Monday, February 9, 2009

Ada pelajar UIA jadi monyet?

Balik dari mendengar ceramah yg membicarakan permasalahan ummat, aku menuju ke arah 'buraq' Nitro125 aku di hadapan Library. Jam menunjukan 1.35pagi. Dari jauh aku kedengaran suara org bertekak. Rupa-rupanya terdapat seorang perempuan dan 2 orang lelaki sedang berkelahi disebelah sebuah kereta.Aku sedih mendengar perkara yg mereka perdebatkan. Antara intipati 'perdebatan' mereka yg kebetulan aku dengar ialah,"ko kena tau tau, perasaan aku memang takkan hilang pada 'ex-ex girlfriends' aku.Tak kan hilang.Tak kan!" Kata seorang lelaki pada perempuan tu."Betul tu, aku pun macam tu.Ko tak boleh nak salahkan lelaki. Lelaki memang macam tu..." sampuk laki yg sorang lagi penuh semangat.

banyak lagi, tapi aku tak ingat menda 'remeh' yg diorang bincangkan. Kehadiran aku umpama tidak menimbulkan perasaan malu pada mereka. Mereka terus terjri2 menyatakan hujah.Dalam hati aku menjerit,"Kita semua sibuk dok fikir cara nak selasaikan masalah ummat, dia sibuk bincang masalah cinta monyet (cinta plastik) di awal pagi tatkala orang lain sedang mengerjakan tahajud?"

  • 1. Wahai perempuan, carilah lelaki yg bercinta dgn mu atas matlamat untuk mendirikan rumahtangga bersama mu. Pelihara kemaluanmu (perasaan malu) yg merupakan dinding bagi keselamatan diri mu dari dicemari nafsu kotor sang durjana yg berniat bercinta hanya demi mendapatkan kenikmatan tubuh mu..
  • 2. Wahai lelaki, peliharalah nafsumu dan kalau nak bercinta pun, pasang matlamat cinta kita adalah demi menuju pernikahan. Dan hormat wanita yg bakal menjadi isterimu itu (no touching k!).
  • 3. Sepatutnya kita umat Islam sibuk membincangkan masalah ummat, bukan membebankan kepala memikirkan masalah cinta plastik!?

Memang lumrah kehidupan manusia untuk ada perasaan bercinta (mencinta & dicintai), namun cinta kita pada Allah dan Rasul adalah mengatasi segalanya. No excuses!.Kehidupan para sahabat patut dijadikan pedoman kita. Cinta mereka pd Allah dan Rasul memadamkan cinta mereka pd dunia (nafsu, harta, wanita,etc.)..Abu Bakar as Sidiq sanggup memg'infak'kan kesemua hartanya demi membantu sebaran agama Islam dan hanya meninggalkan Allah dan Rasul sahaja untuk isteri dan anak2 nya.Respect patut diberikan pada mereka. Adakah kita sanggup melakukan yg seperti itu?

Tepuk amal tanya iman.

Wassalam.

No comments: