Saturday, February 19, 2011

Karismatik adalah modal calon pilihanraya kampus.

Menurut Tony Alessandra di dalam bukunya ‘Charisma:Seven Keys To Developing The Magnetism That Leads To Success’ menyatakan bahawa salah satu ciri utama karismatik ialah potensi menyampaikan visi dan idea secara berkesan. Memetik kata beliau “Charismatic people possess a similar,almost childlike faith in their vision and their ability to create change.People will follow leaders whose vision inspires them and makes their lives more meaningful”.

Pilihanraya kampus bertujuan memilih pemimpin pelajar yang benar-benar berkualiti bagi menerajui kepimpinan majlis perwakilan pelajar (MPP). MPP berfungsi sebagai mata ,telinga pelajar dalam menjaga kebajikan mereka sepanjang pengajian disini.Ini bermakna pemimpin yang dipilih memepunyai tanggungjawab yang berat dan mereka benar-benar berkemampuan dan berkarisma dalam memberikan perkhidmatan terbaik terhadap masyarakat kampus.

Berkarisma ialah kata kunci yang paling tepat kepada saya jika ditanya kriteria yang diperlukan bagi seorang pemimpin pelajar. Karisma mempunyai konotasi yang cukup luas yakni merangkumi cara bekerja,pesonaliti,ekspresi idea,berakhlak dan tidak dilupakan interaksi sosial yang baik. Justeru,pilihanraya kampus merupakan ruang yang paling sesuai untuk mencapai tujuan tersebut.

Golongan pemimpin muda ini diharapkan benar-benar ampuh setelah melalui pelbagai ranjau kepimpinan kampus untuk menerajui kepimpinan negara kelak. Pilihanraya kampus merupakan salah satu proses wajib yang perlu dilalui bagi seorang pemimpin pelajar.Bak kata pepatah,proses kepimpinan ibarat menghasilkan air suling dimana air tersebut perlu melalui pelbagai peringkat proses penapisan dan sulingan sebelum menjadi air tulen.




No comments: