Traditional Games Carnival (TGC '09), SRC 08/09, IIUM.
Tahniah!
Seperti yg diwar-warkan, semalam, 6 Jun 09, SRC 08/09 telah mengadakan TGC '09 yang bertempat di Stadium Saidina Hamzah, UIAM. (Gambar rujuk previous entry)
Dalam ucapan penutup TGC petang td, wakil pihak admin menggalakkan aktiviti seperti ini dan mereka melihat ia mampu membantu dlm merealisasikan impian 1malaysia. Mungkin kita masih boleh 'merge' dari skop permainan tradisional tempatan kepada skop permainan tradisional antarabangsa selepas ini. Kalau bukan kita yang memartabatkan budaya Melayu, siapa lagi? Sukan juga ada warisannya.
Berkongsi pengalaman semasa TGC '09, banyak pengalaman zaman kanak2 menjadi bualan peserta. Tak sangka permainan yg selama ini kita main di sekolah rendah, turut sama di mainkan oleh pelajar lain di tempat lain.
Tertarik dgn kehadiran 'foreigner' ke karnival ini. Salah seorang pelajar asing yang hadir ketika TGC '09, Tariq Alamgir tak henti2 mencuba menaikan layang2. Habis 1 padang dia berlari untuk menaikan layang2, dari pagi sampai ke petang. Rupanya seumur hidup beliau, ini lah kali pertama beliau berpeluang bermain layang2...
Moga dengan usaha kecil ini, ada hikmah yg besar.
No comments:
Post a Comment