Showing posts with label Isu. Show all posts
Showing posts with label Isu. Show all posts

Monday, March 7, 2011

Antara Demonstrasi Paling Berdarah Di Dunia

Revolusi selalunya memerlukan pengorbanan. Pengorbanan masa,harta benda,keringat malah jiwa sekali pun. Segala rusuhan aka demonstrasi aka revolusi ini berlaku apabila rakyat sudah mula tidak tahan dengan pemerintah mereka yang bersikap zalim, diktator, menghalang kebebasan bersuara, rasuah, penyelewengan tidak adil, memanipulasi pilhanraya dan sebagainya.

Revolusi di Libya terus berlanjutan. Amerika dikatakan mula sekodeng peluang untuk campur tangan.

Photobucket

Anak Presiden Muamar Gaddafi, Saif Al-Islam, semasa ditemuramah oleh Al Jazeera 20 Feb yang lalu mengakui bahawa jumlah kematian Revolusi Libya ialah sudah 300 orang, termasuk 58 orang tentera.


Berikut adalah revolusi-revolusi yang banyak mengorbankan nyawa perusuh.

1.Revolusi Romania 1989 (1,104 mati)

Photobucket

Revolusi Rumania 1989 melihatkan kekerasan sejak awal, dan kekerasan semakin meningkat sehingga pertempuran berhenti, seminggu selepas dimulakan. Sebelum rusuhan,rakyat di Romania tidak senang dengan berbagai hal.

Punca utamanya ialah Perdana Menteri masa itu Nicolae Ceau yang membuat pelbagai perkara untuk mengurangkan hutang negaranya. Television, makanan, pakaian, elektrik dan banyak lagi dicatu.

Namun pada masa itu dia dan isterinya mengadakan pelbagai pembaziran wang rakyat. Sekatan dibuat juga oleh Polis Rahsia negara tersebut seperti dilarang kebebasan bersuara,buku-buku ditapis, saluran radio dilarang, dan tidak ada yang mengkritik regim.

Semua ini sangat membuatkan rakyat Romania marah dan mula bangkit untuk berevolusi.


2.Direct Action Day 1946 – 4,000 mati

Photobucket

Rusuhan ini adalah rusuhan Islam-Hindu paling melibatkan banyak kematian dalam sejarah.

Direct Action Day, juga dikenali sebagai Great Calcutta Killing, berlaku pada 16 Ogos 1946, dan berakhir dengan 4,000 orang maut dan hampir 10,000 orang kehilangan tempat tinggal.

Rusuhan terjadi di tempat yang sekarang dikenali sebagai Calcutta.

Kerusuhan ini dimulai pada 18 hari Ramadan,dan dirancangkankan untuk berdamai, tetapi menjadi tragedi berdarah.


3.Pemberontakan Arab di Palestin 1936-1939 (5,600 Meninggal)

Photobucket

Pemberontakan Arab di Palestin 1936-1939, mereka yang mengambil bahagian dalam rusuhan itu memprotes dua masalah utama iaitu: pendatang Yahudi yang sangat ramai ke kawasan Palestin dan kembalinya pemerintahan kolonial Inggeris.

Tahun-tahun pertama demonstrasi dipimpin oleh Komuti Tinggi Arab (AHC). Selama ini masalah rusuhan hanya isu besar yang digembar gemburkan; kenyataannya aksi demo mereka hanya mogok dan jenis lain dari protes politik yang tidak menimbulkan kekerasan atau bahaya kepada siapapun.

Namun,perkara ini berubah pada tahun 1937 setelah Inggeris telah berjaya menenangkan demonstrasi yang pertama.

Pada September 1937 rusuhan demonstrasi berubah menjadi kekerasan dan ribuan orang dibunuh. Dikatakan bahawa semasa rusuhan tersebut lebih kurang 10% dari populasi Palestin lelaki yang berumur antara 20-60 dibunuh, dipenjarakan, dan tercedera. Namun, pada akhirnya, demonstrasi yang menjadi rusuhan ini tidak membuahkan hasil.


4.Demonstrasi Soweto – 600 mati

Photobucket

Pemberontakan Soweto dimulakan pada 16 Jun 1976 di Soweto, Afrika Selatan yang melawan pemerintahan yang dikenali sebagai apartheid.


5.1977 Demo Roti di Mesir – 800 mati

Photobucket

Rusuhan gara-gara roti di mesir yang melibatkan sebahagian besar kota terbesar di Mesir.Namun, hal ini cukup jelas bahawa rusuhan terjadi akibat reformasi ekonomi oleh Anwar Sadat tidak membuatkan rakyat gembira.

Konflik dimulakan ketika Sadat membuat pinjaman dari Bank Dunia untuk memberikan subsidi, termasuk makanan. Pada tahun 1977 diumumkan bahawa pemerintah merancang untuk membatalkan subsidi sebanyak $30 juta. Bonus dan kenaikan gaji juga dibatalkan.

