Showing posts with label UIAM. Show all posts
Showing posts with label UIAM. Show all posts

Tuesday, February 22, 2011

Angin perubahaan pada p'raya kampus


Prestasi kumpulan pro-Mahasiswa disifatkan jauh lebih baik tahun ini dengan kejayaan merampas beberapa universiti pada pilihan raya kampus yang diadakan semalam.

Angin perubahan dikatakan melanda di kampus beberapa menara gading setelah sekian lama dikuasai oleh kumpulan Pro- Aspirasi atau Pro-A. Ini termasuk Majlis Perwakilan Pelajar atau MPP di Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Sabah kampus Labuan dan Universiti Malaysia Kelantan.

NONEPaling signifikan, kejayaan mereka di UM, - universiti pertama negara ini di mana calon-calon pro-M memenangi 23 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan. Mereka juga berjaya menyapu bersih semua sembilan kerusi kampus yang dipertandingkan dan 14 daripada 32 kerusi fakulti. Ini adalah kejayaan besar bagi kumpulan itu sejak kumpulan Aspirasi menang pada pilihan raya kampus tahun lalu. Ketika itu, mereka cuma mampu meraih 17 kerusi.

NONEKumpulan pro-M adalah pergerakan mahasiswa yang sering kali dikaitkan dengan mereka yang agak kritikal terhadap kerajaan dan menuntut mahukan pembabitan yang lebih menyeluruh di kalangan pelajar dalam pentadbiran kampus. Seteru mereka melabelkan diri mereka sebagai pro-Aspirasi (pro-A) kerana dikatakan cuba mempertahankan "aspirasi kerajaan", dan secara tradisionalnya adalah penyokong pihak berkuasa.

UM secara tradisional adalah kubu bagi aktiviti perjuangan pelajar tetapi kumpulan pro-A sejak kebelakangan khususnya sedekad lalu dikatakan berjaya mendapat pengaruh.

NONEDi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kumpulan pro-Mahasiswa juga berjaya mengakhiri kemarau tujuh tahun bagi menguasai universiti kebangsaan itu. Mereka menang 22 kerusi manakala kem Aspirasi mendapat 15. Antara lain, kumpulan pro-Mahasiswa mendakwa pelajar mengundi mereka kerana tidak berpuas hati dengan bekalan air yang tidak menentu di asrama serta perkhidmatan Internet yang tidak stabil.

"Mahasiswa UKM keluar mengundi atas inisiatif bahawa mereka peka dengan pilihan raya kampus dengan kesedaran politik. "Ia (adalah) kebangkitan mahasiswa UKM kerana pada tahun lalu jelas memperlihat banyak perkara penindasan dan kezaliman. "Ia menjadikan mahasiswa matang dengan (selepas) mengetahui siapa yang memperjuangkan isu-isu mahasiswa," kata ahli Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) Mohd Hilman Idham dalam sidang media hari ini.

Di Universiti Sains Malaysia (USM), kumpulan pro-Mahasiswa tidak memenangi kebanyakan kerusi tetapi berjaya memperbaiki kedudukan dengan merampas 14 kerusi, meningkat daripada 7 yang dimenangi tahun lalu. Kem pro-A masih selesa dengan 24 kerusi manakala seorang calon bebas menang satu lagi.

Di Universiti Putra Malaysia (UPM), kem pro-Mahasiswa mengekalkan kedudukan mereka dengaan 11 kerusi, seperti pada tahun sebelumnya. Mereka dibelasah teruk oleh kumpulan pro-A yang memenangi 31 kerusi. Sebuah lagi kerusi dimenangi calon bebas.

Sementara itu, di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), prestasi pro-Mahasiswa bertambah buruk berbanding tahun sebelumnya, mereka hanya mendapat 12 kerusi berbanding 18 sebelumnya. NONEKumpulan Aspirasi menang 38 kerusi manakala lima lagi diboloti calon bebas. Mengulas faktor kekalahan mereka dalam pilihan raya itu, jurucakap pro-M UTM Ku Abd Muhyi Ku Abd Hamid berpendapat kekurangan calon dan kekurangan sumber kewangan adalah antara punca kekalahan mereka.

"Rentak pilihan raya kampus lebih kepada perang poster, pro-M tidak semewah pro-Aspirasi yang gantung banyak poster. (Kita juga) kurang calon di peringkat fakulti," katanya. Sehubungan itu, kumpulan tersebut akan mengadakan sesi bedah siasat berhubung kekalahan dan kemerosotan prestasi mereka malam ini.

