Tuesday, March 8, 2011

Adakah nilai kita lebih dari RM15.00 atau jauh lebih murah?

Ada tiga tin 100Plus dihasilkan dari satu kilang yang sama. Mereka diletakkan di tiga bakul yang berbeza.

Bila sudah sampai masanya, ketiga-tiga tin 100Plus dinaikkan ke dalam lori yang sama dan dihantar ke destinasi masing-masing mengikut pesanan.

Tin yang pertama diturunkan di minimarket biasa dan dipamerkan di rak bersama tin 100Plus yang lain dan diletak harga RM1.50.

Tin yang kedua diturunkan di sebuah pasaraya besar ternama dan di masukkan ke dalam peti sejuk dan diletakkan harga RM2.00.

Tin yang ketiga dihantar ke sebuah hotel bertaraf lima bintang yang sangat mewah.Tin 100Plus ini ditempatkan di dalam rak atau dalam peti sejuk.

Tin ini cuma akan dikeluarkan apabila ada pesanan dari pelanggan.

Dan jika ada pelanggan yang memesan 100Plus,air dari tin ini dimasukkan ke dalam gelas kristal dan dicampurkan dengan ketul-ketulan ais. Ia disediakan dengan cermat dan berhati-hati dan disajikan kepada pelanggan dengan sopan.

Harganya ialah RM15.00

Persoalannya sekarang ialah mengapa air tin 100Plus ini memiliki harga yang berbeza sedangkan mereka dihasilkan dari kilang yang sama dan dihantar dengan lori yang sama malah ketiga-tiganya mempunyai rasa yang sama?

Persekitaran Mencerminkan Harga Anda!

Apabila anda berada di persekitaran yang boleh mengeluarkan terbaik dari diri anda,maka anda akan jadi cemerlang.

Tapi jika anda berada di persekitaran yang meng’kecil’kan diri anda, maka anda akan jadi ‘kecil’.

Orang yang sama,bakat yang sama,kemampuan yang sama + persekitaran yang berbeza = NILAI YANG BERBEZA.

Bagaimana dengan diri kita selama ini? Di mana kita berada? Tepuk dada tanya iman.

Apa pun apa yang paling utama ialah rezeki adalah ketentuan Qada dan Qadar Allah Taala, oleh itu berusahalah menjadi yang terbaik disamping pasrah dan memohon kepada Allah Taala.

Dan perbezaan tinggi nilai kita di sisiNYA sebenarnya ialah taqwa kita.

Wallahualam.



Suntingan sumber Link

Monday, March 7, 2011

Antara Demonstrasi Paling Berdarah Di Dunia

Revolusi selalunya memerlukan pengorbanan. Pengorbanan masa,harta benda,keringat malah jiwa sekali pun. Segala rusuhan aka demonstrasi aka revolusi ini berlaku apabila rakyat sudah mula tidak tahan dengan pemerintah mereka yang bersikap zalim, diktator, menghalang kebebasan bersuara, rasuah, penyelewengan tidak adil, memanipulasi pilhanraya dan sebagainya.

Revolusi di Libya terus berlanjutan. Amerika dikatakan mula sekodeng peluang untuk campur tangan.

Photobucket

Anak Presiden Muamar Gaddafi, Saif Al-Islam, semasa ditemuramah oleh Al Jazeera 20 Feb yang lalu mengakui bahawa jumlah kematian Revolusi Libya ialah sudah 300 orang, termasuk 58 orang tentera.


Berikut adalah revolusi-revolusi yang banyak mengorbankan nyawa perusuh.

1.Revolusi Romania 1989 (1,104 mati)

Photobucket

Revolusi Rumania 1989 melihatkan kekerasan sejak awal, dan kekerasan semakin meningkat sehingga pertempuran berhenti, seminggu selepas dimulakan. Sebelum rusuhan,rakyat di Romania tidak senang dengan berbagai hal.

Punca utamanya ialah Perdana Menteri masa itu Nicolae Ceau yang membuat pelbagai perkara untuk mengurangkan hutang negaranya. Television, makanan, pakaian, elektrik dan banyak lagi dicatu.

Namun pada masa itu dia dan isterinya mengadakan pelbagai pembaziran wang rakyat. Sekatan dibuat juga oleh Polis Rahsia negara tersebut seperti dilarang kebebasan bersuara,buku-buku ditapis, saluran radio dilarang, dan tidak ada yang mengkritik regim.

Semua ini sangat membuatkan rakyat Romania marah dan mula bangkit untuk berevolusi.


2.Direct Action Day 1946 – 4,000 mati

Photobucket

Rusuhan ini adalah rusuhan Islam-Hindu paling melibatkan banyak kematian dalam sejarah.

Direct Action Day, juga dikenali sebagai Great Calcutta Killing, berlaku pada 16 Ogos 1946, dan berakhir dengan 4,000 orang maut dan hampir 10,000 orang kehilangan tempat tinggal.

Rusuhan terjadi di tempat yang sekarang dikenali sebagai Calcutta.

Kerusuhan ini dimulai pada 18 hari Ramadan,dan dirancangkankan untuk berdamai, tetapi menjadi tragedi berdarah.


3.Pemberontakan Arab di Palestin 1936-1939 (5,600 Meninggal)

Photobucket

Pemberontakan Arab di Palestin 1936-1939, mereka yang mengambil bahagian dalam rusuhan itu memprotes dua masalah utama iaitu: pendatang Yahudi yang sangat ramai ke kawasan Palestin dan kembalinya pemerintahan kolonial Inggeris.

Tahun-tahun pertama demonstrasi dipimpin oleh Komuti Tinggi Arab (AHC). Selama ini masalah rusuhan hanya isu besar yang digembar gemburkan; kenyataannya aksi demo mereka hanya mogok dan jenis lain dari protes politik yang tidak menimbulkan kekerasan atau bahaya kepada siapapun.

Namun,perkara ini berubah pada tahun 1937 setelah Inggeris telah berjaya menenangkan demonstrasi yang pertama.

Pada September 1937 rusuhan demonstrasi berubah menjadi kekerasan dan ribuan orang dibunuh. Dikatakan bahawa semasa rusuhan tersebut lebih kurang 10% dari populasi Palestin lelaki yang berumur antara 20-60 dibunuh, dipenjarakan, dan tercedera. Namun, pada akhirnya, demonstrasi yang menjadi rusuhan ini tidak membuahkan hasil.


4.Demonstrasi Soweto – 600 mati

Photobucket

Pemberontakan Soweto dimulakan pada 16 Jun 1976 di Soweto, Afrika Selatan yang melawan pemerintahan yang dikenali sebagai apartheid.


5.1977 Demo Roti di Mesir – 800 mati

Photobucket

Rusuhan gara-gara roti di mesir yang melibatkan sebahagian besar kota terbesar di Mesir.Namun, hal ini cukup jelas bahawa rusuhan terjadi akibat reformasi ekonomi oleh Anwar Sadat tidak membuatkan rakyat gembira.

Konflik dimulakan ketika Sadat membuat pinjaman dari Bank Dunia untuk memberikan subsidi, termasuk makanan. Pada tahun 1977 diumumkan bahawa pemerintah merancang untuk membatalkan subsidi sebanyak $30 juta. Bonus dan kenaikan gaji juga dibatalkan.

Kerana pembatalan ini, ramai orang di seluruh Mesir menjadi sangat marah. Rakyat dari seluruh mesir, termasuk Cairo dan Iskandariah bergabung untuk berjuang agar rancangan presiden itu dibatalkan.


6. Medan Tiananmen 1989 – Lebih 3,000 orang mati.

Insiden mahasiswa pro demokrasi dilakukan setelah mahasiswa melakukan demonstrasi di Dataran Tiananmen di Beijing antara 15 April dan 4 Jun 1989.

Protes ini ditujukan terhadap ketidakstabilan ekonomi dan korupsi politik yang kemudian menjadikan demonstrasi pro-demokrasi. Kerajaan China masa itu dikatakan menggunakan kereta kebal untuk melenyek para penunjuk perasaan.


7. Minggu Berdarah 1905 di Russia (1,000 orang mati)

Photobucket

Ribuan warga Russia berdemonstrasi di jalan-jalan Rusia untuk memberikan undian kepada Tsar Nicolas II. Namun, demonstrasi damai menjadi tragedi berdarah kerana pasukan Polis Rahsia Tsar tiba dan menembak para pendemo.



Sumber Link

Sunday, March 6, 2011

Pandang hitam tak semestinya hitam, boleh jadi disebaliknya ada putih yang dilitupi hitam.

Meon dan isterinya baru berpindah ke sebuah rumah baru. Esok pagi ketika sedang breakfast, isteri Meon melihat jiran barunya sedang menjemur pakaian di halaman.

“Eh, jiran sebelah tu basuh baju pun masih kotor lagi…” katanya “mesti jiran kita tu tak tahu cara membasuh baju yang betul, sepatutnya dia hantar dobi jer atau kalau perlu ganti sabun basuh yang lain..” sambungnya.

Meon mendengar ngomelan isterinya, tapi dia diam saja. Setiap kali jirannya mencuci dan menjemur pakaiannya, isteri Meon memberi komen yang sama.

Sebulan kemudian, tiba-tiba isteri Meon teruja kerana melihat baju yang disidai jiran sebelahnya sangat sangat bersih sekali. Dia memanggil Meon “Tengok bang!, dia dah pandai basuh baju dengan betul! Siapa lah yang dah mengajarnya?”

Meon menjawab “kebetulan hari ini abang bangun pagi dan membersihkan kaca tingkap rumah kita la sayang…”

Nilai: Bersihkan sudut pandang kita untuk mengelakkan dosa besar seperti bersangka buruk, menfitnah dan mengumpat. Sudut pandang yang bersih datang dari hati yang bersih. Semua itu memerlukan ilmu.


Bagaimana hendak memulakan projek animasi 3D anda.

Cara terbaik untuk memulakan projek animasi 3d anda adalah dengan mendapatkan sebuah program perisian yang khusus dibuat untuk membuat animasi 3d. Terdapat banyak perisian yang telah dibina untuk membuat animasi 3d. Program ini antaranya: Poser, 3d Studio Max, Daz 3d, Bryce, Carrara, Animation Master, Maya, LightWave, Anim8or, 3D Canvas, dan Blender. Karena ada banyak software animasi 3d yang tersedia, penting untuk mencari perisian yang terbaik untuk keperluan anda mengikut keadaan.
1. Tuliskan butiran projek animasi 3d yang anda ingin hasilkan dan sebab mengapa anda ingin membuatnya. Misalnya, projek anda untuk berseronok atau untuk memulakan langkah ke arah profesion dalam animasi3d.

2. Tuliskan jumlah masa anda ingin menyelesaikan projek ini. Hal ini untuk melihat apakah anda ingin cepat membuat animasi 3d tersebut atau apakah itu adalah sesuatu yang anda tidak keberatan menghabiskan masa yang lama.

3. Petakan masa anda ingin memahirkan diri untuk menggunakan perisian animasi 3d. Hal ini untuk melihat apakah anda ingin menggunakan perisian yang mudah dipelajari atau menggunakan software yang agak sukar dan memakan masa untuk dipelajari.

4. Cuba kaji program yang disebutkan dalam bahagian pendahuluan di atas dan lihat perisian terbaik untuk keperluan anda dalam menentukan tujuan, masa, dan wang.

5. Tentukan dan dapatkan perisian program animasi 3d yang anda akan gunakan. Setelah memutuskan perisian mana yang akan digunakan bersesuaian dengan perancangan anda, anda kini sudah boleh mula mengikuti tutorial bagaimana membuat 3d animasi.




Saturday, March 5, 2011

Jom cuba resepi baru: Roti telur inti ketam.

Photo0007

Kebelakangan ni agak tidak berkesempatan untuk masak sarapan yang berat-berat. Bila google, tetiba jumpa resepi ni. Sesuai untuk sarapan atau waktu 'emergency' tengah lapo..


Bahan-bahan ( Untuk 2 orang )

  • 4 keping roti
  • 2 keping cheddar cheese
  • 2 biji telur
  • 3 stik isi ketam...hiris halus
  • 1 biji lobak merah...dadukan
  • 1 biji bawang besar...dadukan
  • Serbuk ayam (tumix)
  • Marjerin planta...untuk tumis,sapu pada roti
  • Sedikit sos cili dan mayonis

Cara-cara

  1. Panaskan sedikit planta,tumis bawang besar,lobak dan isi ketam. Bila garing sikit,tambah tumix. Kacau rata..rasa.
  2. Bila dah rasa ok, pecah 1 biji telur. Kacau rata. Tutup api, ketepikan.
  3. 1 biji telur lagi dipukul ringan.
  4. Sapu 2 keping roti dengan planta. Ambil 1 keping roti, letak inti ketam. Picit sos cili dan mayonis. Macam buat burger..
  5. Letak 1 keping keju cheddar. Tutup dengan roti yang disapu planta tadi. Pegang elok2. Celup ke dalam telur. Letak atas kuali non-stick. Goreng sampai garing kedua-dua belah. Tekan2 supaya keju cair.
  6. Potong 2. Buat satu set lagi. Sedap makan panas2.



Dikongsikan oleh Umi comel. =)


Friday, March 4, 2011

ELAKKAN CINTA ANTA DAN ANTI!



Kalau dah berjumpa, mesti nak duduk dekat-dekat. buat ape jauh-jauh sampai 2meter kan? baru lah ada feel nk nyanyi lagu cinta kristal macam dalam citer Hantu Kak Limah Balik Rumah tu depan awek... "biar aku ilhamkan akan kesucian kasih dan cintamu terus memancor" Choi!

Kalau duk jauh-jauh serupa tak payah bercinta. fesbuk kat rumah lagi besh meyh. tambah lagi, bukan senang nak jumpa pakwe/makwe pujaan hati jiwa dan raga yang setia bagai sorang tu. semua tu bukan namanya maksiat kan? Maksiat mata je lah kot. yang lain takde kan. eh eh betul ke? konpius pulak dah...

klik untuk tumbesaran

Ye ke Cinta kerana Allah? Cinta yang dihalalkan dalam agama kan hanyalah cinta selepas adanya ikatan (perkahwinan). Kalau betul cinta kerana Allah, seseorang tu tak buat sesuatu yang Dia larang. Kalau dah langgar perintah, macam mana hubungan tu nak diredhahi? Mustahil lah ni..

Ce citer? Kalau kandungan mesej tu berunsur tazkirah ke motivasi ke, tidak ke akan menambahkan lagi perasaan sayang si pakwa/makwe tu sebab kekasih dia 'cerdik' dalam beragama. aduh! dah naik pulak shahwat si pasangan tu. pujian dan pujaan dalam hati pun tak mustahil boleh membangkitkan shahwat kan? Unsur maksiat juga disitu. huh ape lagi yek..

klik untuk tumbesaran

Hah what the frog! kuatnya lah iman kita ni kan? kapel 9 tahun masih lagi tak pernah jumpa dekat2, jeling2 mata, bergurau senda lagi lah tak pernah (ececeh yeke? impossible!). Asyik chating je 12 jam setengah! gigih hari-hari buka fb, twitter, myspace, friendster segala-gala. Dulu sebelum kapel jari cantik siot tapi lepas kapel chating punya pasal jari dah macam keling + menggurutu je sana sini. Tapi tak pe demi sayang sanggup ku telan kudis di jari ini. waa.. kalau Dato' Fadzilah Kamsah tau pasal hubungan cinta kita, sah dia puji ketat-ketat ni. See, benda maksiat pun setan boleh nampakkan baik pada mata manusia, na'uzubillah!

klik untuk tumbesaran

Ye lah dowh.. Macam lah dijamin hubungan cinta korang ni sampai ke jinjang pelamin. Kalau sampai sekerat jalan je? baru lah nak menyesal nangis2 mata tu sampai kudis. Kalau nak bercinta pun nanti-nanti je la lepas kahwin lepas nikah. Baru besh! barulah syok nak main gali-gali setiap penjuru keistimewaan dalam pasangan tu.

Kalau kapel awal-awal, semua rahsia dah terbongkar. Segala madu dalam kehidupan tu pun dah diciter masa 1st date kan? Dah tu waktu malam pertama nanti nak citer apa? dah tak romantik di situ, feel pun dah gigih lari jauh-jauh...

klik untuk tumbesaran

Hah yang ni aku setuju! biarpun endingnya sedih tapi dengan perubahan dan keputusan yang macam ni insyaallah dapat merubah segala kehidupan yang tak berapa sihat dan tak berapa berkat. Apabila sesuatu perkara yang keji kita tinggalkan, pasti tuhan menggantikan dengan ganjaran yang lebih baik daripada itu. Yakinlah jodoh ajal maut semua sudah Dia tentukan. Kalau ada jodoh bersatu lah korang nanti di malam pertama. Sekian.....

Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk. (Surah Al-Israa'17: ayat: 32)





Sumber ehsan dari rakan blogger link

Ctrl+Alt+Del: Aplikasi penting ini bukan hasil tangan Bill Gates.

Secara umumnya semua pengguna komputer di dunia tahu menggunakan proram ini untuk menghentikan aplikasi windows yang ‘hang’. Pogram Ctrl+Alt+Del adalah dibuat oleh David Bradley. Dia hanya memerlukan 1 minit 23 saat sahaja untuk menulis source code ini. David Bradley adalah bekas pekerja IBM yang telah bersara paa 25 Mac 2005 selepas berkhidmat selama 29 tahun.


Formulanya juga akan membuat komputer restart apabila tidak mendapat command lain secara paksa

Jurutera IBM sedar pengguna komputer memerlukan satu cara yang mudah untuk restart komputer apabila komputer tidak memberi respon.

Bradley berkata “Saya telah menulis banyak program yang lebih penting dan lebih sukar tetapi Ctrl Alt Del membuatkan saya terkenal.”

Kejayaan dan kegunaan program yang ditulis Bradley ini digunakan setiap kali pengguna komputer gagal.

Komen beliau ketika ditanya hubungannya dengan Bill Gates:

“Saya menang ketika Bill Gates gagal..”


Link

Percubaan Bunuh Diri Anak Hosni Mubarak

Menurut sumber-sumber informasi di Cairo menyebut bahawa Gamal (Jamal) Mubarak, anak lelaki Presiden Mesir yang digulingkan, telah cuba membunuh diri dengan meminum racun, setelah dirinya menderita tekanan moral dan kecewa dari mimpi menjadi presiden serta dikejar oleh rakyat yang ingin mengambil wang yang dia seludupkan keluar dari Mesir, yang berjumlah jutaan dolar di bank-bank yang ada di Ireland, Swiss, Perancis, Kanada dan Norway.