Kerana pembatalan ini, ramai orang di seluruh Mesir menjadi sangat marah. Rakyat dari seluruh mesir, termasuk Cairo dan Iskandariah bergabung untuk berjuang agar rancangan presiden itu dibatalkan.


6. Medan Tiananmen 1989 – Lebih 3,000 orang mati.

Insiden mahasiswa pro demokrasi dilakukan setelah mahasiswa melakukan demonstrasi di Dataran Tiananmen di Beijing antara 15 April dan 4 Jun 1989.

Protes ini ditujukan terhadap ketidakstabilan ekonomi dan korupsi politik yang kemudian menjadikan demonstrasi pro-demokrasi. Kerajaan China masa itu dikatakan menggunakan kereta kebal untuk melenyek para penunjuk perasaan.


7. Minggu Berdarah 1905 di Russia (1,000 orang mati)

Photobucket

Ribuan warga Russia berdemonstrasi di jalan-jalan Rusia untuk memberikan undian kepada Tsar Nicolas II. Namun, demonstrasi damai menjadi tragedi berdarah kerana pasukan Polis Rahsia Tsar tiba dan menembak para pendemo.



Sumber Link

Friday, March 4, 2011

Percubaan Bunuh Diri Anak Hosni Mubarak

Menurut sumber-sumber informasi di Cairo menyebut bahawa Gamal (Jamal) Mubarak, anak lelaki Presiden Mesir yang digulingkan, telah cuba membunuh diri dengan meminum racun, setelah dirinya menderita tekanan moral dan kecewa dari mimpi menjadi presiden serta dikejar oleh rakyat yang ingin mengambil wang yang dia seludupkan keluar dari Mesir, yang berjumlah jutaan dolar di bank-bank yang ada di Ireland, Swiss, Perancis, Kanada dan Norway.

Menurut surat kabar Aljazair “Asysyuruq”, Gamal meminum secawan teh yang telah dicampur dengan racun, Gamal pengsan namun dirinya diselamatkan setelah pengawal keluarganya memanggil doktor peribadainya.

Doktor mengambil sampel terakhir darahnya, dan mendapati bahawa Gamal telah mencuba membunuh diri dengan meminum racun, doktor juga mengatakan bahawa keadaan mental Gamal semakin buruk akibat revolusi Mesir, dirinya menderita tekanan yang sangat kuat.

Hosni Mubarak Mengidap Kanser

Sementara itu, Presiden Mesir yang digulingkan, Hosni Mubarak dilaporkan terus menerima rawatan untuk penyakit kanser di negara yang melindunginya iaitu Arab Saudi. Demikian menurut laporan akhbar Al-Akhbar pada hari Rabu lepas.

“Sekarang Mubarak ada di sebuah pangkalan tentera di bandar Tabuk dan menerima rawatan untuk kanser usus besar dan pankreas,” kata laporan itu.

“Dia sedang menjalani kemoterapi setiap lima hari,” katanya.

Setelah dia mengundurkan diri pada 11 Februari dan kekuasaan diserahkan ke sebuah dewan tentera, Mubarak, 82, menetap di resort di Laut Merah Sharm el-Sheikh, tempat dia secara teratur menerima tamu asing.

Al-Akhbar melaporkan bahwa Mubarak berangkat ke kota di barat laut Arab Saudi hanya beberapa hari setelah pengunduran dirinya.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini rahsiaa kesihatan Mubarak sangat dikawal ketat. Mac tahun lalu Mubarak menghabiskan tiga minggu di Jerman setelah pembedahan.


Sumber: googlenews

Thursday, March 3, 2011

Iran Protes Logo Olimpik 2012 Rasis: Tak pernah aku tengok logo olimpik mcm ni.

Logo Olimpik 2012 London menimbulkan 1001 persoalan dan isu apabila Iran memprotes logo tersebut yang dikatakan berbau rasis kerana mempunyai perkataan seakan-akan perkataan ZION.

Photobucket

2=Z 0=O 1=I 2=N

Gambar untuk lebih jelas,

Photobucket

Apa yang dimaksudkan dengan ZION? ZION boleh disamakan dengan pengganas ZIONIS.

Lihat maksud ZION dari terjemahan Advance Version , sumber di sini

Photobucket

Pendirian Iran sebagai negara Islam.

Iran kemungkinan akan memboikot acara sukan terbesar itu menurut surat yang mereka hantar kepada IOC (International Olympic Comittee). Dalam surat tersebut juga seakan Iran mendesak negara-negara Islam yang lain mengambil tindakan yang serupa.

Namun begitu Presiden IOC, Jacques Rogge menafikan tuduhan Iran bahawa logo Olimpik London 2012 “rasis”. Rogge mengatakan kepada BBC Sport: “Tidak, ini bukan hal serius. Kami akan menjawab dengan senyap, dan menjelaskan bahawa logo ini tidak ada kaitan dengan rasisme atau politik.”

Rogge juga menambah bahawa logo tersebut telah dilancarkan pada tahun 2007 tetapi mengapa sekarang baru ditimbulkan isu tersebut.

Surat dari Iran kepada Rogge berbunyi:

“Tidak diragukan ada satu sikap lalai dalam masalah ini dari pihak anda akan memberi kesan beberapa negara akan menarik diri, terutama Iran.”

Iran berjaya menggondol satu pingat emas dan satu gangsa pada Sukan Olimpik di Beijing tahun 2008. Pingat emas Iran adalah dari olahraga Taekwando kelas 80Kg menerusi atlit Hadi Saei. Sementara pingat gangsa diraih oleh Seyedmorad Mohammadi dari gusti kelas 60kg.

Maskot Dajjal?

Selain dari logo Olimpik yang menjadi isu hangat tersebut, maskot Olympic 2012 London ini juga menjadi isu.


Maskot yang bernama Wenlock tersebut bermata satu seperti Dajal.

Photobucket

Di hujung kepalanya juga terdapat bentuk piramid yang sangat mirip dengan logo Freemason.

Photobucket

Ini logo freemason..

Photobucket

Pendirian Malaysia?

Apa agaknya pendirian kerajaan Malaysia dalam isu ini ya?Kita juga negara Islam walaupun pemerintahan negara kini sering dikaitkan mempunyai hubungan intim dengan APCO dan Israel, hakikatnya maruah Islam lebih mulia dan perlu diutamakan. Kita bukan banjingan. Tepuk dada, tanya iman.

Disunting dari IsuHangat.net

Tuesday, March 1, 2011

Saman ekor: Ketahui hak anda




Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.

Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan

Hak terhadap harta.

(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.

Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.

Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.

Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.

Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenalai dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.

Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda... TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.

Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?

1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.

Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?

2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI

3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?

Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:

a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.

b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.

c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.

Artikel ini ditulis oleh Zulhazmi Shariff. Beliau merupakan Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE).


Dua Wira Muda Katalis Revolusi Mesir.

Revolusi di Mesir yang berjaya menurunkan Hosni Mubarak mencatat sejarah baru bagi negara tersebut, iaitu munculnya tokoh-tokoh muda. Mereka menjadi inspirasi bagi rakyat untuk tetap turun ke jalan dalam hampir tiga minggu untuk menuntut Presiden Hosni Mubarak berundur, meskipun sempat disabotaj pemerintah dengan menutup saluran internet dan handphone serta diserang oleh polis preman pro Mubarak.

Tokoh-tokoh baru itu bukanlah mereka yang sudah terkenal, seperti Ikhwanul Muslimin, kumpulan pemberontak popular yang keberadaannya dilarang oleh rejim Mubarak, dan bukan pula Mohamed ElBaradei – peraih Nobel Perdamaian yang aktif memimpin lembaga Anti-Nuklear PBB.

Sumber inspirasi yang dimaksud adalah mereka yang, sebelum pergolakan ini dimulakan, tidak dikenali oleh rakyat Mesir. Dua tokoh muda tersebut adalah Khaled Said dan Wael Ghonim.

PhotobucketPhotobucket

Bagi kaum muda Mesir, Said menjadi mentor bagi gerakan pro demokrasi setelah mati ditangan polis, dan Ghonim dianggap wira dikalangan pendemontrasi setelah ditahan polis selama 11 hari.

Sebelum ditangkap polis, Ghonim bergerak ‘underground’ sebagai aktivi internet. Pemuda berusia 30 tahun itu menjadi salah satu enjin penggerak massa melalui internet untuk turun ke jalan dengan mengelola sejumlah group akaun di laman jejaring sosial Facebook.

“Ini adalah revolusi kaum muda di internet dan kini merupakan revolusi bagi semua rakyat Mesir,” kata Ghonim kepada pejabat berita Associated Press. Salah satu group Facebook yang dikelola Ghonim itu bernama “We are All Khaled Said.” Nama group itu diinspirasi dari seorang pemuda bernama Khaled Said.

Menariknya, Ghonim dan kalangan muda lainnya melihat Said sebagai motivator mereka untuk berontak melawan regim Mubarak, yang berkuasa sejak 1981. Pemimpin berusia 82 tahun itu, bagi Ghonim dan kaum muda di Mesir, memandang sebelah mata hak-hak demokrasi mereka.

Said menjadi korban kebrutalan rezim Mubarak. Lelaki berusia 28 tahun itu maut pada Jun tahun lalu tanpa alasan yang jelas, disiksa sejumlah polis berpakaian preman di sebuah cyber cafe di Kota Iskandariah.

Padahal Said adalah sebagian dari masa depan Mesir. Menurut media Almasry Alyoum, Said dikabarkan pernah belajar di Amerika Syarikat dalam program sistem komputer.

