Thursday, January 22, 2009

Keputusan pilihanraya kampus UIAM (SRC08/09)

Semoga kemenangan @ amanah yang cukup berat dikurniakan oleh ALLAH s.w.t. dapat dilaksanakan sebaiknya dengan membawa suara keramat mahasiswa, isu-isu kebajikan terutamanya dan aktiviti-aktiviti berfaedah khusus untuk mahasiswa UIAM dan massa umumnya. - Bekas Presiden SRC IIUM 07/08




Berikut dinyatakan keputusan beserta jumlah undian calon-calon yang bertanding.

GOMBAK CAMPUS
---------------------
KULLIYYAH OF ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCES
MOHD FAHMI – 984 VOTES (WON)
NURUL AIN NAJWA – 490 VOTES
MOHD SOFIYUSSALAM JOHARI – 964 VOTES (WON)
MUNIRAH BT DAMANHURI – 917 VOTES
SHARIFAH NAZIRAH – 454 VOTES


AHMAD IBRAHIM KULLIYYAH OF LAWS
AHMAD MUKHLIS MANSOR – 1052 VOTES(WON)
MASHITAH BT IBRAHIM– 775 VOTES (WON)
MOHD ZAKWAN –556 VOTES
MOHD FAISAL BIN AZIZ VOTES- 590

KULLIYYAH OF ENGINEERING
NOR HANI – 699 VOTES
MOHD KAMARUL HELMI BIN MOHD NAWAWI – 1416 VOTES (WON)
MOHD FIRWAN – 1391 VOTES (WON)

KULLIYYAH OF ISLAMIC REVEALED KNOWLEDGE AND HUMAN SCIENCES
ABD SHUKUR – 1076 VOTES
NORAINI MD DIN – 1661 VOTES (WON)
HAZWANI – 724 VOTES
ZATIL – 2060 VOTES (WON)


KULLIYYAH OF ARCHITECTURE AND ENVIRONMENTAL DESIGN
MOHD FARIZ – 414 VOTES (WON)
MOHD AZWAN – 445 VOTES (WON)
KHAIROL – 367 VOTES
AFIZAN – 380 VOTES

KULLIYYAH OF INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY
MOHD AZIZAT – 257 VOTES
MOHD HAIRULZA'IM - 315 VOTES (WON)
SHARIFAH UMMU KALTHUM – 324 VOTES (WON)

Saturday, January 17, 2009

Aku jerit pada Gunung yg kelihatan hebat, tapi Gunung tak getar akhirnya aku yg sakit tekak...

Pilihanraya kampus panas
Abemat Jan 16, 09 3:25pm


Pilihanraya kampus kali ini amat hangat sekali dan sama taraf dengan pilihanraya umum ataupun pilihanraya kecil dalam negara. Barang kali kerana edah pilihanraya kampus kali ini sama dengan by pilihanraya kecil di Kuala Terengganu, maka aksinya adalah sama.

Seperti biasa wujudnya surat layang, fitnah, laporan polis dan terkini meletak kepala babi dalam surau di UM. Di UKM, mahasiswa buat laporan polis kerana ugutan dalam SMS dan panggilan telefon. Di UIAM dan UPM pula suara bising berhubung tarikh pilihanraya dan beberapa syarat tertentu, turut berkumandang. Semua ini kebanyakannya berkisar dalam kelompok mahasiswa Islam.

Penulis melihat perkara ini adalah terjemahan daripada sikap pemimpin yang gagal. Gagal bertindak sebagai khalifah dan gagal menjalankan amanah. Kenapa?
  1. Pertama soal label. Sebenarnya tidak perlulah diletak label sama ada pro-mahasiswa atau pro-aspirasi kerana semua orang sama ada di dalam atau di luar kampus, termasuk di kampung, sudah tahu bahawa yang mengaku pro-aspirasi itu adalah yang menyebelahi Barisan Nasional, manakala pro-mahasiswa pula ialah pembawa bendera PAS, DAP dan PKR.
  2. Kedua, penulis sangat khuatir dengan tindakan segelintir pihak yang suka menangguk di air keruh. Di saat umat Islam ditekan kiri dan kanan, dalam dan luar negara, maka sangatlah perlu semua mahasiswa mengambil sikap 'ihtiat' (berhati-hati) agar apa-apa yang dilakukan itu, tidak mencederakan akidah walaupun untuk mendapatkan kuasa. Islam tidak mengiktiraf matlamat menghalalkan cara. Walaupun niatnya baik untuk mewujudkan saf kepimpinan yang Islamik tetapi kalau strategi kempen disaluti dengan najis propaganda hitam, kaedah Machiavelle, petikan nas agama di luar konteks, kemenangan tersebut adalah tidak bermakna, berdosa dan haram.
  3. Ketiga, politik kampus sepatutnya menjadi contoh kepada masyarakat luar agar berpolitik secara sihat sebagaimana kehendak Islam atau ilmu siyasah yang mana matlamatnya untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat. Amat malang sekali bila mana kini masyarakat tertanya-tanya di mana lagi contoh yang boleh diambil kerana mahasiswa juga turut terpengaruh dengan budaya songsang politik Barat yang menjadi idola tokoh masing-masing.
Penulis menyeru semua mahaguru di universiti agar bangkit untuk membanteras penyakit yang sedang melanda umat Islam di Malaysia ini. Di samping doa, munajat serta solat hajat yang dilakukan saban hari, sumbangan berbentuk tulisan, syarahan, khutbah serta wawancara perlu di pergiatkan lagi oleh kaum cendikiawan agar umat Islam bangkit dari candu politik yang kini kian memakan diri.

