Showing posts with label SIS. Show all posts
Showing posts with label SIS. Show all posts

Friday, June 19, 2009

Terus terang saya katakan, saya tidak bersetuju dengan apa sahaja sister in Islam buat.

Saya pernah terbaca satu kenyataan yang ditulis dalam akhbar malaysia oleh Presidennya

mengenai Islam. Cakapnya memang bijak,pandanganya bernas bagi membela nasib wanita Islam.

Sayangnya, kalau kewajiban diri tidak mampu nak buat, seperti menutup aurat,

bagaimana nak membela ribuan wanita Islam yang lain. Caranya seolah mengajar ketam berjalan betul.

Bila di tanya kenapa tidak menutup aurat, mudah jawapnya, itu soal peribadi saya.

Kenapa tidak berkahwin, lelaki akan menyusahkan dia.

Saya malu bila mereka menggelar diri Sister In Islam.

Di peringkat antarabangsa mereka terkenal, dan itulah gambaran wanita Islam di Malaysia.

Pandai cakap tentang Islam tetapi tidak menjadikan Islam sebagai cara hidup.
Sisters in Islam, or what so ever their name is, adalah sebuah gerakan perempuan yang hanya bertujuan untuk menunjukkan besarnya nafsu mereka...banyak hujjah mereka tidak didasarkan pada ilmiah, walaupun ilmiah modern...ada sebuah buku yang mereka karang di Indon, dan sangat menghina Syaikh Umar Nawawi al-Bantani... atau dikenal dengan nama Nawawi banten...mereka menghujat Nawawi Banten....buku mereka berjudul wajah baru relasi suami Istri....lalu Pondok Lirboyo telah berhasil mengcounter dengan mereka dengan judul potret Ideal Suami Istri.....



Komen ni saya baca dalam salah satu website islamik. Bila renungkan, bukan setakat Sister In Islam (SIS), kita yang mengaku sebagai muslim ni pun perlu memuhasabah diri. Salah kita kalau SIS boleh berkembang mcm ni. Ini baru SIS, belum kira kumpulan2 lain yang 2x5 dan sewaktu dgn nya... Hm...Muhasabah.Muhasabah....

Sister In Islam : Sedarkah umat akan bahayanya?

KENYATAAN AKHBAR

12 Februari 2009

PUM PP selar penganjuran MUSAWAH membawa agenda Islam Liberal ke Malaysia dan mempertikaikan prinsip-prinsip asas Islam

Persatuan Ulama' Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUMPP) dengan ini menyelar sekeras-kerasnya program 'Musawah' iaitu Global Movement for Equality and Justice in the Muslim Family anjuran pendukung kuat fahaman sesat Islam Liberal di Malaysia iaitu Sisters in Islam (SIS). Pertemuan Musawah dilihat berhasrat mempertikaikan pelbagai prinsip-prinsip Islam khususnya dalam hukum syariah berkaitan wanita dan kekeluargaan yang dipersetujui dan diterima oleh kesepakatan ulamak muktabar.

Perjumpaan ini bakal dihadiri oleh pelbagai tokoh Liberal Muslim yang dipertikaikan oleh ulamak Islam muktabar. Mereka yang hadir termasuklah Muhammad Khalid Masud, iaitu pengerusi Majlis Ideologi Islamik dari Pakistan, Farida Bennani dari Morocco, Sana Benachour (Tunisia), Hussein Muhammad (Indonesia), Ziba Mir-Hosseini (Britain), Zainah Anwar (Malaysia), Siti Musdah Mulia (Indonesia) dan Nur Rofia (Indonesia) dan aktivis bukan Islam seperti Cassandra Balchin (UK) dan lain-lain.

200 Liberalis Muslim telah dijemput dari 40 buah negara dan berkumpul di hotel mewah (bertaraf lebih lima bintang) The Prince Hotel, Kuala Lumpur pada 13 Februari 2009 bagi menghadiri mesyuarat 5 hari tersebut. Perjumpaan tertutup ini juga tidak membenarkan penyertaan dari pihak luar selain dari jemputan tertutup mereka. PUM PP melihat perjumpaan dengan dana besar ini berkemungkinan disokong oleh kepentingan Barat dengan tujuan meliberalkan Islam dan mengharapkan pihak penguatkuasa dapat menyiasat punca sumber-sumber dana membiayai program terbabit.

