Thursday, February 17, 2011

Cinta wireless pada nabi merentasi zaman: Tidak nampak bukan bermakna tiada.


Walaupun banyak khilaf berkenaan tarikh sebenar kelahiran manusia agung ini, namun semua khilaf itu mengakui kelahiran Muhammad Bin Abdullah. Belum pernah lagi saya mendengar khilaf yang menyatakan Muhammad tidak pernah dilahirkan seperti mana yang berlaku pada agama-agama lain yang meragui kelahiran sesetengah nabi. Sebaliknya kita umat Islam perakui dan yakin tanpa ragu kewujudan cinta pada baginda walau kita tidak pernah melihat baginda.

Setiap kali sambutan Maulidur-rasul tiba, terasa hiba dan sedih tatkala melakukan muhasabah amalan seharian. Tidak ramai dikalangan kita yang dapat istiqamah dalam mengamalkan dan memperjuangkan sunnah. Jauh panggang dari api untuk diri ini meniru semangat para sahabat seperti Abu Bakar dan Umar yang perlakuan dan amalan seharian mereka hampir 100% mirip cara hidup nabi.

Istiqamah pada sugi.

Dalam meneroka amalan diri, saya menjadi kagum apabila teringat beberapa sahabat saya yang sangat istiqamah mengamalkan amalan nabi dalam kehidupan moden dan dunia korporat mereka. Salah seorang darinya adalah Saudara Muhammad Firwan (Mantan Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa UIAM).

Gayanya biasa-biasa sahaja, namun sekali berbicara, terpana minda mendengar ideanya. Karismanya membuatkan kita tidak menyangka bahawa disebalik poketnya sebenarnya terselit satu kayu sugi yang menjadi kebiasaan beliau. Sebolehnya beliau akan bawa kayu sugi itu kemana sahaja beliau pergi.

Setiap kali sebelum berwudhuk, beliau akan bersugi. Amalan ini sangat ditekankan nabi. Jika bukan kerana takut menyusahkan umatnya, pasti nabi akan mewajibkan kita semua bersugi sebelum solat. Khasiat kayu sugi bukan hanya untuk mulut dan gigi sahaja sebenarnya, ia bahkan pernah digunakan oleh sahabat dalam peperangan. Benarlah kata-kata yang sering disebut oleh sahabat Tabligh saya, didalam sunnah ada kejayaan.


Istiqamah pada masjid.

Semasa memegang tampuk kepimpinan Sekretariat Kerohanian dan Islamisasi Majlis Perwakilan Mahasiswa UIAM dahulu, ada beberapa ‘freshie’ (sub-comm) saya yang saya lihat sangat istiqamah ke masjid. Setiap kali mendengar azan, mereka akan minta diri sebentar walau sedang bermesyuarat, berprogram dan bekerja sekalipun. (Kebiasaannya sekiranya dalam mesyuarat, kami pasti akan berhenti, rehat, tangguh atau mempercepatkan mesyuarat apabila masuk waktu solat untuk member ruang pada solat jemaah). Saya fikir mereka hendak ke tandas, bila ditanya pada sahabat yang lain, rupanya mereka ke masjid.

Saya fikir mungkin kebetulan ofis dekat dengan masjid, mereka memilih masjid, rupanya mereka memang pemuda yang hati mereka terpaut pada masjid walaupun ada surau di hostel mereka. Sehingga ke hari ini, selepas dua tahun saya turun dari jawatan, kadang kala saya masih terserempak mereka setiap kali lepas waktu azan. Sedang berjalan, menuju ke masjid.

“Bahwa Islam adalah Sunnah dan Sunnah adalah Islam dan tidak akan tegak salah satunya kecuali dengan yang lain. Maka termasuk dari Sunnah adalah melazimi (senantiasa bersama dengan) Al Jama’ah… dan seterusnya …”

“Ya Allah, berilah diri ini kekuatan untuk istiqamah dalam melakukan amalan kebaikan. Kami cinta Allah, kami sayang Rasul. Jadikanlah kami umat yang sentiasa berselawat ke atas nabi. Sollu-alaika ya-rasulallah.”




Amanat Mantan Presiden MPP UIAM untuk PRK UIAM 2011 =)

Dipetik dari blog milik Mantan Presiden MPP UIAM, Saudara Firwan. (http://nawrif.blogspot.com)

16 Februari 2011, KAED Gallery IIUM dipenuhi dengan mahasiswa mahasiswi yang bakal bertanding pada sesi pemilihan SRC 2010/2011. Dengarnya semua nya berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit masalah kecil yang berjaya diselesaikan.

Sepanjang 4 tahun menyaksikan pilihanraya kampus, rasanya UIA sentiasa 'aman' daripada provokasi-provokasi yang tidak diingini. Mungkin ada yang tidak sukakan perkara yang sedemikian tapi saya pasti, UIA mampu menjadi role model kepada semua Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia.
SPR UIA membenarkan calon untuk berkempen melalui facebook dan media elektronik. Mungkin UIA menyahut baik kata-kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, "Kita ni bukan berada kurun ke -18 sekarang ni". Saranan yang santai tetapi mampu memberi kesan terhadap pembangunan mahasiswa.
Semuanya bermula apabila notis pemilihan SRC IIUM pada 26 Februari 2011 iaitu 2 hari selepas Annual Genaral Meeting SRC 2009/2010 yang menyaksikan penyerahan satu referendum kepada UIAM dan satu memorendum kepada KPT. Maka, bubarlah SRC IIUM 2009/2010 apabila keluarnya notis tersebut.
Saya personally ada kenal beberapa calon yang bertanding dan ada yang tak pernah nampak muka pun sebelum ini. Terus terang, calon yang bertanding perlu tahu dulu apakah itu SRC sebelum masuk bertanding. Contohnya seperti Sakinah. Pengkritik tetap Syazwan, Treasurer SRC IIUM. Hehe.

Nur Sakinah Sulaiman (left), KENMS Constituency.

Mula mengenali Sakinah ni masa dia jadi Assistant Secretary General EMSS tapi dalam facebook jer la. Rupa-rupanya dia ni baik dengan Karimah, Secretary General SRC IIUM. Mungkin sebab Karimah ni dulu Secretary EMSS kot, nak perturun ilmu. Banyak la juga Karimah minta tolong dia. Nak dijadikan cerita, Sakinah jadi Assistant Secretary General dalam CONVEST 2010. So, sedikit sebanyak, tahu la juga perjalanan SRC dan CONVEST sebab selalu naik turun tingkat empat tu.

Ni pulak Faris.

Hafizul Faris Che Razlan (right), AIKOL Constituency.

Kenal dia pun sebab dia baik dengan Izyan Hazwani a.k.a. Yan, Chairperson Welfare Secretariat. Rasanya banyak la juga dia tolong Yan. Antara salah satunya, C.He.R.I.S.H - Cleanliness & Health Reflect Inner Shine. Dia jadi PM. From my view, it is a very fresh new program, which is good. Saya pun tak monitor banyak pun sangat program tu tup tup, boleh tahan la. Dengan siap khemah lagi kat river side. Ingatkan mula-mula simple jer program dorang. Kalau siapa-siapa perasan poster budak buang sampah dalam tong sampah, ultraman dan cute turtle exercise, pelangi, ha program dorang la tuu.
Antara calon yang menarik perhatian di KIRKHS adalah Rizwan, mantan President IRKHS'S. Start kenal mesti la dalam meeting Kulliyyah Based Society Coordination Club (KBSCC). Mungkin nak mengulangi zaman Adib Hatim, President IRKHS'S tahun 2006/2007 dan menjadi President SRC tahun 2007/2008. Banyak idea-idea yang menarik Rizwan ni masa meeting. Dan kalau sesiapa pernah pergi Baitul 'Izzah, pejabat IRKHS'S, pernah nampak notis, exco lambat datang meeting, kena denda, nice!! Lagipun, dia seorang jer calon daripada IRK, tapi ok la kan, mantan President IRKHS'S calon dorang. Seorang pun insyaAllah cukup.

Mohd Rizwan Mat Zain, KIRKHS Constituency.

PRK kali ni membenarkan mahasiswa INSTED mengundi. Alhamdulillah, perjuangan SRC 2009/2010 disambut baik pihak pentadbiran. Siapa cakap SRC IIUM senyap. Semua ada strateginya janji apa yang diidam mahasiswa yang boleh dibuat dalam jangka masa pendek dan relistik, dapat. Sebelum ni INSTED ada kerusi tapi ditarik balik antara alasannya, INSTED bukan kulliyyah, bukan institute. Tapi tak pernah pula dapat jawapan bertulis tentang perkara sedemikian.

Mimi Nor Shahudda Setapani, INSTED Constituency.

Mungkin kah Nik Hanis dan Mimi (wakil guru wanita mungkin??) akan mengepalai bakal-bakal pendidik di INSTED? Setakat yang kenal, Mimi ni dan Nik Hanis pula exco BEDSA. Sopan dan hormat orang dorang ni. Rajin minta tunjuk ajar orang mende yang dia tak faham especially hal-hal kepimpinan. Saya pasti Nik Hanis dan Mimi ni seorang yang "Biar hati di langit, tetapi kaki tetap menjejak bumi". Penting untuk bakal guru mempunyai idealime dan berjiwa besar tapi dalam masa yang sama, tak sombong dengan ilmu yang ada, sabar dengan anak didik walaupun bukan senang nak ajar murid yang berbeza kepandaian ni. Senior dorang yang cerita cam mana dorang kat INSTED.

Nik Muhammad hanis Nek Rakami (left), INSTED Constituency.

Duk tengak facebook SRC IIUM, tengok-tengok ada orang tag gambar Fitri. Laa, rupanya Chairman AGM SRC pun masuk bertanding. Maksudnya, dia mesti la datang AGM nak tahu report SRC, mungkin dapat diambil point-point penting untuk penambahbaikan. Itu la penting sebab ada jer calon yang tak pernah nampak pun kat aktiviti SRC, tiba-tiba jadi calon. Hmm, macam mana la dorang nak bawak SRC kalau tak tau per yang SRC dah buat. Manifesto dia pun macam menarik and from my view, realistik, mampu untuk dicapai.

Muhammad Fitry Hussin, AIKOL Constituency

Rupanya bukan Fitri seorang jer, Mahirah, Secretary AGM pun bertanding. Comfirm dia tau nye isu-isu SRC dah dia yang jadi pencatat. Dan yang menariknya, Mahirah satu-satunya calon sister di KIRKHS. Adakah dia mampu memikat hati semua pengundi sisters di IRKHS? Adakah dia mampu mangalahkan Zatil Arifah yang menang undi tertinggi dua tahun berturut-turut? Mungkin sifunya Zatil telah banyak menurunkan ilmu?

Mahirah A. Rashid, KIRKHS Constituency.

Lupa pula seorang lagi, Iqbal 'kawang' si Mang, Chairperson Spiritulity & Islamization Secretariat. Mang banyak juga minta tolong si Iqbal ni masa dia jadi SRC. Maklumlah, dorang dah kawan rapat masa dari Darul Quran lagi. Hafiz tuu ;-) Rasanya dia la kot satu-satunya al-hafiz yang masuk bertanding. Advantage SRC IIUM ada hafiz dalam barisan kabinet berbanding universiti lain. CGPA pun gempak jer tengok.

Mohamad Iqbal Ab. Wahab, KENMS Constituency.

Hmm, setakat itu dululah nukilan kali ini. Tak sempat nak cerita pasal semua calon sebab bukan kenal semua pun. Ni pun sebab pernah tengok dorang support SRC 2009/2010 dulu. Bak kata orang, ada rasa 'sense of belonging' pada SRC. Kalau calon pun tak rasa SRC hak mereka, apatah lagi mahasiswa UIAM. Jangan lah kita nak harapkan bila dorang menang nanti nak students support kalau dorang dulu pun tak pernah nak ambik tahu pasal SRC masa jadi mahasiswa biasa.
Apa-apa pun selamat berjaya kepada semua calon. Anda semua telah pun 'menang' walaupun sebelum hari pengundian kerana berani berhadapan dengan massa dan ada rasa bertanggungjawab terhadap hala tuju UIAM selepas ini. Adakah peratusan keluar mengundi akan meningkat selepas 3 kulliyyah di Gombak telah menang tanpa bertanding? Semuanya harus dijawab oleh INSTED, KIRKHS, AIKOL, KENMS, KOS dan KAHS yang akan turun mengundi 22 Februari ini. Rasanya SPR UIA tahun better daripada tahun lepas dari segi promotion PRK. Kalau ada yang cakap tak tau lagi, memang nak kena sekeh la budak tu, hehe.
Jangan lupa turun mengundi 22 Februari 2011, Selasa ini. Undi 2 calon, 1 calon jer undi, UNDI ROSAK!
Selamat berkempen dan mengundi sebelum PRU ke-13 ;-)

Saturday, February 5, 2011

Doa Pengasih




Dalam hadis riwayat Muslim, Abu Hurairah r.a telah memohon Nabi s.a.w agar berdoa kepada Allah supaya diberikan hidayah kepada ibunya agar memeluk Islam. Berkat doa Nabi yang juga menunjukkan mukjizat Baginda, ibu kepada Abu Hurairah telah memeluk islam akhirnya. Beliau kemudiannya meminta Nabi s.a.w berdoa kepada Allah agar dia dan ibunya dicintai oleh sekalian orang-orang beriman. Nabi telah mendoakan untuk mereka dengan doa di atas dengan sedikit penambahan - "wa ummahu" (dan ibu Abu Hurairah), selepas kalimah "abdaka hadza". Hasil doa Nabi, setiap orang beriman yang lahir akan merasa cinta apabila mendengar tentang Abu Hurairah.

Untuk Pendo'a Lelaki:


أَللَّهُمَّ حَبِّبْ عَبْدَكَ هَذَا اِلَى عِبَادِكَ الْمُؤمِنِينَ وَحَبِّبْ اِلَى الْمُؤمِنِين


Allahumma habbib 'abdaka haza ila 'ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin.

"Ya Allah, jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman, dan jadikanlah ia menyintai orang yang beriman"

Untuk Pendo'a Wanita:

أَللَّهُمَّ حَبِّبْ أَمَتَكَ هَذِهِ اِلَى عِبَادِكَ الْمُؤمِنِينَ وَحَبِّبْ اِلَى الْمُؤمِنِين

Allahumma habbib amataka hadzihi ila 'ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin.

"Ya Allah, jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman, dan jadikanlah ia menyintai orang yang beriman".


Selain doa di atas, elok sangat jika diamalkan juga doa ini ketika menilik di cermin:


أَللَّهُمَّ كَمَا حَسَّنْتَ خَلْقِى فَحَسِّنْ خُلُقِى وَاجْعَلْنِى مَحْبُوبًا فِى قَلْبِ........../ قُلُوبِ النَّاسِ بِبَرَكَةِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّه

Allahummakama hassanTa khalqi fahassin khuluqi waj'alni mahbuban fi qalbi.........../ qulubinnaasi bibarakati Laa ilaaha illaLlaahu Muhammadur RasuuluLLaah.

Ya Allah, sebagaimana Tuan Hamba cantikkan rupa hamba maka cantikkanlah juga akhlak hamba, serta jadikanlah hamba ini dikasihi pada hati............... / hati² manusia, dengan berkat kalimah La ilaha illa Llah Muhammad ur RasuluLlah.

* Tempat yang berdot³ tu boh la nama si dia dehh! kik³~

....Dan yang penting, betulkan niat serta ikhlaskan berdoa....dan, jangan boh nama ambo kat dot³ tu dehh! senyumm~


Sumber ehsan dari: Perinduketelusan II





Wednesday, February 2, 2011

Kamu adalah apa yang kamu makan.



Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 168 :

Yang bermaksud: “Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.”

::Setiap makanan yang diberikan kepada isteri dan anak-anak hendaklah makanan dari sumber yang halal serta menjauhi dari sumber-sumber yang syubhah, apatah lagi dari sumber yang haram seperti rasuah, riba, penipuan dan sebagainya.

::Rezeki yang halal bukan
sahaja membawa keberkatan tetapi sebenarnya dapat melahirkan zuriat yang pintar dan sihat dan akhirnya mendorong seseorang ke arah melakukan kebaikan di dunia dan mendapat rahmat Allah di akhirat.



Tuesday, February 1, 2011

Perlukah kita menjadi sempurna untuk bahagia?

:: Setiap manusia pasti mempunyai impian dan harapan untuk mendapat pasangan yg membahagiakan. Bila ditanya kebahagiaan yang bagaimana yang mereka mahu, setiap orang akan memberikan jawapan subjektif yg berbeza.

:: Retoriknya, semua ingin pasangan yang baik, memahami, pelindung, sopan, sesuai, bijak, penyayang dan mempunyai seribu satu macam sifat mahmudah lain. Pendek kata mereka mendambakan pasangan yang sempurna. Saya juga mendambakannya. Namun kesempurnaan yang macam mana sebenarnya yang selalu kita maksudkan?

:: Adakah sempurna itu juga diukur pada pasangan yang kaya dan berjawatan, pasangan yang cantik dan kacak, atau yang bernama dan sebagainya.

:: Hakikatnya, berapa ramai pasangan yang kelihatannya macam sempurna diawal hubungan, namun terlibat dengan skandal, cerai berai, gaduh, dipukul, dan akhirnya menyesal dengan keputusan yang pernah dibuat ketika memilih pasangan mereka sebagai teman hidup.

:: Maka, jelaslah bahawa keluarga yang bahagia bukan dibentuk dari pasangan yang sempurna, tapi ia terbentuk bila dua pasangan yang tidak sempurna bertemu memenuhi kekurangan masing-masing untuk mencapai kesempurnaan.


Monday, December 27, 2010

Mencari solusi



“Ayah, saya nak tanya sikit boleh?”

Si ayah yang sedang asyik memandu mencuri menoleh ke kiri, memandang anaknya. Kemudian pandangan si ayah diteruskan ke hadapan. Kedua-dua tangannya bergerak-gerak menggenggam stereng kereta. Panduannya cukup cermat dan berhati-hati.

“Umar nak tanya apa? Tanya sajalah, macam tak biasa pula dengan ayah.” Senyuman terukir manis di bibir. Lemah-lembut, gaya seorang ayah yang mithali.

Si anak membuang pandangannya ke luar, memerhatikan papan-papan iklan yang besar didirikan di tepi jalan raya.

“Iklan-iklan kat tepi jalan raya ni, macam tak sesuai kan ayah?”

“Tak sesuai, maksud Umar?”

“Umar tengok iklan-iklan tu ada gambar wanita mendedahkan aurat. Tiap-tiap produk kebanyakannya akan menonjolkan gambar pergaulan bebas dan eksploitasi tubuh wanita.”

Si ayah hanya diam mengangguk-angguk. Membiarkan anaknya terus berbicara dengan buah fikirannya yang semakin matang dirasakannya. Dia menyedari yang anaknya itu sudah banyak berubah. Semakin matang berfikir, seiring dengan usianya yang semakin meningkat dewasa.

“Hari ini kita risau dengan masalah sosial yang semakin menjadi-jadi. Zina kemudian buang anak. Tapi bukankah iklan-iklan sebegitu yang syaitan gunakan untuk mencucuk mata dan hati manusia?” Si anak terus dengan kata-katanya yang bernas, penuh bersemangat.

“Benar Umar. Memang zina tu akan bermula daripada pandangan mata. Pandangan inilah yang akan turun mengalir ke hati. Memang sukar menjaga pandangan, kerana apabila ada yang mendedahkan, waktu itulah syaitan datang mengapi-apikan keadaan.”

“Kalau macam tu, biarlah semua manusia menutup aurat dengan sempurna, lebihan lagi wanita. Benarkah ayah?”

Si ayah diam seketika. Stereng kereta diputar perlahan-lahan, mengikut arah pergerakan jam. Kereta bertukar arah, mengambil selekoh kanan menuju ke destinasi tujuan. Selepas itu, dia meneruskan kata-kata kepada anaknya.

“Ayah rasa sukar, tapi tak mustahil. Umar pun tahu kan, agama Islam sangat praktikal. Walau kita ada dalam zaman apa pun. Bila yang wanita dah menutup aurat dengan sempurna, maka yang lelaki tundukkan pandangannya. Bukankah itu dah menutup pintu zina? Kemenangan akan berpihak kepada sesiapa yang mengikuti suruhan-Nya.”

“Betul tu ayah.” Si anak diam. Dalam hatinya terdetik, ini baru iklan di tepi-tepi jalan. Belum lagi di media massa lain. Memang pintu-pintu zina perlu segera ditutup, dikunci menggunakan mangga yang cukup kuat dan tahan lasak. Allah SWT dah beri amaran, ‘jangan kamu menghampiri zina!’

Si anak mendengus panjang. Sesekali si ayah hanya memandang anaknya yang duduk di sebelah. Diam buat beberapa ketika. Dia tahu dalam diam itu anaknya sedang berdebat di dalam hati. Mencari kemenangan atau solusi barangkali.



Sumber rujukan daripada majalah Solusi isu 23.

Saturday, September 4, 2010

MEMORANDUM BANTAHAN TERHADAP PERLAKUAN MENJEJASKAN HUBUNGAN BAIK MALAYSIA - INDONESIA


Diserahkan Oleh:

Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2009/2010

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia



Kepada:

Kedutaan Besar Indonesia di Malaysia


Tarikh:

3 September 2010


PENDAHULUAN


Akhir-akhir ini isu berkenaan dengan hubungan baik Malaysia-Indonesia seakan kembali dihangatkan seperti mahu membuka sejarah pahit yang sudah lama antara Malaysia dan Indonesia. Ianya bermula apabila seramai 600 orang menyertai demonstrasi itu berteriak "ganyang Malaysia" bagi membantah apa yang mereka dakwa pencerobohan pihak berkuasa Malaysia di perairan perbatasan kedua-dua negara, berhampiran Bintan, Kepulauan Riau 13 Ogos 2010.

Sejak insiden 13 Ogos itu, beberapa demonstrasi dilakukan oleh kumpulan-kumpulan kecil yang bertindak merosakkan plak nama Kedutaan Besar Malaysia, memanjat pintu pagar dan tembok pintu pagar dan berdiri di atasnya. Insiden itu diburukkan lagi dengan perbuatan melempar najis manusia ke dalam kawasan Kedutaan Besar Malaysia di sini oleh penunjuk perasaan dari kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera).


PENDIRIAN

Walaubagaimanapun, kami Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2009/2010 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (MPP 09/10 UIAM) memandang isu ini dari sudut lebih rasional tanpa cuba melibatkan emosi. Hubungan Malaysia dan Indonesia sudah begitu lama terjalin. Apatah lagi Malaysia dan Indonesia berpayung dan berjiran di dalam ASEAN dan telah menjalin pelbagai persefahaman dan perjanjian sejak dari dahulu lagi. Satu lagi nilai yang perlu dilihat ialah nilai persaudaraan Islam dan satu rumpun Melayu yang sepatutnya menjadi kekuatan kepada kedua-dua negara untuk terus bersatu.

Di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sendiri, mahasiswa dari Indonesia merupakan kelompok yang paling ramai mewakili mahasiswa antarabangsa. Tenyata hubungan mahasiswa Malaysia dan mahasiswa dari Indonesia sangat baik dan kami turut bekerjasama dalam pelbagai aktiviti bersama.

Kami barisan MPP, sebagai wakil mahasiswa di UIAM akan sedaya upaya mengawal segala bentuk tindakan dan provokasi daripada berlaku di dalam Taman Ilmu dan Budi UIAM ini agar ia tidak memburukkan lagi hubungan baik di antara kedua-dua buah negara.

Kami percaya, insiden yang berlaku ini hanya dilakukan oleh segelintir rakyat Indonesia dan ia ada kaitan dengan pihak ketiga yang cuba mengeruhkan hubungan ukhwah di antara Malaysia dan Indonesia yang saling membantu antara satu sama lain dalam memajukan kedua-dua buah negara.

Walaubagaimanapun, kami MPP UIAM menyeru agar:

1) Kerajaan Indonesia mengambil tindakan segera dan tegas terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang terlibat dalam usaha berterusan mengeruhkan perselisihan antara kedua-dua buah negara sama ada dalam serangan secara fizikal atau siber. Kerajaan Indonesia diharap agar dapat melakukan siasatan yang lebih terperinci untuk mencari siapakah dalang dalam masalah ini.

2) Media Indonesia dan Malaysia perlu lebih berhati-hati dan telus dalam melaporkan isu mengenai masalah ini dan tidak cuba mensensasikannya. Jika ia tidak ditangani dengan bijak, dikhuatiri akan mengakibatkan masalah yang lebih besar sekaligus merugikan kedua-dua buah negara.

3) Kedua-dua buah negara perlu menyelesaikan masalah ini dengan mengutamakan persaudaraan Islam dan persamaan rumpun Melayu antara rakyat Malaysia-Indonesia dengan pendekatan diplomasi dan musyawarah.

4) Mahasiswa Malaysia yang belajar di Indonesia diberi kawalan keselamatan yang baik dan terjaga dari sebarang gangguan yang akan menganggu konsentrasi pembelajaran mereka.

5) Mahasiswa dari Malaysia dan Indonesia yang dididik dengan nilai-nilai ilmu dan profesionalisme akan mengambil peranan dalam menjelaskan isu ini kepada masyarakat serta turut sama diajak terlibat dalam usaha mencari solusi kepada isu ini.


PENUTUP

Jika dilihat kembali sejauh mana hubungan baik Malaysia-Indonesia selama ini, semestinya kita tidak rela hubungan baik ini terjejas. Justeru, kami sebagai perwakilan mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa menyeru pihak kerajaan Indonesia untuk memandang serius isu ini dan menanganinya dengan bijak sebelum ianya menjadi semakin parah. Mudah-mudahan, konflik yang sebegini tidak akan mampu menggugat hubungan erat Malaysia-Indonesia malah diharapkan boleh menjadi penyebab kepada hubungan yang lebih erat kelak.


Tuesday, April 13, 2010

Soff: sunnah yang diingati namun gagal diikuti.

Saff yang lurus. Ini juga sunnah nabi yang tak mampu dipelihara kebanyakan ummat akhir zaman. Lihat sahaja disekeliling kita.











Saff yang tidak lurus pernah menyebabkan masalah kepada pemimpin Islam, Umar AlKhattab dalam satu peperangan. Selepas menyedari ada beberapa sunnah yang tidak diamalkan ketika itu dan memperbaikinya, barulah Allah memberi kemenangan kepada Islam ketika itu.

Monday, April 12, 2010

Kasih Tanpa Batas Seorang Ibu:: Kisah benar yang diceritakan semula.

12 Mei 2009 Wen Chuan, salah satu daerah yang paling parah terkena gempa. Sukarelawan yang bertugas saat itu menemukan pemandangan yang memilukan.

"Lihat itu, ada seorang wanita di sana"

Dari balik runtuhan tampak jenazah seorang wanita, dan ada sesuatu di bawahnya, seorang bayi. Ibu itu tampak berlutut dengan sikap sempurnanya kepada Tuhan memohon dengan sisa-sisa tenaganya yang terakhir untuk diberi kekuatan melindungi bayinya..

Tubuhnya tampak seperti berdoa dengan sangat khusuk. Sang anak tidak terluka sama sekali Di bawah selimut bayi itu, para sukarelawan menemukan talifon bimbit dengan tertaip di'skrin'nya : "Anakku tersayang, bila kau hidup, ingatlah ini, Mama akan selalu mencintaimu"

Sang bayi kehilangan ibunya. Tapi dengan seluruh hidupnya, dia akan ingat bagaimana cinta seorang ibu adalah cinta terhebat di dunia.

Semoga kisah ini menginspirasi kita: "Bagaimana seharusnya kita kepada Ibu kita."

Berikut ini cerita dalam bentuk sketsa kartun yang diterbitkan di surat khabar di China serta foto bayi yang selamat berkat "Kasih Tanpa Batas Seorang Ibu".
Untuk melihat foto lebih jelas, sila klik gambar.





Sunday, April 11, 2010

Nak jadi pasangan hebat?


Perkahwinan yang hebat bukan bermakna kedua-dua pasangan perlu sempurna. Tapi ia menjadi hebat bilamana pasangan yang tak sempurna belajar untuk saling menghargai perbezaan.


http://khazazin.blogspot.com/

Saturday, April 10, 2010

SARAPAN PAGI SEORANG MENTERI BESAR.

----- Original Message -----

"Sewaktu kami sekeluarga berkunjung ke Kota Bharu Kelantan pada cuti sekolah bulan lepas, kami sekeluarga sarapan pagi di gerai berhampiran hotel penginapan. Kami sekeluarga terkejut dan rasa terharu bila kami dapati MB Kelantan tengah sarapan pagi di gerai tersebut berseorangan tanpa pengawal peribadi dan pegawai kerajaan Kelantan.

Malah beliau terlebih dahulu menegur dan memberi salam kepada kami sekeluarga serta mengajak kami sekeluarga makan bersama-sama dimeja beliau sambil berborak bertanyakan dari mana, bagaimana perasaan kami bila berada di Kelantan dan banyak lagi.

Ketika berborak, beliau tiada sedikit pun menyentuh soal politik atau cerita perkembangan terkini di Negeri kami (Negeri 9). Malah beliau berterima kasih kepada kami kerana sudi datang dan lihat sendiri keadaan di Kelantan daripada membaca di akhbar atau melihat di TV.

