Showing posts with label Lawak. Show all posts
Showing posts with label Lawak. Show all posts

Sunday, October 19, 2008

Wha.. Datuk Shah Rukh Khan? Murahnya pangkat Datuk.

Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan penganugerahan pingat Datuk kepada pelakon terkenal Shah Rukh Khan atas jasa-jasanya mempromosikan Malaysia melalui filem-filemnya. Bekas perdana menteri berkata bintang Bollywood itu "lebih berjasa" daripada beberapa tokoh negara luar yang pernah diberikan anugerah dan pingat kebesaran Malaysia.

Shah Rukh Khan antara pelakon tersohor yang berminat membuat filem di negara ini selepas ditawarkan olehnya sehingga Malaysia menjadi destinasi pembikinan filem beberapa lagi syarikat dari Mumbai. Ulas Pak Che Det;
"Saya telah usaha untuk menarik syarikat-syarikat perfileman Bollywood
untuk membuat filem di sini kerana ia akan memperkenalkan Malaysia bukan sahaja
kepada penonton filem di India tetapi di Eropah juga. "Tujuannya ialah untuk
menarik pelancong ke Malaysia."

Antara yang sambut jemputan saya ialah Shah Rukh Khan. Dia amat tertarik dengan pemandangan di Malaysia. "Banyaklah filemnya yang mempunyai latar tempat-tempat yang menarik di Malaysia," kata Dr Mahathir di blognya hari ini, mengulas pertikaian beberapa pihak berhubung keputusan kerajaan Melaka menganugerahkan gelaran Datuk kepada pelakon itu.

"Kerana Shah Rukh Khan memilih Malaysia untuk membuat filem-filemnya, banyak syarikat perfileman Bollywood lain turut memilih Malaysia untuk membuat filem mereka."

Pakcik Mahathir juga melahirkan rasa kesalnya dengan bantahan pihak-pihak itu dengan berkata "saya berasa malu apabila anugerah Datuk kepada Shah Rukh Khan dipertikaikan."
Ehsan Malaysiakini.com..
Datuk- datuk sekalian, pangkat anda tu semurah ini rupanya? Tiada apa dengan pangkat...
Kalau refer balik, kerajaan Melaka tu Islam, Shah Rukh Khan ini ada bagi sumbangan ke pada agama kita? Dia ni bahkan memburuk dan menjejaskan ajaran Islam. Negara Islam, tapi tak nak ke cuba praktiskan Islam tu secara menyeluruh? Jangan la amik bahagian yg boleh bagi kepentingan pada kita jer...
Jackie Chan pun pernah buat buat filem kat Malaysia. Dan ramai lagi pengarah filem Singapore, Indonesia dan lain2 yg pernah datang buat filem di Malaysia. Kalau fikirkan, kenapa Shah Rukh Khan? Kenapa pelakon lain dalam One 2 Ka 4 tu tak dapat pangkat Datuk jugak? Wha.. ramai giler la yg akan dapat pangkat Datuk ni? huhu
Kalau nak bagi penghargaan pun, biar la bertempat.. Tak pasal2 je Melaka dapat nama buruk dan dipandang rendah.. Sekarang, kalau nak tarik balik pun, hanya cuma memalukan nama Malaysia je la. Apa agaknya tindakan yg bakal diambil oleh kerajaan Melaka agaknya ye?
Dulu isu atlet badminton negara, sekarang isu artis luar pulak. Yg kes badminton tu, patut Jurulatih la dapat pangkat tu, ni budak mentah pulak yg dibagi. Kami turut simpati dengan Misbun Sidek. p/s: Uncle Misbun, baik uncle jadi pelakon macam Shah Rukh Khan, dan pasarkan masa Olimpik lain kali, mesti dapat Datuk. huhu Sekadar mengusik...
Auntie Michelle Yeoh tu agak relevan la jugak dapat anugerah sebab dia anak Malaysia, tapi Shah Rukh Khan ni lahir kat Melaka ke? huhu Dahsyat la Melaka...

Monday, October 6, 2008

6 Syawal...::MMB-mainan minda bosan..::

Tengah belek-belek sebuah buku, saya tertarik dengan satu soalan kuiz yg diutarakan. Menarik sebab ia berjaya membuat saya berfikir selama 10 minit. Anda pula bagaimana?..hehe. Soalan dia mcm ni..
Can you name four days which start with the letter ‘T’?

Thursday, July 3, 2008

::Kepentingan Ilmu Dalam Solat::

Di kampung Pinang Dua Batang ni ada 3 org remaja yg suka melepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Capek. Aktiviti seharian depa ni menyebabkan tok imam tak senang duduk.

Pada satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni lah.Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk ayun 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti.
Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ker? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukan jahil sangat macm tok imam cakap tu!" .

Maka bila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala...". Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali dan menyuruh Tok Bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak khusyuk jugak lagi...Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat.
Tiba-tiba je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aaa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" Lalu batallah solat Budin. Yg lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun mintak pulak si Capek jadi imam. Si Capek pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dgn wirid-wiridnye sekali. Punyelah respek tok imam tu kat si Capek niii...Lepas je solat, tok imam pun puji melambung leee si Capekni... Tapi dgn bongkaknye si Capek berkata,"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dasat arr aku semayang. He heee..."

Tok imam pun terkedu & terpana...

::Penglipur Lara:: Tuhan Itu Wujud!

Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen ituke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada....