"tidak guna solat kalau tidak bayar yuran"..kepada seorang aktivis pelajar sewaktu dua mahasiswi tersebut diarahkan keluar asrama minggu lepas.
Nor Farhana Farzieana Azmi dan Nur Shafiqa Mohd Ali mulai semalam dibenarkan kembali menginap di Kolej Tun Perak sepanjang minggu peperiksaan yang sedang berlangsung.
Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM) membuat aduan tersebut kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Putrajaya hari ini berhubung kenyataan pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) itu yang disifatkan boleh menimbulkan kekeliruan.
"Kami harap pihak Jakim dapat merujuk perkara ini dengan universiti dan beliau.. yang membuat aduan tersebut, kepada Malaysiakini.
(pegawai terbabit) harus minta maaf," kata presidennya Mohd Safwan Ab Ghani,
Mohd Safwan, yang baru sebulan memegang jawatan presiden persatuan berpengaruh itu berkata, dua pelajar termasuk aktivis itu Mohd Lukman Al-Hakim Low Abdullah yang menjadi saksi kejadian turut hadir. Lima lagi pelajar mengiringi mereka bertiga. Ketika pindah barangMereka turut menamakan Fahmi Azar dalam aduan kepada jabatan Islam itu.
Menurut Mohd Safwan, aduan tersebut diserahkan kepada bahagian perhubungan awam Jakim.Pada 15 Oktober lepas, Fahmi Azar didakwa pernah berkata kepada Mohd Lukman Al-Hakim sewaktu sekumpulan pelajar hadir untuk melihat Nor Farhana Farzieana dan Nur Shafiqa memindah keluar barang-barang dari kolej tersebut. Kedua-dua pelajar wanita itu dibuang dari Kolej Tun Perak atas alasan "tinggal secara tidak sah".
Pegawai HEP berkenaan enggan mengulas sewaktu dihubungi sebentar tadi. Sementara itu, satu blog Angin Perubahan mendakwa Mohd Lukman Al-Hakim pernah menumbuk Fahmi Azar susulan kenyataan pegawai itu.
Menurut blog itu, satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian tersebut.Bagaimanapun aktivis pelajar itu menafikan dan membuat satu lagi laporan polis pagi dengan mendakwa coretan blog itu "palsu" dan "menjatuhkan maruahnya."
Dalam perkembangan berkaitan, Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (PMAPIUM) melaporkan kenyataan pegawai UPM berkenaan di balai polis Pantai hari ini.Menurut seorang exconya Zulzaidi Mahmod, laporan itu dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan kerana kenyataan itu didakwa "sengaja mencabar dan mempermain-mainkan kesucian agama Islam yang menjadi teras agama rasmi Malaysia bawah Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan."
Ehsan Malaysiakini - Jimadie Shah Othman Oct 23, 08