Malah kami sekeluarga rasa lebih terharu bila beliau bayar kami sekeluarga makan pada pagi itu."

*MB Negeri saya sendiri pun susah nak jumpa kecuali ada majlis rasmi yang ada publisiti sahaja.

Entry di atas saya panjangkan dari email yang di terima, satu penghormatan daripada insan yang bertuah kerana dapat bertemu dengan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat secara tidak sengaja semasa lawatan beliau sekeluarga ke Negeri Kelantan. Dan mungkinkah kita akan bertemu dengan Menteri Besar negeri2 yang lain dalam keadaan begini...?






Friday, April 9, 2010

La takrobu-zina...



Khalwat dibenarkan dalam Islam. Bukan berkhalwat dengan sesama manusia, tetapi berkhalwat bersama Tuhan yang Esa, yang maha kasih kepada kekasih kita, Muhammad Sallallahualaihiwasallam...

Wednesday, March 31, 2010

Kenapa ada lelaki bila ada perempuan?

Artikel ni diambil dari sebuah blog masa tengah blogwalking..quite meaningful..jadi jom kita hayati bersama..


Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
Maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
Maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal
dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi
laranganNya.


The best part starts here.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.


Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, Maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah
rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan. javascript:void(0)

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup
rambutnya.

Apabila rambut wanita itu telah ditutup, Maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
Maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.

Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk dadanya,
Maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
dada dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
Maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,

Mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk belakangnya,
Maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk belakangnya tidak kelihatan,

Dan
lelaki itu akan pula melihat
bentuk pehanya,
Maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,

Maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
Maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau meMakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
Maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu
kepada kakinya,
Maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau meMakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
Maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula
bentuk tangan wanita itu,
Maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
Maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat
warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
meMakai pakaian yang warnanya terang-terangan
sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
umpama tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan Allah yang paling sukar untuk dijaga adalah wanita solehah


p/s:The girl that wear hijab, taking care of their aurat, solat 24/7 but, gives her body to her boyfriend is the most disgusting girl in the world, even for ringan-ringan. If you want to be the nice, be nice. If not, don't hypocrite by using all those solat, aurat and hijab." - Most of lelaki. (forum~ni pon ana copy paste jgk..he)


http://khazazin.blogspot.com/

Tuesday, March 30, 2010

Kita masih boleh lena dengan semua ini?

ISU 1

“Kejadian itu berlaku pada 1981 ketika kedua-dua mangsa berusia lapan dan 10 tahun yang mana pada awalnya, mereka diserang setiap hari dan kemudian dirogol dua atau tiga kali seminggu. Sekiranya mereka menolak perlakuan berkenaan, bapa mereka yang menggelarkan dirinya sebagai penjaga atau bos akan bertindak menumbuk, menendang dan adakala cuba membakar mereka.”

Pihak berkuasa tempatan BRITAIN memohon maaf kepada dua wanita rakyat Britain yang dirogol dan didera bapa mereka selama lebih 25 tahun dan menyebabkan mereka hamil 18 kali (sehingga melahirkan 7 orang anak), kerana gagal mengelakkan kejadian sumbang mahram itu berlaku secara berulang.
Sebanyak 28 agensi dan 100 pegawai berurusan dengan keluarga terbabit sejak 35 tahun lalu. Namun, kesemuanya gagal dan masing-masing tampil untuk memohon maaf.

ISU 2

Lars Vilks mahu bebas sindir agama
"Saya sebenarnya tidak berminat untuk menghina. Tujuan karikatur itu dibuat adalah untuk menunjukkan ia boleh dilakukan. Tidak wujud sebarang perkara yang sangat mulia sehingga tidak boleh diejek," kata Vilks dalam satu temu bual di Stockholm. Alasan dia berbuat demikian untuk menunjukkan kebebasan artis menyindir semua agama termasuk Islam.

ISU 3

ISRAEL ingin membina 112 buah rumah bagi pendatang Yahudi di Tebing Barat.
Prospek rundingan damai antara Isreal dan Palestin berkecai apabila Liga Arab menolaknya, setelah Israel meneruskan rancangan untuk membina lebih banyak penempatan haram baru di wilayah Palestin yang didudukinya. Ketua Liga Arab, Amr Mussa memberitahu pemberita, Presiden Palestin, Mahmud Abbas telah memaklumkan bahawa beliau tidak akan menghadiri sebarang rundingan damai dalam suasana sekarang.

ISU 4

Pemasangan CCTV di semua ibu pejabat polis daerah
"Dengan pemasangan CCTV ini, semua sesi soal siasat akan dirakamkan dan mereka yang bertanggungjawab dapat melihat apa berlaku seterusnya menjadikan tugas dan tanggungjawab anggota polis lebih difahami masyarakat," katanya.

