Monday, March 29, 2010

Ya! Kau belum matang!

Sirah Islam terdahulu menunjukkan kepada kita bahawa umat Islam matang awal. Bukan matang pada jasmaniah semata-mata, tetapi yang lebih penting pada rohaniah mereka. Lihat sahaja keberanian dan kehebatan Usamah bin Zaid dan Abdullah bin Zubair yang sungguh mengujakan. Tidak kurang hebat, Anas bin Malik dan Ibnu Abbas yang amat inteligen dan genius bergiat di medan intelektual. Saidina Ali pula sungguh berani memperjudikan batang tubuhnya semasa peristiwa hijrah. Tidak dilupakan Muhammad Al-Fateh yang matang awal, lantas memberikan persembahan terbaik terhadap perjuangan Islam sekitar umur 24 tahun. Tidak ketinggalan Imam Hasan al Banna yang sudah mengidamkan terdirinya khilafah Islam menggantikan Uthmaniyyah ketika baru 20-an. Banyak lagi nama-nama dalam sirah yang tidak termuat untuk disebut di ruangan ini.

Namun, apa yang amat mengecewakan, umat Islam lewat zaman ini lambat matangnya, sebab itulah kita lewat merangkul kemenangan. Ya, kita lewat matang! Lihat sahaja waktu yang kita peruntukkan untuk beribadah berbanding berhibur. Lihat sahaja sifat kita yang lebih suka menasihat daripada dinasihat. Lihat sahaja kebanggaan kita dengan Islam berbanding kesukaan kita terhadap nilai-nilai selain Islam. Kita lebih suka berborak kosong daripada membincangkan masalah umat. Orang Amerika membaca kira-kira dua buah buku dalam seminggu, tapi kita yang lewat matang sangat miskin dari sudut pembacaan. Mereka yang mengakupendokong-pendokong perjuangan, lebih sukakan bahan bacaan politik, mengumpat pimpinan dan meninggalkan solat berjemaah daripada aktiviti keilmuan, bersangka baik dengan pimpinan dan menghadiri masjid.

Perhatikan diri kita yang masih menyalahkan Kamal al Tartuk atas kejatuhan Khilafah, padahal kita beribu kali bersalah daripada Kamal (Kamal juga matang awal, sebelum usia 20 tahun sudah bergerak untuk menghancurkan Islam). Kita juga masih menyalahkan Amerika yang menindas umat Islam tanpa bermuhasabah diri. Mudah cerita, semua salah orang, bukannya diri kita. Bagaikan lagu 'Bangau Oh Bangau' yang saling menyalahkan satu sama lain. Semuanya bersikap reaktif dan tidak takut memilih untuk proaktif.

Jika wabak lambat matang ini berterusan, maka kita akan terus kecundang. Pergilah kamu terjun ke lautan hai orang-orang yang lewat matang kerana dirimu membantutkan kemenangan Islam. Monolog ku, "disebabkan diriku lewat matang, maka aku wajib bertaubat dan menangis.."

Marilah kita bersama mencari kematangan generasi terdahulu. Ayuh jadi seperti mereka. Bersama kita doakan kematangan umat.




http://khazazin.blogspot.com/

No comments: