Beberapa hari ini mempunyai banyak masa terluang untuk dihabiskan membaca blog kawan-kawan. Pelbagai kaedah penyampaian digunakan blogger untuk menarik minat para pembaca meneruskan bacaan. Ada yang memilih untuk menggunakan bahasa pasar, bahasa key-el, bahasa santai, tak kurang juga yang menggunakan kaedah menyediakan info-info pelik, berita-berita hangat, gambar-gambar menarik dan sebagainya.
Melihat kepada kaedah penyampaian yang santai, rasa teringin juga bereksperimentasi. Maka lahirlah blog baru saya yang lebih santai dan tidak menggunakan bahasa melayu tinggi.
zaimzin.blogspot.com
Dalam masa mengedit blog baru, sempat juga make-up blog Cik Puan Tun Zahrah. Hehe. Sila komen ye.
tunzahrah.blogspot.com
Facebook sedikit mematikan minat menulis blog, namun itu bukan alasan. Orang gagal sahaja yang banyak beralasan *cewah*.
Saya ada jumpa beberapa ibubapa yang sudah menggalakkan anak mereka memiliki blog sendiri pada usia yang cilik. Teknik tersebut sangat membantu anak-anak mereka dalam pelajaran dan kehidupan instead of membiarkan anak-anak layari internet yang tak bersempadan tanpa tujuan.
No comments:
Post a Comment