Ayuh bebaskanlah umat Islam dari rasa syok sendiri, hipokrit dan mimpi yang asyik.


Ehsan MalaysiaKini

Thursday, January 15, 2009

Dari sahabat kepada sahabat... (^,^)



Wahai sahabat-sahabatku, kuatkan hati-hati anda untuk meneruskan kempen memboikot produk Israel dan Amerika serta yang seangkatan dengannya. Inilah reformasi yang wajib dilakukan bersama-sama oleh seluruh umat Islam di dunia.

Demonstasi merupakan satu medium untuk kita zahirkan bantahan keras keatas kekejaman serta kezaliman Israel terhadap Palestin. Namun, cukupkah sekadar berdemonstrasi?
Boikot produk-produk Israel dan sekutunya juga langkah terbaik untuk kita ambil secara berterusan!

Bukan sehari dua atau seminggu tapi untuk selama-lamanya. Kita mempunyai alternatif bagi menggantikan produk-produk harian keluaran Israel laknatullah dan sekutunya. InsyaALLAH, saya akan sediakan senarai produk alternatif yang boleh kita gunakan bagi menggantikan produk-produk harian keluaran Israel laknatullah dan sekutunya.
Teruskan usaha anda memboikot.

BOIKOT TETAP.... BOIKOT!

Sunday, January 11, 2009

Kurang ajar?!

Manusia menunggu kejadian berlaku baru nak mengambil pengajaran. Pengajaran sepatutnya diambil sebelum kejadian berlaku.

Ada 3 cara untuk kita pelajari pengajaran.
1. bahan bacaan
2. kehidupan sekeliling. (informal)
3. menziarahi tempat2 bersejarah maha suci Allah, setiap perkara yg berlaku adalah bersebab dan ada hikmah disebaliknya.

Perubahan pasti akan berlaku. Teringat kata2 keramat guru saya, Dr Tengku Asmadi "Life will never be the same, life is changing,so moving on up!"

Namun, ia tak bermaksud setiap kejadian atau musibah yg berlaku dapat memberi pengajaran kpd semua orang. Contohnya, ketika musibah Tsunami yg berlaku 5 thn lalu, masih ada mereka yg membuat onar mencuri emas2 yg dipakai mayat, mencuri harta benda mangsa dan sbg nya.

Maka, jangan lah sesekali kita berhenti berdoa untuk hidayah n inayah yg Maha Esa.

Wednesday, January 7, 2009

SERAM!!! Campus story ma..

Masya-ALLAH..Seram tengok banner salah satu persatuan Islam di UIA disimbah cat merah/darah..Kenapa mesti ada politik kotor? kenapa mesti ada hasad dengki?Kita sama bangsa, sama agama, kenapa mesti menikam sesama sendiri?

Aku risau hidup dalam kehidupan mcm ni.Banyak contoh perang saudara dalam dunia ni, masih jahilkah kita?Kita canang ketuanan melayu, kita goreng perpaduan kaum, tapi semuanya hanya kata2 retorik dan hipokrit manusia.

Ya Allah, selamatkan lah aku dari dengki manusia dan perbetulkan kami supaya berada dalam landasan Islam yg sebenarnya...

Monday, January 5, 2009

Blame game?

Jangan menunding jari bila kesalahan berlaku. Tahun baru ini kita perlu bermula dengan minda yg positif untuk menelusuri kehidupan fana ini...

Semoga Allah mengurniakan keberkatan umur buat kami....

Saturday, January 3, 2009

Produk HPA : Makanan halal membentuk jiwa suci?

Makin galak produk2 HPA hari ni. Ia bukan sekadar kembang dalam bidang perniagaan, bahkan dalam beberapa industri lain.Kilang2 produk, restoran segera RFC (Radix Fried Chicken), hotel, dan sebagainya.

Hebat peniaga Islam kita sekarang.Siapa kata Melayu Islam kita tak leh wat bisnes?Banyak cerita sebalik tabir berkenaan HPA yg aku nak kongsi di sini. Tapi tak larat la nak menaip..huhu. lain kali ye...

Friday, January 2, 2009

Sem 2 sesi 08/09 dah membunyikan semboyannya.

Ape yg aku peratikan untuk minggu pertama suasana kampus semester ni, makin ramai student memakai purdah. Sejuk mata aku memandang wanita2 spt ni. Harap2 ia akan menjadi amalan dan budaya masyarakat Melayu Islam kita.

Tapi aku yakin, pasti akan ada suara sumbang yg membenci Islam bersuara keras mengutuk dan melarang pemakaian spt ini.Mari kita tengok siapa yg akan bersuara jahil menjerit2 terlolong lalang menghalang kebaikan berlaku.

Semoga sifat malu perempuan2 di kampus ini kembali mendinding diri2 mereka. Dan aku harap ia mempengaruhi masyarakat luar kampus kelak.

Indahnya suasana bila budi bahasa Islam menjadi suasana kehidupan aku.Tenang jiwa.
Kita jarang mengamalkan Islam yg sepatutnya..Malas ckp banyak, korang semua ada akal untuk berfikir, ha, lu fikir lah sendiri...