Secara ringkas, rancangan tersebut melibatkan artis2 melayu tanah air yg ditanay seandainya mereka ditakdirkan bukan menjadi artis, pekerjaan apa yg mereka prefer..? Mcm2 jawapan yg diberikan mereka, contohnya Ella nak jadi pakar kecantikan, Jaclyn Victor nak jadi dealer barang kemas, dan sebagainya.
Antara rakaman yg sempat dibuat ketika sebahagian artis diuji dengan pekerjaan yg dipilih, saya terkejut dengan penampilan hero rancangan Bong di tv9 yg memilih untuk menjadi pelayan restoran. Apa yg buat saya shock is pertengkaran dia dengan seorang pelanggan. Habis pelanggan tersebut dimaki hamunnya. Memang la ‘customer always right’, tapi si pelanggan tu pun satu hal buat order main2. Disini kita dapat lihat mcm mana etika kita. Saya juga penah menghadapi situasi yg sama (rasanya apapun pekerjaan yg berhubungan dgn pelanggan akan menghadapi masalah ini..).
Namun its quite interesting sebab ia mengajar kita bersabar. Dalam pelajaran Organization Behavior, kami diajarkan bahawa dalam berniaga, kita perlu pandai mengawal emosi ketika berhadapan pelanggan. Saya tak ingat istilahnya. Apa yg saya faham, walaupun sebenarnya kita marah dengan customer tersebut, sebahagian etika kerja memaksa kita senyum dan ramah. Secara tuntasnya, ia mengajar kita berlakon didepan pelanggan. Ia Cuma sebahagian behaviorial ethic yg saya ingat, banyak lagi sebenarnya...
Selain artis tersebut, sempat juga saya saksikan Mila AF berniaga kuih dipasar dan Faizal Tahir menjadi butcher (peniaga daging)..
Tapi apa yg lebih menarik pada saya adalah jawapan Adlin Aman Ramly. Jawapan beliau apabila ditanya nak jadi apa..? dia jawab,
“Ahli politik kot..”.Wartawan ask him why politician? Selepas senyap beberapa saat,maka dia jawab,”...sebab saya pandai berlakon..”. haha. Saya tergelak denger jawapan tersebut sebab ia sangat menarik. Ada benarnya jugak politician kene pandai berlakon. Kat barat sana ramai actor yg jadi politician. Antara yg popular ialah Arnold Schwajenager (betui ke aku eja nih..huhu) di California..
Hehe. Tak nak komen jauh, u all pun da besar panjang, pandai fikir , bak kata abg saya,Nabil Raja Lawak, “ha, lu p k la sendiri.. Assalamualikum...” (^,^)
No comments:
Post a Comment