Hari ni lepas je balik dari Musolla Bilal,tiba-tiba tergerak untuk mengklik honestech punya ikon dalam komputer..
Kedengaran rakaman suara Ust. Zahazan menyampaikan tazkirah subuh di IKIM.fm. Menarik kupasan tafsir Ustaz Zahazan ni. Saya pegang dulu Ma'thurat di tangan tanpa sempat membukanya kerana tertarik dengan kupasan tafsir hari ini...
Tapi apa yg saya nak kongsikan disini ialah satu point atau kisah yg disampaikan ustaz, yg mana kisah tersebut saya pernah gunakan dalam tazkirah Ramadhan saya yg lalu berkenaan Sunnah Nabi tercinta... Kisahnya berbunyi begini..
Suatu hari Abu Darda diberitahu rumahnya terbakar, tapi dia tak percaya dan berkata "tak mungkin..". Sahabat beritahu lagi rumah kamu terbakar sehingga beberapa kali namun Abu darda tetap tak percaya. Apabila sampai ke rumah beliau, rumah beliau memang tidak dijilat api walaupun rumah sekitarnya hangus dijilat api. Sahabat pelik dan tanya Abu Darda mana dia tahu rumahnya tak terbakar? Abu Darda menyatakan aku mengamalkan doa yg diajarkan oleh nabi semasa keluar rumah dan aku percaya pada sunnah2 nabi. Dalam doa tersebut antaranya memohon Tawakal pada Allah untuk keselamatan tempat tinggal dan diri..Ustaz ada bacakan doa tersebut, tapi terlalu panjang dan tak sempat nak salin..
(Takat ni saya baca doa kuar rumah yg pendek je. Senang apply..)
"Disebalik Sunnah ada kejayaan..."
Habis kuliah, saya iftah Ma'athurat yg dah hangat digenggaman, menanti untuk dihayati..
(honestech tu nama software je. Guna sbg driver untuk tengok tv dan dengar radio melalui TV card dalam komputer saya..)
No comments:
Post a Comment