Wednesday, December 14, 2011

20 Panduan DJ Islamik - Zaim Zin




Kebetulan pagi semalam ikim.fm buka topik berkenaan walimatul urus. Ada pendengar yang menimbulkan isu berkenaan DJ/MC/Pengacara Majlis yang pasang lagu kuat-kuat, lagu tak senonoh, syok sendiri dan tak kena tempat semasa walimatul urus.

Haaaa...dengan pengalaman setahun jagung saya ni *kebetulan memang setahun dah aku part time jadi DJ kahwin di One Heart Creative Solution*, maka terhasillah senarai pendek resepi menjadi budak comel dan kiut deejay yang patuh syariah ini.

Ini adalah sebahagian yang kami biasa amalkan, kerana One Heart CS memang ada plan dari dulu nak compile semua bahan-bahan untuk buat CD DJ Islamik dan disebarkan secara percuma, tapi masih tak berkesempatan nak compile. Harapnya perkongsian ini membantu.
DJ untuk kenduri Hezry & Izzah. Captured by Zhafran Mantop.

Disebabkan namanya resepi, kita mulakan dengan ramuannya dulu.

Ramuan: 1. mic (wireless is better), 2. speaker yang jelas, laptop, 3. bahan/skrip, 4. lagu, 5. Jiwa yang bersih, 6. Iman, 7. Ilmu, 8. kawan2 (optional) dan 9. kipas! Hahaha.

Resepi:

DJ untuk majlis ofis terbuka Mantop Training
  1. Cari satu atau dua ayat tema kita. Ayat ini akan digunakan banyak kali. Jika dapat, pastikan ayat tersebut mesra telinga dan comel. Contohnya; …teruskan bersama kami di sini, muzik islamik berinformasi.
  2. Jangan lupa sediakan pen dan kertas. Untuk catat nama-nama penting dan pengumuman.
  3. Susun lagu dan ambil tahu nama penyanyi, tajuk dan intipati / pengisian dalam lagu.
  4. Sediakan teks untuk bahan-bahan Islamik. Contoh; hadith2 berkenaan pernikahan, doa pengantin, adab-adab, sunnah-sunnah, peristiwa bersejarah pada tarikh berkenanan, tips dan petua yang patuh syariah, dan sebagainya.
  5. Ambil tahu waktu solat pada hari berkenaan. Umumkan waktu solat dalam 10 minit sebelum azan dan berhenti rehat selama 10/15minit untuk anda pergi solat dan menghormati waktu solat.
  6. Buka ruangan untuk dedikasi lagu. Umumkan mengikut masa yang seswai. Buka pilihan kepada hadirin menghantarkan ucapan dan dedikasi lagu sama ada melalui phone kita, facebook company, atau BBM. Selain bertujuan mendapatkan respon pendengar, ini juga boleh menjadi serampang dua mata mempromosikan nombor perhubungan kita pada potential prospects / clients. *hohoho. Gelak jahat.*
  7. Dapatkan kad jemputan pengantin. Ini cara mudah saya utk mendapatkan maklumat penting seperti nama ibubapa, nama penuh pengantin. Kalau sempat interview sedikit sebanyak berkenaan pengantin (jika mereka tidak kisah) seperti tempat kerja, tarikh nikah dan bertunang, tempat lahir, etc.
  8. Elakkan memainkan lagu dendangan penyanyi wanita. Suara wanita adalah aurat yang wajib dipelihara dan haram di dendangkan pada lelaki ajnabi.
  9. Elakkan menyebut sensitivity client. Contoh; jika keluarga pengantin merupakan orang seberang, jangan pulak korang pergi  cerita rasa gembira korang atas kemenangan pasukan bola Malaysia melawan negeri mereka. *Silap-silap korang balik dengan kuali kat mulut.haha*. Atau jika anda tahu ada orang berada, pengusaha politik, atau orang kenamaan dalam majlis, jangan bermulut laser dengan bekap partisan, sebaliknya bersikap terbuka lah dan meraikan.
  10. Hard copy is not so hard to prepare. Sentiasa bersiap sedia dengan teks formal pembukaan majlis, pantun2, teks doa dan apa sahaja rujukan dalam bentuk hardcopy.
  11. Interview atau dapatkan ucapan2 dari jemputan, pengantin, ibubapa, atau keluarga pengantin selepas waktu peak hour (anggaran dalam 2.30-4.00pm, mengikut kesesuaian). Ini mampu menghidupkan suasana. Ini boleh dilakukan dalam keadaan santai dan bersahaja je.
  12. Mintak sebotol air mineral dari caterer untuk anda. Ini penting untuk menjaga stamina suara anda.
  13. Bercakap sambil tersenyum dan bersemangat. Ini memberi kesan kepada suara supaya kedengaran ceria.
  14. Pastikan korang update maklumat dan tentatif kelansungan majlis sebelum semua orang busy. Ketahui apa sahaja demand pengantin dan tuan rumah. Ini bagi memudahkan anda menyusun lagu, kompang, selawat, pembukaan majlis, doa, etc. Contoh demand tuan rumah; nak lagu instrumental masa potong kek, nak bergambar dengan family dulu sebelum makan beradab, nak selawat masa pengantin dah nak ke pelamin/ meja makan, nak suruh sebut nama VIP, etc.
  15. Mainkan lagu tidak terlalu kuat supaya jemputan boleh berbual dengan selesa. Ikut kesesuaian. Kebiasaannya waktu kemuncak ketika ramai jemputan di khemah, lagu akan kedengaran perlahan, jadi boleh la kuatkan sedikit mengikut kadar boleh didengari semua pelusuk khemah. Saya serahkan tanggungjawab menjaga sound ni pada sound engineer je, mudah.
  16. Terus solat Zohor dalam waktu rehat (15minit rehat selepas azan adalah untuk memberi ruang kepada DJ menunaikan solat selain untuk menghormati waktu solat).
  17. Elak dari memainkan lagu berentak perlahan atau lagu sedeyh. Mainkan lagu yang rancak atau lagu yang bermesej positif. Elakkan lagu lagho dan sebolehnya pilih lagu bersifat ketuhanan, nasyid, arab, atau lagu cinta yang patuh syariah (lagu suami untuk isteri).
  18. Pakaian mestilah menutup aurat, kemas dan hensem, walaupun kita tak hensem. Pakaian kita melambangkan sikap kita dan mempengaruhi impresi tuan rumah dan jemputan.
  19. Kepelbagaian bahasa merupakan satu kelebihan. Raikan juga jemputan dikalangan Chinese, Indian, atau foreigners.
  20. Yang paling penting, mulakan dengan bismillah, doa, dan dalam keadaan berwudhu'.

Saya teringat pesan Prof Sidek Baba masa usrah MPP dulu; "Biar kita jadi seperti air, meresap dan mencair".

Beliau cakap macam tu tatkala bercerita pengalaman beliau memuatkan diri beliau dalam rongga-rongga tugasan serta menyampaikan dan aplikasikan Islam walau dimana sahaja beliau diletakkan. Same goes to us. Kita patut memuatkan diri kita dalam Islam, bukan memuatkan Islam dalam diri kita.



Selamat maju jaya!

Dah habis baca? Artikel ni berharga RM5.00 je, emailkan bayaran anda ke....eh.eh...apa aku buat ni...

21. TIPS BONUS: Semua tindakan kita akan terdidik jika niat kita adalah mendapat keredhaan Allah. So, kemudi niat. Kita di sana adalah dipilih untuk memberi sesuatu pada masyarakat, bukan nak huha-huha semata. Sekian.






Sumber: zaimzin.blogspot.com

1 comment:

ahmad tarmizi khairi said...

haha..terbaik la abg..sy pon bru2 je nk jinak2 dlm alam be DJ ni..