ISU 5

50,000 tentera kawal Bangkok
Pihak berkuasa Thailand akan menempatkan 50,000 anggota tentera di jalan-jalan raya di ibu negara ini bermula esok, berikutan rancangan kumpulan antikerajaan mengadakan protes besar-besaran yang dikhuatiri akan bertukar menjadi ganas.


Sekadar sebuah peringatan buat yang masih lena dalam pelukan kesenangan dunia. Sahabat-sahabat, di samping ilmu yang di tuntut, pasti ada yang menuntut mu di luar sana supaya bergerak membantu mereka.


http://khazazin.blogspot.com/

Tidak ada manusia yang bodoh. Cuma kepandaiannya berbeza-beza.

Satu hari seorang professor ingin menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang dikayuh oleh seorang pengayuh sampan. Di tengah-tengah sungai, professor bertanya: “Kau pandai menulis dan membaca?”

“Tidak. Saya buta huruf.” Jawab si pengayuh sampan.

“Kalau begitu, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup.”

Tidak lama selepas itu, professor bertanya lagi: “Kamu ada membuat simpanan wang di bank?”

“Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan saja. Macammana nak simpan duit.”

“Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tiada wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti.”

Sampan terus bergerak. Sampai di tengah sungai. Tiba-tiba sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir mahu tenggelam.

Si pengayuh sampan bertanya kepada professor: “Tuan, apakah tuan pandai berenang?”

“Err…errr, saya tidak tahu laaa.” Jawab professor dalam keadaan panik.

“Kalau begitu, tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!”


:: Apa pengajaran dari cerita ini ?: Tuhan tidak mencipta manusia itu bodoh. Sebaliknya, Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan yang berbeza. Setiap kita mesti mengenal di mana kebijaksaan itu dan meningkatkannya ke tahap maksimum. Jangan rasa hina diri sebaliknya binalah keyakinan diri. Allah ciptakan setiap manusia untuk berjaya.


Sumber Artikel : Majalah Solusi


http://khazazin.blogspot.com/

Monday, March 29, 2010

Ya! Kau belum matang!

Sirah Islam terdahulu menunjukkan kepada kita bahawa umat Islam matang awal. Bukan matang pada jasmaniah semata-mata, tetapi yang lebih penting pada rohaniah mereka. Lihat sahaja keberanian dan kehebatan Usamah bin Zaid dan Abdullah bin Zubair yang sungguh mengujakan. Tidak kurang hebat, Anas bin Malik dan Ibnu Abbas yang amat inteligen dan genius bergiat di medan intelektual. Saidina Ali pula sungguh berani memperjudikan batang tubuhnya semasa peristiwa hijrah. Tidak dilupakan Muhammad Al-Fateh yang matang awal, lantas memberikan persembahan terbaik terhadap perjuangan Islam sekitar umur 24 tahun. Tidak ketinggalan Imam Hasan al Banna yang sudah mengidamkan terdirinya khilafah Islam menggantikan Uthmaniyyah ketika baru 20-an. Banyak lagi nama-nama dalam sirah yang tidak termuat untuk disebut di ruangan ini.

Namun, apa yang amat mengecewakan, umat Islam lewat zaman ini lambat matangnya, sebab itulah kita lewat merangkul kemenangan. Ya, kita lewat matang! Lihat sahaja waktu yang kita peruntukkan untuk beribadah berbanding berhibur. Lihat sahaja sifat kita yang lebih suka menasihat daripada dinasihat. Lihat sahaja kebanggaan kita dengan Islam berbanding kesukaan kita terhadap nilai-nilai selain Islam. Kita lebih suka berborak kosong daripada membincangkan masalah umat. Orang Amerika membaca kira-kira dua buah buku dalam seminggu, tapi kita yang lewat matang sangat miskin dari sudut pembacaan. Mereka yang mengakupendokong-pendokong perjuangan, lebih sukakan bahan bacaan politik, mengumpat pimpinan dan meninggalkan solat berjemaah daripada aktiviti keilmuan, bersangka baik dengan pimpinan dan menghadiri masjid.

Perhatikan diri kita yang masih menyalahkan Kamal al Tartuk atas kejatuhan Khilafah, padahal kita beribu kali bersalah daripada Kamal (Kamal juga matang awal, sebelum usia 20 tahun sudah bergerak untuk menghancurkan Islam). Kita juga masih menyalahkan Amerika yang menindas umat Islam tanpa bermuhasabah diri. Mudah cerita, semua salah orang, bukannya diri kita. Bagaikan lagu 'Bangau Oh Bangau' yang saling menyalahkan satu sama lain. Semuanya bersikap reaktif dan tidak takut memilih untuk proaktif.

Jika wabak lambat matang ini berterusan, maka kita akan terus kecundang. Pergilah kamu terjun ke lautan hai orang-orang yang lewat matang kerana dirimu membantutkan kemenangan Islam. Monolog ku, "disebabkan diriku lewat matang, maka aku wajib bertaubat dan menangis.."

Marilah kita bersama mencari kematangan generasi terdahulu. Ayuh jadi seperti mereka. Bersama kita doakan kematangan umat.




http://khazazin.blogspot.com/