Menurut surat kabar Aljazair “Asysyuruq”, Gamal meminum secawan teh yang telah dicampur dengan racun, Gamal pengsan namun dirinya diselamatkan setelah pengawal keluarganya memanggil doktor peribadainya.

Doktor mengambil sampel terakhir darahnya, dan mendapati bahawa Gamal telah mencuba membunuh diri dengan meminum racun, doktor juga mengatakan bahawa keadaan mental Gamal semakin buruk akibat revolusi Mesir, dirinya menderita tekanan yang sangat kuat.

Hosni Mubarak Mengidap Kanser

Sementara itu, Presiden Mesir yang digulingkan, Hosni Mubarak dilaporkan terus menerima rawatan untuk penyakit kanser di negara yang melindunginya iaitu Arab Saudi. Demikian menurut laporan akhbar Al-Akhbar pada hari Rabu lepas.

“Sekarang Mubarak ada di sebuah pangkalan tentera di bandar Tabuk dan menerima rawatan untuk kanser usus besar dan pankreas,” kata laporan itu.

“Dia sedang menjalani kemoterapi setiap lima hari,” katanya.

Setelah dia mengundurkan diri pada 11 Februari dan kekuasaan diserahkan ke sebuah dewan tentera, Mubarak, 82, menetap di resort di Laut Merah Sharm el-Sheikh, tempat dia secara teratur menerima tamu asing.

Al-Akhbar melaporkan bahwa Mubarak berangkat ke kota di barat laut Arab Saudi hanya beberapa hari setelah pengunduran dirinya.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini rahsiaa kesihatan Mubarak sangat dikawal ketat. Mac tahun lalu Mubarak menghabiskan tiga minggu di Jerman setelah pembedahan.


Sumber: googlenews

Thursday, March 3, 2011

Iran Protes Logo Olimpik 2012 Rasis: Tak pernah aku tengok logo olimpik mcm ni.

Logo Olimpik 2012 London menimbulkan 1001 persoalan dan isu apabila Iran memprotes logo tersebut yang dikatakan berbau rasis kerana mempunyai perkataan seakan-akan perkataan ZION.

Photobucket

2=Z 0=O 1=I 2=N

Gambar untuk lebih jelas,

Photobucket

Apa yang dimaksudkan dengan ZION? ZION boleh disamakan dengan pengganas ZIONIS.

Lihat maksud ZION dari terjemahan Advance Version , sumber di sini

Photobucket

Pendirian Iran sebagai negara Islam.

Iran kemungkinan akan memboikot acara sukan terbesar itu menurut surat yang mereka hantar kepada IOC (International Olympic Comittee). Dalam surat tersebut juga seakan Iran mendesak negara-negara Islam yang lain mengambil tindakan yang serupa.

Namun begitu Presiden IOC, Jacques Rogge menafikan tuduhan Iran bahawa logo Olimpik London 2012 “rasis”. Rogge mengatakan kepada BBC Sport: “Tidak, ini bukan hal serius. Kami akan menjawab dengan senyap, dan menjelaskan bahawa logo ini tidak ada kaitan dengan rasisme atau politik.”

Rogge juga menambah bahawa logo tersebut telah dilancarkan pada tahun 2007 tetapi mengapa sekarang baru ditimbulkan isu tersebut.

Surat dari Iran kepada Rogge berbunyi:

“Tidak diragukan ada satu sikap lalai dalam masalah ini dari pihak anda akan memberi kesan beberapa negara akan menarik diri, terutama Iran.”

Iran berjaya menggondol satu pingat emas dan satu gangsa pada Sukan Olimpik di Beijing tahun 2008. Pingat emas Iran adalah dari olahraga Taekwando kelas 80Kg menerusi atlit Hadi Saei. Sementara pingat gangsa diraih oleh Seyedmorad Mohammadi dari gusti kelas 60kg.

Maskot Dajjal?

Selain dari logo Olimpik yang menjadi isu hangat tersebut, maskot Olympic 2012 London ini juga menjadi isu.


Maskot yang bernama Wenlock tersebut bermata satu seperti Dajal.

Photobucket

Di hujung kepalanya juga terdapat bentuk piramid yang sangat mirip dengan logo Freemason.

Photobucket

Ini logo freemason..

Photobucket

Pendirian Malaysia?

Apa agaknya pendirian kerajaan Malaysia dalam isu ini ya?Kita juga negara Islam walaupun pemerintahan negara kini sering dikaitkan mempunyai hubungan intim dengan APCO dan Israel, hakikatnya maruah Islam lebih mulia dan perlu diutamakan. Kita bukan banjingan. Tepuk dada, tanya iman.

Disunting dari IsuHangat.net

Wednesday, March 2, 2011

Sedarkah anda pasangan kita banyak berkorban dan berbohong demi kebahagiaan rumahtangga.

Kisah kemanisan hubungan dalam kemasinan kopi.

Seorang pemuda bertemu dengan seorang gadis di sebuah keraian, gadis itu tampil dengan cantik yang luar biasa.Ramai lelaki yang mencuba mengurat gadis tersebut. Pemuda itu yang sebenarnya penampilannya biasa sahaja dan tidak ada gadis yang memerhatikan dia.

Tetapi semasa keraian tersebut habis,dia memberanikan diri mengajak gadis cantik itu untuk keluar minum. Gadis cantik tersebut agak terkejut dengan pelawaan itu, tapi kerana kesopanan pemuda itu, gadis itu sanggup menerima pelawaan pemuda tersebut.

Akhirnya mereka duduk di sebuah restoran, tapi pemuda tadi sangat gugup untuk berkata apa-apa dan gadis cantik tersebut mula merasa tidak selesa dan bosan dan berkata, “Jom, kita balik..”

Tiba-tiba pemuda tadi meminta sesuatu pada pelayan,

“Boleh minta garam buat kopi saya?”

Semua orang yang mendengar memandang dengan penuh tanda tanya kepada pemuda tersebut.Muka pemuda tadi berubah menjadi merah, tapi tetap saja dia memasukkan garam tersebut ke dalam kopinya dan meminumnya.

Gadis cantik tersebut lalu bertanya, “Kenapa awak mempunyai hobi seperti ini?”

Pemuda itu menjawab, “Ketika saya kecil, saya tinggal di daerah pantai dekat dengan laut, saya suka bermain di laut, saya dapat merasakan rasa air laut, masin dan sedikit menggigit, sama seperti kopi masin ini.

Dan setiap saya minum kopi masin, saya selalu ingat masa kecil saya, ingat kampung halaman, saya sangat rindu kampung halaman saya, saya rindu kepada orang tua saya yang masih tinggal di sana.”

Begitu berkata kalimat terakhir, mata pemuda tersebut mula berkaca-kaca, dan gadis cantik sangat tersentuh akan perasaan tulus dari ucapan pemuda di hadapannya itu.

Gadis tersebut berfikir apbila seorang pemuda dapat bercerita bahawa ia rindu kampung halamannya, pasti pemuda itu mencintai rumahnya, ambil berat akan rumahnya dan mempunyai tanggung jawab terhadap rumahnya.

Kemudian gadis tersebut mula bercerita juga tentang kampung halamannya yang jauh, masa kecilnya, dan keluarganya.

Suasana yang kaku tadi terus berubah menjadi sebuah perbincangan yang hangat yang akhirnya menjadi sebuah awal perkenalan yang indah dalam cerita mereka berdua.

Mereka akhirnya bercinta. Gadis cantik itu akhirnya merasakan bahawa pemuda itu walaupun tidak mempunyai perawakan yang tampan tetapi adalah seorang lelaki yang dapat memenuhi segala permintaannya, dia sangat mengambil berat, berhati baik, hangat… betul-betul seseorang yang sangat baik tapi gadis tersebut hampir saja kehilangan seorang lelaki seperti itu!

Nasib baik ada kopi masin!

Kemudian cerita berlanjutan seperti cerita cinta yang romantik. Puteri menikah dengan pemuda tersebut dan mereka hidup bahagia selamanya, dan setiap malam gadis cantik yang telah menjadi isteri pemuda itu membuat kopi untuk suaminya, ia meletakkan garam di dalamnya, kerana dia tahu bahawa itulah yang disukai oleh suaminya.

Setelah 40 tahun, lelaki tersebut meninggal dunia, dia meninggalkan sebuah surat yang tertulis,

“Sayangku yang tercinta, mohon maafkan saya, maafkan kalau seumur hidupku adalah bohong belaka. Hanya sebuah kebohongan yang aku katakan padamu … tentang kopi masin.

Ingat sewaktu kita pertama kali jalan bersama? Saya sangat gugup waktu itu, sebenarnya saya ingin minta gula tapi terminta garam. Sukar sekali bagi saya untuk menerangkan kepada kamu kerana kamu pasti akan merasa tertipu dan meninggalkan saya, jadi saya terus berbohong.

Saya tak pernah terfikir bahawa perkara itu ternyata menjadi awal komunikasi kita! Saya mencuba untuk berkata jujur selama ini, tapi saya terlalu takut melakukannya, kerana saya telah berjanji untuk tidak membohongimu untuk satu perkara pun.

Sekarang saya sudah lemah, saya tidak takut apa-apa lagi jadi saya katakan padamu yang sejujurnya, saya tidak suka kopi masin, betul-betul aneh dan rasanya tidak sedap.

Tapi saya selalu mendapat kopi masin seumur hidupku sejak bertemu denganmu, dan saya tidak pernah sekalipun menyesal untuk segala sesuatu yang saya lakukan untukmu.

Memilikimu adalah kebahagiaan terbesar dalam seluruh hidupku. Jika saya dapat hidup untuk kedua kali, saya tetap ingin bertemu kamu lagi dan memilikimu seumur hidupku, meskipun saya harus meminum kopi masin itu lagi.”

Air mata wanita tersebut jatuh berderai sehingga membuat surat itu menjadi basah.
Kemudian apabila ada seseorang yang bertanya padanya, apa rasanya minum kopi guna garam?

Wanita itu pasti menjawab, “Rasanya manis.”

Kadangkala anda merasa anda mengenal seseorang lebih baik dari orang lain, tapi tidak sedar bahawa pendapat anda tentang seseorang itu bukan seperti yang anda gambarkan. Sama seperti kejadian kopi masin tadi.

::Sumber dari link.





Tuesday, March 1, 2011

Saman ekor: Ketahui hak anda




Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.

Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan

Hak terhadap harta.

(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.

Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.

Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.

Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.

Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenalai dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.

Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda... TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.

Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?

1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.

Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?

2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI

3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?

Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:

a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.

b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.

c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.

Artikel ini ditulis oleh Zulhazmi Shariff. Beliau merupakan Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE).


Dua Wira Muda Katalis Revolusi Mesir.

Revolusi di Mesir yang berjaya menurunkan Hosni Mubarak mencatat sejarah baru bagi negara tersebut, iaitu munculnya tokoh-tokoh muda. Mereka menjadi inspirasi bagi rakyat untuk tetap turun ke jalan dalam hampir tiga minggu untuk menuntut Presiden Hosni Mubarak berundur, meskipun sempat disabotaj pemerintah dengan menutup saluran internet dan handphone serta diserang oleh polis preman pro Mubarak.

Tokoh-tokoh baru itu bukanlah mereka yang sudah terkenal, seperti Ikhwanul Muslimin, kumpulan pemberontak popular yang keberadaannya dilarang oleh rejim Mubarak, dan bukan pula Mohamed ElBaradei – peraih Nobel Perdamaian yang aktif memimpin lembaga Anti-Nuklear PBB.

Sumber inspirasi yang dimaksud adalah mereka yang, sebelum pergolakan ini dimulakan, tidak dikenali oleh rakyat Mesir. Dua tokoh muda tersebut adalah Khaled Said dan Wael Ghonim.

PhotobucketPhotobucket

Bagi kaum muda Mesir, Said menjadi mentor bagi gerakan pro demokrasi setelah mati ditangan polis, dan Ghonim dianggap wira dikalangan pendemontrasi setelah ditahan polis selama 11 hari.

Sebelum ditangkap polis, Ghonim bergerak ‘underground’ sebagai aktivi internet. Pemuda berusia 30 tahun itu menjadi salah satu enjin penggerak massa melalui internet untuk turun ke jalan dengan mengelola sejumlah group akaun di laman jejaring sosial Facebook.

“Ini adalah revolusi kaum muda di internet dan kini merupakan revolusi bagi semua rakyat Mesir,” kata Ghonim kepada pejabat berita Associated Press. Salah satu group Facebook yang dikelola Ghonim itu bernama “We are All Khaled Said.” Nama group itu diinspirasi dari seorang pemuda bernama Khaled Said.

Menariknya, Ghonim dan kalangan muda lainnya melihat Said sebagai motivator mereka untuk berontak melawan regim Mubarak, yang berkuasa sejak 1981. Pemimpin berusia 82 tahun itu, bagi Ghonim dan kaum muda di Mesir, memandang sebelah mata hak-hak demokrasi mereka.

Said menjadi korban kebrutalan rezim Mubarak. Lelaki berusia 28 tahun itu maut pada Jun tahun lalu tanpa alasan yang jelas, disiksa sejumlah polis berpakaian preman di sebuah cyber cafe di Kota Iskandariah.

Padahal Said adalah sebagian dari masa depan Mesir. Menurut media Almasry Alyoum, Said dikabarkan pernah belajar di Amerika Syarikat dalam program sistem komputer.

Muncul gambar Said dalam keadaan sudah tidak bernyawa namun dalam keadaan yang sangat menyedihkan.

Itulah sebabnya kematian Said di tangan polis tidak boleh diterima para pemuda seperti Ghonim.