Muncul gambar Said dalam keadaan sudah tidak bernyawa namun dalam keadaan yang sangat menyedihkan.

Itulah sebabnya kematian Said di tangan polis tidak boleh diterima para pemuda seperti Ghonim.

Maka, Ghonim pun rela mempertaruhkan kerjayanya sebagai salah seorang eksekutif di syarikat internet terbesar di dunia, Google Inc., untuk turut bergerak menentang regim Mubarak. Ghonim sejak Januari 2010 bekerja sebagai seorang Pengurus Pemasaran Google untuk kawasan Timur Tengah dan Afrika Utara.

Photobucket

Dia sebenarnya hidup mewah dengan pekerjaannya di Dubai. Namun, kesenangannya itu dia tinggalkan selama beberapa minggu. Menurut stesyen berita BBC, Ghonim berjaya memujuk Google untuk membenarkan dia bercuti untuk pulang ke kampung halamannya di Mesir karena “urusan peribadi.” Sebenarnya dia mengikut gerakan ‘underground’ anti Mubarak.

Namun, pada 27 Januari 2011, Ghonim dilaporkan hilang semasa situasi di Mesir akibat gelombang demonstrasi mulai panas. Akhirnya muncul laporan bahwa Ghonim ditahan polis Kairo setelah diketahui terlibat dalam gerakan anti Mubarak melalui internet.

Lelaki yang mempunyai dua orang anak itu ditahan selama 11 hari.Hasil dari desakan dari sejumlah pihak, termasuk dari lembaga Amnesty International, Ghonim akhirnya dibebaskan pada 7 Februari 2011.

Dalam wawancara dengan Dream 2 TV, Ghonim mengaku mendapat layanan yang baik dari pihak polis sepanjang penahanannya. Namun, dia pelik kerana pihak polis menyebut dia sebagai pengkhianat.

“Siapapun yang punya maksud baik akan dicap pengkhianat kerana menjadi jahat sudah merupakan perkara biasa. Kalau saya pengkhianat, tentu saya sudah bersenang-lenang di vila saya di Dubai sambil mencari wang yang banyak dan berkata seperti yang lain, ‘Biarkan negara ini [Mesir] jadi neraka.’ Namun, kami bukan pengkhianat,” kata Ghonim.

Di penjara berhari-hari tidak membuat Ghonim lemah. Menurut harian LA Times, tidak lama setelah bebas, Ghonim bukannya pulang ke Dubai tapi terus kembali turun ke jalan. Dia juga kembali aktif di Twitter. “Kebebasan adalah sebuah berkah dan kita perlu untuk memperjuangkannya.” kata Ghonim di salah satu tweet-nya.

Ghonim juga merupakan penyokong setia tokoh pembangkang Mesir pemenang Nobel, Mohammad ElBaradai. Ghonim bergabung secara sukarela dengan ElBaradei, sebulan sebelum bekas Ketua Badan Energi Atom International (IAEC) itu kembali ke Mesir.

Menurut Ziad Al-Alimi, asisten senior ElBaradai, Ghonim sempat membantu membuatkan ElBaradai laman web rasmi www.7amla.net. Dia juga membuat laman rasmi ElBaradei di Facebook.

Aksi gigih dan pengorbanan Ghonim, yang terinspirasi oleh kematian tragis Said, membangkitkan kesedaran banyak orang di Mesir. Tak hanya kaum muda, namun juga warga-warga yang sudah berusia seperti Afaf Naged, bekas lembaga pengarah Bank Nasional Mesir. Mereka pun turun ke jalan menuntut Mubarak segera turun dari kekuasaan.

“Saya juga datang kemari karena Wael Ghonim. Dia benar ketika mengatakan parti Mubarak, NDP (Partai Demokratik Nasional) telah tamat. Tidak ada lagi parti, namun mereka tidak mahu mengakuinya,” kata Naged seperti dikutip stesyen berita Al Jazeera.

Seorang perempuan bernama Fifi Shawqi juga baru kali pertama ikut berdemo. Dia membawa serta ketiga anaknya dalam demonstrasi di Dataran Tahrir pada 8 Februari 2011.

Shawqi juga mengaku tergerak oleh pernyataan Ghonim selepas dia keluar dari penjara. Masa itu, Ghonim menyatakan sedih atas korban tewas dan dia mengatakan cinta Mesir.

“Saya menangis. Saya merasa dia dan semua pemuda di sini seperti anak saya sendiri,” ujar Shawqi. Dalam aksi itu, Ghonim sempat berucap di hadapan puluhan ribu demontrasi di Dataran Tahrir. Pidato ini langsung mendapatkan respon positif dan membakar semangat para demonstrasi.

Namun, Ghonim tidak mahu disebut wira.

“Tolong jangan sebut saya sebagai wira. Saya bukan wira, saya selama 12 hari terakhir ini hanya tidur. Wira sebenar adalah mereka yang turun ke jalan. Jadi, arahkan kamera anda kepada orang yang tepat,” kata Ghonim.