Perjumpaan ini juga akan memberi persepsi yang negatif kepada Malaysia yang bakal digambarkan sebagai negara yang mengamalkan undang-undang Syariah yang mendiskriminasi wanita, terutamanya apabila perjumpaan ini bakal dibawa perhatian kepada wakil Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dengan kehadiran Professor Yakin Erturk (The United Nations Special Rapporteur on Violence Against Women) yang akan merasmikan perjumpaan tersebut.

PUM PP juga menyelar kehadiran pimpinan negara bagi merasmikan program tersebut seolah-oleh tidak merujuk terlebih dahulu kepada pihak autoriti agama dalam negara seperti JAKIM dan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Kertas kerja dan bengkel-bengkel yang bakal dibentangkan semasa perjumpaan dilihat berhajat untuk menginterpretasikan semula al Quran dan Hadith dari sudut pandang wanita yang selama ini dikatakan bias pada lelaki. Musawah juga bakal mengenengahkan isu hak samarata antara lelaki dan perempuan dalam kekeluargaan Islam melalui hukum-hakam seperti poligami, faraid, ketaatan isteri, izin keluar rumah, aurat wanita, dan sebagainya. Hukum-hakam ini bakal dipertikaikan dengan melanggar segala Syari'at yang dibawa oleh al-Qur'ān dan al-Sunnah.

PUM PP juga mengharapkan kumpulan-kumpulan dan masyarakat bukan Islam tidak terpengaruh dengan propaganda kumpulan liberal Islam ini dan tidak campurtangan dalam urusan Aqidah dan prinsip-prinsip ajaran Islam sepertimana Islam mengajar penganutnya untuk tidak campurtangan dan menghormati dalam ajaran agama-agama lain sepertimana penegasan al Quran

لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ (109:6)

· 109:6 Unto you, your religous law, and unto me, mine !" [3]

Sehubungan dengan itu, PUM PP menyelar pelaksanaan program ini dan dilihat bakal merosakkan lagi aqidah umat Islam di Malaysia seterusnya membawa perpecahan kepada umat Islam dan member persepsi yang salah kepada Islam kepada semua pihak, termasuk masyarakat dunia yang hadir dan melihat perkembangan di Malaysia.


Dr Wan Salim Wan Mohd Nor

Yang di Pertua
Persatuan Ulama' Malaysia
cawangan Pulau Pinang (PUMPP)


Mohammad Nizam Mahshar
Setiausaha PUMPP

* untuk tujuan perhubungan sila hubungi :
Mohammad Nizam Mahshar
018 465 4074 / 013 402 5770

http://www.bernama.com

Thursday, June 18, 2009

SIS Pertikai Keputusan Majlis Fatwa

Utusan Malaysia - Sisters in Islam Pertikai Keputusan Majlis Fatwa
Monday, 24 November 2008

KUALA LUMPUR: Sisters In Islam (SIS) menolak keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan amalan senaman yoga kerana tiada sebarang bukti dikemukakan bagi mewajarkan yoga diharamkan.

Pengurus Program SIS, Norhayati Kaprawi berkata, sehingga kini negara tidak pernah menerima apa-apa aduan atau bukti yang mengatakan ada individu beragama Islam bertukar kepada agama Hindu selepas mengamalkan senaman yoga.

''Jadi, mengapa perlu ia diharamkan? Mengapa terburu-buru untuk meletakkan undang-undang terhadap aktiviti senaman itu sedangkan ia tidak mengancam kedudukan agama Islam setakat ini?" soalnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Majlis Fatwa Kebangsaan semalam, yang mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik kerana dibimbangi akan menghakis akidah jika pengamalnya meneruskan amalan itu ke peringkat lebih tinggi.

Menurut Norhayati, pihaknya mempunyai alasan kukuh mengapa pengharaman itu tidak patut dilakukan memandangkan amalan yoga tidak lebih daripada sekadar satu senaman untuk kesihatan.

''SIS tidak nampak ia boleh memesongkan akidah seseorang pengamalnya sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam.

''Ini kerana yoga tidak lebih dari sekadar senaman untuk kesihatan jasmani, sama juga seperti senaman Tai Chi dan Qigong, '' katanya.

Sambil menyifatkan ia sebagai satu pengajaran, beliau bagaimanapun meminta supaya Majlis Fatwa lebih peka sebelum membuat sebarang tindakan membabitkan isu-isu sensitif seperti itu.

Dalam pada itu, beliau berkata, SIS juga akan memberi sokongan penuh sekiranya Majlis Fatwa mengambil langkah untuk mengkaji semula perkara tersebut bagi mengelak kekeliruan masyarakat.