Wednesday, March 24, 2010

::Balasungkawa:: Perginya bagai mencabut ilmu-ilmu...

Benarlah sabdaan Nabi bahawasanya dunia sedang melangkah ke lembah kehancuran. Bagai dapat dihitung bilangan mutiara yang pergi menghadap KekasihNya. Ya…Allah semakin merealisasikan janjiNya kepada hambaNya bahawasanya dunia sedang menuju ke pengakhiran. Pastinya tidak syak lagi dengan wasilah mematikan para ulama’ yang menjadi sebahagian tanda berlakunya Kiamat. Sehingga akhirnya ummat manusia terkapai-kapai mencari sumber rujukan.

Dan ketika itu pastinya akan tercetus segala hal ehwal agama di urus tadbir oleh mereka yang bukan ahlinya. Sudilah kiranya kali ini saya ingin mengajak sidang pembaca sekalian bermuhasabah , menghargai dan menyayangi keberadaan ulama’ agung pada hari ini. Sama-sama kita manfaatkan kepentingan mereka dengan disiplin ilmu. Seperkara yang kita harus ingat adalah dengan wujudnya merekalah sebenarnya yang menangguhkan tibanya sangat kehancuran dunia dan yang paling pasti dunia masih berada dalam rahmat Allah.

Dato' Haji Ishak bin Baharom

Dato' Haji Ishak bin Baharom dilahirkan 1 Januari 1928 di Kampung Batu 22, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Beliau merupakan bekas mufti negeri Selangor Darul Ehsan dan juga merupakan seorang pendakwah bebas.

Pada 30 Januari 2008, Dato' Haji Ishak, berumur 80 tahun, meninggal dunia akibat pendarahan dalam kepala pada jam 2.30 pagi di Hospital Sungai Buloh. Beliau telah dimasukkan ke hospital tersebut pada pukul 6 petang . Timbalan Pengarah Perubatan Hospital Sungai Buloh, Dr. Khalid Ibrahim menjelaskan bahawa beliau tidak sedarkan diri dan koma akibat pedarahan dalam kepala.


Dato' Haji Fadzil bin Mohd Noor

Dato' Hj Fadzil @ Ali bin Mohd. Noor dilahirkan hasil perkongsian hidup antara Mohd. Noor Abdul Hamid dan ibunya Hindun Hj. Abdul Rahman. Dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, kira-kira tiga kilometer dari bandar Alor Setar, Kedah. Beliau merupakan anak sulung daripada empat adik beradik.

Kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil lagi. Latar belakang keluarga sebelah ibu bapanya adalah dari kalangan keluarga yang berpegang teguh kepada ajaran Islam. Moyang beliau iaitu Tuan Guru Haji Idris Al-Jarumi merupakan salah seorang ulama' yang disegani berasal dari Wilayah Patani, Thailand dan terkenal di Kedah.

Beliau menerima rawatan selepas melakukan pembedahan pintasan jantung pada 10 Jun 2002. Sebelum itu beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Terengganu kerana mengadu sakit dada.Beliau meninggal dunia pada 23 Jun 2002 di Unit Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat sakit jantung pada jam 10.30 pagi.


Ustaz Ibrahim Mahmud(Ibrahim libya)

Ustaz Ibrahim Mahmud dilahirkan dalam tahun 1944 di Kampung Memali, Baling ketika masih dalam zaman pendudukan tentera Jepun. Ustaz Ibrahim Mahmud (juga dikenali sebagai Ibrahim Libya) merupakan seorang tokoh agama dan ahli politik yang terbunuh dalam Peristiwa Memali 1985.

Beliau merupakan lulusan Universiti al-Azhar, Mesir, dan kemudian menyambung pengajian di India dan Libya. Setelah itu, bekerja sebagai pegawai pendakwah di Bahagian Agama (JAKIM) di Jabatan Perdana Menteri.

Beliau kerap berceramah mengenai Islam di saluran RTM 1 Malaysia. Kemudian memulakan kelas agama dan sekolah agama di kampungnya di Kampung Memali. Beliau ingin meneruskan usaha tuan-tuan guru pada masa yang dahulu yang membuka sekolah pondok atau sekolah agama. Perjuangannya sealiran dengan PAS dan beliau menyertai PAS kemudiannya.

Ustaz Ibrahim didakwa membawa ajaran sesat dan pada 19 November 1985, polis datang untuk menahannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Beliau enggan menyerah diri menyebabkan berlaku pertempuran antara polis dan pengikutnya dan beliau turut terkorban.


Syeikh Mohamed Sayed Tantawi

Syeikh Mohamed Sayed Tantawi dilahirkan pada 28 Oktober 1928. Beliau adalah Imam Besar Masjid al-Azhar serta Sheikh Universiti al-Azhar. Beliau sering dikatakan sebagai pemimpin rohani kepada lebih sebilion orang penganut Islam Sunnah.
Pada 10 Mac 2010, Muhammad Tantawi meninggal dunia di Riyadh, Arab Saudi selepas mengalami serangan sakit jantung di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid. Beliau meninggal dunia pada usia 81 tahun.