Dalam perkembangan terbaru di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) lewat petang ini, pro-M mengekalkan kemenangan sebelum ini dengan menguasai 23 daripada 26 kerusi yang dipertandingkan. Hanya satu kerusi dimenangi pro-A. Dua dimenangi calon bebas. Tahun lalu mereka menang 15 kerusi. Ini bermakna pro-M tahun ini berjaya menambah cengkamannya di universiti itu.

Sementara itu di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pro-M tewas selepas mendapat 13 daripada 30 kerusi yang dipertandingkan. Manakala pro-A mendapat 17 kerusi.

Sumber: http://malaysiakini.com/news/156741


Tuesday, February 23, 2010

Huzaifah & Maziyah :: Barokallahulakuma..


Tahniah diucapkan kpd pasangan mempelai Huzaifah dan Maziyah yang telah selamat diijabkabulkan. Terima kasih diatas majlis yang penuh Barakah. Moga majlis ini dapat menjadi contoh ikutan yang baik untuk diikuti. Semoga pernikahan ini menjadi salah satu tapak asas daripada banyak-banyak tapak penyambung rantaian perjuangan yang panjangnya tak siapa ketahui melainkan Allah sahaja yang mengetahuinya. Moga ia menjadikan medan menyubur tautan ukhwah fiLlah...


Sunday, February 21, 2010

MPP UIAM fokus pada perkhidmatan, bukan pada program.

Assalamualaikum & salam ceria...

Dilihat ramai mahasiswa yang masih tidak faham dengan kewujudan MPP di kampus masing-masing khususnya mahasiswa UIAM . MPP UIAM atau lebih mesra dengan panggilan SRC bukan seperti persatuan-persatuan atau kelab-kelab lain . SRC adalah satu organisasi yang melibatkan barisan kepimpinan mahasiswa yang dipilih oleh mahasiswa dengan pengundian melalui proses demokrasi untuk membawa suara mahasiswa di kampus dan menjadi suara mesyarakat di peringkat nasional .


Namun , gerakan MPP hari ini dilihat sebagai satu kelab yang gemar membuat program yang banyak dan besar oleh mahasiswa kampus . SRC IIUM dilihat sebagai antara kelab yang paling aktif menganjurkan program . Sangat dikesali fungsi kewujudan SRC tidak digunakan semaksimum mungkin oleh mahasiswa UIAM .

Pihak pentadbiran pula terlalu menekankan program itu dan program ini . Dengan bajet yang tidak seberapa , SRC perlu berusaha keras untuk menjayakan program-program yang dirancangkan seperti dalam takwim sehingga sedikit terpesong daripada matlamat sebenar kewujudan SRC . Sedangkan SRC sebenarnya bersifat objective-oriented dan bukannya program-oriented .

Perlu dijelaskan bahawa SRC dipilih oleh mahasiswa , bukannya orang pejabat yang melantik mereka . SRC membawa kabinet mereka dengan cara mereka sendiri , pihak pentadbiran kampus melakukan kerja-kerja mereka dengan cara tersendiri . Tidak perlu wujud campur tangan daripada pihak pentadbiran . Inilah dikatakan universiti diliwat .

Saya optimis dan yakin SRC kali ini lebih terkehadapan dengan membawa isu-isu mahasiswa dan respon terhadap isu-isu nasional kerana masyarakat mendambakan suara pelajar yang dikategorikan sebagai suara intelektual . Sejak 2 tahun ini, SRC lebih fokus pada kebajikan dan masalah yang dihadapi pelajar dan bukan hanya menganjurkan program semata-mata. Semoga pelajar mendapat manfaat darinya.



Dikemaskini dari sumber:
SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

Tuesday, February 2, 2010

Poster sebahagian organisasi yg aktif di UIAM...

Students' Representative Council IIUM 2009/2010. (SRC)
(Majlis Perwakilan Pelajar UIAM 2009/2010.)


Law Students' Society IIUM 2009/2010 (lawsoc)
(Persatuan Mahasiswa Undang-undang UIAM 2009/2010.)


Ma'ruf Club IIUM 2009/2010. (MC)
(Persatuan Ma'ruf UIAM 2009/2010.)


Islamic Revealed Knowledge and Heritage Students' Society 2009/2010. (IRKHSS)
(Persatuan Mahasiswa Ilmu Wahyu dan Warisan UIAM 2009/2010)


Enginius IIUM 2009/2010.
(Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan UIAM 2009/2010)