Apa yang banyak kita fikirkan, itulah akan banyak ditarik datang kepada kita. Padanlah ramai pakar motivasi menasihatkan kita agar berfikiran positif. Bahkan islam juga menggalakkan agar kita berhusnu-dzhon.
Apa kena mengena berfikiran positif dengan kehidupan kita? Jawapannya kerana kejayaan bermula dengan minda, namun kita perlu sedar kegagalan juga bermula dengan minda, kedua-duanya puncanya dari minda.
Pernah dengar lagu klasik berkaitan ini? Antara bait-bait lagu tersebut, "Jika kau fikirkan kemenangan, kau hampiri kejayaan. Jika kau fikirkan kekalahan, kau hampiri kegagalan.."
Bila kita banyak berfikir tentang kegagalan kemudian kita merasa kurang bersemangat, maka kesannnya kita akan ditemukan dengan lebih banyak kegagalan di masa akan datang.
Fikiran kita menarik perkara-perkara yang serupa dengan apa yang kita fikirkan.
Banyak-banyakkanlah berfikir tentang kejayaan supaya Anda ditemukan dengan banyak jenis kejayaan, sama ada kejayaan kecil atau kejayaan-kejayaan besar.
Fikiran kita bertindak seperti doa.
Lebih banyak kita berfikir pasal sesuatu, tamsilannya samalah seperti kita banyak berdoa meminta sesuatu.
Kita banyak berfikir pasal kejayaan, samalah seperti kita banyak berdoa supaya kejayaan didatangkan kepada kita.
Ramai di kalangan kita mahu keluar dari kegagalan – misalnya gagal dalam pelajaran, gagal dalam perniagaan, gagal dalam pekejerjaan, gagal dalam aspek kekeluargaan. Masalahnya, mereka masih terperangkap dalam minda kegagalan. Asyik berfikir pasal kegagalan lalu dan rasa menyesal tak sudah-sudah.
Untuk bangkit dari kegagalan, anda memerlukan kemahiran. Anda perlu mahir mengawal apa yang selalu bermain di fikiran. Anda perlu mahir mengawal kata-kata yang terucap di hati, yang bermain di minda juga yang diucapkan pada diri sendiri.
Keluar dari kegagalan boleh dilakukan, Anda cuma perlu belajar bagaimana melakukannya.
http://khazazin.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment