Sunday, December 28, 2008

Mengopek isu Bukit Antarabangsa

Semasa isu bukit Antarabangsa sedang hangat diperbahaskan, AidilAdha umpama cuba memberi peringtan.

Orang kaya sibuk komen ttg tanah runtuh, masyarakat miskin pula sengsara dengan isu banjir.

Adakah masyarakat kita sedar akan petanda dan amaran dari Pemilik Alam Semesta ni?

Mendengar kisah parents mendendangkan kisah2 dan pengalaman berada di Tanah Suci Mekkah, mereka turut menceritakan tindakan kebanyakan ahli Jemaah Haji tatkala mendengar kisah tanah runtuh.Kebanyakan 'Maktab' di Mekkah terus mengerjakan solat sunat hajat meminta keampunan dan keselamatan penduduk di Bukit Antarabangsa.

Jangan hanya orang yg melihat dan mendengar bencana sahaja yg rasa keinsafan hati dan berdoa penuh harapan pada Allah, sepatutnya yg menghadapinya perlu rasa lebih dari itu.

Wednesday, December 10, 2008

Pheonix depan mata tak nampak, anjing kurap menyalak disembah2..


Wah..Aku paling suka tengok org bertakbir dalam televisyen. Tapi aku sangat tertarik dengan takbir yg disiarkan dalam TV1 yg terdiri dari ahli Majlis Tertinggi UMNO.Kat TV3 pun ada rakaman lain takbir raya yg terdiri dr MT UMNO ni.

Um..Liberalisasi dan sekularisasi kebanyakan ahli politik dalam negara kita menyebabkan rakyat kebanyakan melihat mereka kurang atau tak 'islamic'.Sampaikan ada kwn2 yg ckp "la..Islam rupanya dia ni.." huhu. No komen.

Bukan politician je mcm tu, kebanyakan masyarakat islam kita terlalu mengagungkan system barat,dan perlekehkan ajaran Islam. Sedangkan ramai barat yg mengkaji AlQuran dan memperakui Quran are futuristic. Bahkan banyak recent science yg diterokai scientists barat melalui Quran dan Sunnah agama kita.

Pheonix depan mata tak nampak, anjing kurap menyalak disembah2..
Em..Aku rasa ramai yg setuju dengan statement tadi, namun kita tetap leka dan lagho. em..Contohnya, bila buat dosa, balasan tuhan sering kita neglect.

Berbalik dengan takbir tadi, apa yg aku nak ketengahkan disini, kenapa hanya takbir Majlis Tertinggi UMNO disiarkan? Adakah kerana mereka pernah memerintah selama hampir 50 tahun,membuatkan mereka adalah penguasa tetap kerajaan Malaysia? Kenapa tak da takbir rakaman Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat? Ataupun rival utama UMNO, PAS?Nak kata UMNO adalah kerajaan, Pakatan Rakyat pun kerajaan jgk. Sedih aku tgk pepecahan bangsa kerana fanatik parti ni.Namun aku tak salahkan pihak televisyen,mereka cuma buat kerja. yelah, lumrah alam, Puppet hanya bergerak mengikut arahan controller mereka..Hm..entah la. Letih la fikir tentang demokrasi malaysia ni. Tiap masa berubah definisinya mengikut keadaan..

Buka mata, bebaskan minda, kenali malaysia.