Dari Utusan Malaysia :
Tiada salahnya guna bahasa Jawa sesama kaum
SAYA amat setuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Penolong Setiausaha Sekretariat Akhbar Kerajaan Negeri Selangor, Farush Khan Akbar Khan tentang dakwaan keterlaluan penggunaan bahasa Jawa di pejabat Menteri Besar.
Sebagai anak Jawa, saya amat berasa hati dengan dakwaan yang dibuat olehTengku Kamarul Tengku Abdul Aziz seolah-olah kami tidak boleh menggunakan bahasa ibunda kami sendiri sedangkan hak tersebut termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Salahkah kami menggunakan bahasa ibunda kami untuk bertutur sesama kami dimana-mana sahaja?Adalah lumrah seseorang akan bertutur dalam bahasa ibunda apabila bertemu orang yang satu kaum.Bukankah sudah menjadi perkara biasa apabila orang Cina akan bertutur dalam bahasa mereka apabila bertemu sesama mereka, hatta di kaunter mana-mana perkhidmatan sekalipun. Mengapa hal ini tidak menjadi masalah bagi Tengku Kamarul?
Secara kebetulan Menteri Besar Selangor daripada orang Jawa. Tapi tidaklah pejabatnya dipenuhi dengan orang Jawa sebagaimana penjelasan oleh Farush Khan. Andainya secara kebetulan ramai kakitangan Jawa sekalipun, salahkah mereka menggunakan bahasa ibunda sesama mereka?Saya percaya mereka akan tetap melayan pelanggan yang datang (sekalipun orang Jawa) dengan menggunakan bahasa kebangsaan melainkan mereka berkomunikasi dengan pelanggan yang sudah lama dikenali.; Samalah dengan kaki tangan berketurunan India, sudah tentu akan menggunakan bahasa Tamil apabila pelanggan yang datang juga orang Tamil India.
Justeru, perkara ini tidak perlu dibesarkan kerana ia hanya akan mengguris; perasaan sesetengah pihak terutamanya pihak yang diperkatakan. Al-Quran sendiri menjelaskan kepelbagaian bangsa dan bahasa itu adalah; salah satu daripada tanda kebesaran Allah.
– KANJENG SUNAN RUMAIZI
No comments:
Post a Comment