Posted @ www.isuhangat.net, dari pelbagai sumber.



Monday, February 28, 2011

Saman Ekor: Apa yang berekor?




ANDA PELRU TAHU

Apa Itu Saman Ekor?
Saman ekor merupakan notis kepada pemilik kenderaan untuk memberi maklumat butiran pemandu kenderaan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang melakukan kesalahan yang berkenaan. Notis ini akan dihantar ke alamat pemilik kenderaan yang terdapat dalam pangkalan data JPJ. Istilah rasmi bagi saman ekor ialah Notis Pol.170A.

Perbezaan Saman Ekor dengan saman-saman lain dan siapa yang mengeluarkan Saman Ekor ini serta untuk kesalahan apa?
Saman ekor dihantar secara pos berdaftar kepada pemilik kenderaan. Manakala saman lain adalah yang dikeluarkan secara terus kepada pemandu kenderaan sejurus selepas kesalahan dilakukan. Saman ekor dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia ke atas kesalahan mamandu had laju sahaja.

Apakah pindaan yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang MENINDAS pengguna dan MENGUNTUNGKAN syarikat swasta?
a) Memasukkan takrif imej yang dirakam ke dalam Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang bermaksud semua gambar yang diambil oleh PDRM/JPJ semasa operasi hadlaju sebelum pindaan ini tidak boleh digunakan di Mahkamah sebagi bukti.
b) Memperkenalkan AES iaitu penguatkuasa automatik yang akan menguntungkan du syarikat swasta.
c) Selepas 28/2/2011 senarai hitam akan kembali dikuatkuasa sedangkan saman ekor yang lama tidak boleh dikuatkuasakan kerana tiada bukti kesalahan dan tiada saman di Mahkamah.
d) Memberi kuasa kepada JPJ/PDRAM memasuki mana-mana jalan termasuk jalan persendirian untuk menguatkuasakan Akta ini.


HAK ANDA

Saman sepatutnya dikeluarkan secara terus kepada anda sejurus selepas kesalahan dilakukan
Mengapa?
Ada kemungkinan kenderaan di dalam gambar adalah kenderaan yang menggunkan no pendaftaran palsu yang menyamai no pendaftaran anda!

Anda sepatutnya tidak perlu membayar kompaun jika tidak mengaku melakukan kesalahan.
Mengapa?
Ini adalah kerana Saman Ekor hanyalah n otis meminta maklumat.

Anda tidak perlu membuat carian online di PDRM atau JPJ jika menerima Saman Ekor.
Mengapa?
Pihak berkuasa perlu menyerahkan sendiri apa-apa notis kepada anda.

JPJ tidak berhak menghalang anda memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu hanya kerana anda tidak membayar kompaun Saman Ekor.
Mengapa?
Polis/JPJ perlu mengeluarkan saman supaya anda hadir ke mahkamah untuk menjawab tuduhan melakukan kesalahan tersebut. selagi belum disabitkan kesalahan, JPJ tidak berhaka melakukan hal di atas.




Sunday, February 27, 2011

Nama anak saya Siti NurFacebook!

Photobucket

Bayi Bernama Facebook di Mesir.

Pengguna Facebook sudah mencapai 600 juta orang, dan paling terbaru diketahui ada seorang bayi yang diberi nama seperti jaring sosial terpopular itu. Jamal Ibrahim, dari Mesir, menamakan anak perempuannya yang baru saja lahir itu dengan nama “Facebook” kerana mendapat ilham dari kejayaan protes di Mesir sebelum ini menurut akhbar tempatan, Al Ahram.

Ini kerana tunjuk perasaan yang melibatkan jutaan orang di Negeri Piramid itu berjaya menumbangkan regim Presiden Hosni Mubarak, yang telah bertakhta lebih dari 30 tahun. Protes itu bermula dari laman Facebook yang menggerakkan penunjuk perasaan turun berdemo.

Pengguna Facebook di Mesir lebih kurang 5.5 juta. Jumlah ini melebihi pengguna di negara Arab lainnya.

Rupa-rupanya peristiwa Revolusi Facebook ini meninggalkan kesan di hati Jamal, yang kemudian menamakan anak pertamanya itu “Facebook”.

Pelik juga dengan si Jamal ni yang terlalu taksub dengan facebook. Kan dalam Islam disuruh menamakan anak kita dengan nama yang baik-baik kerana esok di Padang Mahsyar akan dipanggil seorang-seorang menggunakan nama sebenar kita.Sedangkan nama anaknya tiada nama Arab sama sekali.

Lagi satu kalau budak tu dah besar,nak panggil aper agaknya ek?
“fes” atau “buk”?


Wednesday, February 23, 2011

Pemuda kumpul peminjam PTPTN, MARA

Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang mengalami masalah pembayaran balik pinjaman mereka diminta menghadiri satu pertemuan pada 26 Februari ini.

Menurut Harakahdaily
, pertemuan anjuran dewan pemuda PAS itu dijadualkan pada Sabtu ini, jam 2 petang di dewan Semantan Perdana, Hotel Sri Malaysia, Temerloh, Pahang bagi mereka meluahkan masalah masing-masing.

NONE
Ketua penerangan pemuda PAS, Suhaizan Kaiat, berkata parti itu mengambil inisiatif berkenaan kerana prihatin dengan nasib mereka yang tidak mampu membayar balik pinjaman kerana faktor kekangan ekonomi negara.

"Mereka dalam keadaan tertekan kerana mereka tidak mampu membuat bayaran. "Faktor utama adalah kerana tidak mempunyai pekerjaan yang tetap dan kos hidup yang meningkat setiap tahun khususnya di bandar," katanya.

Menurutnya sehingga kini terdapat 1.7 juta peminjam PTPTN yang mengalami masalah membayar balik hutang mereka. Daripada jumlah itu, 191,262 orang yang langsung tidak mampu membuat bayaran balik. PTPTN telah membelanjakan sebanyak RM 37 bilion sejak 13 tahun yang lalu.

Agensi itu juga telah mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 4 peratus kepada peminjam sebelum ini dan ia didakwa membebankan. ptptn one stop centre kl sentral 260307 boothsMasalah yang dihadapi peminjam ketika ini, kata Suhaizan berkaitan jumlah pinjaman mereka yang meningkat setiap tahun jika tidak membuat pembayaran.

Mereka juga tidak dibenarkan pergi ke luar negara jika tidak menjelaskan pembayaran yang ditetapkan oleh PTPTN. Sebahagian mereka menghadapi kesukaran untuk mendapat pinjaman lain khususnya pinjaman perniagaan.

Selain PTPTN, masalah sama turut menimpa peminjam MARA yang ada d iantara mereka terpaksa membayar balik jumlah pinjaman terlalu besar sehingga RM80 ribu.

ptptn one stop centre kl sentral 260307 applicants "Pihak PTPTN pula sedang berusaha membuat pindaan terhadap akta PTPTN yang berkemungkinan pada sidang parlimen akan datang bagi mengetatkan lagi kawalan pembayaran balik pinjaman. Tindakan ini sudah semestinya akan memberikan lebih tekanan kepada mereka."Dalam usia mereka yang masih muda mereka telah dibebankan dengan hutang yang banyak. Hidup mereka menjadi tidak tenteram dengan hutang tersebut," katanya.

Menurut Suhaizan, pertemuan Sabtu ini akan juga dihadiri ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat yang akan sama-sama mendengar rintihan mereka. Semua pandangan mereka akan dirumuskan dalam persidangan meja bulat dan akan diserahkan kepada pihak kerajaan dalam sidang parlimen akan datang.

Sumber: http://malaysiakini.com/news/156850



Tuesday, February 22, 2011

Angin perubahaan pada p'raya kampus


Prestasi kumpulan pro-Mahasiswa disifatkan jauh lebih baik tahun ini dengan kejayaan merampas beberapa universiti pada pilihan raya kampus yang diadakan semalam.

Angin perubahan dikatakan melanda di kampus beberapa menara gading setelah sekian lama dikuasai oleh kumpulan Pro- Aspirasi atau Pro-A. Ini termasuk Majlis Perwakilan Pelajar atau MPP di Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Sabah kampus Labuan dan Universiti Malaysia Kelantan.

NONEPaling signifikan, kejayaan mereka di UM, - universiti pertama negara ini di mana calon-calon pro-M memenangi 23 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan. Mereka juga berjaya menyapu bersih semua sembilan kerusi kampus yang dipertandingkan dan 14 daripada 32 kerusi fakulti. Ini adalah kejayaan besar bagi kumpulan itu sejak kumpulan Aspirasi menang pada pilihan raya kampus tahun lalu. Ketika itu, mereka cuma mampu meraih 17 kerusi.

NONEKumpulan pro-M adalah pergerakan mahasiswa yang sering kali dikaitkan dengan mereka yang agak kritikal terhadap kerajaan dan menuntut mahukan pembabitan yang lebih menyeluruh di kalangan pelajar dalam pentadbiran kampus. Seteru mereka melabelkan diri mereka sebagai pro-Aspirasi (pro-A) kerana dikatakan cuba mempertahankan "aspirasi kerajaan", dan secara tradisionalnya adalah penyokong pihak berkuasa.

UM secara tradisional adalah kubu bagi aktiviti perjuangan pelajar tetapi kumpulan pro-A sejak kebelakangan khususnya sedekad lalu dikatakan berjaya mendapat pengaruh.

NONEDi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kumpulan pro-Mahasiswa juga berjaya mengakhiri kemarau tujuh tahun bagi menguasai universiti kebangsaan itu. Mereka menang 22 kerusi manakala kem Aspirasi mendapat 15. Antara lain, kumpulan pro-Mahasiswa mendakwa pelajar mengundi mereka kerana tidak berpuas hati dengan bekalan air yang tidak menentu di asrama serta perkhidmatan Internet yang tidak stabil.

"Mahasiswa UKM keluar mengundi atas inisiatif bahawa mereka peka dengan pilihan raya kampus dengan kesedaran politik. "Ia (adalah) kebangkitan mahasiswa UKM kerana pada tahun lalu jelas memperlihat banyak perkara penindasan dan kezaliman. "Ia menjadikan mahasiswa matang dengan (selepas) mengetahui siapa yang memperjuangkan isu-isu mahasiswa," kata ahli Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) Mohd Hilman Idham dalam sidang media hari ini.

Di Universiti Sains Malaysia (USM), kumpulan pro-Mahasiswa tidak memenangi kebanyakan kerusi tetapi berjaya memperbaiki kedudukan dengan merampas 14 kerusi, meningkat daripada 7 yang dimenangi tahun lalu. Kem pro-A masih selesa dengan 24 kerusi manakala seorang calon bebas menang satu lagi.

Di Universiti Putra Malaysia (UPM), kem pro-Mahasiswa mengekalkan kedudukan mereka dengaan 11 kerusi, seperti pada tahun sebelumnya. Mereka dibelasah teruk oleh kumpulan pro-A yang memenangi 31 kerusi. Sebuah lagi kerusi dimenangi calon bebas.

Sementara itu, di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), prestasi pro-Mahasiswa bertambah buruk berbanding tahun sebelumnya, mereka hanya mendapat 12 kerusi berbanding 18 sebelumnya. NONEKumpulan Aspirasi menang 38 kerusi manakala lima lagi diboloti calon bebas. Mengulas faktor kekalahan mereka dalam pilihan raya itu, jurucakap pro-M UTM Ku Abd Muhyi Ku Abd Hamid berpendapat kekurangan calon dan kekurangan sumber kewangan adalah antara punca kekalahan mereka.

"Rentak pilihan raya kampus lebih kepada perang poster, pro-M tidak semewah pro-Aspirasi yang gantung banyak poster. (Kita juga) kurang calon di peringkat fakulti," katanya. Sehubungan itu, kumpulan tersebut akan mengadakan sesi bedah siasat berhubung kekalahan dan kemerosotan prestasi mereka malam ini.

Dalam perkembangan terbaru di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) lewat petang ini, pro-M mengekalkan kemenangan sebelum ini dengan menguasai 23 daripada 26 kerusi yang dipertandingkan. Hanya satu kerusi dimenangi pro-A. Dua dimenangi calon bebas. Tahun lalu mereka menang 15 kerusi. Ini bermakna pro-M tahun ini berjaya menambah cengkamannya di universiti itu.

Sementara itu di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pro-M tewas selepas mendapat 13 daripada 30 kerusi yang dipertandingkan. Manakala pro-A mendapat 17 kerusi.

Sumber: http://malaysiakini.com/news/156741


Kelantan Sedia RM1.5 Juta Galak Pasangan Muda Kahwin


Kerajaan PAS Kelantan melancarkan "Gerbang Az-Ziwaaj" dengan peruntukan RM1.5 juta tahun ini bertujuan menggalakkan 1,500 pasangan muda kurang berkemampuan untuk berkahwin.

Semasa melancarkannya, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar), berkata program bertemakan "Anda Bijak Kerana Berkahwin" itu bertujuan mengelakkan golongan muda dari terjebak dalam perzinaan dan menghalang kejadian buang anak luar nikah.

Melalui program itu, setiap pasangan diberi RM1,000 dalam bentuk cek dan peserta boleh mendapatkan borang permohonan di pejabat kadi, pejabat Anggota Dewan Undangan Negeri, kaunter khidmat pelanggan Setiausaha Kerajaan Negeri atau muat turun borang dari laman facebook "Gerbang Az-Ziwaaj" (Gerbang Perkahwinan)

- Kota Bharu, 16 Februari 2011

Berita ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia).



Saturday, September 4, 2010

MEMORANDUM BANTAHAN TERHADAP PERLAKUAN MENJEJASKAN HUBUNGAN BAIK MALAYSIA - INDONESIA


Diserahkan Oleh:

Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2009/2010

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia



Kepada:

Kedutaan Besar Indonesia di Malaysia


Tarikh:

3 September 2010


PENDAHULUAN


Akhir-akhir ini isu berkenaan dengan hubungan baik Malaysia-Indonesia seakan kembali dihangatkan seperti mahu membuka sejarah pahit yang sudah lama antara Malaysia dan Indonesia. Ianya bermula apabila seramai 600 orang menyertai demonstrasi itu berteriak "ganyang Malaysia" bagi membantah apa yang mereka dakwa pencerobohan pihak berkuasa Malaysia di perairan perbatasan kedua-dua negara, berhampiran Bintan, Kepulauan Riau 13 Ogos 2010.

Sejak insiden 13 Ogos itu, beberapa demonstrasi dilakukan oleh kumpulan-kumpulan kecil yang bertindak merosakkan plak nama Kedutaan Besar Malaysia, memanjat pintu pagar dan tembok pintu pagar dan berdiri di atasnya. Insiden itu diburukkan lagi dengan perbuatan melempar najis manusia ke dalam kawasan Kedutaan Besar Malaysia di sini oleh penunjuk perasaan dari kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera).


PENDIRIAN

Walaubagaimanapun, kami Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2009/2010 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (MPP 09/10 UIAM) memandang isu ini dari sudut lebih rasional tanpa cuba melibatkan emosi. Hubungan Malaysia dan Indonesia sudah begitu lama terjalin. Apatah lagi Malaysia dan Indonesia berpayung dan berjiran di dalam ASEAN dan telah menjalin pelbagai persefahaman dan perjanjian sejak dari dahulu lagi. Satu lagi nilai yang perlu dilihat ialah nilai persaudaraan Islam dan satu rumpun Melayu yang sepatutnya menjadi kekuatan kepada kedua-dua negara untuk terus bersatu.

Di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sendiri, mahasiswa dari Indonesia merupakan kelompok yang paling ramai mewakili mahasiswa antarabangsa. Tenyata hubungan mahasiswa Malaysia dan mahasiswa dari Indonesia sangat baik dan kami turut bekerjasama dalam pelbagai aktiviti bersama.

Kami barisan MPP, sebagai wakil mahasiswa di UIAM akan sedaya upaya mengawal segala bentuk tindakan dan provokasi daripada berlaku di dalam Taman Ilmu dan Budi UIAM ini agar ia tidak memburukkan lagi hubungan baik di antara kedua-dua buah negara.

Kami percaya, insiden yang berlaku ini hanya dilakukan oleh segelintir rakyat Indonesia dan ia ada kaitan dengan pihak ketiga yang cuba mengeruhkan hubungan ukhwah di antara Malaysia dan Indonesia yang saling membantu antara satu sama lain dalam memajukan kedua-dua buah negara.

Walaubagaimanapun, kami MPP UIAM menyeru agar:

1) Kerajaan Indonesia mengambil tindakan segera dan tegas terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang terlibat dalam usaha berterusan mengeruhkan perselisihan antara kedua-dua buah negara sama ada dalam serangan secara fizikal atau siber. Kerajaan Indonesia diharap agar dapat melakukan siasatan yang lebih terperinci untuk mencari siapakah dalang dalam masalah ini.

2) Media Indonesia dan Malaysia perlu lebih berhati-hati dan telus dalam melaporkan isu mengenai masalah ini dan tidak cuba mensensasikannya. Jika ia tidak ditangani dengan bijak, dikhuatiri akan mengakibatkan masalah yang lebih besar sekaligus merugikan kedua-dua buah negara.

3) Kedua-dua buah negara perlu menyelesaikan masalah ini dengan mengutamakan persaudaraan Islam dan persamaan rumpun Melayu antara rakyat Malaysia-Indonesia dengan pendekatan diplomasi dan musyawarah.

4) Mahasiswa Malaysia yang belajar di Indonesia diberi kawalan keselamatan yang baik dan terjaga dari sebarang gangguan yang akan menganggu konsentrasi pembelajaran mereka.

5) Mahasiswa dari Malaysia dan Indonesia yang dididik dengan nilai-nilai ilmu dan profesionalisme akan mengambil peranan dalam menjelaskan isu ini kepada masyarakat serta turut sama diajak terlibat dalam usaha mencari solusi kepada isu ini.


PENUTUP

Jika dilihat kembali sejauh mana hubungan baik Malaysia-Indonesia selama ini, semestinya kita tidak rela hubungan baik ini terjejas. Justeru, kami sebagai perwakilan mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa menyeru pihak kerajaan Indonesia untuk memandang serius isu ini dan menanganinya dengan bijak sebelum ianya menjadi semakin parah. Mudah-mudahan, konflik yang sebegini tidak akan mampu menggugat hubungan erat Malaysia-Indonesia malah diharapkan boleh menjadi penyebab kepada hubungan yang lebih erat kelak.


Tuesday, April 13, 2010

Soff: sunnah yang diingati namun gagal diikuti.

Saff yang lurus. Ini juga sunnah nabi yang tak mampu dipelihara kebanyakan ummat akhir zaman. Lihat sahaja disekeliling kita.











Saff yang tidak lurus pernah menyebabkan masalah kepada pemimpin Islam, Umar AlKhattab dalam satu peperangan. Selepas menyedari ada beberapa sunnah yang tidak diamalkan ketika itu dan memperbaikinya, barulah Allah memberi kemenangan kepada Islam ketika itu.