Kalau Ramadhan yg baru sahaja berlalu itu menjadi saksi pemergian dua orang pelajar kampus saya dan beberapa lagi kenalan, namun Syawal tanpa dipaksa mencoret kisah tersendiri...
Raya pertama, keluarga takkan terlepas menziarahi keluarga 'Tok Aunty' di Kampung Melayu Majidee, JB. Mereka berdarah cina. Maknanya, selain darah Jawa dan Bugis, saya ni mix China la jugak. hehe.. Apa yg menarik kat rumah tok Aunty ialah laksa Johor beliau. Sedap sangat. Namun senyum tawa dan sambutan hangat beliau tidak kedengaran pada Syawal kali ini. Kelihatan cuma wajah sungul seorang tua yg kian dimamah usia. Muram wajahnya menimbulkan tanda tanya.. Risikan mendapati, beliau baru sahaja keluar dari wad beberapa minggu lalu kerana penyakit kencing manis. Tak mustahil si tua ini sungul di Syawal hari. Aku hiba bila mengenangkan, adakah aku sempat lagi bertemu Tok Aunty yg hanya ku lawat setahun beberapa kali ini? Bila2 sahaja aku bakal lihat wajah si tua ini dikafankan. Atau mungkin dia yg menyaksikan jenazah ku diusung pergi? Sebelum balik, aku cuba cari Tok Aunty untuk bersalaman. Rupanya beliau membawa diri di bilik. Mungkin rasa tepinggir kerana sensitif dengan faktor umur dan kesihatan beliau, wallahu 'alam. Bila aku hulurkan tangan, beliau lantas menciumi dahi ku dengan deraian air mata dan berkata, "Zaim doakan kesihatan Tok Aunty ye..". Aku kaget dengan reaksi beliau. Dakapan bersifat keibuan dan esakan keanak-anakan itu membuat aku menerawang jauh dalam perjalanan pulang....
Raya ke-3, aku akan kembali ke Seremban dari Johor Bahru. Banyak plan ziarah untuk ditunaikan hari ini sebelum kami meniggalkan bumi kelahiran ibubapa ku ini. Antaranya kami akan singgah di Taman Jariah,Kulim (Dekat dengan Felda Taib Andak, rumah mak Mawi World!..). Itu merupakan rumah adik kepada Ummi. Kira makcik aku ler. Kami panggil dia Cik Ana je. Nenek (Mak Ummi aku) ada di sana. Apa yg aku sedar, bukan hanya nenek, tapi hampir semua orang tua suka berpindah randah ke rumah anak-anak. Batapa sayang mereka pada kita.. Tapi apa yg aku nak kongsi disini, keadaan Nenek yg kian uzur. Jatuh bilik air?!. Hm.. Ksian dia. Nampak teruk dan jelas muka yg ceria ini dulu sedang rakus dimakan usia. Dia lah satu2 Nenek ku yg tinggal. Semoga umur beliau diberkati dan dirahmati.
"Ya Allah. Kau yg memiliki kesihatan, kurniakanlah kesihatan
dan keberkatan umur pada semua ahli keluarge ku khususnya dan semua muslimin
muslimat umumnya..."
Balik ke kampus, Syawal kali ni kelabu lagi dengan berita ketidaksihatan seorang senior kos Undang-Undang (Syariah), Saudara Faridzul. Keadaan kritikal beliau diceritakan sahabat2 yg pernah berziarah. "Doc amik air tulang belakang..", kata seorang sahabat. Wha.. Parah kedengarannya. Memang parah. Aku tak dapat bayangkan betapa tabahnya beliau dalam situasi demikian.
"Semoga Allah memberi nikmat kesihatan kepada semua
muslimin muslimat.."
Mereka-mereka ini dipilih Allah untuk diuji. Betapa beruntungnya mereka andai lulus dalam ujian itu. Besar pahala amalan mereka. Bagai Ayub yg diuji dengan penyakit kulit, ketabahan menghadapinya membawa kepada kejayaan nya di Akhirat.. Wallahu 'alam.
No comments:
Post a Comment