Monday, January 1, 2007

Issues On Javanese Language!

2/11/06

Bahasa Jawa bagaikan bahasa rasmi di pejabat MB.

SAYA berurusan dengan pejabat Menteri Besar (MB) Selangor bukannya baru. Sejak zaman Tan Sri Muhammad Muhd. Taib lagi saya berurusan dengan pejabatyang terletak di tingkat 21 Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Pada zaman MB sekarang, sudah lebih 10 kali saya berurusan dengan kakitangan pejabat beliau mengenai urusan majlis amal anak yatim.

Apa yang dilihat, penggunaan bahasa Jawa sudah seperti tiada kawalan lagi bagaikan menjadi bahasa rasmi kakitangan pejabat MB. Rakyat Selangor bukan orang Jawa sahaja. Harap gunakan bahasa kebangsaan yang rasmi dalam segala urusan pejabat.

– TENGKU KAMARUL TENGKU ABDUL AZIZ,>> Klang.




3/11/06
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

KERAJAAN Selangor semalam mengeluarkan kenyataan menolak dakwaan bahawa bahasa Jawa menjadi ‘bahasa rasmi’ di pejabat Menteri Besar di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Turut dijelaskan bahawa 3/4 daripada kakitangan di pejabat itu bukan orang Jawa atau tahu bertutur bahasa tersebut. Mudah cakap, tidak munasabah bahasa Jawa jadi bahasa pejabat Menteri Besar. Maka Awang sangat berharap yang 1/4 lagi mengambil berat kenyataan yangtelah dikeluarkan bagi menjawab sungutan seorang rakyat Selangor yang disiarkan dalam ruangan Forum Utusan Malaysia semalam. Maklumlah jika yang 3/4 tidak bercakap, tapi yang 1/4 lagi selalu ngobrol dalam bahasa Jawa, tentulah yang kedengaran kepada pelawat ialah bahasa Jawa. Secara peribadi Awang sedikit pun tidak membantah jika orang Jawa bercakap Jawa sesama mereka. Di pejabat Awang ada rakan-rakan bercakap Jawa sesama mereka.Cuma Awang berpesan kepada kakitangan di tingkat 21 Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, jagalah nama baik Menteri Besar. Beliau berketurunan Jawa, nanti apa pula kata orang.

No comments: