Friday, April 17, 2009

Teknik :: Mengemaskinikan laman blog melalui ScribeFire

Blog merupakan teknik terkini untuk seseorang berkongsikan maklumat dengan lebih mudah. Untuk memastikan sesebuah laman blog memperolehi pengunjung yang ramai, maklumat didalamnya perlulah dikemaskinikan sentiasa.

Kini terdapat cara mudah untuk mengemaskinikan laman blog menggunakan Add-ons browser firefox. Add-ons ini dinamakan Scribefire. Ianya boleh diperolehi di www.scribefire.com.

Perbezaan ScribeFire dengan kemudahan mengemaskinikan laman blog melalui laman web yang diberikan oleh syarikat pembekal seperti blogger adalah, ianya lebih mudah untuk digunakan.

Diantara kemudahan yang memberikan kelebihan kepada ScribeFire adalah:

1. Anda tidak memerlukan apa-apa perisian tambahan. Semuanya berada didalam perisian browser FireFox.

2. Kandungan boleh ditaip tanpa perlu kemudahan Internet. (hanya perlu kemudahan Internet untuk mengemaskini blog online)

3. Boleh menambahkan kandungan dari kemudahan online yang lain seperti Flickr dan Youtube dengan mudah.

4. Boleh mengemaskinikan beberapa laman blog yang menggunakan account berlainan serentak.

5. Boleh melihat laman blog yang hendak dikemaskinikan dibahagian atas.

Walaubagaimanapun masih terdapat beberapa kekurangan didalam ScribeFire, diantara kemudahan penting yang tidak terdapat didalam ScribeFire adalah kemudahan penambahan imej secara terus dari Hard Disk.

Namun begitu ScribeFire perlu dicuba terlebih dahulu untuk semua yang menghasilkan laman blog.

No comments: