16 Februari 2011, KAED Gallery IIUM dipenuhi dengan mahasiswa mahasiswi yang bakal bertanding pada sesi pemilihan SRC 2010/2011. Dengarnya semua nya berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit masalah kecil yang berjaya diselesaikan.
Sepanjang 4 tahun  menyaksikan pilihanraya kampus, rasanya UIA sentiasa 'aman' daripada  provokasi-provokasi yang tidak diingini. Mungkin ada yang tidak sukakan  perkara yang sedemikian tapi saya pasti, UIA mampu menjadi role model kepada semua Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia.
 
SPR UIA  membenarkan calon untuk berkempen melalui facebook dan media elektronik.  Mungkin UIA menyahut baik kata-kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi  Malaysia, "Kita ni bukan berada kurun ke -18 sekarang ni". Saranan yang  santai tetapi mampu memberi kesan terhadap pembangunan mahasiswa.
 
Semuanya bermula  apabila notis pemilihan SRC IIUM pada 26 Februari 2011 iaitu 2 hari  selepas Annual Genaral Meeting SRC 2009/2010 yang menyaksikan penyerahan  satu referendum kepada UIAM dan satu memorendum kepada KPT. Maka,  bubarlah SRC IIUM 2009/2010 apabila keluarnya notis tersebut.
 
Saya personally  ada kenal beberapa calon yang bertanding dan ada yang tak pernah  nampak muka pun sebelum ini. Terus terang, calon yang bertanding perlu  tahu dulu apakah itu SRC sebelum masuk bertanding. Contohnya seperti  Sakinah. Pengkritik tetap Syazwan, Treasurer SRC IIUM. Hehe.
![]()  | 
| Nur Sakinah Sulaiman (left), KENMS Constituency. | 
Ni pulak Faris.
![]()  | 
| Hafizul Faris Che Razlan (right), AIKOL Constituency. | 
Kenal  dia pun sebab dia baik dengan Izyan Hazwani a.k.a. Yan, Chairperson  Welfare Secretariat. Rasanya banyak la juga dia tolong Yan. Antara salah  satunya, C.He.R.I.S.H - Cleanliness & Health Reflect Inner Shine.  Dia jadi PM. From my view, it is a very fresh new program, which is good. Saya pun tak monitor banyak pun sangat program tu tup tup, boleh tahan la. Dengan siap khemah lagi kat river side. Ingatkan mula-mula simple jer program dorang. Kalau siapa-siapa perasan poster budak buang sampah dalam tong sampah, ultraman dan cute turtle exercise, pelangi, ha program dorang la tuu.
 
Antara calon yang menarik perhatian di KIRKHS adalah Rizwan, mantan President IRKHS'S. Start kenal mesti la dalam meeting Kulliyyah  Based Society Coordination Club (KBSCC). Mungkin nak mengulangi zaman  Adib Hatim, President IRKHS'S tahun 2006/2007 dan menjadi President SRC  tahun 2007/2008. Banyak idea-idea yang menarik Rizwan ni masa meeting.  Dan kalau sesiapa pernah pergi Baitul 'Izzah, pejabat IRKHS'S, pernah  nampak notis, exco lambat datang meeting, kena denda, nice!! Lagipun,  dia seorang jer calon daripada IRK, tapi ok la kan, mantan President  IRKHS'S calon dorang. Seorang pun insyaAllah cukup.
![]()  | 
| Mohd Rizwan Mat Zain, KIRKHS Constituency. | 
PRK kali  ni membenarkan mahasiswa INSTED mengundi. Alhamdulillah, perjuangan SRC  2009/2010 disambut baik pihak pentadbiran. Siapa cakap SRC IIUM senyap.  Semua ada strateginya janji apa yang diidam mahasiswa yang boleh dibuat  dalam jangka masa pendek dan relistik, dapat. Sebelum ni INSTED ada  kerusi tapi ditarik balik antara alasannya, INSTED bukan kulliyyah,  bukan institute. Tapi tak pernah pula dapat jawapan bertulis tentang perkara sedemikian. 
![]()  | 
| Mimi Nor Shahudda Setapani, INSTED Constituency. | 
Mungkin  kah Nik Hanis dan Mimi (wakil guru wanita mungkin??) akan mengepalai  bakal-bakal pendidik di INSTED? Setakat yang kenal, Mimi ni dan Nik  Hanis pula exco BEDSA. Sopan dan hormat orang dorang ni. Rajin minta  tunjuk ajar orang mende yang dia tak faham especially hal-hal  kepimpinan. Saya pasti Nik Hanis dan Mimi ni seorang yang "Biar hati di  langit, tetapi kaki tetap menjejak bumi". Penting untuk bakal guru  mempunyai idealime dan berjiwa besar tapi dalam masa yang sama, tak  sombong dengan ilmu yang ada, sabar dengan anak didik walaupun bukan  senang nak ajar murid yang berbeza kepandaian ni. Senior dorang yang  cerita cam mana dorang kat INSTED.
![]()  | 
| Nik Muhammad hanis Nek Rakami (left), INSTED Constituency. | 
![]()  | 
| Muhammad Fitry Hussin, AIKOL Constituency | 
![]()  | 
| Mahirah A. Rashid, KIRKHS Constituency. | 
| Mohamad Iqbal Ab. Wahab, KENMS Constituency. | 
Hmm,  setakat itu dululah nukilan kali ini. Tak sempat nak cerita pasal semua  calon sebab bukan kenal semua pun. Ni pun sebab pernah tengok dorang  support SRC 2009/2010 dulu. Bak kata orang, ada rasa 'sense of belonging' pada SRC. Kalau calon pun tak rasa SRC hak mereka, apatah lagi mahasiswa  UIAM. Jangan lah kita nak harapkan bila dorang menang nanti nak students support kalau dorang dulu pun tak pernah nak ambik tahu pasal SRC masa jadi mahasiswa biasa.
 
Apa-apa pun  selamat berjaya kepada semua calon. Anda semua telah pun 'menang'  walaupun sebelum hari pengundian kerana berani berhadapan dengan massa  dan ada rasa bertanggungjawab terhadap hala tuju UIAM selepas ini.  Adakah peratusan keluar mengundi akan meningkat selepas 3 kulliyyah di  Gombak telah menang tanpa bertanding? Semuanya harus dijawab oleh  INSTED, KIRKHS, AIKOL, KENMS, KOS dan KAHS yang akan turun mengundi 22  Februari ini. Rasanya SPR UIA tahun better daripada tahun lepas dari  segi promotion PRK. Kalau ada yang cakap tak tau lagi, memang nak kena  sekeh la budak tu, hehe.
 
Jangan lupa turun mengundi 22 Februari 2011, Selasa ini. Undi 2 calon, 1 calon jer undi, UNDI ROSAK!
 
Selamat berkempen dan mengundi sebelum PRU ke-13 ;-)







No comments:
Post a Comment