Maka, Ghonim pun rela mempertaruhkan kerjayanya sebagai salah seorang eksekutif di syarikat internet terbesar di dunia, Google Inc., untuk turut bergerak menentang regim Mubarak. Ghonim sejak Januari 2010 bekerja sebagai seorang Pengurus Pemasaran Google untuk kawasan Timur Tengah dan Afrika Utara.

Photobucket

Dia sebenarnya hidup mewah dengan pekerjaannya di Dubai. Namun, kesenangannya itu dia tinggalkan selama beberapa minggu. Menurut stesyen berita BBC, Ghonim berjaya memujuk Google untuk membenarkan dia bercuti untuk pulang ke kampung halamannya di Mesir karena “urusan peribadi.” Sebenarnya dia mengikut gerakan ‘underground’ anti Mubarak.

Namun, pada 27 Januari 2011, Ghonim dilaporkan hilang semasa situasi di Mesir akibat gelombang demonstrasi mulai panas. Akhirnya muncul laporan bahwa Ghonim ditahan polis Kairo setelah diketahui terlibat dalam gerakan anti Mubarak melalui internet.

Lelaki yang mempunyai dua orang anak itu ditahan selama 11 hari.Hasil dari desakan dari sejumlah pihak, termasuk dari lembaga Amnesty International, Ghonim akhirnya dibebaskan pada 7 Februari 2011.

Dalam wawancara dengan Dream 2 TV, Ghonim mengaku mendapat layanan yang baik dari pihak polis sepanjang penahanannya. Namun, dia pelik kerana pihak polis menyebut dia sebagai pengkhianat.

“Siapapun yang punya maksud baik akan dicap pengkhianat kerana menjadi jahat sudah merupakan perkara biasa. Kalau saya pengkhianat, tentu saya sudah bersenang-lenang di vila saya di Dubai sambil mencari wang yang banyak dan berkata seperti yang lain, ‘Biarkan negara ini [Mesir] jadi neraka.’ Namun, kami bukan pengkhianat,” kata Ghonim.

Di penjara berhari-hari tidak membuat Ghonim lemah. Menurut harian LA Times, tidak lama setelah bebas, Ghonim bukannya pulang ke Dubai tapi terus kembali turun ke jalan. Dia juga kembali aktif di Twitter. “Kebebasan adalah sebuah berkah dan kita perlu untuk memperjuangkannya.” kata Ghonim di salah satu tweet-nya.

Ghonim juga merupakan penyokong setia tokoh pembangkang Mesir pemenang Nobel, Mohammad ElBaradai. Ghonim bergabung secara sukarela dengan ElBaradei, sebulan sebelum bekas Ketua Badan Energi Atom International (IAEC) itu kembali ke Mesir.

Menurut Ziad Al-Alimi, asisten senior ElBaradai, Ghonim sempat membantu membuatkan ElBaradai laman web rasmi www.7amla.net. Dia juga membuat laman rasmi ElBaradei di Facebook.

Aksi gigih dan pengorbanan Ghonim, yang terinspirasi oleh kematian tragis Said, membangkitkan kesedaran banyak orang di Mesir. Tak hanya kaum muda, namun juga warga-warga yang sudah berusia seperti Afaf Naged, bekas lembaga pengarah Bank Nasional Mesir. Mereka pun turun ke jalan menuntut Mubarak segera turun dari kekuasaan.

“Saya juga datang kemari karena Wael Ghonim. Dia benar ketika mengatakan parti Mubarak, NDP (Partai Demokratik Nasional) telah tamat. Tidak ada lagi parti, namun mereka tidak mahu mengakuinya,” kata Naged seperti dikutip stesyen berita Al Jazeera.

Seorang perempuan bernama Fifi Shawqi juga baru kali pertama ikut berdemo. Dia membawa serta ketiga anaknya dalam demonstrasi di Dataran Tahrir pada 8 Februari 2011.

Shawqi juga mengaku tergerak oleh pernyataan Ghonim selepas dia keluar dari penjara. Masa itu, Ghonim menyatakan sedih atas korban tewas dan dia mengatakan cinta Mesir.

“Saya menangis. Saya merasa dia dan semua pemuda di sini seperti anak saya sendiri,” ujar Shawqi. Dalam aksi itu, Ghonim sempat berucap di hadapan puluhan ribu demontrasi di Dataran Tahrir. Pidato ini langsung mendapatkan respon positif dan membakar semangat para demonstrasi.

Namun, Ghonim tidak mahu disebut wira.

“Tolong jangan sebut saya sebagai wira. Saya bukan wira, saya selama 12 hari terakhir ini hanya tidur. Wira sebenar adalah mereka yang turun ke jalan. Jadi, arahkan kamera anda kepada orang yang tepat,” kata Ghonim.

Posted @ www.isuhangat.net, dari pelbagai sumber.