Syeikh Dr. Fathi Yakan

Syeikh Dr Fathi Yakan dilahirkan pada 9 Februari 1933. Beliau adalah seorang ulama Islam yang memegang kerusi di parlimen Lubnan pada tahun 1992. Beliau merupakan di antara para pelopor gerakan Islam pada 1950-an dan pengerusi Barisan Tindakan Islam (Lubnan). Beliau memprakarsai upaya politik antara Perdana Menteri Fouad Siniora dan sekutu-sekutunya di satu pihak dan pembangkang dalam usaha untuk menamatkan krisis pemerintahan di bangun tahun 2006 perang Israel di Lubnan.

Syeikh Fathi Yakan berkahwin dengan Mona Haddad yang mana beliau telah menubuhkan sebuah universiti Islam swasta, Universiti Al-Jinan bersama-sama. Beliau mempunyai empat anak perempuan dan seorang lelaki. Beliau telah menulis lebih dari 35 buku, beberapa di antaranya diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Beliau meninggal dunia pada 13 Jun 2009 pada usia 76 tahun selepas mengakui ke Hotel Dieu Hospital sehari sebelumnya.


Syeikh Dr Mustafa Said al-Khin

Tanggal (1 Februari 2008/23 Muharam 1429) seorang lagi ulama Syria telah menghadap ke pangkuan Ilahi. Beliau terkenal dalam penulisan kitab Fiqh Al-Manhaji bersama-sama dengan Syeikh Dr. Mustafa Al-Bugha. Dr Mustafa Said al-Khin telah meninggal dunia di Masjid Saidina al-Hasan, Damsyik, Syria, ketika khatib sedang berkhutbah dalam usia 89 tahun.


Sheikh Ahmed Yassin

Syeikh Ahmad Yassin telah dilahirkan pada pada tahun 1938 di sebuah kampung bernama al-Jora, daerah Majdal di dalam wilayah Asqalan (Ashkelon) yang mana saat ini berada dalam jajahan Israel laknat. Beliau telah dibesarkan di sana sehingga tahun 1948 ketika pendudukan pengganas Yahudi ke atas bumi Palestin, dia dan keluarganya dipaksa berhijrah ke Semenanjung Gaza.

Namun, pada subuh 22 mac 2004, mereka sekali lagi menyerang Syeikh Ahmad Yassin ketika beliau dalam perjalanan pulang dari masjid setelah selesai solat subuh secara berjemaah. Tiga buah roket telah dilancarkan ke atas Syeikh yang lumpuh itu bagaimanapun berjaya mengorbankan diri Ahmad Yassin dan empat yang lain termasuk anaknya.


Asy-Syeikh Mustafa Masyhur

Asy-Syeikh Mustafa Masyhur dilahirkan pada 15 September 1921 di Kampung Sa’din, dari kota Manya al-qamh, Mesir. Beliau terdidik di dalam suasana keluarga yang berpegang teguh dengan agama. Beliau mengikuti penulis desa sejak berumur dua tahun. Kemudian memasuki sekolah rendah di desanya.

Pada 29 Oktober 2002, selepas pulang dari pejabatnya, beliau berehat seketika. Apabila azan Asar dilaungkan, anak perempuannya cuba mengejutkannya daripada tidur. Sebaik terjaga daripada tidur, didapati dirinya begitu tidak bermaya sekali. Beliau diserang sakit. Melihatkan keadaan bapanya, si anak menasihati Syeikh Mustafa supaya menunaikan solat di rumah sahaja. Namun tarbiyyah mantap yang diterimanya menghalang beliau untuk menunaikan sembahyang di tempat selain daripada masjid.

Beliau terus mempersiapkan diri dan pergi menunaikan sembahyang di masjid berdekatan kediamannya. Selepas menunaikan sembahyang, beliau sudah tidak mampu melakukan apa-apa lagi. Orang ramai menghantarkannya ke hospital dan beliau berada di sana selama lebih kurang dua minggu. Pada petang Khamis lalu, beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika berumur 83 tahun.


Syeikh Sa’id Hawa

Syeikh Sa'id Hawa bin Muhammad Dib Hawwa lahir di kota Hamah, Suriah, tahun 1935. Ia berusia 2 tahun ketika ibunya meninggal dunia. Ia pindah ke rumah neneknya di bawah asuhan sang ayah, seorang pejuang pemberani yang berjihad melawan perancis. Pada masa mudanya berkembang pemikiran sosialis,Nasional, Ba’ats, dan Ikhwanul Muslimin.

Tahun 1987, Said Hawa terkena stroke, sehingga sebahagian anggota badannya lumpuh. Beliau juga mengalami komplikasi berbagai penyakit. Ini memaksanya jauh dari masyarakat dan harus dikuarantin. Pada tanggal 14 Disember 1988 Sa'id Hawwa dikejarkan ke hospital namun keadaannya masih tidak berubah, hingga beliau kembali ke rahmatullah pada hari khamis tanggal 9 Mac 1989 di salah sebuah hospital di Amman, Jordan.





Sumber asal:
http://nahwal-imtiyaz.blogspot.com/



http://khazazin.blogspot.com/

No comments: