariku
agar melihat kecantikan yang ada disebalik bentuk dan warna.
Jiwaku memintaku untuk menatap semua yang buruk dengan tabah sampai nampaklah keelokannya.

Jiwaku menasihatiku dan menegurku
agar menghargai waktu dengan mengatakan "ada hari kemarin dan ada hari esok".

Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Dan saling nasihat menasihati dalam kebenaran
Dan nasihat menasihati dalam kesabaran.

Jiwaku menasihatiku dan memintaku
Agar tidak merasa mulia karena pujian
Dan agar tidak disusahkan oleh ketakutan karana cacian.

Sampai hari ini aku ragu akan harga pekerjaanku;
Tapi sekarang aku belajar:
Bahwa pohon berbunga di musim semi,
dan berbuah di musim panas
dan menggugurkan daun-daunnya di musim gugur untuk menjadi benar-benar telanjangdi musim dingin?
Tanpa merasa mulia dan tanpa ketakutan atau malu.

Jiwaku menasihatiku dan meyakinkanku
Bahwa aku tak tinggi dari langit namun tak rendah dari bumi.
Sebelumnya aku melihat manusia ada dua:
Satu: Seorang yang lemah yang kucaci dan kukasihani
Dua: Seorang yang kuat yang kuikuti, maupun yang kulawan dengan pemberontakan.

Tapi sekarang aku tahu bahwa aku bahkan dibentuk oleh tanah yang sama darimana semua manusia diciptakan.

Jiwaku menasehatiku dan mengingatkanku:
Bahwa aku adalah debu dimata Allah
Bahwa aku adalah lemah dimataNYA
Bahwa aku miskin dibanding kerajaan NYA
Tiada aku boleh merasa besar kecuali oleh NYA
Kesombongan itu hanya milikNYA
Dan semua yang berlangsung adalah iradatNYA
Tapi pernahkan kita sungguh-sungguh memikirkannya?

Fitnah yang terjadi bagai ular-ular tukang sihir Fir'aun
menyebar di kota dan didesa-desa?
Tercerai kita olehnyaTanpa kita sedar,
Tanpa kita kuasa
Terpukau kita oleh retorika tanpa makna
meng'kotak' kita dalam kebodohan yang terencana

Jiwaku menasehatiku, saudaraku, dan menerangiku.
Dan seringkali jiwamu menasehati dan menerangimu.
Karena engkau sama seperti diriku,
dan tiada beza diantara kita

Kujaga apa yang kukatakan dalam diriku ini dalam kata-kata yang kudengar dalam heningku.
Dan engkau sahabatku jagalah apa yang ada dalam dirimu,
dan engkau adalah penjaga yang sama baiknya seperti kata sajak ini.
Wahai sahabatku semoga sisa hidupmu menjadi hidup yang penuh arti dan bermanfaat
dan pintu hatimu terbuka untuk menerima cahayaNYA... Amin...

::CREATIONS REVIEW:: THE BENEFITS OF EATING BANANAS


"And the companions of the right hand; how happy are the companions of the right hand! Amid thornless lote-trees, And banana-trees (with fruits), one above another. And extended shade, And water flowing constantly, And abundant fruit.." [Surah al-Waq'iah; 56: 27-32]

Containing three natural sugars - sucrose, fructose and glucose - combined with fiber, a banana gives an instant, sustained and substantial boost of energy.

Research has proved that just two bananas provide enough energy for a strenuous 90-minute workout. No wonder the banana is the number one fruit with the world's leading athletes. But energy isn't the only way a banana can help us keep fit. It can also help overcome or prevent a substantial number of illnesses and conditions making it a must to add to your daily diet.


Anemia
High in iron, bananas can stimulate the production of hemoglobin in the blood and so helps in cases of anemia.

Blood Pressure
This unique tropical fruit is extremely high in potassium yet low in salt making it the perfect to beat blood pressure. So much so, the US Food and Drug Administration has just allowed the banana industry to make official claims for the fruit's ability to reduce the risk of blood pressure and stroke.

Brain Power
200 students at a Twickenham (Middlesex) school were helped through their exams this year by eating bananas at breakfast, break and lunch in a bid to boost their brain power. Research has shown that the potassium-packed fruit can assist learning by making pupils more alert.

Constipation
High in fibre, including bananas in the diet can help restore normal bowel action, helping to overcome the problem without resorting to laxatives.

Depression
According to a recent survey undertaken by MIND amongst people suffering from depression, many felt much better after eating a banana. This is because bananas contain trypotophan, a type of protein that the body converts into serotonin known to make you relax, improve your mood and generally make you feel happier.

Lethargy
One of the quickest ways of curing lethargy and fatigue is to make a banana milkshake, sweetened with honey.
The banana calms the stomach and, with the help of the honey, builds up depleted blood sugar levels, while the milk soothes and re-hydrates your system.

Heart-burn
Bananas have a natural antacid effect in the body so if you suffer from heart-burn, try eating a banana for soothing relief.

Morning Sickness
Snacking on bananas between meals helps to keep blood sugar levels up and avoid morning sickness.

Mosquito bites
Before reaching for the insect bite cream, try rubbing the affected area with the inside of a banana skin. Many people find it amazingly successful at reducing swelling and irritation.

Nerves
Bananas are high in B vitamins that help calm the nervous system.

Weight Control
Overweight and at work? Studies at the Institute of Psychology in Austria found pressure at work leads to gorging on comfort food like chocolate and crisps. Looking at 5,000 hospital patients, researchers found the most obese were more likely to be in high-pressure jobs.
The report concluded that, to avoid panic-induced food cravings, we need to control our blood sugar levels by snacking on high carbohydrate foods every two hours to keep levels steady.

PMS
Forget the pills - eat a banana. The vitamin B6 it contains regulates blood glucose levels, which can affect your mood.

Ulcers
The banana is used as the dietary food against intestinal disorders because of its soft texture and smoothness. It is the only raw fruit that can be eaten without distress in over-chroniculcer cases. It also neutralizes over-acidity and reduces irritation by coating the lining of the stomach.

Temperature control
Many other cultures see bananas as a 'cooling' fruit that can lower both the physical and emotional temperature of expectant mothers. In Thailand, for example, pregnant women eat bananas to ensure their baby is born with a cool temperature.

Seasonal Affective Disorder (SAD)
Bananas can help SAD sufferers because they contain the natural mood enhancer, trypotophan.

Smoking
Bananas can also help people trying to give up smoking. The B6, B12 they contain, as well as the potassium and magnesium found in them, help the body recover from the effects of nicotine withdrawal.

Stress
Potassium is a vital mineral, which helps normalize the heartbeat, sends oxygen to the brain and regulates your body's water-balance. When we are stressed, our metabolic rate rises, there by reducing our potassium levels. These can be re-balanced with the help of a high-potassium banana snack.

Strokes
According to research in 'The New England Journal of Medicine' eating bananas as part of a regular diet can cut the risk of death by strokes by as much as 40%!

Warts
Those keen on natural alternatives swear that, if you want to kill off a wart, take a piece of banana skin and place it on the wart,with the yellow side out. Carefully hold the skin in place with a plaster or surgical tape!

So you see a banana really is a natural remedy for many ills. When you compare it to an apple, it has four times the protein, twice the carbohydrate, three times the phosphorus, five times the vitamin A and iron, and twice the other vitamins and minerals. It is also rich in potassium and is one of the best value foods around.

Thursday, July 10, 2008

::KEMPEN MEMBACA YANG GAGAL…HOW TO TRANS JARGON TO COMMON ::TECHNIQUES BY KHAZA

Semalam saya sempat berjumpa dengan seorang senior sekolah yang sudah graduated. Dia sempat mengadu masalah dan pengalamannya semasa belajar. Semoga ia menjadi pengajaran pada saya dan kita semua…

"……Abang tak minat membaca. Ini merupakan antara punca abg segan nak bergaul dengan kwn2 di university yang kebanyakannya lantang bersuara semasa berada dalam ‘kandang’ Universiti "
(p/s: sedar tak, ini antara punca pelajar salah pilih kawan. Dia takut berkawan dengan orang hebat, sebaliknya lebih selesa memilih kawan yang hidup dalam ‘Lala Land’.)

"…. Abang pernah cuba pupuk minat untuk membaca namun tak pernah berjaya . Sekarang ni, abang rasa takut untuk berhadapan dengan sebarang pekerjaan yang memerlukan kemahiran ni.."

Selepas berfikir sejenak, sambil mengacau kopi Radix yang dibancuh, saya menjawab,

"Bagus kalau abang ada memiliki rasa dan takut untuk menghadapi alam pekerjaan disebabkan ilmu yang kurang akibat kurang membaca..." Saya teguk kopi sedikit sebelum meneruskan perbualan.

"Abang jangan risau. Setiap masalah mesti ada jalan keluar. Masih belum terlambat.." (sila refer entri saya berkaitan penyelesaian menghadapi masalah….)

Bila kita tidak yakin dengan diri sendiri ,ianya akan menimbulkan masalah lain, malah anda sukar untuk berkomunikasi dengan orang sekitar disebabkan kelemahan tersebut. Anda tahu apabila tamat dari pengajian, anda akan jadi seorang pengacara, wartawan atau pegawai perhubungan awam. Jika dilihat daripada bidang pekerjaan, ianya menjerumus kepada memerlukan seseorang itu luas pengetahuan.

Masalah yang dihadapi kini ialah kurang minat membaca. Minat membaca boleh dipupuk. Tanya pada diri hendak atau tidak. Kita perlu paksa minat kita (minat ni kita boleh paksa). Bagaimana nak melaksanakannya?

Disini ada beberapa tips yang blh saya kongsi dengan anda semua…:

1. Tentukan matlamat anda tentang ilmu apa yang ingin dimiliki. Jangan terlalu melihat pada satu2 bahan bacaan shj.
2. Mula memaksa diri membeli bahan bacaan sama ada surat khabar, majalah ringan, novel dan buku pengetahuan (Janagan kedekut untuk membeli bahan bacaan)
3. Jangan terlalu memilih untuk membaca pada bahan yang kita gemari shj.
4. Uruskan masa, tetapkan dalam 1 hari, berapa banyak masa diperuntukan untuk membaca.
5. Dekatkan diri anda dengan library dan’ jinakkan’ diri dengan buku didalamnya.
6. Ulang setiap langkah ini sehingga ianya menjadi sbg budaya hidup anda (proses membudayakan minat).

"Macam payah je nak buat semua tu dik…" balas senior.

Sambil meneruskan kunyahan biskut terakhir, saya membalas, "Abang, setiap perkara yang baik memang dirasa sukar untuk dilakukan pada permulaan. Bila kejanggalan menjadi kebiasaan, semuanya akan menjadi mudah…."

Wednesday, July 9, 2008

::KUASA MINDA KHAZA:: Mustahil!!!!








Ek?Minda kita ada kuasa?

Saya tertarik dengan entri abuafham.blogspot.com berkenaan "The Power Of Imagination". Saya teringat kata2 penulis hafizbad.blogspot.com pada saya, "kita perlu fikir kita tak letih,maka kita akan cergas dan ceria sentiasa".."kita kena fikir kita mampu lakukan apa saja".. kata2 ni diberi ketika saya meminta beliau berkongsi rahsia kekal ceria..

Sahabat saya Shueqry pernah menyatakan, minda kita akan menurut apa saja yang kita masukkan ke dalamnya melalui fikiran kita. Dalam usaha memburu kejayaan dalam pelajaran, kerjaya dan perniagaan, ilmu teknikal masih tak mencukupi.Tetapi, ia perlu di sertakan dengan ilmu kejayaan. Maksud saya, di samping anda mendalami bidang anda sekarang, anda mesti tahu cara memanfaatkan minda dan cara bagaimana membangunkan kuasa terpendam di dalam diri anda.

Analoginya cukup mudah, kita sering tertarik pada kepantasan kereta F1, sebuah motor Ducati yang perkasa dan kegagahan jet pejuang F22 yang meluncur laju di udara, ketiga-tiga kenderaan (invensi) yang hebat ni perlu dipandu, dikawal dan di selenggara secara profesional agar ia dapat mencapai jarak yang lebih jauh, lebih laju, lebih hebat, lebih berjaya, lebih cemerlang.

Minda kita begitu juga. Minda ibarat kenderaan berteknologi tinggi. Akal fikiran yang akan memandunya. Minda merupakan anugerah dan kurniaan Yang Maha Esa. Kuasanya sangat power, bahkan lebih power dari apa yang anda boleh imaginasikan.

Saya bukan doktor psychology mahupun seorang professor minda (saya cuma pelajar jurusan IT..), tapi saya berkata dari pengalaman sendiri setelah banyak membaca tentang kehebatan minda.

Anda perasan tak,di kala anda sedang berduka, mesti anda perasan lebih banyak situasi yang membuat anda lebih berduka muncul, lalu kedukaan semakin bertambah-tambah jadinya. Orang melayu cakap,sudah jatuh ditimpa tangga. Tetapi, di kala anda gembira, teruja, happy, lebih banyak orang-orang yang meng'happy'kan muncul di depan anda, dan banyak situasi-situasi yang menyenangkan anda muncul tiba-tiba dan benda yang anda idamkan dapat anda perolehi tanpa disangka-sangka. Tak ke happy kalau gitu, betul tak?

Anda memandu minda anda tanpa anda ketahui bagaimana caranya. Yang anda tahu, anda hanya berfikir, mengimaginasi dan timbul emosi tertekan, gudar, susah hati, kekadang gembira.

Kita sering dengar pakar motivasi menyarankan kita mengimaginasikan kejayaan kita (spt Sifoo saya, Tengku Asmadi-Motivasi Alihan Pelajar). Bahkan guru2 disekolah selalu mengadakan simulasi peperiksaan supaya pelajar terbiasa dengan keadaan peperiksaan. Mereka cuba mengawal pemikiran kita agar minda dapat mensintesis situasi secara positif. Minda mengikut apa yang kita fikirkan.

Minda anda begitu juga.. Apa yang anda fikirkan muncul dari semua apa yang anda baca, lihat, dengar, nampak, teliti, kaji dan yang anda analisa.

Untuk mengawal minda, anda perlu berlatih mengawal fikiran.Bagaimana??Untuk mengawal apa yang ada di fikiran dan apa jua yang ada di kepala, anda perlu bijak mengawal emosi. Emosi boleh dikawal bila anda tahu potensi diri, anda tenang setiap masa dan be in control.

Masalah kebanyakan orang adalah, mereka susah nak bertenang dan tak mahu melatih diri supaya bersabar. Mereka lebih suka menjadi agresif, pemarah dan berada dalam keadaan tertekan, dengan harapan supaya orang lain prihatin terhadap mereka atau takut dengan mereka.Walhal, cara itu menarik masalah ke dalam hidup mereka sendiri. Bila fikiran sudah tertekan, lebih banyak masalah akan muncul tiba-tiba lalu membuat anda menjadi berkali-kali ganda tertekan. Dari apa yang saya perhatikan,situasi ini banyak dihadapi oleh kaum Hawa. Tapi saya tak menafikan penglibatan kaum Adam, terutama golongan remaja.

Mulai hari ini, mari bersama kita muhasabah diri, belajar kawal emosi dan kawal rasa marah.Orang-orang yang cemerlang, sabar mereka seluas lautan dan usaha mereka setinggi gunung di daratan, susah nak ditandingi kehebatannya. Kenali potensi minda dan gunakannya sebaik mungkin supaya Anda boleh berjaya dalam pelajaran, kerjaya dan perniagaan.

Sehingga ke hari ini saya juga masih belajar potensi minda dan akan terus mengkaji kehebatan minda kurniaan Allah ini. Saya mahu gunakannya supaya saya menjadi kuat, sekuat yang mungkin supaya saya dapat membina kehidupan cemerlang, secemerlang yang mungkin.. Means, strong in BODY, MIND, SOUL.

I want to survive this world with bless of Allah!

"Mukmin yang kuat itu lebih disukai Allah dari Mukmin yang lemah"

Ayyuhal syabab, lakukan anjakan paradigma! Berubah kearah yang lebih baik!!!

:: NAK TINGKAT KECERDASAN GUNA KACANG???? ::


Kacang umpama momok yang ditakuti anti jerawat? Benar ke?

Saya kelakar bila seorang sahabat menyatakan ketakutan dan kepantangannya untuk makan kacang. Dia takut jerawat yang sedia ada merebak parah. Saya pun pantang dgn kacang, pantang jumpa mesti bedal..hehe biasa saya guna makanan spt kekacang ni untuk mengunyah ketika sedang mengadap buku dan sembang2 dengan kawan2.

You all tau tak, beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain2 dipercayai sangat efektif bagi meningkatkan tahap kecerdasan terutamanya untuk kanak2. Kandungan protein yang tinggi dalam kekacang sememangnya terbukti mampu membantu membekalkan tenaga untuk kekal cergas.

Malah sesetengah pakar berpendapat kekacang seumpama ini adalah antara makanan yang sering dimakan oleh golongan bijak pandai.

Bagi mereka yang takutkan kacang,ha, sekarang u’ll kene sedar yang kacang ni selamat dimakn.bahkan berkhasiat lagi untuk minda… Sekarang pun dah ada banyak produk alternative berasaskan kekacang spt air soya,biskut kacang and so on…

Sunday, July 6, 2008

::DIMANA LETAK CINTA:: Suatu Muhasabah Cinta...

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa...


Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nya tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.
"Apelah awak ini....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. ini mesti ada benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa lah tu" rungut Zakri pada Nisa. Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu.

Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya.
Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang
memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari
(Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut
kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh
panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi.
Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ..."Come on Nisa u can do it...once
more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan
sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor
Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.


Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan
keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl,
putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a
twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya
mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak.
Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran
anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa
berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya
sebentar tadi.




Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa
tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan
dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania
diletakkan dinursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah
Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa.
Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa
Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang
tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang
tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua
itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.
Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung
anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal sama ada Nisa
mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan
kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan
selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila
mengandung tapi sebaliknya pula yang terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa
dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah
tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa.
"Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka
berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. kenapa Bang?"soal Nisa
pada Zakri .
"Kaulah penyebabnya. Tak payah nak tunjuk baik pula" Zakri menempelak Nisa
"Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi.
"abang syak Nisa dengan lelaki lain ke? Kenapa abang syak yang bukan-bukan, Nisakan
isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat dengan orang lain pulak
Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik
cakap macam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil
memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar
sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak
tahu sahaja.

Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada
Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah.
"Woi, benda-benda tu boleh terjadilah Nisa, kawan baik dengan bini sendiri,
suami sendiri, bapak dengan anak, hah emak dengan menantu pun boleh jadi tau
apatah lagi macam kau ini, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu
opis dengan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu"marah Zakri.
"Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ....heee
teruk. Nasib aku lah dapat bini macam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa.
"Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan
perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis
macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau
asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak
kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa
pada Zakri.
"Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah
tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap
Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya
apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja.
Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut
shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30
malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu
perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan
mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian
kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi.
Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi
kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas.
Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa.
Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa,
perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah.

Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit
pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan
cakap perangai Nisa macam firaun lah, perempuan tak sedar dirilah, tak
layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.
Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi
pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka
tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah
melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa
masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya.

Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan
menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan
menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang
ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi
ke sanauntuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar
bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh
ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut.
Masa inilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita
kahwin mereka bekerja keras kan"kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang
berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut
pula hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya
bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ke,suka hati aku
lah nak pergi malam ke siang ke tak pergi langsung ke"marah Zakri.
"Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi,
Nisa cuma nak ingatkan Abang saja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada
Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.
Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas
kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya."YA ALLAH
kau
kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya
YA
ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding
dan menangis.
Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas
masih lagi dan membengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa
membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.
Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa pula ini sebok
saja...."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah
sebuah cafe.
"Hoi, Encik Zakri, bini anda kat wad tak pergi jengok ke, apa
punya laki anda ini? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri.

"Alah, dia sihat saja kat wad tu, makan tanggung berak cangkung,
ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri.

"Senangnya hidup Zakri ini tak ada risau langsung pasal bini dia"cetus
hati Azlan.
"Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah
dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk
semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau,cuba
fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri.

"Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah
berehat lah, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba.

"Suka hati kau lah, tapi kalau ada apa-apa nanti kau jangan menyesal
Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi.
Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab
Zakri.

"Hello Zakri, Doktor Johari sini, ada masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang
segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan
kecemasan dari Doktor Johari

"Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I datang"...tuttttttt. Zakri
menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari.

"Lan. Kau ikut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan.
"Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri.
"Alah jom lah cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak
yang serius, sebelum ini pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause
sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin
kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri.
Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah
menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding
sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk
membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit
kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan
Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta
simpati...tetapi sebaliknya..

...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil...

"Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu
Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat
katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya
dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang
kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di
operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan
tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm
really
sorry Zakri.ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata
Doktor

Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain
lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap
lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa
pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan
segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri dapati
setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa...

"YA ALLAH Kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca
tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran
diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering...membuat
Zakri tertarik untuk membacanya.. .


Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG
TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

. Abang, Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada
Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga
inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar
menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa.
Abang tak pernah tahu kan... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya
Nisa..
Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti
kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila
Abang panggil Nisa macam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu
seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang
dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa?

Abang...mukasurat ini khas untuk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya
Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari ini hari ulangtahun perkahwinan kita
yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa
tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih
sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian
untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.

Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan
sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah
hadiah
paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang.
Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah
mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa
melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang
seorang.

Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma
menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah
Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan
mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak
kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan
dari darah daging Nisa...tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih
sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa
memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama
disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya
seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa.
Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging
abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun
kita bersama.

Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak
Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama
emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang
terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar
kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata
orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah
Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan
Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati
walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.


Wassalam.

Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.
Ikhlas dari
Nur Nisa

"Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada
Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa
maafkan abang Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping
gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri
mengambilnya.
Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT
NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN.
SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh
tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap
perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap
perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini
jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa.

Sewaktu jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak
terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa.
Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam
pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka
Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir
seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri.

"Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi
ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar
seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh
Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh
perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri.

Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada
neneknya. Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya
termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi
biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka.
Amat sedih ketika itu. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan
menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya
Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan
kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa
yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan
.
..YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang
mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri
terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium
tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus.
Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa
Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga
dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH
,Zakri,Zakri
bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, Kenapa kau tidur kat
sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat
emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke
arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara
automatik
kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan
menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak
ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara
Nisa...