Tuesday, April 14, 2009

Keputusan matrikulasi 17 April


KUALA LUMPUR - Semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memohon Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) boleh mengetahui keputusan rasmi menerusi laman web www.moe.gov.my mulai 17 April ini.

Menurut kenyataan KPM, pemohon juga boleh menyemak keputusan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip MAT diikuti nombor kad pengenalan pelajar dan dihantar ke talian 15888.

"Talian bantuan bahagian matrikulasi iaitu 03-8884 4100 juga boleh dihubungi untuk keputusan rasmi bermula 17 April ini dari pukul 8.30 pagi hingga 4 petang.

"Tarikh pendaftaran pelajar pada 11 Mei 2009 manakala surat tawaran dan maklumat mengenai pendaftaran, yuran dan sebagainya akan dihantar ke kolej matrikulasi atau kolej MARA berkenaan," jelas kenyataan itu di sini semalam.


ehsan dari Kosmo: 14 April 2009

No comments: