Sunday, October 5, 2008

5 Syawal... Tazkirah Syawal Foreigner Di Kampus.

Petang semalam lagi saya dah balik ke kampus, bukan buang tebiat balik awal, Cuma nak buat preparation untuk menghadapi hari2 study yg makin mencabar.huhu...

Sebenarnya just stand by je kat cni kalau2 mainboard Zafran Management nak buat meeting, at least saya dah ready kat KL dan tak lewat g meeting. Tapi tadi baru dapat confirmation yg meeting delay ke esok hari.huhu.tak pa la, at least dapat kemas bilik n study sikit...

Tadi selepas solat Zohor di musolla Siddiq, saya sempat menjamah rohani dengan sedikit tazkirah Syawal dari seorang Uncle foreigner. Tazkirah yg cukup menarik kerana beliau Berjaya membawa audience ke satu level keinsafan diri (berdasarkan perspektif jiwa aku le..).

Suka saya kongsikan disini sedikit pengisian tazkirah tesebut. Saya tak ingat semua, tapi bak kata org kampong, kalau tak dapat kongsi semua, jangan tinggal semua.. Pengisian tersebut disampaikan dalam English, tapi saya translatekan ke bahasa melayu berdasarkan kefahaman saya..


Alhamdulillah, kita telah Berjaya mengerjakan puasa Ramadhan dengan jayanya. Namun, adakah kita bergembira dengan kedatangan Syawal atau kita sedang bersedih dengan pemergian Ramadahan..??...
...Abu Bakar pernah berkata kepada para sahabat ketika mana sebahagian mereka tak dapat menerima pemergian dan kewafatan Nabi tercinta. Antara yg dikatakan Abu Bakar, “Barang siapa yg cintakan Muhammad, maka sedarlah yg Muhammad kini sudah wafat, tetapi barang siapa yg cintakan Islam kerana Allah, maka bersaksilah bahawa Allah kekal abadi..”.. Bila dikaitkan dengan Ramadhan, cuba kita perhatikan, andai kita cintakan Ramadhan dan beramal kerananya, maka sesungguhnya Ramadhan telah meniggalkan kita, tetapi, sekiranya kita beramal kerana cintakan Allah, maka bersaksilah bahawa Allah kekal abadi..


Apa pengajarannya? Haa... telah menjadi tabiat org kita mudah terlupa. Bak kata Che Det (Tun Dr Mahathir),
“..melayu mudah lupa..”. .

“Org kita insaf Cuma sementara je..”,
..kata Nabil Raja Lawak2.. Memang benar. Ini kenyataannya. Bila Ramadhan datang, kita berlumba2 buat amal, tapi belum sempat Syawal berlalu, tabiat lama yg negative datang balik. Amalan2 dalam bulan puasa tu kita tinggalkan mcm Ramadhan yg kita tinggalkan.. Sekiranya kita beramal dalam bulan Ramadhan kerana Allah, amalan tersebut pasti akan subur sepanjang tahun sehingga kita ke Ramadhan seterusnya...

Memang Ramadhan telah tinggalkan kita, kemulian dan kebesarannya juga telah berlalu pergi. Kita mungkin kehilangan peluang dalam Ramadhan, tapi tak kan kita nak tinggalkan jugak amalan yg telah kita latih sepanjang tarbiah Ramadhan lepas? Terawikh mungkin tak ada dalam bulan2 lain, tapi bagaimana dengan bacaan Al-Quran,sedekah,akhlak, dan amalan2 lain yg boleh kita amalkan dalam bulan2 lain? Tak sayang ke kita melepaskan bekalan kita yg telah disajikan untuk ke akhirat nanti..??

Sepatutnya kita teruskan dan kita suburkan amalan2 tersebut sepanjang tahun sebelum kita bertemu dengan Ramadhan yg akan datang..(kalau panjang umur, Insya-Allah..)..
Nah..fikir2kan dan selamat beramal...!

No comments: