ANDA PELRU TAHU
Apa Itu Saman Ekor?
Saman ekor merupakan notis kepada pemilik kenderaan untuk memberi maklumat butiran pemandu kenderaan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang melakukan kesalahan yang berkenaan. Notis ini akan dihantar ke alamat pemilik kenderaan yang terdapat dalam pangkalan data JPJ. Istilah rasmi bagi saman ekor ialah Notis Pol.170A.
Perbezaan Saman Ekor dengan saman-saman lain dan siapa yang mengeluarkan Saman Ekor ini serta untuk kesalahan apa?
Saman ekor dihantar secara pos berdaftar kepada pemilik kenderaan. Manakala saman lain adalah yang dikeluarkan secara terus kepada pemandu kenderaan sejurus selepas kesalahan dilakukan. Saman ekor dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia ke atas kesalahan mamandu had laju sahaja.
Apakah pindaan yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang MENINDAS pengguna dan MENGUNTUNGKAN syarikat swasta?
a) Memasukkan takrif imej yang dirakam ke dalam Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang bermaksud semua gambar yang diambil oleh PDRM/JPJ semasa operasi hadlaju sebelum pindaan ini tidak boleh digunakan di Mahkamah sebagi bukti.
b) Memperkenalkan AES iaitu penguatkuasa automatik yang akan menguntungkan du syarikat swasta.
c) Selepas 28/2/2011 senarai hitam akan kembali dikuatkuasa sedangkan saman ekor yang lama tidak boleh dikuatkuasakan kerana tiada bukti kesalahan dan tiada saman di Mahkamah.
d) Memberi kuasa kepada JPJ/PDRAM memasuki mana-mana jalan termasuk jalan persendirian untuk menguatkuasakan Akta ini.
HAK ANDA
Saman sepatutnya dikeluarkan secara terus kepada anda sejurus selepas kesalahan dilakukan
Mengapa?
Ada kemungkinan kenderaan di dalam gambar adalah kenderaan yang menggunkan no pendaftaran palsu yang menyamai no pendaftaran anda!
Anda sepatutnya tidak perlu membayar kompaun jika tidak mengaku melakukan kesalahan.
Mengapa?
Ini adalah kerana Saman Ekor hanyalah n otis meminta maklumat.
Anda tidak perlu membuat carian online di PDRM atau JPJ jika menerima Saman Ekor.
Mengapa?
Pihak berkuasa perlu menyerahkan sendiri apa-apa notis kepada anda.
JPJ tidak berhak menghalang anda memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu hanya kerana anda tidak membayar kompaun Saman Ekor.
Mengapa?
Polis/JPJ perlu mengeluarkan saman supaya anda hadir ke mahkamah untuk menjawab tuduhan melakukan kesalahan tersebut. selagi belum disabitkan kesalahan, JPJ tidak berhaka melakukan hal di atas.
































Masalah yang dihadapi peminjam ketika ini, kata Suhaizan berkaitan jumlah pinjaman mereka yang meningkat setiap tahun jika tidak membuat pembayaran.
"Pihak PTPTN pula sedang berusaha membuat pindaan terhadap akta PTPTN yang berkemungkinan pada sidang parlimen akan datang bagi mengetatkan lagi kawalan pembayaran balik pinjaman. Tindakan ini sudah semestinya akan memberikan lebih tekanan kepada mereka."Dalam usia mereka yang masih muda mereka telah dibebankan dengan hutang yang banyak. Hidup mereka menjadi tidak tenteram dengan hutang tersebut," katanya.

Paling signifikan, kejayaan mereka di UM, - universiti pertama negara ini di mana calon-calon pro-M memenangi 23 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan. Mereka juga berjaya menyapu bersih semua sembilan kerusi kampus yang dipertandingkan dan 14 daripada 32 kerusi fakulti. Ini adalah kejayaan besar bagi kumpulan itu sejak kumpulan Aspirasi menang pada pilihan raya kampus tahun lalu. Ketika itu, mereka cuma mampu meraih 17 kerusi.
Kumpulan pro-M adalah pergerakan mahasiswa yang sering kali dikaitkan dengan mereka yang agak kritikal terhadap kerajaan dan menuntut mahukan pembabitan yang lebih menyeluruh di kalangan pelajar dalam pentadbiran kampus. Seteru mereka melabelkan diri mereka sebagai pro-Aspirasi (pro-A) kerana dikatakan cuba mempertahankan "aspirasi kerajaan", dan secara tradisionalnya adalah penyokong pihak berkuasa.
Di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kumpulan pro-Mahasiswa juga berjaya mengakhiri kemarau tujuh tahun bagi menguasai universiti kebangsaan itu. Mereka menang 22 kerusi manakala kem Aspirasi mendapat 15. Antara lain, kumpulan pro-Mahasiswa mendakwa pelajar mengundi mereka kerana tidak berpuas hati dengan bekalan air yang tidak menentu di asrama serta perkhidmatan Internet yang tidak stabil.
Kumpulan Aspirasi menang 38 kerusi manakala lima lagi diboloti calon bebas. Mengulas faktor kekalahan mereka dalam pilihan raya itu, jurucakap pro-M UTM Ku Abd Muhyi Ku Abd Hamid berpendapat kekurangan calon dan kekurangan sumber kewangan adalah antara punca kekalahan mereka.







